TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Isnin, 8 Oktober 2012

ISK + Ghulam (1)

Assalamualaikum

Buat revision mengenai tujuan hidup. oyeah. Setiap kali pengisian tujuan hidup, mesti tertembak-tembak di muka. Tahu tapi nak mengamalkan... hanya Allah yang tahu.

Kita terlampau disibukkan dengan dunia.
Bangun tido, nak mandi dulu. Pastu perut lapar, nak makan dulu. Pastu nak siap-siap pergi ke kelas. Maka tak sempatlah nak baca Al Mathurat dan iadah sehelai dua Al Quran.

Pergi kelas, sembang-sembang. Pastu diam dengar lecture. Tahan ngantuk, minum air, pergi tandas. Duduk balik kat tempat tadi. Buka buku, salin nota. Pastu rehat makan lagi, tak pun sembang. Dah terlepas Dhuha dan iadah.

Balik kelas, makan tengah hari. Lepas solat, taknak tido sebab perut penuh maka buka email, baca fb, google sikit, ok ngantuk sangat dah, tido. Bangun solat asar, nak bersenam pulak. Skipping-skipping sampai penat. Mandi la sebab dah busuk. Dah masuk Maghrib. Tak sempat nak buka mulut baca Al Mathurat. Lepas Maghrib, makan malam pulak sebab lapar selepas bersenam. Sembang-sembang dengan roomates, solat isya. Dah terlepas lagi waktu iadah. OK nak belajar. Buka laptop sebab nak google research. Eh, tertengok FB pulak. OK tutup. Pastu dah ngantuk, dengar lagu sambil baca nota. Lagu ni sedap pulak, google lirik la sekejap. Eh dah pukul 11.30pm. Gosok baju untuk esok la. Tengok dalam almari nak pakai baju dan tudung apa esok. Kemas itu penting. Gosok biar lentik. Ok dah malam tido.

Dengar alarm kul 4.30am. Butang Dismiss all ditekan. Bangun. Eh ngantuk lagi pulak. Kira guna jari berapa jam dah tido. Oh baru 4 jam. OK 5 jam baru cukup kot. Tido jap nanti 5.30 baru bangun qiyam. Tido. Roomate datang kejut subuh jam6.30. Terbaek.

Ibadah ke mana, belajar pun ntah ke mana.

Maka jadilah orang yang paling RUGI kat atas muka bumi ini.
Dan selalu berharap, dengan Al Quran yang dibaca kadang-kadang. Al Mathurat yang kalau sempat dan ada keperluan, solat yang banyak lalai, puasa sunat yang lapar sikit nak bukak, istighfar, tasbih, tahmid, takbir yang bila ingat, dapat membawa kita ke syurga yang tak terfikir di kepala keindahan dan keseronokkannya.

Layakkah soalannya?

Hidup para sahabat bukan bersenang-senang seperti itu. Hidup Rasulullah SAW lagi jauh bezanya.
Padahal Rasulullah dan para sahabat dijanjikan syurga!

(@@)

Masjid paling besar di Spain ditukar menjadi gereja. Menara tempat dilaungkan azan diganti dengan bunyi loceng yang berdeting kebingitan. Kami tidak dibenarkan masuk ke dalamnya kerana ada keramaian orang-orang bukan islam di dalamnya. Hati memberontak kerana bangunan itu dahulu kami punya. Apakan daya, ia bukan lagi hak kami masa ini.Ia hak mereka, dan mereka berhak mensyaratkan apa sahaja.

Hanya mampu duduk bersama teman-teman sambil mendengar si murobbi bercerita. Bagaimana umat dahulu menakluk mereka. Bagaimana hebatnya umat dahulu hingga dapat membina masjid sebesar dan seindah itu. Masjid yang bukan sahaja kaya dengan hasil seninya malah seni binanya begitu teliti agar setiap pelusuk dapat mendengar laungan Allahu Akbar ketika solat jemaah ditunaikan. Muazzin akan menunggang kuda untuk berada di puncak menara. Melaungkan azan memberitahu penduduk bandar supaya menyembah Tuhan Yang Esa. Sedang mendengar kisah kejatuhan umat, tiba-tiba, loceng itu berbunyi. Seolah-olah sedang mentertawakan kami yang sedang menangisi kisah ini.

Suara itu sebak menahan kesedihan. Bercerita pengalamannya berada di negeri orang. Yang membuatkan dia lebih kenal apakah itu islam.

Dan hari ini, dia ceritakan pada aku. Dan aku ceritakan pada kamu.
Dengan linangan air mata yang begitu murah untuk dijatuhkan.
Wahai air mata, adakah kau penyelamatku di neraka?
Wahai si pemilik air mata, adakah kau sudah sedar?

--------------------------------------------------------------

Aku memerlukan tarbiyyah. Kamu?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan