TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Rabu, 29 September 2010

no minus marking ok

heee tanya sendiri jawab sendiri ye

1. siapa tak puasa 6 lagi????
a. dah, yeay dah boleh raya betul2
b. malas la, sebulan dah puasa, penat tau
c. tak hbs lagi, byk sgt jamuan
d. tak wajib kan? so jgn la nak suruh2 plak

2. kenape tulis status kat facebook????
a. nak tau i ni glamour tak, kalo byk komen tu kira popular la i ni
b. nak kongsi perasan hari ni dgn sume org
c. nak beri peringatan, nasihat, dakwah
d. nak lepas geram, yg korang sibuk tanye nape, kalo tak suka tak yah la baca

3. nape tulis blog????
a. saje suka-suka hati ku nak menulis
b. nak share pengalaman dengan org lain
c. untuk seru manusia pada amar makruf nahi mungkar
d. eeee nape tanya, suka hati la nak tulis benda baik ke jahat, sibuk la

4. nape kita hidup????
a. dah aku dipilih untuk lahir kat dunia ni, nak buat camne, redo je la
b. nak beribadah n jadi khalifah
c. nak enjoy la, hidup kan sekali
c. entah aku pun tak tau nape

5. dah baca buku ke???? (bagi yang masih belajar)
a. blum, nanti nak quiz ke, exam ke, aku baca la
b. ngantuk la, sibuk ngan program plak tu, tak sempat
c. dah, inikan tugas kita, time management mesti ade supaya segala kewajipan yg lain juga dpt
dilaksanakan
d. tak, saya baca notes lecturer je, senang paham n tak banyak tulisan mcm buku


jawapan tak disediakan,
jgn risau, kalo salah tak tolok markah punye
kalo betul pun, bagusla kalo betul kan?
sayonara blog!!!???? :P

Khamis, 23 September 2010

aku keturunan selamat




pelik tapi benar.
walau masih banyak kerja yang tidak dilaksanakan,
maksudku bertimbunnya nota yang perlu dibaca,
bertimbunnya fakta yang perlu dihadam,
tapi tangan dan hati ini masih mahu menulis,
semacam ada sedikit kewajipan yang perlu aku laksanakan di alam maya ini.

di kala sedar yang exam makin tiba,
maka setiap hari rasa resah datang menjelma,
ditambah dengan markah kuiz yang..... entah susah hendak ku cerita.

muka yang dikatakan tenang,
sebenarnya bergelora dalam jiwa,
jadi ku pinta,
Ya Allah, berikan aku satu ayat,
satu ayat supaya aku kembali tenang,
satu ayat supaya aku tidak merasa terbeban dengan apa yang diamanahkan
nah,
bukan 1 yang ku baca,
tapi 3..

dan ini yang perlu aku, kamu dan kita renungkan :

Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh dan dari keturunan Nabi Ibrahim dan (dari keturunan) Israil dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayat petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. (58)

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka), (59)

Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun. (60)
(Surah Maryam,19 : 58-60)
baru ku sedar bahawa aku adalah keturunan yang selamat,
selamat dari banjir besar pada zaman Nabi Nuh,
selamat, kerana aku dikurniakan HIDAYAH.

TETAPI,
adakah aku termasuk dalam kalangan mereka yang cuai.
cuai kerana tidak menyampaikan HIDAYAH yang Allah beri kepada manusia lain?
sibuk sangat melayan hawa nafsu,
malah nikmat yang diperi tidak pernah rasa cukup,
makin dapat, makin diminta.

bayangkan,
jika para nabi tidak menyampaikan seruan yang telah Allah perintahkan,
adakah aku akan menjadi sebahagian daripada golongan yang terselamat??

nah,
dalam aku berusaha menuntut ilmu,
rupanya ada tanggungjawab yang lebih besar perlu aku pikul.

tanggungjawab membawa manusia kembali pada Allah,
tapi,
adakah aku telah laksankannya dalam kesedaran yang ada??

subhanallah. subhanallah. subhanallah.

T__T

Rabu, 15 September 2010

cuti

assalamualaikum (",)

baru perasan ni la kali pertama orang semenanjung cuti untuk 16 Sept
dan ini lah kali pertama aku sangat setuju dgn tindakan Najib.
haha tq very much Najib, salam 1 Malaysia

memang mustahil la kan Najib nak baca blog ni
tapi disebabkan anda bagi kami cuti,
budak uia dapat extra cuti sampai esok,
ooooo luv u Najib, tak tau macam mana i nak express my gratitude kat u, sgt hepi time tulis ni :p



manusia kalau dapat apa yang dia suka
mesti secara tiba-tiba dia jadi sayang+suka kepada orang yang memberi.

tapi, setakat kita hidup ni,
sudah cukupkah sayang kita pada Ilahi yang dah beri berdozen-dozen cuti.

banyak ke kita dapat cuti?

banyak la, jom tengok sikit cuti apa yang kita pernah dan akan ada

1) cuti masa kita dalam rahim ibu
فَجَعَلۡنَـٰهُ فِى قَرَارٍ۬ مَّكِينٍ
Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh (rahim ibu)
(Surah Al-Mursalaat : 21)

- dah la rahim ibu ni tempat yang paling selesa pernah Allah kurniakan pada kita,
Allah bagi lagi extra hadiah,
iaitu boleh ambil nutrient ibu kita tanpa izin dia sesuka hati bila kita nak.
so, maknanya cuti la tu kan?
tak yah buat keje ape2 tapi gaji masuk je.

2) cuti masa kita baby sampai umur 6 tahun
(kalau masuk tadika awal, kurang la sikit cuti anda ye, tapi kat tadika kita main je kan?? :)
- cuba bayangkan kalau 'tup-tup' keluar dari rahim ibu dah jadi dewasa, :( habisla kita tak
sempat nak berehat, terus kene pi kerja cari duit tuk makan nasi :(

3) cuti khas untuk wanita sahaja
-setiap bulan Allah beri kepada setiap wanita cuti, cuti dari mengerjakan solat
lebih best, jika bersalin, lagi banyak Allah bagi cuti
cuti bukan suka-suka tapi dengan sebab dia bekerja dengan Allah, sebab Allah tahu betapa
sakitnya seorang ibu semasa melahirkan kita.

4) cuti pabila sudah mati
- ketika ini, terpulanglah pada amal kita, jika banyak amal baik, maka amanlah cuti, jika banyak
amal jahat, maka seksalah cuti,
tapi yang paling utama, bagi kita manusia biasa, kita dapat cuti extra
iaitu cuti dari melakukan dosa.

ok memang banyak cuti, cuma tak nampak
kalau tambah cuti perut semasa puasa,
cuti akal dan badan semasa tidur,
cuti dunia semasa solat
lagi banyak la sebenarnya cuti yang Allah bagi dari cuti 1 Malaysia yang Najib bagi.
so nak lebih sayang ALLAH atau najib??

Subhanallah :)

Isnin, 13 September 2010

tulisan biasa



sebelum raya :

peristiwa 1 :
percaya atau tidak, aku boleh tertinggal bas untuk pulang ke kajang
alasan aku, aku tertidur. wah, bagus untuk kamu!! (sindir diri sendiri)

tapi aku relax je :)
walaupun kawan kate, "kak kimah! ni tiket balik raya kak kimah! nanti macam mana nak balik umah."

pelik sebab orang lain risau lebih dari diri sendiri

moral : setiap yang berlaku, kita kene redho n bertenang sebab setiap masalah pasti ada jalan keluar. yakin dengan diri n yakin dengan pertolongan Allah walaupun benda itu adalah sekecil-kecil perkara.

peristiwa 2 :
sebelum semua pulang ke kampung,
kami sibuk ucap "selamat hari raya ya, jgn lupa kirim salam kat famili"

ironinya, masa tu puasa tak habis lagi, tapi mood nak beraya membuak2 datang
lagipun itukan 'trend' kita (??)
padahal, para sahabat, masa zaman nabi, sedih yang amat bila ramadhan nak berakhir, takut jika ramadhan itu adalah yang terakhir.
dan lebih pelik sebab masa puasa kita tak de la beriya sangat wish "selamat berpuasa n beribadah"

moral : jangan beri ucapan raya sebelum takbir berkumandang, boleh kan? :)

peristiwa 3 :
bagus betul bila rasa jalan raya tu 'aku yang punya'
sambil drive dengan bangganya sebab dapat bawak laju n potong banyak kereta,
ok ada tambahan, aku siap terpikir
"haha aku bawak kancil pun leh potong kereta storm kat sebelah, mantap la kimah"

dan tiba-tiba
aku 'terlanggar' adik yang tengah bawak motor.
great!!

anak sedara kat tempat duduk sebelah dah tanya macam2 tanpa henti
haih, tak tau ke cik kimah tengah cuak tahap tertinggi ni hilimi oi!
(ok, malas nak cerita panjang)

moral:
1) jangan bangga walau sekelumit pun sebab apa yang kita ada semuanya hak Allah. istighfar2.

2) jangan lokek atau ego untuk mengucap maaf, sekurang-kurangnya hati orang yang sakit sedikit terubat(dengan izin Allah)..
walaupun, jika apa yang berlaku bukan 100% salah si pemandu kereta, tapi beri lah sedikit perasaan kasihan kepada si penunggang motor sebab mereka lebih mudah mendapat kecederaan walaupun kemalangan itu kemalangan yang kecil.

3) bawa lesen setiap kali memandu walaupun pergi ke kedai mamak sebelah taman sekalipun.

4) ucap innalillahi wa inna ilaihi raji'un apabila ditimpa kecelakaan. yakinlah Allah Maha Mengetahui mengapa setiap perkara itu terjadi.

5) sila berhati-hati ketika memandu, ingatlah orang tersayang.

semasa raya :
bagus kan bila sesetengah dari kita (aku ke??) menyambut syawal dengan menonton tv 24/7..
lagi bagus kalau cerita tu cerita hantu.. great!!
macam menyambut kedatangan 'mereka' pulak yang Allah telah ikat sebelum ini selama sebulan.
Masya Allah.. hebat kan kita??
hebat2 (sila baca dalam nada menyindir ye)

p/s : selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
semoga segala amal yang kita lakukan semasa ramadhan dapat diteruskan untuk 11 bulan
yang akan datang.
taqabbalallahu minna wa minkum

:( emat, aku dan ain tengah menunggu hujung minggu yang satu lagi untuk beraya dengan adik beradik yang telah berumah tangga :(
great!!

Subhanallah :)