TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Selasa, 22 Jun 2010

AIN

pernah ke darul tuba
sekolah tahfiz untuk banat sahaja
umur pelajarnya dalam lingkungan 9-18 tahun

teringat pada seorang pelajar paling muda, nama die Ain, umur 9 tahun
kagum sangat dengan die
akhlaknya, subhanallah

kat sana, kalo nak mandi ade giliran sebab ade 3 tandas je
dan orang yang pertama, kene bangun dalam jam 3.30am
dan ain la orang yang paling senang dikejut walaupun die paling muda
lepas mandi boleh tido balik tapi kene solat tahajjud dulu
aku rasa masa umur aku 9 tahun, aku tak penah bangun solat malam

kebetulan aku datang sana time syawal
so ramai la puasa ganti dan sunat
dan ain tak ketinggalan, dan alhamdulillah seingat aku die berjaya habiskan puasa 6
pernah die bersembang dengan seorang senior
"kenapa anti tak puasa, anti kat dah baligh, kene ganti puasa."

semasa mengaji, ain tak banyak main2 macam sahabat-sahabat yang lain
cuma kadang-kadang sikap keanak-anakan die muncul juga
main2 dengan tudung labuhnya, cukup membuatkan aku sedar bawaha ain masih seorang budak kecil

"ain, pertama kali khatam AQ, umur brape?"

"masa ana tujuh tahun"

ohhh masa aku umur tujuh tahun aku rasa aku baru berjaya khatam iqra' yang 6 tu..

"siapa yang ajar?"

"emak"

"emak mula ajar baca AQ masa umur brapa?"

"2 tahun"

subhanallah, aku tak ingat apa yang aku buat masa umurku seawal itu

sistem menghafaz di sana memerlukan setiap pelajar untuk mengkhatamkan AQ sebnyak 10x sebelum boleh beralih ke proses hafazan
maksudnya ain dah khatam 11 kali ketika umurnya 9 tahun, subhanallah

----------------------------

sungguh, aku berasa kerdil dihadapannya walaupun hakikat menyaksikan aku tinggi daripadanya

sungguh, hebat ibu dan ayahnya kerana begitu yakin untuk menyekolahkan dia di sana di saat semua ibu bapa yang lain berlumba2 'mendidik' anak2 mereka dengan timbunan kelas tambahan

----------------------------

sedih pabaila menonton rancangan tom tom bak,
adik2 sebaya ain menari tanpa segan
adik2 sebaya ain menyanyi melunakkan

padahal jika diberi peluang pasti mereka juga dapat jadi sepertinya
mungkin lebih hebat, mungkin lebih mengkagumkan

potensi orang muda memang tidak boleh dinafikan
lihat sahaja bagaimana sultan muhammad al-fateh menawan kata constantinople pada usia muda
tapi lihat juga bagaimana ajaran yang diperolehinya
al-fateh didampingi ulama' sejak lahirnya
maka tidak hairan kalau dia boleh menakluk kota rebutan
tapi jika dia didampingi hiburan dan kemewahan, bukan setakat tidak dapat menakluk di usia muda malah seumur hidup mungkin Allah tidak izinkan

maka
nak salahkan anakkah ??
yang mendidik kan mak dan ayah

------------------------------------------

dan kita
yang dah besar
yang boleh beza baik dan buruk
jangan pula menuding jari pada sesiapa

berubah selagi mampu
berubah selagi ada masa

moga kita jadi ain dalam versi besar..

p/s : kenapa aku rasa ayat aku macam tak sedap dibaca nih.. mohon maaf awal2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan