· Ok sekarang memang tengah pening nak buat ape. Dekat kepala
tengah pikir nak buat macam-macam tapi tak tahu nak mula mana.
-
baju minggu lepas tak
basuh lagi. (ok ni memalukan)
-
discussion RIP yang
sumpah tak faham macam mana nak buat, atau dalam maksud lain aku rasa yang aku
buat tu macam tak betul tapi Dr Omer tak komen ape2…wahhh positif @_@
-
iadah at least 2 juzuk ½ (sampai habis Yaasin) tapi sekarang 1
juzuk pun tak habis lagi padahal tinggal 3 minggu saje lagi.
· PERHATIAN HAKIMAH !!! ini bukan DQ yang kau
duduk menghafal tak buat benda lain dah.
-
quiz endocrine yang markahnya seperti yang dijangka la
sebab tak study malamnya sibuk buat PBL.
· PADAN MUKA SAPE SURUH BERTANGGUH LAGI. KAN!
· OK lagi 3 minggu je lectures lepas tu EXAM!!!!! Ini memang
BESTTTTTTT
· Selamat menghadapi hari-hari mendatang dengan jayanya Cik Hakimah
· Tadi pegi hospital naik bas. Nak jimat duit la katakan sebab
duit JPA yang ade kat aku nak habis dah. Tapi kat abah ade lagi. Tapi tu kene simpan sebab nak pegi HAJI before 28. Ape yang aku nak cakap kat sini ialah : aku tak buat pun
tugas Shahadatul Haq walaupun aku baru dengar benda tu semalam. Aku boleh
buat bodoh dengan orang yang duduk sebelah kerusi. Habisla
Kimah, habisla. Nanti semua pun nak jadi saksi yang menghentam kau.
· Ok aku nak :
-
Basuh baju dan gosok baju
(basuh guna mesin uia je, jimat duit. Pastu sidai kat luar. Takyah ngade2 nak
bazir rm3 pegi guna dryer. Sila sedar duit dah nak habis. Guna je nikmat
semulajadi yang Allah dah bagi. Gosok baju tu supaya,
esk lusa bangun kalau masih hidup, takde lagi berdiri depan almari
berminit-minit pikir nak pakai baju ape hari ni. Sedihnya la hidup camtu. Gaya macam orang
yang macam tak tahu tujuan hidup. Hari-harinya dimulakan dengan nak pakai baju
ape pegi kelas hari ni. Orang lain pikir hari ni nak pertahankan bumi Palestin
macam mana. Aku dok pikir benda dunia sampai pening. MEMALUKAN SUNGGUH. Berapa
sangat la sebenarnya value iman yang aku ade sebenarnya? facepalm.
-
Siapakan discussion
RIP, imipenem, iadah 3 muka, baca/dengar asas interaksi dengan AlQuran.
-
STUDY PLEASE!!!! Nak study
Endocrine 2 tajuk
·
Jangan lupa baca
bismillah dan renew niat hanya kerana Allah. All d best diri. Nanti update eh
ape yang tercapai (scarynye cakap dengan diri sendiri)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan