TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Isnin, 27 Februari 2012

Waktu mudaku hampir tiada

Ketahuilah apabila umur kita meningkat, kita telah meninggalkan dunia yang lama dan melangkah ke alam yang baru yang jauh lebih mencabar.

Meningkatnya usia, menunjukkan dekatnya kita dengan kematian. Jika dulu kita baru berumur 20 tahun, tapi bukan sekarang. Malah waktu yang sudah lalu sudah pasti tidak dapat kita cari kembali. Hatta kita belanjakan seluruh harta di muka bumi dan seisinya sekalipun, percayalah satu saat yang baru sekejap tadi datang tidak mungkin kembali.

Teringat hadis Rasulullah S.A.W. Baginda bersabda :

Kedua telapak kaki seorang hamba tidak akan tergelincir pada hari Kiamat sehingga mereka ditanya tentang empat hal, iaitu tentang umurnya untuk apa dihabiskan, tentang masa muda untuk apa digunakan, tentang hartanya dari mana ia mendapatkan dan menginfakkannya, dan tentang ilmu apakah telah ia amalkan. (HR Tarmidzi)

Subhanallah, ketahuilah bahawa kita telah mula meninggalkan masa muda dan apakah yang kita telah lakukan supaya kita tidak dihumban ke neraka yang amat azab siksaannya?

Masa mudaku aku habiskan dengan berangan-angan hendak menikah dengan jejaka tampan, kaya malah bijak dan berbudi pekerti. Masa mudaku aku habiskan di kaca tv menonton sinetron, drama-drama sehingga mengalir air mata kesedihan. Aku malah menjadikan ia topik hangat di siang hari tatkala bersembang dengan rakan-rakan. Masa mudaku aku habiskan dengan tidur kerana kepenatan mengulang kaji pelajaran. Masa mudaku adalah masa untuk aku mencuba benda baru yang memuaskan nafsuku, tunggulah dahulu wahai diri dan hati, masa tuaku akan tiba untuk aku memohon ampunan sebanyak-banyaknya pada Allah Maha Esa.

Pantas.

Pantas kita berfikir dan yakin bahawa kita akan hidup dalam masa 20 tahun akan datang. Kita malah percaya yang kita tidak mungkin mati pada usia muda. Allah tidak kejam untuk mengambil nyawa kita bukan? Itulah yang kita fikirkan.

Apa yang membuatkan kita begitu yakin?

Tutup cerita.

Buat sahabat-sahabat. Terima kasih atas sambutan yang diberikan. Doa dari kalianlah yang paling ku dambakan. Kasih sayang kita moga ia didasari kerana iman. Agar di akhirat kita tidak saling menyalahkan. Segala khilaf harap dimaafkan. Aku manusia biasa yang kadang-kadang tidak mampu untuk menunaikan hak kalian. Mintalah bila kau perlukan, akan ku cuba memberi selagi Allah izinkan. Walau perjalanan kita berbeza, harap di akhirnya adalah bertemu di syurga.

Love from NuHa xoxoxoxo (:

Special thanks to : roommates (Bib, Hajar, Piqah) and lovely girls from rx9 (Ecah, Wa, Alia, Tiqah Hasman, Dibah, Che’, Rumaisa’, Zimah, Jay, Munie Paris, Mun, Munie, Nadiah, Mirah Khan, Tiqah Samat, Farah, Ewa n Aina)

2 ulasan:

  1. Happy birthday Kimah ;)..thank you for ur inspiring words...sama2 muhasabah untuk dunia dan akhirah

    BalasPadam
  2. i.Allah :) jazakillahu khair aishah 4 d wish, doakan sy selamat dunya wal akhirah

    BalasPadam