TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Isnin, 31 Mei 2010

natural history museum







hari ni nak kongsi cerita lagi....
pengalaman semasa di negara orang

Hari tu aku tekad, mesti keluar pergi jalan.
Peta tube, peta London sume ade dalam tangan. Hanya perlu berjalan dan terus berjalan.

Dari Vicarage Road, naik bas 69 pergi Leyton Station. Then, amik tube central line ke Notting Hill Gate. Tukar district line pergi South Kensington. Tu underground paling dekat ngan museum2 yang aku akan lawat tapi sebenarnya jauh gak jalan. Mujur ade terowong yang menghala ke sana, so tak de la sesat jalan. :)

Ternganga. Itulah ungkapan yang aku boleh nukilkan saat kaki melangkah masuk. Cantiknya, subhanallah. Walau ini rekaan sang manusia tapi ilhamnya tetap dari Maha Pencipta.

Walau gembira dah sampai sana tapi sedih sebab tak de sape nak amik gambar. Inilah kekurangan yang ketara bile kita jalan sorang2 :(
Tapi jangan lupa pada kelebihannya, engkau tak terikat nak pergi mane2 or nak balik pukul brape. Semua engkau yang decide, tak yah susah2 nak tanye pendapat orang lain. heee

Banyak ilmu yang aku dapat, banyak bende yang lupa aku diingatkan.macam mane ye nak bagi gambaran ade kat sane,emm, bagi aku, aku rasa macam dalam cite night at museum lakonan ben stiller. Cume, the lights doesn't go off, so no battle is on. heee
Rasa nak bawak balik museum tu ke msia especially tuk bdk uia yang amik bio3. konfirm tuh dapat A+++ :D

Satu pengalaman yang berharga tuk aku yang tak mesra alam ni ialah jumpe kawan baru kat sane. mula2 pandang2, pastu senyum2 pastu jalan dekat2, pastu baru proses taaruf ala kadar bermula. Well done kim!! heee...Konfirm kat msia aku takkan tegur orang biaq pi la die kaum or agama ape tapi bile di negare orang yang didomonasi oleh christian, jumpe muslim bagai satu rahmat yang Allah campakkan pada hati kita. Sebab, kita bersaudara, ye kita bersaudara, saudara kerana kau dan aku meyakini Allah itu Maha Esa dan Rasullulah itu Nabi kita.

“The believers are but brothers” Al-Hujurat [49:10]

Sebab die,aku jadi semangat nak berkelana;sebab die,ad la bbrp foto yang mukaku di dalamnya dan sebab die, aku gumbira :)

Ya Rahman, Irhamna


















Ahad, 30 Mei 2010

sudah sebulan berlalu


sekadar perkongsian supaya aku tak lupa yang aku pernah ke sana

22 april 2010

Jeritan 'yeay' dari mereka untukku setelah kapal terbang mendarat di bumi Stansted.
Mungkin gembira dapat pulang ke tanah air setelah 'stranded' beberapa hari di Malaysia
Aku, terharu..
Bukan sebab sorakan tapi nikmat dapat ke sana. Nikmat dapat melihat negara orang, nikmat dapat melihat cara hidup orang dan paling penting, nikmat yang Allah berikan kepada mereka yang bermusafir.
Rukhsah dalam solat, doa dimakbulkan, dapat menghilangkan stress, dapat ilmu dan banyak lagi.

"mengembara itu adalah perjalanan seorang manusia yang keluar dari zon selesa kepada zon cabaran" (petikan bercinta sampai ke syurga)

Mase tu suhu 1 celcius. Hee sejuknya bukan kepalang, almaklumlah bagi orang yang tak biasa.
Baju sejuk tak beri bantuan pon. Pakai untuk cukupkan syarat je.
Tapi tak pe, bile naik kereta, tengok keliling, sejuk hilang sebab pandangannya cantik bangat.
Abang kate, die pun baru first time tengok sebab 'spring' baru lagi.

Hari pertama tak gi mane-mane pun. Cume hantar anak sedare pi sekolah. Mase tu, die malu-malu ngan kitorang padahal baru tak jumpa beberapa bulan. Emm..

Destinasi pertama kitorang setelah berehat dua hari ialah car boot, destinasi yang jarang dilawati
oleh orang2 yang melancong tapi di sebabkan ni tempat favourite abang, kitorang pi je la.
Die siap berazam lagi nak bawak balik baju car boot satu kotak ke Malaysia. haha, suke hati, asal ko bahagia. Aku dengan sombongnya tak nak beli pape, ye la barang second hand, tapi lepas berkali-kali pergi, aku yang naik 'syeikh'. Pantang nampak seluar jenama next, aku beli. Baju sejuk yang tebalnya berinci2 pun aku beli, asalkan ade jenama next. Ntah bile nak pakai pun tak tau, macam la duk situ bertahun2.

Nafsu : beli la kim, harga die 50p je. makneny br rm2.50, tak dapat barang kualiti camni kat tempat lain. jimat pun jimat. kain die tu sedap, kalo dipakai sejuk je..

Aku ape lagi, patah balik kat stall tu, kuarkan duit syiling, senyum kat peniaga tu dan pergi.
Iman : hari ni membazir lagi ye, baju sejuk tu tak kan pakai nya kat malaysia. seluar tu, muat ke? cukup syarat untuk menutup aurat ke?

Firman Allah dalam Surah Al Maaidah, ayat 87 :
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."

p/s : rupany susah nak menulis ni. lama betul masa yang aku ambil
debushhhhhh!!!!!






salam perkenalan

assalamualaikum
salam perkenalan buat saya
moga ini adalah wadah yang sempurna
untuk kita bersama