TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Isnin, 27 Februari 2012

sia-sia

Assalamualaikum

Dah lama tak menulis (baca : menaip), nampaknya otak tidak dapat di ‘trigger’ dengan baik apabila jari diletakkan di atas papan kekunci (eh betul ke?)

Ok, hari ini secara masanya, aku sudah mencecah 23 tahun, Alhamdulillah (:

Emak kate, Alhamdulillah sebab masih hidup, dan ketika itu jam masih belum pukul 12.00am 27 February 2012. Haha. Aku kate, “emok, tunggu la kul 12 ni macam mana.” Ha, dan Alhamdulillah masih hidup. :D

Kepada yang membaca, tanpa malu, aku mohon agar kamu semua mendoakan aku agar sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Tanpa segan, aku meminta agar kamu mendoakan aku supaya tetap teguh dengan iman dan islam. Dapat berbakti kepada agama, ummah, mahupun diri sendiri.

Amin.

Tutup cerita.

Tujuan kita dihidupkan bukanlah sekadar untuk menjalani hari-hari biasa. Tujuan kita dihidupkan bukanlah sekadar untuk memuaskan hati-hati kita dengan wang, harta benda, pakaian cantik, suami handsome, isteri cantik, anak bijak dan macam-macam lagi.

Tapi

Itulah yang selalu kita kejarkan. Dalam konteks pelajar, aku belajar kerana mahu maintain dapat scholarship, aku belajar kerana mahu dapat DL, aku belajar kerana mahu dapat kerja. Aku belajar kerana ini dan itu. SUSAH untuk kita katakan, aku belajar kerana Allah. Atau dalam erti kata lain, senang dikata di bibir tapi sukar dihadirkan dalam hati.

ITU HAKIKAT kepada kita yang masih letakkan dunia dalam hati yang paling dalam.

KERANA kita tidak pernah faham, kenapa sebenarnya kita diciptakan. Malah mungkin tahu tapi tidak mahu tahu dengan jelas apa perkara yang sebenarnya perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat hidup itu.

AKIBATNYA, kita hidup seperti kita tiada agama, kita hidup bertuhankan dunia.

AKIBATNYA, kita berbicara hanya pada benda-benda yang remeh. Berusaha bersusah payah pada benda yang belum tentu dapat memuaskan hati kita.

Setelah dapat A, kita mahu B, lepas itu C, D hingga Z. Tidak cukup. Second round. A1, kemudian B1 hingga Z10. Mungkin tidak puas lagi. (muntah kalo terus menulis).

SIA-SIA

TERUSKAN MENSIA-SIAKAN USIA KITA DENGAN USAHA SEDEMIKIAN. USAHA yang tidak meletakkan Allah di dalam hati.

Tutup cerita.

Alangkah indah hidup ini apabila meletakkan redha ALLAH sebagai matlamat.

Seorang pemain bola sepak telah ditanya wartawan, “apakah cita-citamu?” jawabnya, “masuk syurga.” Wartawan malah pelik dengan jawapan sedemikian bertanya lagi, “maksudku, apa cita-citamu dalam hidup?” jawabnya lagi, “masuk syurga.” Aduh, mana mungkin wartawan itu akan menulis seorang pemain bola sepak bercita-cita masuk syurga di ruangan sukan akhbar. Kedengaran pelik. Bertanya lagi, “tapi kenapa engkau bermain bola?” jawapannya, “kerana aku mahu dapatkan wang dan menjadi contoh kepada penyokong. Jika mereka menganggap aku seorang pemain yang berbudi bahasa, sopan, berjaya dalam karier, dan dengannya membuatkan mereka meniruku, aku akan menperoleh pahala pada setiap perbuatan yang mereka lakukan kerana meniruku.”

JELAS

Tujuan hidupnya amat jelas.

Matlamat hidupnya kerana Allah.

Jika, kita yang meng’claim’ kita adalah professional, maka adakah matlamat hidup kita sejelas si pemain bola?

Ambillah pena dan kertas, tuliskan tujuan hidup anda yang jelas. Dan berusaha untuk menggapainya. Moga, agar kali ini, usaha kita TIDAK sia-sia.

Kerana, percayalah, kebahagiaan seorang hamba adalah apabila dia dekat dengan PENCIPTANYA.

-sumber : Dari Hati ke Hati by Amr Khalid-

Tutup cerita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan