TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Sabtu, 22 Disember 2012

Random 2

Selamat Menghadapi Peperiksaan.
Study Hard
Tapi Sila
Jaga IBADAH ye :)

Allah Maha Kaya

Sabtu, 15 Disember 2012

I vs J

Assalamualaikum

As usual, kalau sibuk, maka saya akan ada masa untuk menaip. Wahaha

Supaya tidak menulis benda yang sia-sia seperti sebelum ini, maka saya akan adakan tema untuk post ini. Tema post ini ialah Jahilyyah vs Islam :)

Pernah baca surah Al-Kafirun? Kalau tak pernah baca, sila menyesal sekarang (dan pergi la baca!)

Orang kafir Quraisy buat tawaran pada Rasulullah supaya bergilir dalam melakukan penyembahan. Hari ini sembah berhala(tuhan mereka), esok sembah Allah. Maka Allah turunkan surah ini.

Kenapa?
Dalam surah ini, Allah nak beritahu kita bahawa tidak akan ada persamaan antara islam dan kafir(jahiliyah). Cara ibadah islam takkan pernah sama dengan jahiliyah. Dan bukan setakat itu sahaja, cara hidup islam dan jahilyah juga takkan pernah sama. Takkan pernah sama, takkan pernah ada titik pertemuan antara keduanya, takkan ada apa-apa yang boleh menyambung antara keduanya.

Jelas. Islam adalah di satu persimpangan yang lain dengan jahiliyah.

Jika, kita memilih untuk ke kanan, maka ke kanan la kita, jika kita ke kiri, maka ke kirilah kita. Kerana badan yang satu ini, tidak akan mampu untuk pergi ke dua tempat yang berbeza dalam satu masa. Nampak tak?

Maksudnya, kalau kita memilih jalan islam, ambillah semuanya. DAN jangan cuba-cuba dicampur-campur mahupun dicuit-cuit walau secubit jahiliyah itu. Kerana, jelas jahilyah dan islam tidak boleh 'bind with each other'. Jahiliyah memang tak compatible dengan islam. Jahiliyah memang tak in dengan islam. Jahiliyah juga hanya menawarkan repulsive effect dengan islam. Apa lagi? Jahiliyah juga akan membentuk dua phase dengan islam walau dah dikacau berjam-jam lamanya di dalam water bath bersuhu 90 degree. Nampak tak separation phase yang berlaku? Nampak?

Dapat bayang tak bagaimana air kalau dicampak ke dalam minyak yang panas? Minyak tu akan meletup-letup marah bukan? Sebab apa? Sebab dua bahan ini mempunyai sifat yang totally berbeza.

Macam itulah analogi antara islam dan jahiliyah.

Tapi kita sekarang sangat suka mencampur adukkan keduanya. Kita selalu kata, apa yang kita buat adalah ISLAMIC padahal ia langsung tidak membawa kepada penambahan iman kita malah hanya mengaratkan hati kita.

Karat yang sangat tebal sehingga sangat susah untuk dikikis. Aduh

Kita couple, kita chatting malam-malam dengan bukan mahram, kita tengok video lama-lama, kita dengar lagu-lagu cinta, kita mengumpat, kita malas nak faham AQ, kita jadi hamba tv, kita makan macam hari esok tiada lagi, kita ................ (sila fikir sendiri)

"It's already become a norm"

Tapi kebiasaan tak semestinya islam, bukan? Sebab semua orang couple, so benda bukan lagi dosa. Macam tu ke? Senang la kalo macam tu. Ajak semua orang supaya tak pakai tudung, pastu esok lusa claim tak pakai tudung tak dosa. Wah mudah sangat!!!

Tarik nafas. Fikir apa lagi jahiliyah dalam diri ini. Tarik nafas.

Cuba kita lihat para sahabat. Contoh Saidina Umar, bagaimana beliau berjaya meninggalkan semua jahiliyah yang ada. Beliau pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup, beliau seorang yang bengis dan amat memusihi islam TAPI tatkala syahadah diucap, beliau meninggalkan jahiliyah itu dan sangat-sangat menyesali dan membenci untuk kembali padanya seperti bencinya untuk dicampak ke dalam api neraka.

Cuba fikir, kita tak la sejahat Umar sewaktu kafirnya. Kita tidak membunuh manusia malah tak pernah pun nak cari gaduh dengan orang. TAPI kenapa, kita boleh menjadi hebat seperti Umar. Kenapa susah sangat kita nak tinggalkan tv tu? Apa bezanya SYAHADAH yang Umar ucap dengan SYAHADAH yang kita ucap?

Tiada beza bukan?

Cuba fikir lagi, jika kita tidak mahu melepaskan jahiliyah tersebut, apa beza kita dengan orang yang tidak faham islam? Kalau orang yang tak beriman tu pakai ala-ala K-Pop, kita pun nak pakai juga? So apa beza kita dengan dia? Kalau orang tak beriman tu pakai ketat, kita pun nak pakai juga ke? Maka, apa beza kita dan dia?

Fikir dan fikir.

Tinggalkan jahiliyah itu walaupun ia sangat lazat. Tinggalkan jahiliyah itu jika kita rasa kita mengucap SYAHADAH yang sama dengan Saidina Umar Al Khattab. Tinggalkan demi redho Allah.

Kerana kita mahu islam itu kembali bukan sahaja dalam diri kita malah pada semua manusia. Jika kita memikul jahiliyah, bagaimana mungkin kita hendak berlari sepantas Mus'ab bin Umair yang meninggalkan kekayaan dunianya. Jika kita membebankan diri dengan jahiliyah bagaimana mungkin kita nak islamkan manusia sekampung macam Abu Dzar al-Ghifari kan.

Walau payah, berusahalah.
Berdoa, agar Allah tunjukkan jalannya.
Keluarlah dari zon jahiliyah dan masuklah ke zon islam.
Insya Allah, Allah sentiasa bersama hambaNya.

~Doakan saya supaya sempat siapkan reports, assignments and berjaya dalam final exam ye. Doa juga supaya kita dapat berjumpa di syurga. Aminn~

Isnin, 3 Disember 2012

RANDOM



·      Ok sekarang memang tengah pening nak buat ape. Dekat kepala tengah pikir nak buat macam-macam tapi tak tahu nak mula mana.

-        baju minggu lepas tak basuh lagi. (ok ni memalukan)

-        discussion RIP yang sumpah tak faham macam mana nak buat, atau dalam maksud lain aku rasa yang aku buat tu macam tak betul tapi Dr Omer tak komen ape2…wahhh positif @_@

-        iadah at least 2 juzuk ½ (sampai habis Yaasin) tapi sekarang 1 juzuk pun tak habis lagi padahal tinggal 3 minggu saje lagi.
·      PERHATIAN HAKIMAH !!! ini bukan DQ yang kau duduk menghafal tak buat benda lain dah.

-        quiz endocrine yang markahnya seperti yang dijangka la sebab tak study malamnya sibuk buat PBL.
·      PADAN MUKA SAPE SURUH BERTANGGUH LAGI. KAN!

·      OK lagi 3 minggu je lectures lepas tu EXAM!!!!! Ini memang BESTTTTTTT

·      Selamat menghadapi hari-hari mendatang dengan jayanya Cik Hakimah

·      Tadi pegi hospital naik bas. Nak jimat duit la katakan sebab duit JPA yang ade kat aku nak habis dah. Tapi kat abah ade lagi. Tapi tu kene simpan sebab nak pegi HAJI before 28. Ape yang aku nak cakap kat sini ialah : aku tak buat pun tugas Shahadatul Haq walaupun aku baru dengar benda tu semalam. Aku boleh buat bodoh dengan orang yang duduk sebelah kerusi. Habisla Kimah, habisla. Nanti semua pun nak jadi saksi yang menghentam kau.

·      Ok aku nak :

-        Basuh baju dan gosok baju (basuh guna mesin uia je, jimat duit. Pastu sidai kat luar. Takyah ngade2 nak bazir rm3 pegi guna dryer. Sila sedar duit dah nak habis. Guna je nikmat semulajadi yang Allah dah bagi. Gosok baju tu supaya, esk lusa bangun kalau masih hidup, takde lagi berdiri depan almari berminit-minit pikir nak pakai baju ape hari ni. Sedihnya la hidup camtu. Gaya macam orang yang macam tak tahu tujuan hidup. Hari-harinya dimulakan dengan nak pakai baju ape pegi kelas hari ni. Orang lain pikir hari ni nak pertahankan bumi Palestin macam mana. Aku dok pikir benda dunia sampai pening. MEMALUKAN SUNGGUH. Berapa sangat la sebenarnya value iman yang aku ade sebenarnya? facepalm.

-        Siapakan discussion RIP, imipenem, iadah 3 muka, baca/dengar asas interaksi dengan AlQuran.

-        STUDY PLEASE!!!! Nak study Endocrine 2 tajuk

·      Jangan lupa baca bismillah dan renew niat hanya kerana Allah. All d best diri. Nanti update eh ape yang tercapai (scarynye cakap dengan diri sendiri)




Jumaat, 30 November 2012

Hidup Ini Memang Tempat Untuk Berpenat

Assalamualaikum

Blog ni macam hidup segan mati tak mahu...alahai

Isnin ni, dah masuk minggu ke 13. so lagi 4 minggu before final.
Macam biasa, akhir-akhir makin banyak kerjanya.

Meh nak senarai sikit

1) Hospital visit - 3 reports
2) Research in pharmacy - Slide on discussion
3) Report syrup and suspension - discussion
4) Assignment Pharmacokinetic (Pk)
5) Literature Search - In situ gelling oral liquid
6) Tutorial Pk
7) Report PBL 5 - Treatment Management 

Ini baru sikit, tak kira lagi kuiz-kuiz yang suka-suka hati nak datang bila.
Tapi bak kate tajuk di atas, hidup ini memang tempat untuk berpenat. Sebab kita orang islam yang percaya pada akhirat, yang percaya tempat rehat yang paling best adalah di syurga sana...Aminn

Moga walau sibuk macam mana pun, niat tetap dijaga. Belajar hanya kerana Allah.

Bagaimana?

Kalau tengah muntahkan perkataan kat atas papan kekunci (baca : menaip untuk report), tetiba azan kat masjid berkumandang, jangan la buat-buat tak dengar (baca : pekak). Tapi sahutlah seruan tu dengan belari-lari ke tandas untuk membersihkan diri dan berwudhuk dengan sempurnanya.
Haaaaa itulah dinamakan belajar kerana Allah.
Makin susah belajar, makin banyak minta pertolongan dari Allah, makin banyak doa, makin banyak solat sunat, makin banyak baca AlQuran.

Eh, moga aku tak sekadar menulis tapi tak segan silu untuk melaksanakannya.

YANG PALING BEST IALAH :

makin banyak program tarbiyyah di akhir-akhit ni. Dan aku yakin, ini adalah tapisan-tapisan yang nak menentukan kita ini betul serious atau sekadar melepas BATUK di tangga.
(Dupdapdupdap)

Ya Allah, semoga aku dapat melaksanakan semua tanggungjawab yang diamanahkan ke atasku dengan sehabis baik. Hanya Engkau yang dapat mengizinkan semua perkara itu berlaku.

Aku juga perlu ingat, walau sesibuk mana, aku masih ada tanggugjawab yang lebih besar dari yang lain-lain, iaitu, memimpin tangan mereka.

(Wah, ini memang susah tak tau nak cakap macam mana)

Dan paling penting, aku kene sedar, yang agama ini bukan agama magik, yang kalau kita banyak beribadah kat tikar sejadah, duit akan datng bergolek-golek masa kita sujud...ohooo... bukan dan bukan. Allah boleh buat macam tu, tapi Allah Maha Adil. Siapa yang berusaha dia la dapat makan. Siapa yang baca buku sungguh-sungguh, dia la dapat jawab kuiz, dan siapa yang tak banyak melanguk dan kurang tido, dia la yang dapat siapkan literature search dalam sem ini.

Ok sekian terima kasih.

-nak pegi dengar Shahadatul Haq jap-pastu sambung buat report yang sikit tu-

Isnin, 8 Oktober 2012

ISK + Ghulam (1)

Assalamualaikum

Buat revision mengenai tujuan hidup. oyeah. Setiap kali pengisian tujuan hidup, mesti tertembak-tembak di muka. Tahu tapi nak mengamalkan... hanya Allah yang tahu.

Kita terlampau disibukkan dengan dunia.
Bangun tido, nak mandi dulu. Pastu perut lapar, nak makan dulu. Pastu nak siap-siap pergi ke kelas. Maka tak sempatlah nak baca Al Mathurat dan iadah sehelai dua Al Quran.

Pergi kelas, sembang-sembang. Pastu diam dengar lecture. Tahan ngantuk, minum air, pergi tandas. Duduk balik kat tempat tadi. Buka buku, salin nota. Pastu rehat makan lagi, tak pun sembang. Dah terlepas Dhuha dan iadah.

Balik kelas, makan tengah hari. Lepas solat, taknak tido sebab perut penuh maka buka email, baca fb, google sikit, ok ngantuk sangat dah, tido. Bangun solat asar, nak bersenam pulak. Skipping-skipping sampai penat. Mandi la sebab dah busuk. Dah masuk Maghrib. Tak sempat nak buka mulut baca Al Mathurat. Lepas Maghrib, makan malam pulak sebab lapar selepas bersenam. Sembang-sembang dengan roomates, solat isya. Dah terlepas lagi waktu iadah. OK nak belajar. Buka laptop sebab nak google research. Eh, tertengok FB pulak. OK tutup. Pastu dah ngantuk, dengar lagu sambil baca nota. Lagu ni sedap pulak, google lirik la sekejap. Eh dah pukul 11.30pm. Gosok baju untuk esok la. Tengok dalam almari nak pakai baju dan tudung apa esok. Kemas itu penting. Gosok biar lentik. Ok dah malam tido.

Dengar alarm kul 4.30am. Butang Dismiss all ditekan. Bangun. Eh ngantuk lagi pulak. Kira guna jari berapa jam dah tido. Oh baru 4 jam. OK 5 jam baru cukup kot. Tido jap nanti 5.30 baru bangun qiyam. Tido. Roomate datang kejut subuh jam6.30. Terbaek.

Ibadah ke mana, belajar pun ntah ke mana.

Maka jadilah orang yang paling RUGI kat atas muka bumi ini.
Dan selalu berharap, dengan Al Quran yang dibaca kadang-kadang. Al Mathurat yang kalau sempat dan ada keperluan, solat yang banyak lalai, puasa sunat yang lapar sikit nak bukak, istighfar, tasbih, tahmid, takbir yang bila ingat, dapat membawa kita ke syurga yang tak terfikir di kepala keindahan dan keseronokkannya.

Layakkah soalannya?

Hidup para sahabat bukan bersenang-senang seperti itu. Hidup Rasulullah SAW lagi jauh bezanya.
Padahal Rasulullah dan para sahabat dijanjikan syurga!

(@@)

Masjid paling besar di Spain ditukar menjadi gereja. Menara tempat dilaungkan azan diganti dengan bunyi loceng yang berdeting kebingitan. Kami tidak dibenarkan masuk ke dalamnya kerana ada keramaian orang-orang bukan islam di dalamnya. Hati memberontak kerana bangunan itu dahulu kami punya. Apakan daya, ia bukan lagi hak kami masa ini.Ia hak mereka, dan mereka berhak mensyaratkan apa sahaja.

Hanya mampu duduk bersama teman-teman sambil mendengar si murobbi bercerita. Bagaimana umat dahulu menakluk mereka. Bagaimana hebatnya umat dahulu hingga dapat membina masjid sebesar dan seindah itu. Masjid yang bukan sahaja kaya dengan hasil seninya malah seni binanya begitu teliti agar setiap pelusuk dapat mendengar laungan Allahu Akbar ketika solat jemaah ditunaikan. Muazzin akan menunggang kuda untuk berada di puncak menara. Melaungkan azan memberitahu penduduk bandar supaya menyembah Tuhan Yang Esa. Sedang mendengar kisah kejatuhan umat, tiba-tiba, loceng itu berbunyi. Seolah-olah sedang mentertawakan kami yang sedang menangisi kisah ini.

Suara itu sebak menahan kesedihan. Bercerita pengalamannya berada di negeri orang. Yang membuatkan dia lebih kenal apakah itu islam.

Dan hari ini, dia ceritakan pada aku. Dan aku ceritakan pada kamu.
Dengan linangan air mata yang begitu murah untuk dijatuhkan.
Wahai air mata, adakah kau penyelamatku di neraka?
Wahai si pemilik air mata, adakah kau sudah sedar?

--------------------------------------------------------------

Aku memerlukan tarbiyyah. Kamu?




Ahad, 16 September 2012

testing

quick post  setelah lama tidak menge'post'

haibat la c:

sensitiviti kita terhadap islam hanya apabila ada manusia-manusia yang tidak faham islam melontarkan kata-kata atau apa sahaja bentuk yang menghina islam.

ketika itu kita bangkit dengan segala tenaga yang kita ada.

tetapi,

saban hari kita mengingkari perintah Allah, dan lupa pada ajaran Rasulullah.
kita tinggalkan solat atau melewatkannya. kita tidak cuba untuk memahami malah membaca Al Quran.
kita tidak tutup aurat dengan sempurna, malah bangga dengan penampilan kita.

tanpa sedar,

kita menghina agama ini.

tanpa sedar,

kita yang merosakkan agama ini sesuai dengan acuan yang kita kehendaki.

--------------------------------------------------------------------------

ok buat cermin mata baru setelah cermin mata lama selamat ditelan ombak.
money money!

Selasa, 8 Mei 2012

WSH yang warnanya oren

"Dakwah maksudnya panggil. Bila dipanggil perlu ada pergerakan. 
Jika tiada pergerakan, makanya Dakwah tadi gagal. Jadi usaha lagi dan lagi :)"

Tarik nafas dalam-dalam kerana masih tidak dapat mempraktikkan apa yang dibaca.

Gambar dilihat. Ada lelaki! Adakah keretaku dinaiki oleh kaum itu? Marah membuak-buak, rasa nak pi serang sekarang jugak. Tapi sampai sekarang aku masih belum betanyakan hal yang sebenar. Jadi marah dipendam. Dan, di satu sudut, ini adalah kesalahanku kerana tidak bertanya panjang. 

Aku kurang arif kenapa setiap kali kereta diperlukan, kereta aku menjadi sasaran. Jika untuk tujuan Tarbiyyah, takyah kau tanya, aku pasti volunteer untuk pinjamkan. Aku mahu kereta itu dan pemilik asalnya mendapat pahala kerana Tarbiyyah ialah perbuatan yang dilakukan untuk mendapat redho Allah. Lagipun aku sudah berjanji kepada si pemilik bahawa setiap perjalanan keretanya hanya akan dilakukan untuk mengumpul bekalan-bekalan pahala. Jika hendak menunaikan  hak peribadi juga, aku akan izinkan. Bukankah memudahakan urusan suadara adalah satu kebajikan? Senyum lebar terkenangkan pahala. Eh salahke nak kumpul pahala? Tapi, bukankah lebih cantek jika didasari hanya dengan keikhlasan. Hee.

Setiap kali mesej datang, pasti soalanku, nak ke mana sahabatku?
Kalau rasa macam bukan tarbiyyah aku jadi ragu. Bukannya kedekut tahi hidung masin (ok saya tak penah rasa ye. harap maklum.) atau nak jadi makcik2 yang suka nak tau, apa la kita buat (bagus apa makcik nak tau sebab dia takut kita buat maksiat la tu sebab tu dia tanya. paham?) tapi jika dibawanya keretaku untuk menonton wayang, dibawanya keretaku untuk pergi jumpa lelaki yang bukan mahram, eh sahamnya bukan ke aku juga yang dapat. Saham dosa maksudku. Cukup dosaku yang banyak, aku tak mahu memikul dosa kau. Faham?

Eh, dear me, 
Apasal nak emo sangat,
Jika orang sekeliling buat benda yang kita anggap dosa, itu maknanya kita belum menyampaikan. Mereka buat kerana mereka anggap itu perkara biasa. Menonton wayang dan keluar dengan lelaki bukan mahram itu dosakah? Terduduk dan perlu berfikir sebentar. 

Jelas, aku belum cukup serious dalam berdakwah. Ketuk kepala kuat2. 
Aku juga belum cukup bersuara bila melihat kesalahan. Sampai bila mahu mempunyai selemah-lemah iman wahai diri. Membenci dalam hati takkan membawa apa-apa perubahan. Belum cukup yakin ke bahawa di akhirat kelak kita akan menjadi hujah jika kita tidak menyampaikan? Waaa, sedihnya dengan diri sendiri.

Dan akhirnya, memaafkan itu lebih baik. Senyum lebar. Dan kesimpulannya, sampaikan apa yang patut. Jika tak berani guna mulut, gunala tangan untuk menaip kat blog ni ha!

p/s : 
1) bagiku menonton wayang itu dosa tetapi bergantung kepada cerita apa yang ditonton. Tetapi masalahnya sekarang ialah, cerita kat Malaysia ni semuanya memang tak boleh nak bawa berunding, semua pun nak tunjuk. Dan bagiku, cukuplah tv di rumah, tak payah nak up to date sangat tengok movie baru keluar, membazir duit tahu! Tapi jika anda rasa, dengan menonton itu dapat mendekatkan diri anda pada Sang Pencipta, silakan ditonton :) Jika bab keluar dengan bukan mahram. Aku berpegang bahawa ia adalah dosa jika tanpa sebab yang kukuh. Sekadar bersuka ria, merapatkah hubungan persahabatan, maaf aku tak boleh nak terima sangat alasan itu. Alasan yang terlampau purba. Bukankah kita hidup di zaman wawasan 2020? Ingat walau apa niat kita, syaitan itu sentiasa bersedia untuk membisikkan agar kita jatuh ke lembah dosa.       

2) lepas ni nak pinjam kereta boleh je, tapi sila nyatakan tujuannya. lagi detail lagi diriku suka :) weee sukanya jadi mak nenek!!!
Err sakitnya mata. Oren menyala. 

3) eh, saya tak marah la, tapi sekadar teguran sebab saya sayang kamu, kamu n kamu. Maaf eh kalau terasa. Biasala sy memang suka buat ayat panas telinga sebab tak kan berani nya cakap depan2, boleh menggelatar satu badan tahu! weee, serius ni uhibbu ki fillah :) 

Sedikit pencerahan. (takut apa yang cuba disampaikan tidak difahami dengan baik). Mengikut kefahamanku, percampuran antara lelaki dan perempuan selain atas urusan belajar, perniagaan dan kerja yang dibenarkan syarak adalah dilarang sama sekali dalam islam. Larangan ini adalah untuk menjaga maruah dan hak kita sebagai manusia baik lelaki mahupun perempuan. Larangan ini dapat menghindar fitnah. Larangan ini untuk menjaga hati2 kita daripada tertipu dengan godaan syaitan yang tidak pernah putus asa menyesatkan umat manusia. 
Sedarlah, bahawa seorang wanita itu sangat mudah untuk menjadi punca fitnah pada lelaki. Mungkin kerana perbuatannya, percakapannya hatta mungkin kerana dirinya sendiri. Tetapi jangan pula kita menjaga diri kerana takut menjadi fitnah bagi si lelaki, tetapi peliharalah diri kerana Allah. Kerana islam telah mengangkat  darjat wanita ke tempat yang mulia. Kenapa kita mahu mencemarkannya pula? Sungguh islam itu sudah cukup chantek :) Sentiasa memelihara hak manusia dengan sebaiknya. 
Yakinlah dengan diri sendiri. Kita mampu jika kita kata kita mampu. Positive make ur life safe. Unbelievable? Believe it :) hee.


Ahad, 29 April 2012

BBB (BlackBerry Baru)

Siapa punya blackberry baru ni??? Hebatnya.


Assalamualaikum.

Ya Allah jagakanlah hati kami dari tersasar dari mencari redhoMu.

p/s : its gonna be a long post ever! i.Allah :) (hehe mestila sebab selama ni tulis sikit-sikit je)

26 April
Notification muncul. Ade email masuk.
"berusaha untuk ajak sahabat-sahabat lain untuk Jaulah Tabuk"

Wah, ada jaulah, mesti pegi tapi emmm, banyak kot assignment, reports. Ok duduk dan kene fikir dulu kot.
Nanti sibuk berjaulah tak sempat nak siapkan kewajipan yang lain.

Notification muncul lagi.
"Kita akan ke Bersih 3.0"

Wow!!! 100x wow!!! Subhanallah. Biar betul kene pegi sana. Kalau betul sekali pun, aku nak ke pergi???
Abah tak kan bagi pegi. Ingat lagi insident minta izin pergi perhimpunan Global March to Jerusalem, perhimpunan yang sumpah aman takde polis siap rasa macam ala konsert, itupun abah bagi kebenaran bersyarat a.k.a. tak berapa nak bagi pegi sebenarnya. (tapi aku pergi je la sebab Abah kate boleh pegi tapi takleh naik kete Abah, kene naik bas. Naik bas pun xpe yg penting aku sampai sana. My soul is with you, Palestine.)

Abah tak kan bagi aku pergi. Yakin100%. Tiada musykilah di situ. Tiada keraguan. Full stop.

Malamnya, ada sahabat baca Surah At-Taubah : 41


#rãÏÿR$# $]ù$xÿÅz Zw$s)ÏOur (#rßÎg»y_ur öNà6Ï9ºuqøBr'Î/ öNä3Å¡àÿRr&ur Îû È@Î6y «!$# 4 öNä3Ï9ºsŒ ×Žöyz öNä3©9 bÎ) óOçFZä. šcqßJn=÷ès? ÇÍÊÈ   
41. Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.


Subhanallah. Ada satu bebanan berat atas kepala. Dan sungguh ia terngiang-ngiang.
Sahabat tadi sambung lagi, " Tak mahu ke kita melakar sejarah, cukuplah selama ini kita menyaksikan perkara itu di depan tv dan laptop. Rakyat Mesir yang turun ke Medan Tahrir hampir 30 million out of 80 million population. And we, as a Malaysian kene turun untuk bagi sokongan. If one of us just say, ok, there will be another people that will fight for the truth. And if everybody think like that, do you think this demo will be succeed? Hidup ini untuk melakar sejarah. Tak rasa seronok ke bila kita boleh beritahu anak cucu kita yang "ye, mak ada di situ perjuangkan hak kamu, sayang." Yes, we do this for our next generation. We want Malaysia to be a better place for our children to live in. Enough with the corruption. Enough with dirty politics. It is obvious. (zaman teknologi kot, sape tak nampak tu memang tak tahu la nak kata apa. Mungkin dia ada glaucoma kot.Eh)

Fikir lagi. Fikir dalam-dalam sambil cari niat yang sesuai. Ya, kerana niat yang akan menetapkan sama ada perbuatan kita bermanfaat atau sia-sia.

Lihat orang di sekeliling. Pegang tangan sahabat sebelah dengan harapan kekacauan dalam hati dapat pergi jauh-juah(shuh2). Sahabat itu sungguh yakin dengan keputusan dia. Enough. Aku taknak menyesal di kemudian hari. In fact, aku tidak mahu jadi pemuda yang bodoh yang kuat berangan-angan kononnya dia akan hidup lama. Kononnya dia tak kan mati ketika usia mudanya itu. Maka dia boleh tangguhkan sesuatu perkara yang kononnya akan dibuat pada hari tua.

Ya. Istikharah bukan untuk memilih tetapi untuk diberi ketetapan hati.

27 April

Kuiz. Report.
Musafir.

"Dah inform parents?"
"Belum, saya takkan beritahu."

Perjalanan dari timur ke barat bergerak lancar tanpa ada sekatan. Pelik tetapi ucapan syukur dipanjatkan.

28 April

Dari masjid negara, kami berjalan dengan aman. Jalan ke Dataran ditutup dengan jasad-jasad polis yang ramai. Mereka di situ sebelum zohor lagi. Wallahu'alam, yang penting aku dan peserta yang lain solat berjemaah. Mungkin mereka juga solat ketika kami solat. Kebergantungan pada Allah amat penting kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku.

Disebabkan aku bukanlah orang yang arif dengan jalan di KL, aku kurang pasti nama lokasi tempat kami berkumpul. Simpang 4 beberapa meter dari Sogo. Ketika sampai, keadaan masih aman. Kami perlu berada di periphery. Agar jika ada yang tercedara, mereka mudah mencari pasukan kami. Semua duduk. Melayu Cina India. Duduk membantah perkara yang sama. Berada di situ untuk generasi seterusnya. Kami mahukan Malaysia yang lebih baik. Baik bukan sahaja dari segi pembangunan atau infrastruktur yang lain tetapi baik dari segi orang yang memimpin juga.

Ya, aku akan duduk di sini sehingga jam 4. Panas, sunburn sudah ditolak tepi lebih-lebih lagi tatkala melihat adik-adik kecil turut ikut bersama. Duduk.Aman. Melihat setiap manusia yang ada.

Dari jauh kami tidak pasti apa yang berlaku jauh di hadapan. Kami diarahkan ke tepi. Dari sana water cannon sudah jelas kelihatan menyembur para peserta yang berada di bahagian hadapan. Tiba-tiba ada benda berasap-asap di hadapan kami. Fikirku, itu mercun yang sengaja dibaling oleh para peserta. Mungkin dia sengaja mahu menimbulkan kekecohon. Meleset. Itulah gas pemedih mata!!! Subhanallah, semua berlari menyelamatkan diri dari kepulan asap yang entah dari mana datangnya. Faham tak, kami tadi duduk dengan aman. Siap ada yang makan. Gelak-ketawa dengan orang sebelah yang tidak dikenali. Kami duduk dengan AMAN.


Sakit mata. Sesak nafas. Aku tak dapat nak describe macam mana sakitnya. Yang terlintas di kepalaku hanya lari mengikut yang lain kerana kami tidak mahu merasa benda yang sama lagi. Masing-masing menutup muka dengan tuala basah. Letak garam bawah lidah. Subhanallah, para peserta saling tolong-menolong tidak kira siapa engkau. Garam dihulur pada sesiapa yang tiada. Air juga dikongsi. Faham tak, kami sangat kesakitan. Dan anda perlu ingat, tadi kami duduk dengan AMAN. Ya sangat AMAN.

Kesakitan itu tidak lama. Tetapi cukup menyesakkan. Ketika berlari, kebetulan melintasi seorang polis wanita. Anda tahu apa yang dia ucapkan. "Ha, nak sangat!" Istighfar. Kami hanya mahu duduk sebagai tanda bantahan. Ya, itu memang kami nak sangat. Bukan water cannon dan bukan gas pemedih mata! Sekali lagi, anda perlu ingat, tadi kami duduk dengan AMAN. 

Tidak lama, selang beberapa minit. Dari kejauhan hujan gas pemedih mata jelas kelihatn. Aku tidak tahu mana puncanya, yang pasti, ia dilepaskan dari jarak jauh. Tingginya gas pemedih mata sebelum jatuh ke tanah sama tingginya dengan pokok-pokok di sekitar jalan. Sebab itu aku panggilnya hujan. Istighfar. Istighfar. Istighfar. Kami hanya berharap yang lain selamat. Kami tidak faham kenapa pihak polis perlu menyuraikan kami dengan cara begitu.

Keadaan aman kembali, ada yang menyuruh untuk para peserta maju kembali. Apabila disembur, ke belakang kembali. Eh, ini bukan sengaja nak cari pasal ok. Kami mahu duduk kembali dan menyatakan protes. Duduk sehingga jam 4. Kalau lari kebelakang sekalipun dan tidak maju kembali, kami tak boleh ke mana-mana. Polis di setiap penjuru. Ada yang mengatakan sebenarnya pihak penganjur Bersih 3.0 meminta para peserta bersurai pada jam 2.45 setelah ber'nego' dengan pihak polis yang tidak membenarkan para peserta ke Dataran Merdeka. Masalahnya, maklumat tidak sampai. Ada certain masa, line telefon tiada coverage. How come? Di tengah bandar KL boleh tiada coverage? Pelik.

Ya, situasi sebuah kenderaan polis, ala-ala MPV dibaling dengan botol berlaku di hadapanku. Cermin pecah. Istighfar. Bukan ini yang kami mahukan. Tapi kami tidak dapat kawal crowd. Mungkin para peserta begitu marah kerana ada berita mengatakan ada kereta polis sebelumnya melanggar para peserta. Persoalannya, kenapa mereka perlu lalu di kawasan yang ramai orang. Kereta ala-ala MPV  itu sangat laju. Sangat laju. Faham tak sangat laju! Selang beberapa minit ada pula motor polis trafik melalui kawasan yang sama. Aku ketika itu, betul-betul berada di hadapan Sogo. Ya, juga sangat laju dan ya, para peserta yang geram mungkin masih membaling botol-botol ke arahnya. Selang beberapa minit, pada perkiraan sahabatku, tidak sampai satu minit, ambulans lalu.

Kami berjalan ke belakang. Rupa-rupanya motor polis itu terjatuh! Doktor yang ada bersama kami terus memanjat pagar dengan niat semata-mata hendak menolong polis yang sudah pasti cedera. Teka apa yang terjadi. Polis tadi hilang. Mungkin hilang bersama ambulans. Jelas PROVOKASI! Jika ada orang sakit sekalipun dalam ambulans itu, polis tadi tak perlu escort ambulans. Common sense. Para peserta pasti akan bagi jalan pada ambulans tadi. Tak perlu ada kereta dan motor polis yang membawa kenderaan dengan laju! Ya, saya tahu anda muak baca perkataan yang sama. Tapi sangat LAJU.


---------------------------------------------------------

Berkumpul kembali dan menceritakan pengalaman masing-masing. Kami terpisah. Dan pasti, berlaku perkara berbeza di tempat yang berbeza.

Ada sahabat yang bersama para doktor. As medical team volunteer. Mereka berada betul-betul di belakang FRU dan pihak polis. Jelas, pihak polis memukul peserta tanpa sebab. Mereka jadi saksi. Menggari peserta yang baru terkena gas pemedih mata. Subhanallah, mereka yang terkena gas itu secara lumrahnya akan menutup muka atau membasuh muka dengan air. Tapi dengan tangan bergari, bagaimana mungkin mahu melakukan tindak balas tersebut. Mujur ada para doktor yang bertegas menyuruh pihak polis membuka kembali gari supaya peserta terbabit dapat dirawat dalam keadaan yang selesa. Ada seorang wanita pula, canister betul-betul jatuh di atas kepalanya. Berdarah. Agaknya, wanita ini ke yang merempuh pihak polis seperti dalam kaca tv? Tak! Tapi kenapa dia jadi mangsa canister?

Tujuanku menulis bukan mahu memburuk-burukkan pihak yang lain. Tapi tujuannya hanya mahu menceritakan keadaan sebenar yang ku lihat sendiri. Dalam surat khabar, wartawan menulis para peserta Bersih 3.0 ganas. Ganas ke kalau kami sekadar duduk? Para peserta merosakkan kereta polis. Dengar sini. Mungkin betul polis terbabit hilang kawalan sehingga dia terlanggar peserta (ada yang kata peserta itu mati, sebab dia betul-betul terperosok bawah kereta). Tapi at the first place, kenapa dia perlu lalu di kawasan yang ramai orang. Ada komen mengatakan siapa suruh peserta berdiri atas jalan, jalan itu tempat kenderaan lalu lalang. (Pengsan). Ya, memang la tempat kenderaan lalu lalang tetapi hari tersebut jalan memang ditutup untuk demonstrasi. Ditutup la sebab polis berdiri kat tengah jalan juga. Mana ada kenderaan lain yang lalu selain kereta dan motor polis, ambulans dan kenderaan bulan sabit merah (salute dengan PBSM yang lalu tengah orang ramai dan berhenti untuk edarkan air. Subhanallah). Faham tak?

Ya. Saya saya sakit hati membaca berita di Mingguan Malaysia! Media, anda penipu! Dan tugas saya untuk beritahu perkara sebenar!
Istighfar.

-----------------------------------------

Balik rumah
"Ha, pergi Bersih la tu pakai baju kuning!" tegur emak apabila aku salam dan mencium tangannya.
"Mestilah." jawabku.
Dan aku dapat rasa reaksi abahku berubah, walaupun aku tak berani langsung nak pandang muka abah.
Tapi, Alhamdulillah abang terus tanya suasana Bersih. Dan aku dengan semangatnya bercerita. Abah pun tanya-tanya juga. Fuhh, lega. Alhamdulillah.

--------------------------------------------

Buat Abah (walaupun probability untuk Abah baca 0.00001% ),
Terima kasih sebab bagi kemudahan kereta pada anakmu ini. Abah, Abah perlu yakin yang anakmu ini takkan bawa kereta tersebut melainkan ke tempat-tempat yang baik. Anakmu tidak pernah bawa kereta tersebut untuk pergi tengok wayang atau keluar dengan kawan-kawan yang bukan mahram. Anakmu ini akan pastikan setiap perjalanannya dengan kereta tersebut akan menyumbangkan pahala dan bukannya dosa. Ini janji anakmu.

---------------------------------------

Tahu tak, mak ayah kita dulu pun pergi demonstrasi. Lagi hebat. Mak Ayah kita kan hidup sama zaman dengan Anwar Ibrahim (maksudnya masa zaman beliau masih menjadi mahasiswa). Mak kata, siapa tak semangat bila mendengar ucapan Anwar. Boleh kata semua mahasiswa bangkit, tahu!

----------------------------------------

Ini sekadar pengalamanku. Mungkin akan ada yang langsung tidak bersetuju dengan tindakanku. Terpulang. Yang penting, aku sudah melaksanakan tugasku menyampaikan perkara yang benar. Anda, sila buka mata besar-besar. Berhenti tidur dan terus tidur. Lihat dunia dengan kaca mata akal dan bukan nafsu. Allah bagi kita pilihan untuk memilih. Dan pilihlah sesuatu yang bukan sahaja membawa kebaikan pada diri kita tapi bermanfaat juga pada yang lain.

Demonstrasi ini memang tidak dapat mengubah perlembagaan mahupun pemerintahan negara. Tetapi ia jelas memberitahu pemerintah yang kami rakyat sudah muak dengan penipuan. Enough is enough. Kami tidak akan membenarkan perkara itu terus berlaku pada generasi selepas kami.

Kepada para peserta demonstrasi, anda sebenarnya telah berjaya kerana dapat berkumpul dan duduk bersama-sama. Tapi tahukah anda, berlakunya provokasi sehingga kita dianggap ganas? Maka bersabarlah. Terutama kepada saudara seaqidahku. Jaga akhlaqmu. Jahat bukan dibalas jahat. Kejahatan hanya dapat dikalahkan dengan kebaikan. Yakinlah dengan aturan Allah.

Kepada para peserta domonstrasi, anda Melayu, Cina atau India, tahniah kerana sokongan anda. Kepada yang tidak menyertai, janganlah percaya pada apa yang anda lihat di tv dan surat khabar. Cari sumber lain untuk ketahui perkara sebenar. Dan semoga kita berjumpa di Bersih 4.0 :)

Semoga Allah menjaga hati kita supaya tidak terpesong dari mencari redhoNya.

BBB = Bersih. Berjaya. Benar
Blackberry baru tu sekadar camouflage. Wahai.

Rabu, 25 April 2012

Nota 1

Cinta Allah lah yang kita mesti dambakan (: 

Apabila melihat seseorang yang kurang menyenangkan hati kita, lalu terdetik di hati bahawa teruknya dia, maka secara tidak langsung kita telah menganggap diri kita jauh lebih baik daripadanya.

Kita sepatutnya merasakan banyaknya hak yang belum kita tunaikan. Hak orang itu adalah mendapat nasihat dari kita yang tahu. Hak dia adalah mendapat bimbingan dari kita. Bukan cemuhan. Walaupun ia hanya terdetik di hati.

Rupa-rupanya dakwah kita yang kita selalu claim kita sedang melakukannya, hanya seperti batu-batu besar yang dapat menyentuh permukaan sahaja. Padahal ia harus seperti air yang menyerap masuk ke dalam jiwa-jiwa manusia. Agar semua dapat merasakan keberadaan Allah di dalam hidupnya.

Subhanallah.

"...Ya Tuhanku, lapangkan dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku..." (Taha : 25-28)

 Tatkala Allah s.w.t. mengarahkan Nabi Musa a.s. supaya mengatakan kebenaran kepada Firaun, Nabi Musa a.s. juga memohon pertolongan dari Rabbnya. Seorang Nabi yang hebat juga perlu pertolongan Tuhannya ketika disuruh menegur si pelaku dosa. Kita apatah lagi. Mestilah lebih membutuhkan pertolongan. Dan pertolongan itu sudah semestinya hanya kita pinta pada yang berhak dipinta yakni Tuhan kita Allah Azza Wa Jalla. Basahkan bibir dan lidah kita dengan doa Nabi Musa. Mungkin apabila berdepan dengan sahabat yang berbuat salah pertama kalinya, kita tidak mampu menegurnya. Doa kembali. Lagi dan lagi. Mungkin kata-kata nasihat itu hanya mampu kita ucapkan setelah berpuluh kali kita duduk bersamanya. Yakin, bahawa pasti satu hari nanti kita akan dapat melafazkan kata-kata nasihat itu di hadapannya. Fokusnya, kita perlu berdoa memohon kekuatan dari Rabb kita. Allah sudah pasti tidak melihat hasil tetapi melihat usaha kita.

-------------------------------

Baru berfikir nak berkurung dalam bilik menyiapkan assignment dan report + baca nota yang berlambak dan menolak jauh-jauh pertemuan dengan akhawat-akhawat penyejuk jiwa. Fokus hanya untuk menyiapkan kerja. Siapkan kerja. Siapkan kerja. Tak de sape boleh kacau.

Tapi peraturan Allah lebih hebat.

Program ditangguhkan. Tarikh submission dilanjutkan.

Allah tegur dalam keadaan yang penuh rasa kasih dan sayang pada hambaNya yang penuh noda ini. Allah masih beri hamba ini waktu untuk memperbaiki diri. Dalam masa yang sama Allah mahu uji sama ada hamba ini akan menggunakan nikmat itu untuk kebaikan atau kelalaian. Dan pilihan masih dilberikan. Perlu pilih yang tepat untuk masa depan yang hebat. (cewahh)

Alhamdulillah. Aturan Allah memang Maha Hebat. Dan Allah betul-betul Mendengar keluhan hati hambaNya.






Isnin, 27 Februari 2012

Waktu mudaku hampir tiada

Ketahuilah apabila umur kita meningkat, kita telah meninggalkan dunia yang lama dan melangkah ke alam yang baru yang jauh lebih mencabar.

Meningkatnya usia, menunjukkan dekatnya kita dengan kematian. Jika dulu kita baru berumur 20 tahun, tapi bukan sekarang. Malah waktu yang sudah lalu sudah pasti tidak dapat kita cari kembali. Hatta kita belanjakan seluruh harta di muka bumi dan seisinya sekalipun, percayalah satu saat yang baru sekejap tadi datang tidak mungkin kembali.

Teringat hadis Rasulullah S.A.W. Baginda bersabda :

Kedua telapak kaki seorang hamba tidak akan tergelincir pada hari Kiamat sehingga mereka ditanya tentang empat hal, iaitu tentang umurnya untuk apa dihabiskan, tentang masa muda untuk apa digunakan, tentang hartanya dari mana ia mendapatkan dan menginfakkannya, dan tentang ilmu apakah telah ia amalkan. (HR Tarmidzi)

Subhanallah, ketahuilah bahawa kita telah mula meninggalkan masa muda dan apakah yang kita telah lakukan supaya kita tidak dihumban ke neraka yang amat azab siksaannya?

Masa mudaku aku habiskan dengan berangan-angan hendak menikah dengan jejaka tampan, kaya malah bijak dan berbudi pekerti. Masa mudaku aku habiskan di kaca tv menonton sinetron, drama-drama sehingga mengalir air mata kesedihan. Aku malah menjadikan ia topik hangat di siang hari tatkala bersembang dengan rakan-rakan. Masa mudaku aku habiskan dengan tidur kerana kepenatan mengulang kaji pelajaran. Masa mudaku adalah masa untuk aku mencuba benda baru yang memuaskan nafsuku, tunggulah dahulu wahai diri dan hati, masa tuaku akan tiba untuk aku memohon ampunan sebanyak-banyaknya pada Allah Maha Esa.

Pantas.

Pantas kita berfikir dan yakin bahawa kita akan hidup dalam masa 20 tahun akan datang. Kita malah percaya yang kita tidak mungkin mati pada usia muda. Allah tidak kejam untuk mengambil nyawa kita bukan? Itulah yang kita fikirkan.

Apa yang membuatkan kita begitu yakin?

Tutup cerita.

Buat sahabat-sahabat. Terima kasih atas sambutan yang diberikan. Doa dari kalianlah yang paling ku dambakan. Kasih sayang kita moga ia didasari kerana iman. Agar di akhirat kita tidak saling menyalahkan. Segala khilaf harap dimaafkan. Aku manusia biasa yang kadang-kadang tidak mampu untuk menunaikan hak kalian. Mintalah bila kau perlukan, akan ku cuba memberi selagi Allah izinkan. Walau perjalanan kita berbeza, harap di akhirnya adalah bertemu di syurga.

Love from NuHa xoxoxoxo (:

Special thanks to : roommates (Bib, Hajar, Piqah) and lovely girls from rx9 (Ecah, Wa, Alia, Tiqah Hasman, Dibah, Che’, Rumaisa’, Zimah, Jay, Munie Paris, Mun, Munie, Nadiah, Mirah Khan, Tiqah Samat, Farah, Ewa n Aina)

sia-sia

Assalamualaikum

Dah lama tak menulis (baca : menaip), nampaknya otak tidak dapat di ‘trigger’ dengan baik apabila jari diletakkan di atas papan kekunci (eh betul ke?)

Ok, hari ini secara masanya, aku sudah mencecah 23 tahun, Alhamdulillah (:

Emak kate, Alhamdulillah sebab masih hidup, dan ketika itu jam masih belum pukul 12.00am 27 February 2012. Haha. Aku kate, “emok, tunggu la kul 12 ni macam mana.” Ha, dan Alhamdulillah masih hidup. :D

Kepada yang membaca, tanpa malu, aku mohon agar kamu semua mendoakan aku agar sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Tanpa segan, aku meminta agar kamu mendoakan aku supaya tetap teguh dengan iman dan islam. Dapat berbakti kepada agama, ummah, mahupun diri sendiri.

Amin.

Tutup cerita.

Tujuan kita dihidupkan bukanlah sekadar untuk menjalani hari-hari biasa. Tujuan kita dihidupkan bukanlah sekadar untuk memuaskan hati-hati kita dengan wang, harta benda, pakaian cantik, suami handsome, isteri cantik, anak bijak dan macam-macam lagi.

Tapi

Itulah yang selalu kita kejarkan. Dalam konteks pelajar, aku belajar kerana mahu maintain dapat scholarship, aku belajar kerana mahu dapat DL, aku belajar kerana mahu dapat kerja. Aku belajar kerana ini dan itu. SUSAH untuk kita katakan, aku belajar kerana Allah. Atau dalam erti kata lain, senang dikata di bibir tapi sukar dihadirkan dalam hati.

ITU HAKIKAT kepada kita yang masih letakkan dunia dalam hati yang paling dalam.

KERANA kita tidak pernah faham, kenapa sebenarnya kita diciptakan. Malah mungkin tahu tapi tidak mahu tahu dengan jelas apa perkara yang sebenarnya perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat hidup itu.

AKIBATNYA, kita hidup seperti kita tiada agama, kita hidup bertuhankan dunia.

AKIBATNYA, kita berbicara hanya pada benda-benda yang remeh. Berusaha bersusah payah pada benda yang belum tentu dapat memuaskan hati kita.

Setelah dapat A, kita mahu B, lepas itu C, D hingga Z. Tidak cukup. Second round. A1, kemudian B1 hingga Z10. Mungkin tidak puas lagi. (muntah kalo terus menulis).

SIA-SIA

TERUSKAN MENSIA-SIAKAN USIA KITA DENGAN USAHA SEDEMIKIAN. USAHA yang tidak meletakkan Allah di dalam hati.

Tutup cerita.

Alangkah indah hidup ini apabila meletakkan redha ALLAH sebagai matlamat.

Seorang pemain bola sepak telah ditanya wartawan, “apakah cita-citamu?” jawabnya, “masuk syurga.” Wartawan malah pelik dengan jawapan sedemikian bertanya lagi, “maksudku, apa cita-citamu dalam hidup?” jawabnya lagi, “masuk syurga.” Aduh, mana mungkin wartawan itu akan menulis seorang pemain bola sepak bercita-cita masuk syurga di ruangan sukan akhbar. Kedengaran pelik. Bertanya lagi, “tapi kenapa engkau bermain bola?” jawapannya, “kerana aku mahu dapatkan wang dan menjadi contoh kepada penyokong. Jika mereka menganggap aku seorang pemain yang berbudi bahasa, sopan, berjaya dalam karier, dan dengannya membuatkan mereka meniruku, aku akan menperoleh pahala pada setiap perbuatan yang mereka lakukan kerana meniruku.”

JELAS

Tujuan hidupnya amat jelas.

Matlamat hidupnya kerana Allah.

Jika, kita yang meng’claim’ kita adalah professional, maka adakah matlamat hidup kita sejelas si pemain bola?

Ambillah pena dan kertas, tuliskan tujuan hidup anda yang jelas. Dan berusaha untuk menggapainya. Moga, agar kali ini, usaha kita TIDAK sia-sia.

Kerana, percayalah, kebahagiaan seorang hamba adalah apabila dia dekat dengan PENCIPTANYA.

-sumber : Dari Hati ke Hati by Amr Khalid-

Tutup cerita.

Sabtu, 14 Januari 2012

Tarbiyah

assalamualaikum (:

Di saat sahabat-sahabat berbondong-bondong pulang ke rumah, aku masih di dalam compartment kecilku menunggu waktu. Waktu untuk aku duduk mengecas iman. Waktu untuk aku jumpa sahabat-sahabat yang faham. Waktu yang akan sekali lagi menggoncang aku bahawa hidup kita bukan lama tapi betapa baaaaaanyaaaaaakkkkk nya kerja yang perlu kita laksanakan.

Memang kalau diikutkan hati, aku mahu terus memandu pada kelajuan 130km/j sebaik sahaja tamat peperiksaan menghitamkan bulat-bulat kecil. Tapi apa yang menghalangku dari berbuat demikian?

Kerana tarbiyah.

Tarbiyah yang mengajar aku untuk menjadi yang lebih baik setiap hari.
Tarbiyah yang menjadikan aku tetap dengan pakaian yang menunjukkan imej islami.
Tarbiyah yang menyebabkan aku membaca Al-Mathurat saban hari.
Tarbiyah yang memberitahu aku bahawa bukan keluarga sahaja yang perlu kita sayangi tetapi seluruh susuk tubuh yang mahukan kebaikan perlu disantuni.
Tarbiyah yang membuatku mempunyai persepsi berbeza tatkala melihat jahiliyyah berleluasa.

Hidup aku bermakna. Hidup aku tenang. Hidup aku gembira.

Kerana tarbiyah.

Sahabat-sahabat yang solehah, naqibah-naqibah yang sabar sudah cukup membuatku untuk terus hidup dan bekerja.

Aku yakin ini adalah jalan terbaik untuk agama ini.
Membentuk manusia berperibadi unggul.

Tapi aku masih bertatih...maaf jika diri ini khilaf...

Aku masih belum pasti apakah reaksiku jika tiba-tiba ada manusia datang membawa senapang dan berteriak "hey manusia, jika kau solat, akan ku tamatkan riwayatmu."

Adakah aku akan seperti Sumaiyah???

Allahu Allah.


Jumaat, 13 Januari 2012

Exam dah habis!

Assalamualaikum :)
Diumumkan exam final dah habis!!! Ok tak gembira pun sebenarnya sebab result tak kuar lagi. Tunggu result lagi terasa berat macam angkat gunung (eleh macam pernah buat) dari jawab exam.

Anyway, nak kongsi satu post yang sangat best :D Tadi masa memandu pada kelajuan 20km/j (berhemahnya lah bawak perlahan-lahan, tipu giler) kat Jalan Internet terserempak plak dengan Blog Orang yang Dagang. Tapi barang-barang yang dijual takde harga pun, free of charge la gamaknya kan. (pufff mengarut ni)

Yang penting post die best dan bermanfaat lagi bermutu. :)
sebelum anda baca (if ada orang baca, haha statement orang sedih) saya just nak bagitau satu perkara :
UKHUWAH KERANA ALLAH ITU SERIOUS BEST LAZAT BERKRIM
DISUKAI ORANG BERIMAN
Jangan pernah jemu menyayangi (^_^)


Sila Jawab Soalan Ini Sekiranya Anda Seorang Yang Ohyeah Lagi Osem

Assalaamualaikum warahmatullah muslimin muslimat yang dirindui lagi dikasihi kerana Allah.

Saya pernah bercerita sebelum ini bahawa saya pernah ziarah ke bumi Aceh

Satu perkara menarik terjadi disana, tatkala saya menonton salah sebuah rancangan tv.
Ada seorang bertanya, "Kau rasa apa beza kau dengan air.
Dan jawapannya.. wahh, sungguh osem ^^

Maka dengan itu, saya terasa ingin berkongsi perkara ini supaya dapat dimanfaatkan oleh semua orang.

[Amaran: Jawapan2 kepada soalan sebentar lagi bisa membuatkan anda
muntah hijau dua hari dua malam.
Takpon anda akan 'perasan' dan terawang awang di langit selama beberapa bulan.
Muahaha]

Sebelum anda melihat jawapan, saya mencadangkan anda berfikir sejenak jawapan yang sesuai.
Selamat mencuba

----------------------------------------

Soalan 1: Awak rasa apa beza awak dengan air?

(sila fikirkan apa apa jawapan dulu)



Jawapan: Air mengalir di sungai, tapi awak mengalir di hati saya.

Amacam, ada nak termuntah hijau tak? Hoho. Eh, ape senyum sorang2 tu ^_^
Okeh, mari tengok soalan seterusnya.



Soalan 2: Awak rasa apa beza awak dengan raja?



Jawapan: Raja bertakhta di singgahsana, tetapi awak bertakhta di hatiku



Soalan 3: Awak rasa apa beza awak dengan biskut?



Jawapan: Biskut jika dibiarkan lama akan lemau (masuk angin), tetapi awak tidak akan lemau di hati saya



Soalan 4: Awak rasa apa beza awak dengan bunga?



Jawapan: Mana-mana bunga hatta bunga ros sekalipun pasti akan layu, tetapi awak akan tetap segar di hati saya.



Soalan 5: Awak rasa apa beza awak dengan gula gula?




Jawapan: Gula gula hanya manis di mulut, tapi awak manis di hati saya. ^_^
____________________________________________________________________________

Wahaha, amacam? Ada rasa macam nak termuntah hijau tak? Eh, jangan menitis air mata terharu pulak. ^_^

Apa apa pun, soalan ini saya amat galakkan untuk anda tujukan kepada kawan kawan anda yang anda amat cintai dan kasihi. Lebih lebih lagi kepada orang orang yang sama berjuang di jalan ini.

Saya pernah mencuba dengan beberapa orang rakan, dan saya dapati hanya ada 2 reaksi iaitu ketawa dan senyap. Yang ketawa tu mungkin cover sebab terharu, huhu dan yang senyap tu mungkin terharu jugak. >.<

Konklusinya, soalan ini amat baik untuk merapatkan ukhuwwah. Yang penting sekali jangan mengeksploaitasi soalan jiwang ini untuk kegunaan maksiat, seperti untuk kapel2 anda *koff kofff* Saya tidak bertanggungjawab dan tak mahu menambahkan saham neraka.

Jadi, silalah share jika anda rasa soalan ini amat berguna dan mampu membuatkan lebih ramai orang muntah hijau.

okthanksbye, jzkk.