TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Rabu, 29 Disember 2010

Kenali Diri. ROBOT

Jom kenali diri kita dengan ayat-ayat suci Al Quran.

1) Dari mana kita datang ?
(خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢
Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2)

2) Kenapa kita diciptakan ?

(عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ (١٠
Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang? (10)


(أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ (١٢
Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)? (12)

3) Apa kesudahan kita ?
(إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ (٨
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan). (8)

Allah hanya menjawab semua persoalan dalam satu Surah sahaja yakni Surah Al 'Alaq. Hebat bukan??
Subhanallah.

--------------------------------------------

Hari ni ada kuliah Maghrib anjuran I-Care Pharmacy 4th Year. Tajuk : ROBOT
Aku diberi amanah oleh senior untuk uar-uarkan kuliah pada semua classmate 1st year.

"ROBOT? Nak ajar cara-cara buat ROBOT ke?"
"Kenapa kuliah Maghrib tajuknya ROBOT?"

eh2x, banyak tanya pulak diorang ni kan. Nak tau kenapa, apa lagi, jom la pegi. Baru dapat jawapan. Kalo aku bagi jawapan, baik aku je yang buat lecture pasal ROBOT kat kelas kan. Betul tak?? Tajuk kene gempak sikit baru orang rasa nak dengar. Jadi tahniah la kepada kakak-kakak yang telah berjaya membuat kawan-kawanku banyak tanya walaupun baru dengar tajuk. TAHNIAH!!

Alhamdulillah, walaupun hujan lebat, sampaikan kami (aku n roomates) semua jadi 'kambing' (perumpamaan orang takut air sebab sejuk), kami berjaya juga merentas curahan-curahan rahmat (hujan) untuk ke lecture hall. Dan Alhamdulillah kehadiran memberangsangkan.

Setiap kejadian pasti ada yang mencipta. Jika ROBOT dicipta untuk memberi khidmat kepada Sang Manusia, kita pula dicipta untuk berkhidmat pada siapa? Jika ROBOT hanya melakukan perkara yang sama saban hari, kita pun sentiasa ulang perkara yang sama setiap hari bukan?
Bangun tidur, mandi, makan, pergi kelas, main bola, sembang-sembang. Ulang dan ulang dan ulang.

MANUSIA = ROBOT

Persamaan ini mungkin hanya dapat disangkal jika kita 'Kenali Diri Kita' dengan sebenar-benar kenal.
-----------------

"Semalam, saya tidur pukul 1, hari ni nak kene tidur pukul 2 plak"
"Kenapa?"
" Sebab taknak jadi ROBOT. Buat benda sama je."
-----------------

"Hari ni kita buat benda lain sikit, kita pergi pantai tau"


erkkkk, aku....... aku gelak je la bila dengar. Semua taknak jadi ROBOT yang mengulang benda yang sama, jadi semua pun memberitahu kelainan yang dilakukan hari ini dari hari sebelumnya :)

Ok, korang sangat comel cakap camni. Moga kelainan itu kelainan yang Allah redhoi.

Rabu, 22 Disember 2010

Terima KASIH Abah

Sikap seorang lelaki memang sukar difahami lebih-lebih lagi oleh seorang perempuan.

Jika ibu selalu menunjukkan kasih sayangnya dengan membelai lembut si anak, memeluknya tika bersedih, jarang ayah dapat melakukan perkara yang sama. Ya, itu mungkin berlaku disebabkan budaya kita. Dan aku, lebih selesa begitu.

Ibu menyediakan makanan yang sedap-sedap apabila anak-anak pulang ke rumah. Mungkin rahmat Allah terletak dalam setiap suapan. Bila makan masakan ibu, hati anak jadi berbunga-bunga. Jadi bahagia. Tapi, ayah masih jarang dapat melakukannya.

Bagaimana ayah menunjukkan kasih sayangnya. Sukar ditafsirkan. Terlalu halus untuk kita nampak. Tanpa kita sedari makanan itu sebenarnya hasil titik peluh ayah. Ayah menyumbang dari sudut material rupanya. Jarang rupanya berterima kasih pada ayah yang menyediakan wang untuk membeli bahan mentah, yang menyediakan tempat makan iaitu rumah, yang menyediakan kenderaan untuk membeli iaitu kereta. Ayah rupanya yang membuat kerja belakang tabir tanpa kita sedari.

Begitulah rupanya ayah menunujukkan rasa kasihnya.



Terima KASIH Abah kerana sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menghantar 'benda' itu pada si degil ini. Terima KASIH Abah kerana sanggup membeli 'benda' itu sehingga Abah kehilangan benda yang paling berguna. Terima KASIH Abah.

Syukur itu lebih layak diberikan kepada yang MENCIPTA.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Selasa, 14 Disember 2010

Memikul Buku Yang Berat

Setiap kali ke kedai buku pasti pelbagai buku ilmiah telah bertukar milik dari hak pekedai kepada hak aku. Dalam hati ada bisikan mengatakan tidak mengapa jika berhabis duit untuk buku-buku yang memberi manfaat. Pembaziran membeli buku terjadi pada hematku hanya apabila pelaburan dibuat dengan membeli novel cinta, komik ataupun majalah hiburan yang padaku hanya memberi kepuasan pada nafsu tanpa memberi pengisian pada jiwa. Lainlah jika novel yang dibaca tiada kaitan dengan dunia percintaan yang selalunya menjadi daya penarik muda mudi. Contohnya, Detektif Indigo karangan Faisal Tehrani dan hakikatnya sudah ramai penulis melahirkan bahan bacaan fiksyen yang menjana minda tetapi semuanya masih terpulang pada diri kita sama ada hendak memilih genre yang memberi hiburan pada sang hawa nafsu atau sang rohani.

Penukaran hak milik buku bukan suatu kepelikan tetapi yang menjadi kepelikan apabila buku yang digendong dari kedai dalam beg plastik dikeluarkan pabila sampai di rumah dan disimpan elok-elok di atas rak. Disusun cantik-cantik mengikut ketinggian, dan melihat dari jauh sambil memikirkan masa yang sesuai untuk dibaca. Maka jadilah buku ilmiah yang sarat dengan ilmu itu sebagai hiasan di bilik supaya ia memenuhi rak lantas menghasilkan pemandangan yang indah dengan rona warna yang pelbagai sebagai penenang jiwa.

Buku yang dibeli kemudian disimpan ibarat seseorang menggendong sebakul air di belakang badan di tengah padang pasir yang terik. Kerana kepanasan yang dasyat si pembawa air mati kehausan. Sesungguhnya, dibelakang si mati ada sebakul air yang masih banyak kuantitinya. Begitulah buku, sudah tercatat 1001 nasihat, pengajaran, hikmah dan ilmu tetapi disebabkan kita tangguh pembacaannya, maka rugilah kita selama mana buku tersebut tidak dibaca. Jika buku tersebut menceritakan kebaikan sedekah, kerana kita baca 10 tahun selepas membelinya dan mempraktikkan amalan tersebut setelah menelaahnya, maka rugilah kita kerana tidak bersedekah selama 10 tahun yang lalu itu. Samalah kita seperti keldai yang membawa kitab yang berat.

مَثَلُ ٱلَّذِينَ حُمِّلُواْ ٱلتَّوۡرَٮٰةَ ثُمَّ لَمۡ يَحۡمِلُوهَا كَمَثَلِ ٱلۡحِمَارِ يَحۡمِلُ أَسۡفَارَۢا‌ۚ بِئۡسَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۚ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ

" (Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telah pun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang- orang (Yahudi) yang ditanggungkan dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungan dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab yang besar (sedang ia tidak menegtahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
(Surah Al-Jumu'ah, 62 : 5)


------------------

Lebih dasyat apabila semester baru bermula, aku berlumba-lumba mendapatkan buku rujukan, tidak kisahlah dari perpustakaan, kedai buku ataupun sahabat-sahabat, tetapi nasib buku tersebut sama sahaja dengan buku-buku lain, mungkin sedikit beruntung kerana akan dibuka pabila nota tidak memberikan kefahaman yang jelas pada si pembaca. Maka, adakah pelaburan yang dibuat pelaburan yang menguntungkan? Rugikah pula jika tidak membelinya? Tepuk dada tanya iman.


Rehat Minda :

Pada suatu hari seorang pelajar membeli buku daripada ustaznya.

Pelajar : Ustaz, saya beli buku banyak-banyak ni kadang-kadang tak terbaca.

Ustaz : Lepas dapat buku ni, sebelum simpan dalam rak, tulis kat muka surat pertama buku tu macam ni :

" Buku ini aku wasiatkan kepada anak dan cucuku, bacalah ia kerana ia pasti memberi banyak manfaat kepada kamu semua. Emak/ Nenek tak sempat nak baca sebab buku ni tebal sangat dan waktu singkat."

Moral : Ketebalan dan masa bukan penghalang untuk kita membaca, yang menjadi penghalang ialah MALAS

Selasa, 30 November 2010

Fuhh

ni khusus untuk ijat yang comel
maaf sebab lambat sangat siapkan homework ni, seriously, susah la


"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goals about you. In the end , choose 5 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it is because I want to know you more."

ehem,ehem

1. anak ke 6 dari 7 orang

2. pelajar jurusan farmasi

3. saya banyak bercakap dengan orang yang betul2 rapat je


4. saya digelar super blur oleh kakak, tahap ke'blur'an saya memang anda tak boleh jangka


5. saya sangat garang (untuk pengesahan, sila tanya adik n kawan2 sek rendah)

6. kalau nak makan, saya suka minta izin banyak kali (dengan emak saya je, dengan harapan emak tak bagi makan, tapi emak akan kata 'makan la kimah' .hee)

7. saya suka ubat tapi saya tak boleh telan 'mereka' sebab saya sangat sayangkan 'mereka'

8. saya suka movie indon (sang murobbi, laskar pelangi, sang pemimpi)

9. kumpulan nasyid kegemaran nowseeheart

10. kalau nak ajak saya keluar, bagitahu awal2, 2-3 jam awal, sebab belum tentu saya siap dalam 2-3 jam tu

11. sebab saya tak suka keluar rumah

12. tapi bila dah keluar, saya tak suka balik rumah

13. saya suka travel jauh2 (apasal macam tak sama dengan yang no 11)

14. aktiviti lasak, suka

15. ok, lagi sepuluh ke nak kene isi?

16. susahnya ijat, saya tak sanggup nak bagitau la, haha

17. ok, nak habiskan buku yang dah dibeli

18. nak kongsi dengan orang lain apa yang dibaca

19. jom habiskan azam tahun ini!!

20. sentiasa mahu hari ni lebih bagus

21. cuba untuk menguasai sirah

22. pendengar setia

23. tapi buntu kata2

24. cuba untuk memenuhi 10 muwasofat tarbiyah, insya Allah
  • aqidah sejahtera
  • ibadah yang sahih
  • akhlak yang mantap
  • mampu bekerja
  • berpengetahuan luas
  • tubuh yang cergas
  • mujahadah (menguasai diri)
  • teratur urusannya
  • sangat menghargai masa
  • bermanfaat kepada orang lain
25. alhamdulillah dah selesai

dengan ini saya tak tahu nak tag siapa. :D
sekian, terima kasih.

Isnin, 29 November 2010

ramai

ade adik beradik ramai memang bising sampai bingit telinga tapi sangat best100x
jadi anak2 yang akhir lagi best200x sebab dapat dengar cerita pelik abang2 n kakak2 yang sudah sedia pelik.
tapi lagi best300x bile yang atas2 tu menghulurkan sumbangan $$$ (aduh material nye adik ni!)
apapun saya sayang anda semua!!

dalam kereta kecil yang orangnya besar2 dan berat2 memang menyesakkan.
tapi takpe sebab kita memang dah lama tak duduk sama2, lagi2 pakcik emat yang tetiba je nak ikut makcik2 pegi jalan2... sah dia terlampau kesunyian kerana cuti yang terlampau lama...

maka bermulalah nostalgia yang menyebabkan aku dan adik terpaksa gelak guling2 (ok ini sekadar menggambarkan bahawa cerita mereka amat kelakar)

kisah 1 :
di sekolah,

budak 1 : nurul! adik ko buat sume bdk laki kat asrama menangis, ko tau tak? buat malu je!

makcik : ( muka tak puas hati, salah aku ke???? )

ulasan dalam kereta,

pakcik : aku nampak kawan aku kene pukul macam bola ping pong , memang
la salah dia, tapi kawan kan namanya, mana sampai hati, aku nangis la sebab kesian pastu....

makcik : pastu kawan2 dia yang belasah budah tu pun nangis jugak sebab tgk emat nangis, pelik btul, dah pukul orang pastu nangis.

aku dan adik gelak guling2. takpe emat, walaupun air mata mu sudah jatuh di hadapan lelaki2 ganas sehingga mereka juga menjatuhkan air mata kerana kerakusan mereka memukul orang, aku n ain still anggap engkau abang yang paling mocho skali :D

aku : kenapa kawan ko tu kene pukul?

pakcik : ala, budak laki memang suka cakap besar, lawan sapa lagi pandai, pastu kutuk kawan2 yang duduk kelas akhir2. dah cakap besar, kene la pukul macam bola.

kisah 2 :
masih di sekolah,

seorang guru 1 ternampak pakcik dan makcik tengah berdating di tangga lalu memberitahu guru 2 yang amat suka pada sikap pakcik. Maka,

guru 2 : nurul, kamu tak payah la beradik angakat dengan haris, dia tu budak baik


makcik
: (muka tak puas hati sekali lagi), haris tu adik kandung saya la cikgu.

guru 2 : betul ke dia adik kamu? tapi kamu dengan dia lain.....
____________

makcik : emat lepas ni kalo ko nak kirim barang ke apa jangan jumpa akak kat tangga! (nada tegas seorang kakak)

ulasan dalam kereta,

makcik : abang ko ni memang suka mintak macam2 kat akak, nak bateri la, pastu charger bateri la, pastu nak jumpa kat tangga plak tu, habis cikgu2 tau kitorang adik beradik, siap ade yang kate akak ni nak sangat beradik angkatkan abang ko tu.

pakcik menunujukkan muka bangganya.....
dan aku n ain sekali lagi gelak guling2.
memang patut la cikgu tak percaya, sorang banyak cakap, sorang 'sangat diam'

pakcik : batch ko pelik2 kan kak nurul?

makcik : batch ko la pelik.

pakcik : ala, pengawas batch ko siap masuk asrama perempuan lagi.

makcik : a'ah la. pastu yang kelakarnya pengawas tu kene kejar ngan budak perempuan n budak perempuan yang berjaya tangkap pengawas tu, adik dia sendiri. sah adik dia malu giler ade abang camtu.

aku n ain sangat terperanjat tapi still gelak guling2.
korang punya batch dua-dua pelik sebenarnya.

p/s :
1) sila gelak dengan sopan, dan lebih molek jika menutup mulut dengan tangan.

2) dulu aku teringin sangat nak sekolah sama dengan pakcik, rasa macam selamat la kalo pakcik ade, tapi tak pernah kesampaian, ade pun masa sek rendah tapi aku sesi petang, pakcik sesi pagi.
aku rasa, sebab pakcik taknak kot sama sek ngan aku, sebab aku sangat garang. jadi, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi (~_~)

adik beradik saya 7 orang semuanya, campur ipar jadi 11, campur anak buah jadi 14, campur emok n abah jadi 16.
hakikatnya, ramai lagi keluarga yang lebih ramai ahlinya, contohnya macam jiran2 tapi rumah diorang still tak bising macam rumah kitorang yang 'ramai' ni...
almaklumlah, kitorang ni 'ramai' mulut :D

Sabtu, 20 November 2010

Emat's Engagement Day

semoga cepat kahwin n sila kerje kuat2 supaya boleh sponsor kimah plak
[ ok dia takkan baca statement ni :( ]


walaupun ada darah kelantan skit, ktorg baru tau kalo tunang dgn org kelantan, lelaki pun dapat cincin, jadi terpaksa la pakcik emat pakai baju lawa2,abang2 sebelum ni mana dapat cincin :D (klaka ye sebenarnya).

sweet kan... nak tempah?? boleh tgk blog ni guladanmentega, kakak ni mmg hebat bab men'deco' cakes or cupcakes.


plum


ni original dari kelantan (gomo kelate gomo, uih tiada motif), sebab emok je orang kelantan pure, jadi emok je makan :)
namanya.....ohh jala emas kot (dah lupa)
n agak manis ye

p/s : kerje rumah dari cik ijat belum diselesaikan, huhu (cuti kali ni sy kerje tau, jd sibuk la skit :D )




Rabu, 10 November 2010

MASA

Ada dua nikmat yang ramai orang tertipu oleh keduanya; iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.” [Hadis riwayat Bukhari]

Musim exam memang memenatkan bagi pelajar yang tidak konsisten dalam mengulang kaji pelajaran. Lagi-lagi jika jadual exam itu diklasifikasikan sebagai 'kejam' yakni tiada jarak hari antara satu subjek dengan subjek yang lain dan lebih 'zalim' pabila ada 2 exam dalam masa sehari. Tidak tidur malam, minum nescafe bercawan-cawan sudah menjadi kebiasaan bila exam menjengah dan bermula episod merungut-rungut seperti :

aku rasa tak de life la, asyik belajar je, otak tepu ni.

tak sempat nak baca buku teks, sempat baca notes je, membazir je beli.


macam ni ke kehidupan sebagai seorang pelajar, macam mana nak tahu dunia luar kalau examnya jadual 'kejam' macam ni

tak sempat tau nak mengaji sebab asyik baca buku je, solat pun buat yang fardhu je.

kesian otak kita kan, tak leh nak berehat pun, asyik kene kerja je, pensyarah ingat kita apa? robot?

Ironinya, bila exam tiada, sempat pula kita untuk bersembang-sembang, tengok cerita kat laptop, tidur sampai 8-10 jam, dan lebih hebat bila kita cakap "eee, bosan la hidup kat u ni, tak de aktiviti langsung". huh. Manusia. Dan aku lah manusia itu.

Persoalannya siapa yang zalim sebenarnya kita atau pembuat jadual exam?

Situasi di atas telah mengalami proses normalisasi dalam kehidupan kita. Bahaya? Tanya diri kita sendiri, apa sebenarnya tujuan kita belajar, sama ada untuk mengikut manusia lain yang telah diprogramkan dengan seribu satu objektif untuk hidup senang di dunia atau untuk menjadi hamba bagi mencapai satu objektif luar dari dunia.

Masa itu ibarat emas bak kata pepatah Melayu, manakala si Arab pula berkata masa itu ibarat pedang. Masa. Masa. Masa.

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)
(Surah Al-Asr (103), 1-3)

"Time can't be managed, time is uncontrollable. We can only manage ourselves and our use of time. Time management is actually self management."
-Mdm Rohani, Islamic Input in Pharmacy-

Dan satu rumus yang perlu kita ambil berat, lebih-lebih lagi sebagai pemuda dan sebagai muslim ialah :

Pemuda + Waktu Lapang = Awal Maksiat

Disebabkan aku juga antara yang tergolong dalam golongan di atas, dan aku tersedar dan mungkin akan lupa kembali, maka nasihat dari sahabat pabila diri ini lalai amat-amat diharapkan. Perlu diingat bahawa manusia yang memberi nasihat itu lebih awal diuji dari yang lain dan perlu diingat bahawa Allah sangat murka pada siapa yang berkata-kata tapi tidak bergerak untuk melakukannya.

Ambil waktu sejenak untuk merancang cuti yang akan datang. Moga bermanfaat pada kita dan orang lain. Hidup ini bukan sorang-sorang tapi ramai-ramai. Bersiap sedia untuk berubah. Moga dipermudah Allah.

Jangan lupa doa.


~Rehat minda~
Bila kita suka jadi orang malas maka
dan akibatnya, ni la


~harithun 'ala waqtihi~

tepon dan doa


saya anak manja, awak tak ke? kesian..

Boleh kate setiap kali nak pergi exam hall or sebelum keluar bilik, aku akan tepon mok dulu (sedih kalo ter'miss' tepon)

"kimah exam kejap lagi, mok doakan ye, kimah tak habis baca lagi ni."

"i.Allah mok doakan, pukul brapa exam? biasa la tak habis baca."

(erkkk tak biasa kalo tak habis baca, tapi emok akan cakap camtu sebab nak senangkan hati aku)


pernah satu hari lepas exam :

"mok, susah sangat exam tadi, jawab ntah ape-ape, pastu kimah boleh plak ingat exam 2 jam, tetiba cikgu cakap lagi 15 minit je, mulalah kelam kabut jawab."

"emm, kurang doa tu."
(erk tergigit aku dibuatnya, memang makan dalam ni)

"emm, mok doakan kimah ye, kirim salam kat semua."

huhu sedihnya tulis entri ni sebab rasa nak pegi peluk mok sekarang jugak tapi tak boleh la kan.

p/s :
1) dalam kita sibuk2 minta orang doakan kita, kita rupanya yang kurang berdoa...haishh...istighfar please

2) walau tengah gelabah macam mana pun, bile tepon ibu or ayah kita, dada akan jadi lapang tetiba. Subhanallah. ni la dinamakan rahmat Allah kan

3) emok tu panggilan aku dan adik beradik kepada emak/ummi/ibu kitorang.
walaupun korang rasa bunyi tu pelik, tapi kitorang suka tau,
itu panggilan manja kitorang, so jangan nak pertikai plak (cam marah je bunyinya....memang)

emok, kimah sayang emok sangat-sangat (~_~) sob2

Sabtu, 23 Oktober 2010

sila pandang belakang

Assalamualaikum
Perkongsian daripada seorang sister dalam satu pertemuan yang i.Allah diberkati Allah.

Beliau bercerita mengenai seorang sahabat Rasulullah.
Namanya Abu Zhar Al Ghifari.

Abu Zhar antara sahabat yang terawal masuk islam tapi beliau bukan berasal dari Mekah. Jadi apabila beliau tahu mengenai agama islam yang dibawa Rasulullah, beliau terus pergi berjumpa baginda kerana ingin tahu apakah sebenarnya yang baginda sebarkan.

Dan ketika itu Rasulullah cuma menerangkan mengenai kalimah syahadah sahaja yakni bersaksi bahawa Allah itu satu dan Rasulullah adalah rasul Allah. Cuma itu sahaja yang diterangkan Rasulullah kepada Abu Zhar, Rasulullah tidak bercerita mengenai solat, puasa, zakat, haji atau hukum hudud sebab masa itu berapa sangat la ayat Al-Quran yang telah diwahyukan kepada baginda.

Tapi, tahu tak apa reaksi Abu Zhar??

Beliau berkata, "Rasululla,h aku perlu sampaikan kebenaran mengenai agama ini"
Tapi Rasulullah larang sebab ketika itu dakwah Rasulullah masih dalam keadaan sulit, tapi malang, Abu Zhar degil, beliau tidak mahu dengar nasihat Rasulullah. Maka, dengan beraninya beliau pergi bercerita mengenai keEsaan Allah di kota Makah.

Disebabkan Abu Zhar ini bukan orang Makah, dan bercerita pula mengenai perkara yang bertentangan dengan kepercayaan orang Makah ketika itu, jadi beliau dibelasah, dipukul, ditumbuk dan macam-macam lagi cara beliau disakitkan oleh kaum kafir Quraisy.

tapi Abu Zhar putus asa ke???

Abu Zhar masih degil, beliau tetap teruskan dakwah kerana keyakinan yang tinggi terhadap kalimah syahadah yang didengarnya dari Rasulullah. Dan perkara sama tetap berlaku, beliau tetap disakitkan.

Kerana kejadian itu, Rasulullah pun memberi strategi yang lebih mantap kepada beliau. Rasulullah tahu yang Abu Zhar tetap akan menyampaikan kebenaran walau apa yang terjadi maka Rasulullah memerintahkan beliau supaya menyampaikan islam di kampungnya sendiri. Abu Zhar akur kerana ketaatan kepada Rasulnya.

-----------------------------------------------

Masa pun berlalu dan berlalu dan pada suatu hari, Abu Zhar berjumpa lagi dengan Rasulullah
kenapa ya???
beliau dibelasah juga ke di kampung halaman??

Mengikut cerita sister itu, sekadar mengambarkan apa yang berlaku kepada Abu Zhar,
Abu Zhar berkata : Rasulullah lihat di belakangku, aku telah mengislam satu kampungku.
Subhanallah.

Ketika ini kita bukan sahaja tahu kalimah syahadah malah kita ada satu Al-Quran. Lengkap dengan segala-segalanya dan malah kita yakin bahawa Al-Quran itu benar, jika kita mengikuti segala apa yang ada di dalamnya pasti hidup kita ini selamat. Selamat dunia dan akhirat.

Tapi, andaikata di akhirat kelak, tatkala kita berjumpa Rasulullah, dan berkata-kata dengan baginda,
" Rasulullah, lihat la di belakangku, ....................................."

Oh, apa yang ada di belakang kita?
kalau Abu Zhar ada sependuduk kampung yang telah islam di belakangnya,
di belakang kita ada apa??
ada apa ya??

padahal kita ada Al-Quran
dan Abu Zhar hanya ada kalimah syahadah.
tapi apa yang mahu kita tunjukkan kepada Rasulullah??

Kesimpulannya, selalu-selalulah pandang belakang.
walaupun cerita melayu kata "jangan pandang belakang"
ohh, jika betullah di belakang kita ada hantu, itu lebih bagus bukan,
kerana tugas kita adalah untuk memanusiakan hantu itu.
sekurang-kurangnya, kita ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada Rasul kita, I.Allah.

~shahadatul haq~

Isnin, 18 Oktober 2010

tetamu istimewa

Di kala semua sahabat pharmacy sedang membaca pharmacy practice untuk kuiz esok, aku didatangi tetamu yang paling aku sayangi. Emok dan Abah :) :) :) :) :) :) :) :) :) :). Hurmmm rasa macam nak letak gambar smiley ni satu page kot. Memang sangat suka + gembira yang tak terkata walaupun minggu lepas baru je balik rumah. Itulah antara salah satu nikmat yang terbesar Allah kurniakan pada hambanya, yakni nikmat kasih sayang antara sang anak dengan ibu dan ayahnya.

Oh, lagi gembira sebab aku je ade bersama emok n abah. No Adik Ain.kuikuikui (kalo dia baca ni, mesti dia jelous habis la, mana tak nye, ktorg memang selalu bertanding siapakah anak kesayangan. Hahahaha. Takde keje). Oh, Ain sebenarnya dapat menghidu keseronokan aku walaupun dia jauh di Kajang sebab tetiba je, lepas aku habis makan, dia telefon Abah. Ish, memang nak kene budak ni ~__~

Oh, seronok jugak sebab Abah ajak makan ikan bakar di Tanjung Lumpur. Memang terbaik la. Alhamdulillah, nikmat Allah itu kan sangat banyak dan luas.

“Emok, doakan Kimah ya, esok, hari Jumaat, minggu depan, Kimah ada kuiz n exam.”

“Insya Allah, tiap2 hari mok doa, pagi petang siang malam.”

“Kimah target lulus je, tak dapat A pun takpe, carry mark sikit sgt.”

“Eh, kenapa pulak? Orang kene target A.”

Dan aku …………………

“Allah kan ada. Kene berbaik sangka dengan Allah. Husnu zhon. Kalau markah penuh ialah 100% maka kita kene letakkan harapan untuk dapat 100%, barulah adil, kalau letak target bawah dari itu, kita bersikap tidak adil pada diri kita.”

Dan aku ………………..

“Insya Allah”

Memang sifat ibu itu menyenangkan hati anaknya ketika gembira, sedih, gelisah, putus harap dan kecewa. Subhanallah, memang patut ibu itu diberi tempat yang tinggi di mata Allah kerana ibu, memang menyejukkan dan mententeramkan. Subhanallah. Subhanallah.

Dan aku, PERLU BERLAKU ADIL PADA DIRI. Lupa pulak yang memberi kejayaan itu Allah bukan usaha kita. Tapi sunnatullah, jika orang itu berusaha mesti kejayaan jadi miliknya. Jika malas, tido, asyik update blog je, memang la markah sikit kan. Allah Maha Adil. Jadi kita pun kene adil dengan diri, boleh mengharap tapi biar selaras dengan usaha.

“Imam Mailk kata, hidup akan bahagia kalau kita ada 4 perkara. Rumah yang besar. Kenderaan yang laju. Pakaian yang cantik. Lampu yang terang.”

“Eh, pelik je bunyinya. Imam Malik ke yang cakap camtu, Mok?”

“Ya. Imam Malik.”

Terpinga-pinga aku dibuatnya.

Oh, ada sambungan rupanya,

Rumah yang besar = sifat sabar atas segala yang terjadi.

Kenderaan yang laju = akal yang cergas dan sentisa berfikir.

Pakaian yang cantik = akhlak yang baik semasa bergaul dengan manusia seluruhnya.

Lampu yang terang = aqidah kita terhadap Allah dan rasulnya.

“Kalau orang yang fikir dunia saja, pasti dia ambil kata-kata Imam Malik yang asal tanpa tahu yang tersirat.”

“Rugilah dia kalau tak fikir di sebaliknya.”

Best sangat kalau dapat tazkirah dari emok. :)

Bila kita besar, ibulah sahabat yang paling best.

~Pharmacy Practice menyeru-nyeru namaku. “Tolong tunaikan hak saya dan hak awak juga,” katanya.

Ohh ok Pharm Prec, I’m on my way.

Khamis, 7 Oktober 2010

iium 2


makin BESAR diri ini, makin banyak tanggungjawab yang terpikul
tapi mana mungkin kita boleh bercakap "aku tak nak la"
dan mana mungkin kita boleh lari darinya,
sebab tanggungjawab itulah yang melengkapkan diri kita.....

tanpa tanggungjawab, kita akan leka,
tanpa tanggungjawab, hidup ini hambar, tak berperisa,
senang kata "tak adventurous la".....

tapi kadang2 kita tak nak pikul tanggungjawab itu kerana takut dimusuhi orang,
takut kesenangan hilang, takut itu, takut ini, takut, takut, takut.....

maka jadilah kita orang yang pengecut,
kecut pada cabaran dan mehnah,
padahal kita pernah bersumpah,
yang "aku nak jadi khalifah"!!!!!

_________________________

~memang betul cakap orang, kalau kita nak jadi baik,
kenalah berkawan dengan sahabat yang baik~

"sepatutnya jalan untuk pejalan kaki ini lebih besar dari jalan orang yang bawak kereta."

"kimah, jangan kufur nikmat la"

Aku tersentak, dah lama tak jalan dengan kawan ku itu. Selalu kalo aku mengadu kene berjalan dari KOP (kulliyyah of pharmacy) ke mahallah, ada je orang yang menambah-nambah, menjadikan aku lebih rancak menyenaraikan segala kekurangan yang ada di uia kuantan.

Perkataan 'kufur nikmat' itu cukup terkesan di hati. Sudah lama rupanya diri ini dihanyutkan dengan lambakan nikmat sampai tak tahu nak beza mana manfaat mana mudarat.

Dan memang benar dalam proses tazkiyatun nafs (penyucian jiwa), selain banyaknya kita berdoa dan bersungguh dalam melakukan ibadat, sahabat yang soleh jangan ditinggaL. Jika rasa tak nak jadi budak baik lagi sekalipun, jangan ditinggal kawan yang baik ini. Sekurang-kurangnya, dengan melihat kebaikannya, ingatan kita pada Allah akan datang menjengah atau paling minima, kita jadi malu dengan diri kita sendiri.

_________________________

Menggantikan 'mid semester exam' dengan kuiz memang sesuatu yang bagus. Paling kurang, wujudnya budaya "belajar berterusan" dalam kamus pelajar farmasi uia. Tiadalah lagi istilah belajar bila nak exam sahaja, walaupun hakikatnya, aku masih belajar bila nak kuiz je, haha.
Tapi kuiz n exam lain kan?? Dan untuk mengukuhkan alasan ini, kuiz jaraknya dekat2!! Jadi betullah aku selalu belajar!! :p

Pelajar tahun 1 (yup, aku baru 1st year), selalu sebut
"kitorang sibuk giler."

Dan senior selalu kata
"baru 1st year 1st sem, nanti dah masuk 2nd, 3rd, 4th year, lagi sibuk, visit tiap2 minggu, dengan lab report yang berlambak, kuiz yang sentiasa ada n bla, bla, bla."

Wah, ada aku kisah! (hahaha). Memang aku kisah sebenarnya. Tahu, tahun2 mendatang akan jadi lebih, super, superb sibuk tapi lumrah la kan. Kata nak jadi '7 STAR PHARMACIST'. Kene la kuat n bersemangat waja selalu. Kalau malas2, boleh terjebak dengan 'medication errors' masa bagi ubat kat pesakit tau! Zalim namanya, tak gitu cik kimah!! Dalam nada pasrah, aku terpaksa akur bahawa ada benarnya apa yang dikatakan oleh para senior tentang kesibukan mereka. Terima kasih atas nasihat tak langsung itu. Tolong bagi nasihat lagi ye....

__________________

Di waktu pagi yang indah, aku dan Bib berjalan keluar dengan riang dan girangnya dari lift KOP. Level 2 KOP adalah level kami berdua, sebab ramai kawan2 masuk auditorium dari pintu di level 1. Pagi itu, suasana sedikit berbeza, ada seorang lelaki(tak tahulah student or staff), dan 2 ekor beruk bersama kami berdua di level 2. Bagus la semua dua-dua, lelaki tu je sorang.

Aku kagum sebab lelaki tu siap bawak kamera yang mahal tu (ntah apa namanya). Macam dia tahu2 je beruk tu nak datang visit KOP hari tu. Ohh, hebat2, sentiasa nak merakamkan gambar2 yang menarik yang terjadi di sekeliling dia, agaknya.

Tapi, pengalaman dia tak sehebat kami. Walaupun kami buat2 tak pandang kat beruk tu, tapi beruk tu tetap terpikat ngan kami. Maka apabila Bib cakap "Kimah, beruk tu macam ikut kita je." Aku kata "tak lah, mana ada." sambil mata pandang kat belakang. Alhamdulillah, beruk itu memang sedang mengorak langkah untuk mendekati kami. Maka bermulalah acara marathon antara Kimah, Bib, dan 2 beruk. Dan, Alhamdulillah, Allah Maha Besar, masih sayang pada kami berdua. Kami menang dalam acara larian itu. :D

Maka, tanggungjawab kita adalah menguatkan stamina (Qawiyul jism) agar masalah yang kecil itu, gampang sekali diselesaikan.....

~_~

iium (2) :- tanggungjawab, sahabat, farmasi dan monkey :D

Ahad, 3 Oktober 2010

tahukah anda?


assalamualaikum

tahukah anda bahawa islam itu agama yang syumul??
ya, ya, sudah pasti ramai di antara kita sudah mentelaah sifat2 islam di sekolah.

maka, tahukah anda bahawa pemakanan juga turut disentuh secara terperinci dalam islam kerana sifatnya yang menyeluruh itu??
ya, ya, sudah pasti kita tahu kerana masyarakat kita sering digegarkan dengan isu halal dan haram.

tetapi tahukah anda bahawa ubat yang anda makan ketika sakit juga perlu daripada sumber yang halal??
ya, ya, sudah pasti kita tahu bahawa ubat juga perlu dari sumber yang halal.

tetapi pernahkah anda bertanya kepada doktor bahawa ubat yang diberi adalah ubat yang halal??
atau anda meletakkan kepercayaan kepada doktor 110% sehingga apa sahaja yang diberinya anda telan dan hadam??

atau anda tahu ubat itu diperbuat daripada sumber yang haram tapi anda tetap mengambilnya
dengan alasan "saya berada dalam keadaan darurat" ??
darurat?? adakah anda akan mati ketika itu juga kalau anda tidak mengambil ubat tersebut??
atau darurat itu maksudnya anda malas nak cari alternatif yang lain??

tapi, tapi dan tapi
tahukah anda bahawa 70% daripada pharmaceutical produk yakni ubat adalah tidak diketahui status halal atau haramnya??
tahu kenapa peratusannya begitu banyak??
kerana malaysia lebih banyak mengimport ubat dari menghasilkannya sendiri.
dan import pula dari negara barat.

jadi, tahukah anda bahawa negara barat kebanyakkannya bukan islam??
maka bolehkah anda yakin bahawa ubat yang diproses itu dari sumber yang halal??

jika bukan dari babi sekali pun, adakah binatang itu disembelih mengikut apa yang syariat tetapkan atau adakah mesin pembuat ubat itu tidak pernah bercampur dengan mana2 benda yang haram??
jadi, jika anda adalah pembeli setia vitamin atau supplement yang diimport dari luar negara, adakah anda masih mengklasifikasikan diri anda sebagai 'darurat'??

jadi, jika anda tidak tahu, ambillah tahu,

bahawa anda boleh bertanya kepada doktor atau pegawai farmasi sama ada ubat yang diberikan halal atau tidak,
dikhususkan, sama ada ubat itu diperbuat dari babi atau tidak.

anda juga kene tahu bahawa
anda boleh meminta kepada pihak hospital supaya membekalkan kepada anda ubat yang halal sahaja,
dikhusukan, ubat yang bukan diperbuat daripada "porcine"(yakni sumbernya babi)

anda juga kene tahu bahawa
banyaknya ubat alternatif yang ada pada masa kini,
apa salahnya jika mahal sedikit daripada ingkar perintah Allah bukan??

ya, memang banyak yang anda perlu tahu
bahawa,
istilah 'darurat' itu hanya akan terjadi pabila anda betul2 akan mati,
ya mati,
ketika itu juga,
ya ketika itu juga,
jika anda tidak mengambil yang haram itu.
faham??
maksudnya jika tidak mati dengan tidak mengambil ubat itu,
maka istilah darurat tidak boleh digunakan di situ,
walaupun ubat itu mempunyai keberkesanan yang melampau hebatnya,
seperti dapat melawan segala jenis penyakit yang menziarahi badan kita.

ya, ya, anda yang perlu tahu,
kerana anda yang akan memasukkan benda itu ke dalam badan anda,
dan benda itu akan jadi sebahagian daripada anda.

adakah anda mahu babi berlegar2 di dalam badan anda tanpa sebab yang munasabah??
huh, tepuk dada tanya iman.

yakinlah bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya
dan yakinlah bahawa penawarnya adalah daripada yang halal lagi suci(toyyiban)

mungkin sahaja kita belum menemui sesetengah penawar yang halal,
tetapi yakinlah bahawa satu hari nanti pasti Allah akan rahmatkan kita dengan pengetahuan itu,
cuma kita perlu sentiasa berusaha ke arahnya.

~kenalilah ubat anda~

Rabu, 29 September 2010

no minus marking ok

heee tanya sendiri jawab sendiri ye

1. siapa tak puasa 6 lagi????
a. dah, yeay dah boleh raya betul2
b. malas la, sebulan dah puasa, penat tau
c. tak hbs lagi, byk sgt jamuan
d. tak wajib kan? so jgn la nak suruh2 plak

2. kenape tulis status kat facebook????
a. nak tau i ni glamour tak, kalo byk komen tu kira popular la i ni
b. nak kongsi perasan hari ni dgn sume org
c. nak beri peringatan, nasihat, dakwah
d. nak lepas geram, yg korang sibuk tanye nape, kalo tak suka tak yah la baca

3. nape tulis blog????
a. saje suka-suka hati ku nak menulis
b. nak share pengalaman dengan org lain
c. untuk seru manusia pada amar makruf nahi mungkar
d. eeee nape tanya, suka hati la nak tulis benda baik ke jahat, sibuk la

4. nape kita hidup????
a. dah aku dipilih untuk lahir kat dunia ni, nak buat camne, redo je la
b. nak beribadah n jadi khalifah
c. nak enjoy la, hidup kan sekali
c. entah aku pun tak tau nape

5. dah baca buku ke???? (bagi yang masih belajar)
a. blum, nanti nak quiz ke, exam ke, aku baca la
b. ngantuk la, sibuk ngan program plak tu, tak sempat
c. dah, inikan tugas kita, time management mesti ade supaya segala kewajipan yg lain juga dpt
dilaksanakan
d. tak, saya baca notes lecturer je, senang paham n tak banyak tulisan mcm buku


jawapan tak disediakan,
jgn risau, kalo salah tak tolok markah punye
kalo betul pun, bagusla kalo betul kan?
sayonara blog!!!???? :P

Khamis, 23 September 2010

aku keturunan selamat




pelik tapi benar.
walau masih banyak kerja yang tidak dilaksanakan,
maksudku bertimbunnya nota yang perlu dibaca,
bertimbunnya fakta yang perlu dihadam,
tapi tangan dan hati ini masih mahu menulis,
semacam ada sedikit kewajipan yang perlu aku laksanakan di alam maya ini.

di kala sedar yang exam makin tiba,
maka setiap hari rasa resah datang menjelma,
ditambah dengan markah kuiz yang..... entah susah hendak ku cerita.

muka yang dikatakan tenang,
sebenarnya bergelora dalam jiwa,
jadi ku pinta,
Ya Allah, berikan aku satu ayat,
satu ayat supaya aku kembali tenang,
satu ayat supaya aku tidak merasa terbeban dengan apa yang diamanahkan
nah,
bukan 1 yang ku baca,
tapi 3..

dan ini yang perlu aku, kamu dan kita renungkan :

Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh dan dari keturunan Nabi Ibrahim dan (dari keturunan) Israil dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayat petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. (58)

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka), (59)

Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun. (60)
(Surah Maryam,19 : 58-60)
baru ku sedar bahawa aku adalah keturunan yang selamat,
selamat dari banjir besar pada zaman Nabi Nuh,
selamat, kerana aku dikurniakan HIDAYAH.

TETAPI,
adakah aku termasuk dalam kalangan mereka yang cuai.
cuai kerana tidak menyampaikan HIDAYAH yang Allah beri kepada manusia lain?
sibuk sangat melayan hawa nafsu,
malah nikmat yang diperi tidak pernah rasa cukup,
makin dapat, makin diminta.

bayangkan,
jika para nabi tidak menyampaikan seruan yang telah Allah perintahkan,
adakah aku akan menjadi sebahagian daripada golongan yang terselamat??

nah,
dalam aku berusaha menuntut ilmu,
rupanya ada tanggungjawab yang lebih besar perlu aku pikul.

tanggungjawab membawa manusia kembali pada Allah,
tapi,
adakah aku telah laksankannya dalam kesedaran yang ada??

subhanallah. subhanallah. subhanallah.

T__T

Rabu, 15 September 2010

cuti

assalamualaikum (",)

baru perasan ni la kali pertama orang semenanjung cuti untuk 16 Sept
dan ini lah kali pertama aku sangat setuju dgn tindakan Najib.
haha tq very much Najib, salam 1 Malaysia

memang mustahil la kan Najib nak baca blog ni
tapi disebabkan anda bagi kami cuti,
budak uia dapat extra cuti sampai esok,
ooooo luv u Najib, tak tau macam mana i nak express my gratitude kat u, sgt hepi time tulis ni :p



manusia kalau dapat apa yang dia suka
mesti secara tiba-tiba dia jadi sayang+suka kepada orang yang memberi.

tapi, setakat kita hidup ni,
sudah cukupkah sayang kita pada Ilahi yang dah beri berdozen-dozen cuti.

banyak ke kita dapat cuti?

banyak la, jom tengok sikit cuti apa yang kita pernah dan akan ada

1) cuti masa kita dalam rahim ibu
فَجَعَلۡنَـٰهُ فِى قَرَارٍ۬ مَّكِينٍ
Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh (rahim ibu)
(Surah Al-Mursalaat : 21)

- dah la rahim ibu ni tempat yang paling selesa pernah Allah kurniakan pada kita,
Allah bagi lagi extra hadiah,
iaitu boleh ambil nutrient ibu kita tanpa izin dia sesuka hati bila kita nak.
so, maknanya cuti la tu kan?
tak yah buat keje ape2 tapi gaji masuk je.

2) cuti masa kita baby sampai umur 6 tahun
(kalau masuk tadika awal, kurang la sikit cuti anda ye, tapi kat tadika kita main je kan?? :)
- cuba bayangkan kalau 'tup-tup' keluar dari rahim ibu dah jadi dewasa, :( habisla kita tak
sempat nak berehat, terus kene pi kerja cari duit tuk makan nasi :(

3) cuti khas untuk wanita sahaja
-setiap bulan Allah beri kepada setiap wanita cuti, cuti dari mengerjakan solat
lebih best, jika bersalin, lagi banyak Allah bagi cuti
cuti bukan suka-suka tapi dengan sebab dia bekerja dengan Allah, sebab Allah tahu betapa
sakitnya seorang ibu semasa melahirkan kita.

4) cuti pabila sudah mati
- ketika ini, terpulanglah pada amal kita, jika banyak amal baik, maka amanlah cuti, jika banyak
amal jahat, maka seksalah cuti,
tapi yang paling utama, bagi kita manusia biasa, kita dapat cuti extra
iaitu cuti dari melakukan dosa.

ok memang banyak cuti, cuma tak nampak
kalau tambah cuti perut semasa puasa,
cuti akal dan badan semasa tidur,
cuti dunia semasa solat
lagi banyak la sebenarnya cuti yang Allah bagi dari cuti 1 Malaysia yang Najib bagi.
so nak lebih sayang ALLAH atau najib??

Subhanallah :)

Isnin, 13 September 2010

tulisan biasa



sebelum raya :

peristiwa 1 :
percaya atau tidak, aku boleh tertinggal bas untuk pulang ke kajang
alasan aku, aku tertidur. wah, bagus untuk kamu!! (sindir diri sendiri)

tapi aku relax je :)
walaupun kawan kate, "kak kimah! ni tiket balik raya kak kimah! nanti macam mana nak balik umah."

pelik sebab orang lain risau lebih dari diri sendiri

moral : setiap yang berlaku, kita kene redho n bertenang sebab setiap masalah pasti ada jalan keluar. yakin dengan diri n yakin dengan pertolongan Allah walaupun benda itu adalah sekecil-kecil perkara.

peristiwa 2 :
sebelum semua pulang ke kampung,
kami sibuk ucap "selamat hari raya ya, jgn lupa kirim salam kat famili"

ironinya, masa tu puasa tak habis lagi, tapi mood nak beraya membuak2 datang
lagipun itukan 'trend' kita (??)
padahal, para sahabat, masa zaman nabi, sedih yang amat bila ramadhan nak berakhir, takut jika ramadhan itu adalah yang terakhir.
dan lebih pelik sebab masa puasa kita tak de la beriya sangat wish "selamat berpuasa n beribadah"

moral : jangan beri ucapan raya sebelum takbir berkumandang, boleh kan? :)

peristiwa 3 :
bagus betul bila rasa jalan raya tu 'aku yang punya'
sambil drive dengan bangganya sebab dapat bawak laju n potong banyak kereta,
ok ada tambahan, aku siap terpikir
"haha aku bawak kancil pun leh potong kereta storm kat sebelah, mantap la kimah"

dan tiba-tiba
aku 'terlanggar' adik yang tengah bawak motor.
great!!

anak sedara kat tempat duduk sebelah dah tanya macam2 tanpa henti
haih, tak tau ke cik kimah tengah cuak tahap tertinggi ni hilimi oi!
(ok, malas nak cerita panjang)

moral:
1) jangan bangga walau sekelumit pun sebab apa yang kita ada semuanya hak Allah. istighfar2.

2) jangan lokek atau ego untuk mengucap maaf, sekurang-kurangnya hati orang yang sakit sedikit terubat(dengan izin Allah)..
walaupun, jika apa yang berlaku bukan 100% salah si pemandu kereta, tapi beri lah sedikit perasaan kasihan kepada si penunggang motor sebab mereka lebih mudah mendapat kecederaan walaupun kemalangan itu kemalangan yang kecil.

3) bawa lesen setiap kali memandu walaupun pergi ke kedai mamak sebelah taman sekalipun.

4) ucap innalillahi wa inna ilaihi raji'un apabila ditimpa kecelakaan. yakinlah Allah Maha Mengetahui mengapa setiap perkara itu terjadi.

5) sila berhati-hati ketika memandu, ingatlah orang tersayang.

semasa raya :
bagus kan bila sesetengah dari kita (aku ke??) menyambut syawal dengan menonton tv 24/7..
lagi bagus kalau cerita tu cerita hantu.. great!!
macam menyambut kedatangan 'mereka' pulak yang Allah telah ikat sebelum ini selama sebulan.
Masya Allah.. hebat kan kita??
hebat2 (sila baca dalam nada menyindir ye)

p/s : selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
semoga segala amal yang kita lakukan semasa ramadhan dapat diteruskan untuk 11 bulan
yang akan datang.
taqabbalallahu minna wa minkum

:( emat, aku dan ain tengah menunggu hujung minggu yang satu lagi untuk beraya dengan adik beradik yang telah berumah tangga :(
great!!

Subhanallah :)

Sabtu, 28 Ogos 2010

ingat lupa


"ingat kebaikan orang lain, lupa kebaikan kita,

ingat kesalahan kita, lupa kesalahan orang lain"


..........................................................

jika seseorang itu berbuat baik kepada kita, INGATLAH jasanya itu sampai bila-bila,
walau apa yang dia berikan itu hanya sekecil-kecil perkara.

tapi

jika kita yang memberi sesuatu yang boleh menyenangkan seseorang,
walau besar mana pun pemberian atau pengorbanan kita, LUPAKANLAH.

...........................................................

jika kita berbuat salah pada hamba yang lain, INGATLAH kesalahan kita itu,
jangan kita lupa walau sedetik pun.

tapi

jika orang sakiti kita atau melakukan sesuatu yang kita tidak suka,
maka, LUPAKANLAH, jangan dikenang walau sesaat.

maafkanlah tanpa diungkit-ungkit.
kerana kita adalah orang yang tahu manusia itu tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.


...................................................................

tapi adakah ini kita??



bagaimana graf amalan kita di bulan Ramadhan?
linear, sigmoid, atau kuadratik graf??
kita dah ambil ke hadiah bonanza yang Allah bagi??

jangan lupa tau pergi ambil, rugi nanti,
lumayan tuu.


Sabtu, 21 Ogos 2010

ingin jadi seperti mereka (2)

Diriwayatkan ketika Khalifah Usman memimpin jemaah haji dari Madinah,
beliau melakukan solat Zuhur 4 rakaat sewaktu mabit di Mina.
Apabila berita ini didengari oleh Abdullah bin Mas'ud, beliau menyesali tindakan ini.
Beliau berkata, " Aku solat bersama Nabi S.A.W. di Mina 2 rakaat(qasar), aku solat bersama Abu Bakar 2 rakaat dan aku solat bersama Umar 2 rakaat."
Jadi di mata Ibn Mas'ud, Usman telah menyalahi sunnah.

Namun apabila tiba waktu solat, Ibn Mas'ud melakukan solat Zuhur 4 rakaat seperti yang dilakukan Khalifah Usman.
Seseorang segera bertanya. " Engkau mencela Usman kerana solat 4 rakaat, namun kenapa engkau melakukannya juga?"
Beliau menjawab, "Perpecahan itu sangat buruk."(Riwayat Abu Daud no. 1960)

-petikan Solusi, 22-

Subhanallah, hebat kan para sahabat.
Sungguh, mereka ini amat berlapang dada.

TAPI

Manusia kini, pantang nampak perbezaan dalam melaksanakan ibadah
Pasti orang yang berbeza itu dilebel macam-macam
Dituduh itu ini..

Sedarkah kita bahawa ilmu yang kita miliki hanya sedikit??
Tetapi masih bermusuh-musuhan kerana perkara yang kecil.
Sedarkah kita bahawa masalah aqidah yang lebih perlu dititik beratkan??
Kerana itu yang menentukan 'aku dan kamu' islam,
islam dengan sebenar-benar pengertian.

love peace ('',)

ingin jadi seperti mereka (1)


"Aku bimbang untuk tidur pada siang hari,
takut urusanku dengan manusia tidak selesai

Dan aku bimbang untuk tidur pada malam hari,
takut urusanku dengan Allah tidak selesai."

-Sayidina Umar Al-Khattab-

hari ni kita tidur berapa lama???

PRAY HARD STUDY SMART


:)

Jumaat, 20 Ogos 2010

of course


Cute isn’t it??

This is one of my favourite pictures.
It reminds me to my ‘adek ain kat rumah’ who always being scolded by her ‘kak kimah’.
But at the end, we will laugh together while watching tv and of course in bed when the light off.

Ohh and of course, not just because I love this picture very much means I’m accepting Darwin’s Theory which claims that modern men of today evolved from some kind of ape-like creatures. Huh. The evolution of man is simply a tale, ok!!

And of course, the origin of man has been explained clearly by Allah in our holy book, Al-Quran, in Surah Al Mu'minun verses 12-14 :

We created man from the purest kind of clay; then made him a drop in a secure receptacle; then formed the drop into a clot and formed the clot into a lump and formed the lump into bones and clothed the bones in flesh; and then brought him into being as another creature. Blessed be God, the Best of Creators! (Qur'an, 23: 12-14)

Subhanallah, isn’t that wonderful. Al-Quran told us much more earlier about our origin than the scientific discoveries. Truly, science is under Islam and truly, Al-Quran is for those who want to understand.

They said "Glory be to You!
We have no knowledge except what
You have taught us.
You are the All-Knowing,
the All-Wise."
(Qur'an, 2: 32)


p/s : thanks to Adnan Oktar aka Harun Yahya for making my research easier.
Ok, sangat pelik bila tulis dalam bahasa Inggeris.

selamat datang

alhamdulillah
dah bertambah seorang lagi cucu atok md hassan n nenek eshah

13 ogos 2010
3 ramadhan

semoga kehadirannya dapat menambahkan kebahagiaan keluarga kami
semoga dia dapat menjadi indivudu muslim yang soleh sebaik bulan dia dilahirkan

ohh bang an dan kak nor kata, mereka tak dapat ilham lagi nak bagi nama apa.
mok suruh bagi nama Hamzah
ain suruh bagi nama Hizbur (ceh ain ni mesti ingat hizbur imam muda tuu, dia dah kahwin ok!!)
aku kata, bagi la nama Hakim, nant mesti bijak cam cik kimah (ok perasan di situ)

apa-apa pun semuanya telah ditetapkan
hanya tunggu masa untuk mengetahui keputusannya
apa sahaja nama yang diberi moga nama tersebut dapat dipikul oleh si kecil pabila dia dewasa
insya Allah.

p/s: kat atas tu gambar hadif (abang baby) sebenarnya :P
gambar baby baru tak de sape nak bagi kat saya yang jauh ni.. sedihkan:(
budget jauh kene naik flight :P

Isnin, 16 Ogos 2010

baca sampai habis...tq

Rasulullah telah berucap di hari-hari terakhir bulan Syaaban kepada sahabat-sahabat baginda:

Maksudnya: “ Wahai manusia ! Kamu akan dinaungi satu bulan yang agung, yang penuh keberkatan. Bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah telah jadikan berpuasa di dalamnya satu fardhu dan menghidupkan malamnya sebagai amalan sunnah.

Sesiapa yang menghampirkan dirinya kepada Allah menerusi amalan sunnah, dia seperti melaksanakan satu amalan fardhu selain amalan sunnah tersebut, dan sesiapa yang menunaikan satu amalan fardhu di dalamnya (bulan Ramadhan), dia seperti menunaikan 70 amalan fardhu selain amalan fardhu tersebut. Ia adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya ialah syurga. Ia juga adalah bulan memberi pertolongan dan bantuan.

Ia bulan di mana rezeki orang-orang yang beriman bertambah. Sesiapa yang menyediakan makanan kepada seseorang yang berbuka puasa , tindakan itu akan mengampuni dosa-dosanya dan membebaskan dirinya daripada api neraka, bagi dirinya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa sebarang pengurangan”

Sahabat-sahabat baginda langsung berkata: “Bukan semua kami memiliki sesuatu untuk dijadikan bahan berbuka seorang yang berpuasa”. Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: “Allah akan mengurniakan ganjaran pahala saperti itu kepada seseorang yang menghidangkan untuk seseorang yang berpuasa berbuka walaupun sekadar seulas buah tamar, seteguk air atau seteguk air susu ….

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah pengampunan dan hujungnya adalah pembebasan daripada api neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan daripada hambanya, Allah lagi akan mengampuni dirinya serta membebaskannya daripada api neraka.

Perbanyakkanlah sepanjang (bulan Ramhadan) 4 kegiatan: 2 kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah s.w.t, 2 kegiatan lain pula kamu sendiri amat perlu kepadanya: Adapun 2 kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah, maka ia adalah ucapan syahadah: “ bahawa tiada tuhan melainkan Allah” dan kamu memohon keampunan daripadanya.

Adapun 2 kegiatan yang kamu sendiri amat perlu kepadanya, maka ia adalah: “ kamu memohon ( balasan ) syurga serta kamu meminta perlindungannya daripada api neraka. Sesiapa yang memberi minuman kepada seseorang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minuman daripada kolah airku yang menjadikannya sama sekali tidak akan kehausan sehinggalah dia memasukki syurga” (Riwayat ibnu khuzaimah dalam kitab sahihnya)

Isnin, 9 Ogos 2010

doakan saya ye

pengumuman kepada diri sendiri!

esok mini test anat n physio! dan aku tak baca apa2 lagi
sekejap je nak tulis. sekejap. jangan panjang-panjang

1. usaha + doa = orang mukmin
2. usaha + tanpa doa = orang sombong
3. tiada usaha + doa = orang malas

erk.... malas eh??
taknak2
jom jadi orang mukmin!!

ahlan wa sahlan ya Ramadhan
Ramadhan karim
Allahu akram

Rabu, 28 Julai 2010

IIUM 1

Rabu 28 Julai 2010

Jam 6.06pm

Monyet datang lagi. Kali ini lebih ganas dari kali pertama aku terserempak dengan ‘mereka’. Aku keluar bilik untuk ambil air untuk dimasak, tiba-tiba ada sesuatu jatuh dari atas. Tengok tingkat atas. Monyet rupanya. Cepat-cepat lari masuk bilik. Bising-bising dengan Pikah sebab tengok monyet tu tarik-tarik baju yang disidai sambil gigit-gigit. Jerit-jerit sampai Bib pun bangun dari tidur. Apa lagi meriah la jadinya. Kami jerit-jerit lagi sebab tengok kakak-kakak yang baru balik kelas kene kejar. Kemuncak, Hajar masuk bilik dengan termengah-mengah sebab dia pun kene kejar. Kesian Hajar, mesti penat nak selamatkan diri dan paling penting makanan untuk berbuka. Sabar, sabar ujian untuk kita.

Redho dengan suasana sekeliling. Kita rampas habitat monyet, jadi terimalah akibat yang sedikit itu.

Suasana ini aku akan tempoh dalam masa 4 tahun. Itupun jika aku tak kene pindah duduk luar. Brothers kata, cabaran dengan monyet lagi senang dari cabaran LOS (living off campus). Jarak dengan kulliyyah lagi jauh. Kalau jalan kaki memang dah habis kelas baru sampai. Kesian dengan brothers UIA. Takpe2 cabaran untuk mereka. Menuntut ilmu pun salah satu dari jihad kan?? Tiada yang mudah di dunia ini. Lagipun manusia biasanya ingat Sang Pencipta ketika susah sahaja kan? Sungguh halus teguran yang Allah beri buat hamba yang leka ini.

Jadi lagi sekali dan selama-lamanya kene BERSYUKUR dan terus BERSYUKUR.

Alhamdulillah.

Jom study dan buat report!!

STUDY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Selasa, 13 Julai 2010

syukur

Assalamualaikum.

Ini adalah coretan hidupku untuk aku muhasabah. Aku yang tidak pernah lari dari membuat dosa, aku yang selalu alpa, aku yang selalu merungut dengan kemudahan yang ada.

Bermula hari semalam, aku telah pun mengikuti pengajian sebagai pelajar farmasi. Subhanallah, jadualnya amatlah padat dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Kediaman dan tempat kuliyahnya pula, Subhanallah.

Tapi dalam rungutan yang banyak aku lemparkan, aku sedar yang aku silap kerana mengeluarkan kata-kata tersebut. Mungkin aku terikut rakan-rakan tetapi mana mungkin orang lain pula yang dipersalahkan. Aku perlu sedar yang aku perlu mempunyai jati diri untuk rasa bersyukur. Syukur kerana aku lebih baik daripada orang lain. Syukur kerana nikmat yang aku rungutkan itu sebenarnya tidak semua orang perolehi.

Walaupun jaraknya jauh, aku masih lagi dibekalkan kaki yang sihat untuk berjalan. Tiada apa yang perlu dirungutkan. Walaupun panas membahang tetapi itu lebih baik dari mati kesejukan.

Memang aku patut bersyukur, walaupun laptop aku banyak kekurangan, tiada sound device, virus yang selalu bertandang tetapi itu lebih baik bukan daripada tiada. Masih ada sahabat yang tiada kemudahan ini padahal nota yang yang dibekalkan semuanya dalam bentuk lembut (soft copy). Betullah apa yang Allah wahyukan kepada Nabi tercinta, Muhammad S.A.W. yang disampaikan kepada kita,

"maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?" (Surah Ar-Rahman)

Jadilah orang yang qanaah(berpada-pada) dalam setiap perkara. Orang qanaah itu bersyukur dengan segala nikmat. Orang tamak pula selalu berkata itu dan ini apabila nikmat diberikan. Tidak pernah merasa cukup.

Syukurlah wahai diri. Syukurlah kerana lebih ramai yang menderita kerana ketamakan diri ini. Lebih ramai yang tidak berpeluang tidur di atas katil yang kamu miliki, lebih ramai yang masih menanti untuk belajar di sini, lebih ramai yang masih belum memiliki apa yang telah kamu miliki.

Berhenti merungut walaupun itu bukan kehendak hati. Berhenti berkata itu dan ini kerana takut ia akan jadi tradisi diri.

Syukur. Syukur. Syukur.

Ya Allah, jadikan kami hamba yang bersyukur.