"Wahai diri, sudahkan anda mentarbiyyah diri anda dengan semangat juang agar anda tidak menjadi lemah dan manja hanya kerana menghadapi permasalahan kehidupan?"
Assalamualaikum :)
Year 3 Semester 1 is going to be
end officially! 6 days to go! Alhamdulillah.
Semester ini banyak benda yang
berlaku. Dan perkara itu sudah pasti menjadikan diri ini lebih mengenali diri
ini sendiri. Sigh.
Memaafkan manusia rupanya bukan
perkara yang senang terutama apabila kesenangan kita dirantap dengan sesuka hati. Dan mungkin kita akan fikir
mereka ini memang tidak boleh dimaafkan pun. Salah yang dibuat tu sangat besar.
Memberi impak yang negative dalam hidup ini. Hey tiada maaf bagimu tahu! Noktah.
FULLSTOP.
Tiba-tiba terbaca satu post di FB
:
“Manusia yang sukar memaafkan manusia yang lain adalah manusia yang tidak bersedia untuk menerima kemaafan dari PenciptaNYA.”
Sentap. Dada tersa sempit. Air
mata tetiba jatuh.
Allah itu sangat sayang padaku.
Beri peringatan di mana-mana. Menggunakan pelbagai cara.
Alkisah, satu petang yang aman,
aku dikejutkan dengan panggilan dari roommate. “Kak Kimah kita kene pindah m4!”
Tarik nafas. Marah meluap-luap.
Barang-barang kami semua sudah dibawa ke M2 (penempatan baru) sebelum balik
bercuti. Memang takyah cakap la macam mana kami merungut masa angkat barang
dari M5 ke M2 tu. Dosa berbakul-bakul. Semua keluar dari mulut yang hina dina
ini. Tup tup dapat berita tak jadi pindah M2 tapi M4 yang terletak kat sebelah
M5(penempatan lama). Dan lebih marah lagi, kami sebilik je kene campak kat
situ, kawan-kawan pharmacy lain semua di M2. Syaitan memang kaw-kaw gembira! Tunduk.
Esoknya, sampai Mahallah Office
kami terus tanya kenapa kami tak ditempatkan sekali denga kawan-kawan yang
lain. Alasan sebab final year yang duduk kat bilik yang kami nak masuk taknak
pindah. Hey, suka hati korang je kan! Aku dengan marahnya dan rasa sangat
rasional la time tu, terus ambil contact no student yang duduk bilik tu dan
telefon dan pendek cerita marah-marah dia. Sungguh aku ni memang tiada adab.
Tiada akhlak. Memang syaitan menari-nari kot.
Nangis sekarang!
“Akak, keluarkan je la barang
diorang. Kan semua orang kene pindah. Kata kalau tak keluarkan barang nak buang
la bagai.”
“Oh, tak boleh. Diorang dah buat
surat taknak pindah. Dean diorang sahkan.”
“Cakap je la kat Dean diorang
yang Mahallah Office dah tentukan bilik awal-awal lagi sebelum habis semester
lepas. Bila diorang hantar surat? Kalau lepas habis sem baru hantar, takyah la
entertain.”
“Dean diorang dah hantar surat tu
dari bulan Jun lagi. Emm sebelum kami buat penempatan baru. Tapi kami baru
perasan surat tu Ogos hari tu. So, kami tak boleh nak tolok permintaan tu.”
Woi memang darah naik kat muka.
Rasa nak meletup, menyumpah bagai. Sabar Hakimah, awak orang ISLAM.
Alhamdulillah aku masih ada akhlak dengan kakak Mahallah Office tu.
Alhamdulillah aku masih hormat dia sebagai orang yang lebih tua. Tapi minta
maaf banyak-banyak, depan je, kat
belakang I’m not even think to forgive you at all. NEVER.
Surat sepenting itu boleh pulak
tak perasan. Susah sangat ke kerja anda!
Disebabkan ‘ketidak perasanan’
dengan kewujudan surat itulah, aku dan kawan-kawan sebilik terpaksa duduk
mahallah lain. Dan setiap kali aku menjejakkan kaki ke mahallah yang sepatutnya
aku duduki, untuk buat discussion atau pergi bilik ‘sahabatduniaakhirat’ muka
kakak yang selamba tu terus muncul. Sakit hati dengan statement dia yang time
cakap tu muka manis tak bersalah.
Ok syaitan sekarang tengah
mengapi-apikan aku!
Istighfar.
Istighfar.
Istighfar.
Moga Allah ampun dosa aku dan
dia. Mungkin ini bukan kebiasaan yang dia lakukan. Mungkin itu adalah kali
pertama dia tak perasan surat penting itu. Hakimah, manusia, pernah ke tak buat
silap?
Hakimah, rupanya hati kau tu yang
kotor sangat sampai perkara sekecil itu engkau boleh nak berdendam. Sampai engkau
tak buat report pun bila kunci hilang dengan alasan taknak tengok muka dia. Sampai
engkau tak daftar electrical item pun sem ni dengan alasan taknak bertentang
mata dengan dia. Sungguh ‘kecil’ hati kau itu.
Allah.
Aku yang selalu bersusah payah
nak membetulkan orang, rupa-rupanya lupa untuk membetulkan diri sendiri. Aku yang
selalu suruh orang bersyukur dan redho dengan nikmat dan ujian rupanya
tersungkur lebih dahulu bila datang ujian. Padahal kecil je ujian aku tu. Kecil
sangat. Sangat kecil.
Allah.
Aku rupanya masih diberi Allah
tempat untuk tidur. Aku rupanya masih diberi oleh Allah nikmat untuk berjalan.
Allah.
Kenapa benda kecil yang
dibesarkan. Bukankah saudara seislam kau lebih dasyat ujiannya? Rumah dibom,
ahli keluarga dibunuh di depan mata. Kenapa
tidak menganggapnya sebagai nikmat? Bilik dekat dengan ahli usrah ke, dapat
berkenalan dengan student kos lain ke, dapat elak suka menyibuk buat bising kat
bilik ‘sahabatduniaakhirat’ ke? Kenapa tak begitu wahai diri? ‘Kecil’ sungguh
hati ini.
Jom kita telusuri Hadith 6 Dari
Hadith 40 Imam Nawawi
"Dari
Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan
yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang
syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang
ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu
adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang
tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara
haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang
akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap
raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara
yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad
itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya
ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '
Allah.
Bagaimanakah keadaan engkau wahai
hati? Maaf kerana aku buat kau lupa pada nikmat Tuhan yang banyak. Maaf kerana
aku membawa kau menelusuri perasaan para ahli neraka. Maaf kan aku.
Allah.
Rasulullah yang dibaling batu
juga sanggup memaafkan. Aku hanya dikecilkan hati dengan kata-kata sudah melatah-latah.
Mana nilai iman yang engkau kata engkau kuat berpegang padanya?
Allah.
Maka, hari ini aku akan cuba
berlapang dada. Dan untuk hari yang seterusnya. Satu cara yang padaku paling
mudah untuk kita memaafkan orang lain ialah mendoakan agar Allah mengampunkan
dosanya. Walau sakit pasti kelegaan itu sebagai gantinya. Allah Maha Lembut
akan memberi kelembutan kepada hambaNya yang berusaha. Mencuba untuk
melembutkan hati yang keras untuk syurga pasti berbaloi bukan?
Moga Allah merahmati kamu. Moga
Allah merahmati kamu.
Moga Allah merahmati kamu kerana menjadi sebab
untuk aku mengenali diriku yang sebenar. Moga Allah merahmati kamu kerana menjadi
sebab untuk aku mengetahui kondisi hatiku lantas membersihkannya. Moga Allah
memudahkan urusan kamu.
~Final exam~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan