TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Isnin, 7 Jun 2010

aku bangga

masih dalam mengemaskini blog
agak2 brape org yg tahu kewujudan blog ni??
ape2 pun aku ttp akn menulis bile ad idea, masa n connection tnet

teringat crita murobbi ku :
'ramai ikhwanul muslimin dipenjara atau dibuang negara dan mereka berhijrah ke negara barat'
dan ak boleh bagi contoh negara tersebut salah satunya mungkin uk.

ak mengambil masa yang agak berhari2 tuk mengemas baju.
bukan untuk sehari dua tapi hampir sebulan ak di sana.
bukan tuk berjalan ke merata eropah, tapi untuk bertukar suasana,
suasana melangok di rumah msia ke suasana melangok di rumah uk.
jika ditanya apa yang engkau lakukan ketika masa muda mu, aku mungkin antara jutaan manusia yang terpaku, kerana suka mensia-siakan masaku.

ketika mengemas bj, bj kurung sudah pasti ditolak tepi, jubah bawa la sehelai sambil terlintas dalam fikiran, ntah bile nak pakai. dan sudah pasti bagasi ku dipenuhi baju tshirt + seluar.
nyata aku adalah antara ribuan muslim yang tipis imannya, baru sebulan ke negara 'mat salleh' mula berangan menukar gaya. tak malu ke kita pada yang Maha Mencipta segalanya. Dia kan selalu memerhatikan kita walaupun di situ tiada yang kenal kita!

apa kaitan kate2 murobbi ku dgn pakaian yg ku bawa?? sahaja nak memanjangkan crita??

peristiwa 1 :
tempat tinggal abangku adalah di leyton, alhamdulillah komuniti islam agak ramai.
kerana wanita muslim itu mudah dikenali dengan imej jilbabnya maka setiap kali terjumpa wanita muslim mereka akan mengucapkan salam. dan aku tidak terkecuali untuk menjawabnya.

dan sekali lagi, ak di msia hanya memberi salam pada yang ak dikenali, itu pun tak semua padahal :

"Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) said: 'You will not enter Paradise until you have faith, and you will not have faith until you love each other. Shall I direct you to something which if you fulfill you will love one another? Spread peace among yourselves.' (It was reported by Muslim)

peace = salam (assalamualaikum)



peristiwa 2 :

ketika menaiki bas, ak terserempak dengan bbrp kanak2 comel yang melompat masuk ke dalam bas sambil ketawa keriangan (diorg naik pintu blkg, sbb bdk2 tak perlu byr tambang)
dan lbh menyentuh perasaan bila di tangan mereka adalah kitab yang pada kiraan ak mungkin juzu' amma

peristiwa 3 :
walaupun di negara non muslim, pak2 arab masih pakai jubah putih, ad yang siap berserban dlm tube dan bg wanita, ad yg labuh tudungnya (masya-Allah), dan sudah pasti ad juga yg berpurdah

-------------------------------------------------------------------------------------------------

padaku ini pandangan yg luar biasa
walaupun bukan semua muslim begitu, sekurang2nya, yang sedikit ini menyedarkan ak
mereka benar2 mahu tunjukkan pada org uk bahawa 'AKU MUSLIM, AKU iSLAM'
berserban, berpurdah, itu hak kami! dan kamu tak boleh ganggu hak kami!

di msia kita berlumba2 mengikut mereka, mereka = non muslim, dari segi pakaiannya, hiburannya dll.
dan bile antara kita cuba membawa imej islam, mulalah dipandang sinis, dan yang lebih parah bile ad yang beranggapan org yg berjubah berserban ini fikirannya kolot, kotor dan bodoh??
hebat sgt ke kita nak fikir camtu??
tak malu kah kita pada shbt kita di sana n paling penting pd Yang Maha Pencipta??

-------------------------------------------------------------------------------------------------

sambungan crita murobbi ku :
kebykkan mereka yg dibuang negara tak brenti begitu shj, dakwah masih diteruskan.
mereka ni kerja sebagai penjual daging dll, bile jumpa plajar msia mereka berbaik2 dan peringkat seterusnya ialah dengan menyampaikan dakwah menerusi usrah dan halaqah.

sebab itu pada zaman 90-an kita dapat lihat ustazah2 yg blk dr mesir tudungnya sekadar menutup kepala tp doktor2 dr uk bertudung labuh pula.

walau agama yang di pelajari tinggi tak tercapai dek tangan, tapi jika tarbiyah mengenai aqidah yakni 'mengesakan Allah' belum sampai, inilah situasi yang bakal terjadi.

dan aku, aku berasa bangga kerana aku dapat rasakan
mereka=muslim yg aku jumpa di sana adalah anggota ikhwanul muslimin (kurang yakin)
ok, mereka=muslim yang aku jumpa di sana adalah manusia yang telah mendapat terbiyah yang dipelopori oleh hassan al-banna (50% yakin)
emm, mereka=muslim yang aku jumpa di sana adalah muslim yang hebat aqidahnya kerana tidak takut untuk menunjukkan agamanya (yakin)

moga kita semua seperti mereka yang teguh imanya..amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan