sekadar perkongsian supaya aku tak lupa yang aku pernah ke sana
22 april 2010
Jeritan 'yeay' dari mereka untukku setelah kapal terbang mendarat di bumi Stansted.
Mungkin gembira dapat pulang ke tanah air setelah 'stranded' beberapa hari di Malaysia
Aku, terharu..
Bukan sebab sorakan tapi nikmat dapat ke sana. Nikmat dapat melihat negara orang, nikmat dapat melihat cara hidup orang dan paling penting, nikmat yang Allah berikan kepada mereka yang bermusafir.
Rukhsah dalam solat, doa dimakbulkan, dapat menghilangkan stress, dapat ilmu dan banyak lagi.
"mengembara itu adalah perjalanan seorang manusia yang keluar dari zon selesa kepada zon cabaran" (petikan bercinta sampai ke syurga)
Mase tu suhu 1 celcius. Hee sejuknya bukan kepalang, almaklumlah bagi orang yang tak biasa.Baju sejuk tak beri bantuan pon. Pakai untuk cukupkan syarat je.
Tapi tak pe, bile naik kereta, tengok keliling, sejuk hilang sebab pandangannya cantik bangat.
Abang kate, die pun baru first time tengok sebab 'spring' baru lagi.
Hari pertama tak gi mane-mane pun. Cume hantar anak sedare pi sekolah. Mase tu, die malu-malu ngan kitorang padahal baru tak jumpa beberapa bulan. Emm..
Destinasi pertama kitorang setelah berehat dua hari ialah car boot, destinasi yang jarang dilawati
oleh orang2 yang melancong tapi di sebabkan ni tempat favourite abang, kitorang pi je la.
Die siap berazam lagi nak bawak balik baju car boot satu kotak ke Malaysia. haha, suke hati, asal ko bahagia. Aku dengan sombongnya tak nak beli pape, ye la barang second hand, tapi lepas berkali-kali pergi, aku yang naik 'syeikh'. Pantang nampak seluar jenama next, aku beli. Baju sejuk yang tebalnya berinci2 pun aku beli, asalkan ade jenama next. Ntah bile nak pakai pun tak tau, macam la duk situ bertahun2.
Nafsu : beli la kim, harga die 50p je. makneny br rm2.50, tak dapat barang kualiti camni kat tempat lain. jimat pun jimat. kain die tu sedap, kalo dipakai sejuk je..
Aku ape lagi, patah balik kat stall tu, kuarkan duit syiling, senyum kat peniaga tu dan pergi.
Iman : hari ni membazir lagi ye, baju sejuk tu tak kan pakai nya kat malaysia. seluar tu, muat ke? cukup syarat untuk menutup aurat ke?
Firman Allah dalam Surah Al Maaidah, ayat 87 :
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."
p/s : rupany susah nak menulis ni. lama betul masa yang aku ambil
debushhhhhh!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan