TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Khamis, 1 Julai 2010

bulat

Assalamualaikum

Pertama, sila baca tulisan kat sebelah gambar pensil yang banyak-banyak tu.

Kedua, apa yang aku cerita memang sudah lapuk ditelan masa (malu dong.....ahhh).

Ketiga, jom aku nak mula cerita.

Masa mula-mula aku tonton iklan FIFA World Cup tahun ni, aku tanya abang aku :
" kenapa la kecoh sangat pasal World Cup ni? "
" mestilah 4 tahun sekali ni "

Ohh baru aku tahu, sebelum ni aku tak pernah kisah pun. Ada ke, tak ada ke, hidup aku tetap sama, tapi kali ni, hidup aku jadi berbeza,
sebab,
aku ada di rumah, jadi access untuk menonton tv itu amat BESAR dan MUDAH.

Maka, setiap malam, mahu atau tidak aku akan menonton bola (highlight je sebenarnya) dengan abang aku (selamat abang aku yang ade kat umah ni sorang je, kalau semua ade, ROBOH dan RANAPlah dibuatnya) dan setiap kali itu jugalah abang aku akan menjadi pengulas setia (kan aku dah tulis tadi, selamat sorang je, kalo semua ada, pekak la telinga ni).

Mula-mula, ulas pasal Messi Si Pendek, kemudian mengenai negara yang masuk perlawanan ni. The best part is abang aku siap kaitkan dengan sains, geografi dan politik. (ok. aku tadah je, takkan nak cakap, "berenti cakap boleh tak? kimah dah la nak termuntah tengok bola setiap malam." :D )

" Kimah, kebanyakan negara yang masuk ni ada team untuk rugby jugak, maknanya apa? Maknanya negara diorang ni sangat hebat dalam food technology. Rugby kan pemainnya lagi hebat, jadi untuk menghasilkan pemain bola sepak, amat mudah la untuk diorang."

" orang kata,player England macam terkena sumpahan. Padahal ni semua sebab graviti. England dan Africa kan berada pada aras laut yang bla, bla, bla." (hello saya tak faham!!)

" Emm, kalau England kalah, payah la nak tayang bola kat sini, ye la kita kan negara jajahan diorang. " (what?????? bagus la kalah, tak yah la kau sakit hati tengok aksi penjaga gol yang macam .......... tu)

Ok, itulah ayat abang aku yang aku rasa
"Ohhh tolonglah, apa yang engkau sedang berusaha untuk beritahu aku ni???"

--------------------------------

Bercakap pasal England,
Ada satu iklan FIFA World Cup yang aku tonton di BBC berbunyi :
"millions of World Cup babies are being produce"
Jadi, sudah terang lagi bersuluh bila ada je benda ni, penzinaan meningkat mendadak-dadak. Masalahnya bukan di negara tu sahaja, tapi di negara kita pun tak kurang 'hebatnya'.

Dan di sana, perjudian memang kaw-kaw la orang kata.
Kalau kita beli tv sebelum World Cup, then England menang, syarikat tu akan bayar balik harga tv tu kat kita, maknanya free la tv tu.
Dan patutla bila England kalah diorang dapat kritikan hebat dari penyokong,
ye lah, mana tak bengang, kalah judi la katakan.

---------------------

Ingin aku ingatkan bahawa bahawa aku dah nak masuk Kuantan.

FIFA : Fight Israel Free Al-Aqsa
(bagaimana ya??)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan