TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Jumaat, 16 Disember 2011

Super Busy

Subhanallah.

Minggu ini adalah minggu yang paling super sibuk sepanjang semester 1 tahun 2 pharmacy…

Ade kos yang lebih sibuk dari kami tak? For sure takde walaupun ade, aku akan kata kau tipu, kami lagi super amat busy minggu ni dari korang…dah, takyah nak tegakkan benang yang basah (fullstop).

Tapi sesungguhnya sibuk itu bagiku satu nikmat yang boleh tahan jugak hikmahnya kat dunia ni…

Pertama, waktu aku sibuk, aku akan bangun super awal, n tido super lambat. Dan aku dapat meneruskan hidup seperti hari-hari biasa di siang harinya.(oh, Cuma sesekali kepala rasa perlu dihentak-hentak di dinding untuk memastikan wayar berfungsi).

Kedua, aku akan berusaha mencari masa untuk melunaskan mutabaah amal aku. Asal rasa kalo baca buku tak masuk, terus capai AQ dan ngaji, tadabbur. Walaupun ketika itu badan dan otak menjerit-jerit minta di’shut down’kan sekejap. Tapi, aku tegar untuk terus menyiapkan mutabaah amal yang telah dipersetujui.

Ketiga, aku mampu je bermujahadah melawan hawa nafsu untuk tidak membuat benda-benda yang sia-sia. Contoh, kurang sembang, tak bukak fb n etc.

Tapi

Bila lapang sekejap, aku tak capai lagi AQ, aku malah pegi berjalan-jalan beli jajan n biskut seakan-seakan tiada hari esok(sobsob). Paling tak best, lepas subuh boleh plak panjat katil ngan telekung-telekung pi sambung tido (wuhaaaa). Pastu sambung bacaan kat fb yang kalo baca tak dapat apa kecuali gelak sorang-sorang(ishish).

Phewwww… sakit kepala dengan perangai diri sendiri yang tidak tahu bile nak berubah ):

Bak kata sahabat dalam satu taalim, kadang-kadang kita tahu yang kita kene buat itu dan ini, tapi kefahaman itu tak dapat diterjemahkan dalam amal kerana ketidakberjayaan kita untuk melawan hawa nafsu yang memang bergaya dalam tugas melalaikan sang hamba kerdil di muka bumi ini.

Memang betul waktu lapang itu satu ujian dan kita jangan berasa gembira bila kita dapat tidur 12 jam (12am-12pm) dan cakap “yes, hari ni aku dah qado’ tido la, terBAEK”. Ketahuilah diri bahawa dunia ini tempat untuk berpenat bukan bersenang. Dan yang pasti, kita perlu berpenat pada jalan yang Allah redho, bukan berpenat sebab semalam tengok back to back movie or movie marathon or etc.

Bila rasa super sibuk, jangan lupa betulkan niat kenapa aku perlu bersusah-susah sebegini rupa. Jadilah seperti para sahabat yang dikenali sebagai saudagar niat. Perbanyakkan niat, agar sekiranya tak dapat capai yang satu, mungkin capai yang lain. Dan diingatkan, niat itu perlu yang baik-baik, jangan mengarut ikut suka nafsu.

Dan bila super sibuk, berbanggalah kerana mungkin kita sebenarnya sedang merasa susah payah para sahabat yang di siang hari seperti sang singa mencari mangsa (maksudnya amat bersungguh dalam mencari rezeki dan menjalankan dakwah) dan malamnya, mereka tidur hanya sejenak kerana memperuntukkan malam untuk bersama Allah. Subhanallah, sahabat adalah manusia dan kita juga manusia, maka sudah tentu kita juga mampu untuk jadi seperti mereka. Sekurang-kurangnya berusaha untuk menjadi seperti mereka.

p/s : aku pasti akan merinduimu, masa sibuk…dan terima kasih kerana sanggup menjadi bahan untuk aku mentarbiyah diri agar dapat jadi hamba yang lebih baik…amin (:

~kimah nak berubah~

1 ulasan:

  1. nice! bestnye bile kau ade semangat yang tinggi. semangat bile waktu tak cukup. boleh bagi tips tak? ngeee. im done following u. feel free to hit me back ^^

    BalasPadam