TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Sabtu, 21 September 2013

Jom Nilai Diri Ini

Almari adik dibuka perlahan, itu rutin waktu pagiku. Bukan untuk mengemaskan kain bajunya tapi untuk meminjam sikatnya. Tiba-tiba terpandang satu helai kertas yang tertampal di pintu almari.

Matlamat Hidup Saya
bla, bla, bla
bla, bla, bla

Tiba-tiba terbaca ayat ini:
Tak nak jadi malas macam Kak Kimah.

kriuk, kriuk, kriuk

Dan aku, tak marah langsung dengan pernyataan di atas. Aku sedar, aku sebenarnya bawa pengaruh yang tidak baik untuknya. Aku yang cuba jadi qudwah untuk sahabat-sahabatku gagal untuk menjadi qudwah kepada adik sendiri.

Aku tidak seperti belon yang dipenuhi angin. Belon itu, jika dicucuk di bahagian mana sekalipun pasti akan mengeluarkan angin. Aku sepatutnya menjadi islam di mana sahaja aku berada. Bukan setakat di tempat pengajian yang terjaga biahnya, tetapi seharusnya di mana-mana, hatta di rumah, di mana ibu bapa dan adik beradik mengetahui perangai silamku. Aku patut menjadi benih yang subur. Campak di laut jadi pulau, campak di tanah jadi gunung. Bukan campak di laut, jadi plastik, campak di tanah jadi sampah. (ape ni?)

Ada orang kata, cermin yang terbaik adalah orang di sekeliling kita. Dan adik ku memang cermin yang terbaik untukku setakat ini.  

"Kak kimah ni malas sangat ke? Kak kimah rajin kemas rumah kot!"

"Tapi kak kimah suka tidur lama-lama kalau balik cuti."

Sobs T_T (sangat benar!)

Selasa, 17 September 2013

Final Year

Alhamdulillah. 

Pejam celik dah hampir 5 tahun (campur foundation skali la) bertungkus lumus nak habiskan pengajian dalam bidang Farmasi ni.

Semoga masa yang kita habiskan untuk menuntut ilmu itu Allah kira sebagai pahala.

Kadang-kadang, tanpa kita sedar, kita telah mengasingkan agama dengan belajar. Atau perkataan yang lebih sedap, kita ni SEKULAR! Kita letak dakwah dan tarbiyah kita di satu tempat yang lain dan belajar di satu tempat yang lain. Maka, kita akan lihat, kita yang membawa islam ini adalah orang yang paling bermasalah dalam kalangan kawan-kawan satu batch kita.

Orang yang hantar assignment paling lambat, KITA. Orang yang paling banyak fail paper, KITA. Orang yang selalu datang lewat, KITA. Orang yang suka copy paste, KITA. Orang yang suka tanya kat kawan sebelah time kuiz pun KITA!

Maka, kita mengharapkan orang lain thiqah pada KITA ke? Terutama kawan-kawan sekelas KITA?

Tanpa kita sedar, dalam diam, KITA telah membawa fitnah pada agama kita.

Tanpa rasa malu, KITA kadang-kadang menjadikan DnT sebagai alasan mengapa KITA berkelakuan seperti di atas. Padahal, jika diteliti, DnT kita juga ke laut. Buat bila rasa nak buat. Buat bila rasa ada masa. Buat bila rasa semangat. Buat supaya rasa kita ni bertuah kerana dipilih untuk menjadi lain dari yang lain, walhal, kita tak ikhlas pun.

Dan tanpa kita sedar, kadang-kadang kita selalu mengharapkan DnT ini akan memberikan keajaibannya bila kita meluangkan masa dan harta untuknya. KITA! Sedarlah bahawa, agama ini bukan dijadikan Allah untuk menghasilkan sesuatu yang ajaib. Setiap yang berlaku itu pasti mengikut Sunnatullah. KITA usaha, kita dapat hasilnya. KITA malas, belajar sambil lewa, belajar di saat akhir, kita dapat natijahnya.

Perbetulkan NIAT dalam setiap yang KITA lakukan. Berusaha sehabis baik dalam perkara yang kita ceburkan. Itu yang agama ini sarankan.

Maka, wahai KITA, daripada asyik cakap pemerintah tu adalah SEKULAR, jom KITA tengok cermin lama-lama, siapa yang lebih SEKULAR? KITA atau dia? Siapa yang sebenarnya lebih mengasingkan agama dalam kehidupan sehariannya?

p/s: Siapa yang tak rasa KITA tu adalah dirinya mungkin dia adalah antara kategori yang di bawah:
       a) Dia tak rasa dia ni orang yang perlu sampaikan ajaran islam, atau dia asik fikir kerja-kerja   
           DnT ini hanya sesuai untuk orang yg belajar agama je. NASIHATKU : Oi, bangunla tidur!
           Kau tu KHALIFAH la.

       b) Dia adalah seorang daie tegar. Tapi dalam masa yang sama dia adalah role model untuk
           kawan-kawannya, pelajar favourite lecturer dan hot stuff dalam kalangan junior malah senior.
           KOMENKU : Tahniah, Moga kau terus thabat dan terus 'amaze'kan manusia di sekelilingmu. 
           Kau, juga adalah role modelku. Uhuks.

#allthebest#finalyearstudent

Isnin, 17 Jun 2013

cuti

Assalamualaikum...

Sempena cuti 3 bulan ini, sila catatkan misi anda di blog, twitter, fb atau yang sewaktu dengannya.
Oh, dengan niat anda nak melaksanakannya bukan dengan niat nak menunjuk-nunjuk.
Mungkin, bila kita letak kat tempat-tempat di atas kita akan rasa,

"eh, aku ni cakap pom prang pom prang tapi aku pun tak buat. Oh ini sangat memalukan. Baik aku buat supaya aku tak termasuk dalam orang yang bercakap tapi tak melaksanakannya. Allah tak suka kot. (Bukan kot dah, MEMANG!)"

Jadi, kepada manusia-manusia yang mempunyai masalah seperti aku yang bila balik rumah jadi macam orang yang tak pernah ikut tarbiyah, meh la kita buat sama-sama benda yang simple ni tapi sumpah susah untuk orang yang macam kita ni. HUH.

Aku mula dulu ye...

1) Nak terus solat bila masuk waktu, maksudnya bila dengar azan, terus berlari-lari pegi tandas ambil wuduk.
2) Nak mengaji tiap-tiap hari dan mentadabburnya (at least ___ page, eh malu plak nak tulis T_T)
3) Nak bangun awal pastu tak tidur balik sebab nak tolong emok sapu laman, bagi makan ayam, siram pokok bunga. exercise gitu.  

Chicken lifestyle
aku bagi ayam makan, nanti dia bagi aku telur, tapi sembelih tu tak sure lagi sebab abah n emok macam sayang je kat diorang ni. kalo kitorang lupa nak bagi makan mesti abah n emok akan sedih.haha...sori abah n emok, anakmu ini tak berminat sebenarnya dengan ayam-ayam ni. makan je tahu :p

Tiga je dulu, tengok la macam mana nanti.

Hahaha kelakar nya tulis benda ni kat blog, macam cakap sorang-sorang je. (adakah anda mengalami masalah jiwa? Oh mungkin juga ???)

pesanan minggu ini:

Tahukah anda sikap bertangguh itu sangat memudaratkan. Contohnya macam saya yang tak dapat tempat attachment sebab ada orang lain yang mendaftar dahulu. Maka saya terpaksa duduk berehat dekat rumah maybe lagi 2 minggu. Ok bagus jugak sebenarnya.

Allahumma balignaa Ramadhan.

Khamis, 6 Jun 2013

Random Sangat :p

Is not easy to do what you say.

~exam mode~
2 papers left.
#killer#zombie#packman

Tolong berenti merapu macam tadi.
Lagu Najwa Latif
~kosong, kosong, kosong sangat sesuai untuk ku~

Esok hari exam lagi,
Ai cermin mata mana kau pegi?

Selamat hari Khamis, esok Jumaat :)

Rabu, 1 Mei 2013

Teamwork

It is not an easy task to work with someone who are not same 'kepala' with you,
as you might need a deep breath to control you anger.

But it is a relief (i mean a really long hahhhhhhh) when some of them think just like you.
But it doesn't mean others opinion is wrong. Maybe two of you are just particular at little thing which is unnecessary. Ya, MAYBE! (But we want the best!)

Sorry friends, I thought you know how to work together, but I am soooo wrong when i look at your work! Maybe you can ask others opinions. Its a group work! You have to consider others kot! Plus, stop adding extra work to your friends!

Bla bla bla.....

Alahai diri, don't you think you are the one, who like to burden others for your delay?

@_@

Fine!

Yang penting, kita berlapang dada bila orang lain tegur kita, sebab siapa lagi nak jadi cermin kita kalau bukan orang-orang sekeliling kita kan?

Kerja ramai-ramai ni mengajar kita jadi sabar dan paling penting mengajar kita melawan hawa nafsu supaya tak mengata orang lain. Haha. Dan belajar, macam mana nak perbaiki diri supaya kita dapat buat yang terbaik untuk kebaikan semua.

Markah tu belakang kira, yang penting kita dah all out dengan kerja kita! Kalau kerja pun nak tak nak, jangan la rasa hairan kalau markah rendah. Allah Maha Adil. Bagi saya, markah tu mencerminkan kesungguhan kita.

Bila kita dihentam, tugas kita bukan salahkan orang yang menghentam, tapi ambil benda tu sebagai pengajaran atau cabaran dan salahkan diri kita yang buat kerja tak sungguh-sungguh. Baru adil! Ni tak, nampak salah orang lain je, salah kita takde. Perfect la sangat!

Bananas! 
'"B2, do you thinking what I am thinking?"
"I think I am B1"

-haha perfect sangat bananas in pyjamas ni! Maybe buah-buah ni sebenarnya buah yang satu yang dibelah dua kemudian membesar jadi buah yang satu maka jumlahnya dua. Maka, buah-buah ni ade otak yang sama yang juga membesar jadi otak yang satu maka jumlahnya dua yang terletak dalam dua buah. heh-

p/s : takyah la nak terasa ke ape, ni saya tulis untuk diri saya.

Sabtu, 13 April 2013

Hari Ahad

Hari ni hari untuk iadah.

Dan sepatutnya ia dilakukan setiap hari dan setiap masa

Betulkan niat. Betulkan niat. Betulkan niat.

Hanya untuk mencari redha Allah atas tanggungjawab yang telah diberikan.

Ya Allah, hanya padaMu kami mohon perlindungan dari syaitan yang direjam.




Jumaat, 12 April 2013

yawn

One thing about myself that I really don't understand.

I can spend a day in front of my laptop scrolling down the FB,

But when the time comes for me to read the notes, i mean one slide, i started to yawn!

Perfect SANGAT!
mengantuknya. sila la tutup mulut tu!

Sabtu, 6 April 2013

Routine yang meng'give up'kan

Assalamualaikum

Kadang-kadang kita rasa 'routine' yang selalu kita lalui saban-saban hari macam memenatkan, melelahkan dan membosankan.Dalam setiap perkara yang kita lakukan, kita tak rasa rohnya.

Maka, kita rasa nak 'give up' semua yang kita lakukan sebelum-sebelum ini dan hanya tumpu untuk diri kita. Kita nak belajar je, nak siapkan assignment je dan bila mengantuk, kita nak tidur je. Tak nak fikir pasal adik-adik yang Allah dah amanahkan untuk kita. Tak nak fikir masalah kawan-kawan yang sebenarnya perlukan nasihat kita.

Kononnya kita nak 'create' fasa 'recovery'. Nanti kalau ibadah aku dah terjaga, aku dah dapat siapkan assignment yang banyak, baru nak fikir yang lain. Huh.

Dan akhirnya, fasa 'recovery' tu tak de lah menjadi mana sebab setiap kali pegi kuliah, mesti ada assignment baru yang datang. Lepas siap satu, 10 lagi menunggu. So, sampai bila kita nak buat assignment je!

Berfikir, berfikir, berfikir

Allah masih bagi kesedaran melalui orang-orang sekeliling.
Kalau kita tak jaga hak Allah, maka semua benda dunia ni memang takkan habis.

Kalau tak spend masa untuk hafazan dalam sehari, memang sampai bila-bila kita takkan jumpa masa yang lapang untuk kita menghafaz.
Kalau tak spend masa seminggu tu untuk berjumpa dengan adik-adik, memang hari-hari macam sibuk sampai tak cukup masa untuk benda lain melainkan siapkan kerja-kerja kuliah.

Ironinya, kita sempat bukak fb, update pru, update blog, tengok video matlutfi yang baru.
Sempat sembang dengan roomates lama-lama, sempat pegi makan luar, sempat semua benda yang tak berkaitan.

Tiba-tiba, diri ini berfikir, tanpa dakwah dan tarbiyah, tanpa Al-Quran yang Allah amanahkan, siapa je aku ni?

Kita sangat beruntung sebab Allah bagi amanah ini, kerana tatkala iman kita dalam keadaan menurun, kita akan rasa tak sedap hati kerana kelemahan kita bukan saja mempengaruhi diri kita malah diri adik-adik kita. Cuba bayangkan jika kita tak perlu fikir pasal orang lain. Pasti kita lebih mudah hanyut.

Allah aturkan yang terbaik. Bila lemah, bangkit semula. Jangan biarkan syaitan melarutkan kita dalam fasa 'recovery'. Jangan biarkan syaitan mentertawakan kita.

Caranya, dahulukan hak Allah. Jaga hubungan dengan Allah. Itu saja kuncinya.

Specialnya kita ialah, tatkala kita lemah, rasa menyesakkan itu datang. "Bagaimana dengan diri yang lemah iman ini bisa menyentuh hati-hati yang dahaga?" Maka nak tak nak, kita berusaha memulihkannya.

Khamis, 14 Mac 2013

Kenyir

Adakah dengan meng'update' blog maknanya aku free???

erk...

Off to Tasik Kenyir this coming Saturday and Sunday.
Bukan untuk seronok-seronok tapi atas tiket subjek pharmacognosy. Nak tadabbur herba-herba kat sana.

erk... perlu ke tulis ni semua?????

Tadabbur Al Quran hari ni dan seperti biasa tertembak-tembak dan serius memang dada sakit bila tadabbur ayat mengenai sifat-sifat orang munafiq. (surah Muhammad)

Without realising yang sebenarnya dalam diri kita ada sifat-sifat tu.
Huhhhh...

A lot of things to ponder :
1) adakah dengan hadirnya kita ke majlis-majlis ilmu kerana kita ikhlas untuk memahami islam itu atau kita menghadirinya dengan terselit niat nak tunjuk muka.

"eh, kalau aku tak datang daurah, apa pulak akhawat lain kata..."
(anda, anda pernah rasa? ohhh, anda orang baik-baik tak macam saya. gulp)

atau

"apo gak penceramah tu duk belebe?" (eh betul ke term ni wahai orang-orang kelantan?)
"betul ke apa ustaz tu cakap?"
(seolah-olah kita tak yakin dengan ilmu tu dan kita malah meruntuhkan semangat sahabat-sahabat yang dengar supaya turut meraguinya)

2) adakah kita apabila diseru untuk buat kerja-kerja dakwah lebih dari biasa kita buat, kita akan bagi seribu satu alasan seperti sang munafik yang apabila diturunkan ayat jihad, pucat lesi nukanya???

3) adakah kita betul-betul telah menginfakkan harta kita pada jalan Allah sepertimana kisahnya sahabat nabi yakni Abu Dihdah? Atau kita ini kikir/kedekut atau berkira-kira apabila diminta menggunakan sedikit wang untuk digunakan dalam jalan dakwah ini?

Abu Dihdah sanggup menginfaqkan seluruh kebun yang di dalamnya terdapat rumahnya sendiri. Malah diceritakan, ketika dia memberitahu isterinya supaya meninggalkan rumah yang telah diinfaqkan itu, si isteri bertindak mengeluarkan kurma yang sedang dimakan anaknya.

Ah, tak terjangkau kat kepala otak kita! Kita, kalau dah ada kat dalam mulut, makan je la kan. Tapi tidak bagi sahabat yang betul-betul memahami pengertian 'infaq' itu. Lngsung tidak berkira malah takde kot perkataan kikir tu dalam diri mereka.

Agak-agak, kalau ada orang suruh kita infaq semua duit jpa tu, kita sanggup tak?

kriuk...kriuk...

Weekend ni ada program dengan adik-adik tapi hanya mampu kirimkan semangat dan doa arakian jasadku bakal ke Kenyir.

Bila difikir, mungkin dosa-dosaku menyebabkan aku tidak dapat bersama-sama dengan mereka. Tarik nafas. Allah Maha Mengetahui. Sungguh Allah yang memegang hati-hati aku dan mereka.

Kamu, kamu, kamu... Terima kasih sebab baca.
Kamu, kamu, kamu... Terima kasih sebab sentiasa ingatkan aku yang kerja kita bukan main-main.

~iluvmyusrahmateslillah~

Selasa, 12 Mac 2013

Difficulty

It is not easy to inculcate istiqomah in ourselves.
Satu, dua, tiga hari. Ok rasa macam dah berjaya.
Hari keempat...arghhhhhh
Hari kelima, keenam, ketujuh pun arghhhhhhh
Pastu minggu seterusnya sangat susah untuk mula semula.

Stress...

Syaitan sangat hebat bab2 me'lagho'kan kita.
Tapi bukankah PENCIPTA kita MAHA HEBAT!

So,

Berdoa dan terus berdoa
Kerana kita memang perlu pada pertolonganNya.
Hatta Nabi Yunus seorang nabi pun tak malu-malu berdoa ketika berada pada 3 kegelapan.
Ini KITA, yang memang bertimbun dosa, pahala ala-ala tak ada.

Cakap la kat diri kita :

Wahai diri, kalau hari ini engkau buat dosa, padahal kau dah bersungguh minta keampunan pada Allah hari sebelumnya, maka, mintalah keampunan Allah sekali lagi.

Wahai diri, percayalah, Allah tak pernah jemu ampunkan dosa hambaNya. Janganlah kau terus bergelumang dengan dosa jika sudah sedar akan keburukannya.

Wahai diri, kita ini memang lemah bahkan tidak akan mampu melawan hawa nafsu ini seorang diri, maka berdampinglah dengan sahabat yang dapat mengingatkan, sahabat yang mendorong kebaikan.

Wahai diri, jika kau sudah sedar, berubahlah. walaupun perubahan ini adalah perubahan ke yang entah ke berapa kali. Berubahlah, walau semalam engkau bergelumang dosa. Berubahlah walau kau rasa payah. Berubahlah walau kau rasa susah.

Dan berdoalah wahai diri. Allah itu sentiasa ada untuk kita.

Berdoalah agar satu hari nanti engkau betul-betul dapat istiqomah.

~semoga Allah mudahkan~

Rabu, 23 Januari 2013

Senyum

Ini sekadar bacaan saja-saja.

Pada suatu hari, di sebuah kampung yang indah, berkumpullah sebuah keluarga yang telah lama terpisah dek kesibukan mencari rezeki dan memenuhi keperluan hidup masing-masing. Mereka sungguh seronok menghabiskan masa bersama-sama ditambah pula dengan kehadiran anak-anak kecil yang sangat pandai mengambil hati si tua dengan keletah-keletah mereka yang sungguh melucukan. Walau bagaimanapun, biasa la si kecil, main-main kemudian bergaduh (gaduh budak-budak). Maka di sebalik pergaduhan hingusan itu, timbullah atau terkeluarlah dialog-dialog yang melucukan. Hahahahahaha (maaf gelak dulu).

Aliya : ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Hadif : eeeeee, die ni suka marah Hadif!

Mama Nurul : Kenapa aliya suka marah awak?

Hadif : Sebab dia Yaya.

Mama Nurul : Yaya? (Oh dia panggil anak aku Yaya rupanya.)

Mama Nurul : Kenapa Aliya suka marah Hadif? (tanya lagi)

Hadif : ..........................(senyap dan terus bermain)

Hilmi : Sebab Hadif Gopal!

Eh sebijik macam Hadif perangainya, the best actor ever!


Erk...budak-budak ni memang suka berimiginasi ke? Boleh pulak dia samakan situasi realiti dengan cartoon Boboi Boy.
Yaya memang suka marah Gopal sebab taknak makan biskut die.

Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh...comelnya Yaya,  Cik Kimah pun kene layan Boboi Boy pagi-pagi sebab Aliya suka tengok dengan harapan Aliya tengok sampai tertido supaya Cik Kimah boleh join. Eh.


Ok.
Aliya umur setahun, Hadif umur 4 tahun, Hilmi darjah satu, Mama Nurul umur ...

Sekian.
Haha

Jaulah

Eh, tak pegi pun lagi.
Ceh, pastu nape tulis?

Emmm, nak mintak doakan supaya selamat pergi dan balik.
Doa yang terbaik dan teringkas dari kita untuk orang yang bermusafir ialah :

"Fi amanillah"
"May Allah protect you"
"Semoga Allah melindungi kamu"



Dulu masa first year pergi Sabah. Tapi bukan dengan akhawat, jadinya ianya hanya semata-mata berjalan, berjalan, dan berjalan. Tapi still ade sweet memories. Senyum.
Sebenarnya, masa pergi Sabah tu memang teringin sangat nak selit tazkirah sikit-sikit, tapi...

kriuk, kriuk...

Ok, kali ni pergi dengan akhawat, sangat teruja sebab awal-awal lagi dah ade orang remind supaya betulkan niat, mind setting dan bla bla bla. Senyum lagi. Siap ade buku program, lagu tema dan bla bla bla. Senyum lagi lagi.


Dan paling penting, setiap kali ambil gambar passport baru tahu diri ni dah gemuk (ok keluar topik) sebab muka tembam tak macam dalam ic. Sedih!


Pengajaran post kali ini ialah :

Berjaulahlah dengan akhawat kalau diri masih tak mampu nak mengawal suasana atau tidak mampu nak mencipta biah yang sentiasa ingat denganNya.  Tanpa biah itu, musafir kita itu hanya tinggal kenangan-kenangan yang indah tanpa menambahkan iman. Gulp.


Maka, perhebatkan diri, supaya nanti kalau musafir dengan siapa-siapa pun kita dapat cipta biah itu! Mantapkan dirimu!

 

Selasa, 8 Januari 2013

Kondisi Hati

"Wahai diri, sudahkan anda mentarbiyyah diri anda dengan semangat juang agar anda tidak menjadi lemah dan manja hanya kerana menghadapi permasalahan kehidupan?"

Assalamualaikum :)

Year 3 Semester 1 is going to be end officially! 6 days to go! Alhamdulillah.

Semester ini banyak benda yang berlaku. Dan perkara itu sudah pasti menjadikan diri ini lebih mengenali diri ini sendiri. Sigh.

Memaafkan manusia rupanya bukan perkara yang senang terutama apabila kesenangan kita dirantap dengan  sesuka hati. Dan mungkin kita akan fikir mereka ini memang tidak boleh dimaafkan pun. Salah yang dibuat tu sangat besar. Memberi impak yang negative dalam hidup ini. Hey tiada maaf bagimu tahu! Noktah. FULLSTOP.

Tiba-tiba terbaca satu post di FB :


“Manusia yang sukar memaafkan manusia yang lain adalah manusia yang tidak bersedia untuk menerima kemaafan dari PenciptaNYA.”

Sentap. Dada tersa sempit. Air mata tetiba jatuh.

Allah itu sangat sayang padaku. Beri peringatan di mana-mana. Menggunakan pelbagai cara.

Alkisah, satu petang yang aman, aku dikejutkan dengan panggilan dari roommate. “Kak Kimah kita kene pindah m4!”  

Tarik nafas. Marah meluap-luap. Barang-barang kami semua sudah dibawa ke M2 (penempatan baru) sebelum balik bercuti. Memang takyah cakap la macam mana kami merungut masa angkat barang dari M5 ke M2 tu. Dosa berbakul-bakul. Semua keluar dari mulut yang hina dina ini. Tup tup dapat berita tak jadi pindah M2 tapi M4 yang terletak kat sebelah M5(penempatan lama). Dan lebih marah lagi, kami sebilik je kene campak kat situ, kawan-kawan pharmacy lain semua di M2. Syaitan memang kaw-kaw gembira! Tunduk.

Esoknya, sampai Mahallah Office kami terus tanya kenapa kami tak ditempatkan sekali denga kawan-kawan yang lain. Alasan sebab final year yang duduk kat bilik yang kami nak masuk taknak pindah. Hey, suka hati korang je kan! Aku dengan marahnya dan rasa sangat rasional la time tu, terus ambil contact no student yang duduk bilik tu dan telefon dan pendek cerita marah-marah dia. Sungguh aku ni memang tiada adab. Tiada akhlak. Memang syaitan menari-nari kot. 

Nangis sekarang!

“Akak, keluarkan je la barang diorang. Kan semua orang kene pindah. Kata kalau tak keluarkan barang nak buang la bagai.”

“Oh, tak boleh. Diorang dah buat surat taknak pindah. Dean diorang sahkan.”

“Cakap je la kat Dean diorang yang Mahallah Office dah tentukan bilik awal-awal lagi sebelum habis semester lepas. Bila diorang hantar surat? Kalau lepas habis sem baru hantar, takyah la entertain.”

“Dean diorang dah hantar surat tu dari bulan Jun lagi. Emm sebelum kami buat penempatan baru. Tapi kami baru perasan surat tu Ogos hari tu. So, kami tak boleh nak tolok permintaan tu.”

Woi memang darah naik kat muka. Rasa nak meletup, menyumpah bagai. Sabar Hakimah, awak orang ISLAM. Alhamdulillah aku masih ada akhlak dengan kakak Mahallah Office tu. Alhamdulillah aku masih hormat dia sebagai orang yang lebih tua. Tapi minta maaf  banyak-banyak, depan je, kat belakang I’m not even think to forgive you at all. NEVER.

Surat sepenting itu boleh pulak tak perasan. Susah sangat ke kerja anda!

Disebabkan ‘ketidak perasanan’ dengan kewujudan surat itulah, aku dan kawan-kawan sebilik terpaksa duduk mahallah lain. Dan setiap kali aku menjejakkan kaki ke mahallah yang sepatutnya aku duduki, untuk buat discussion atau pergi bilik ‘sahabatduniaakhirat’ muka kakak yang selamba tu terus muncul. Sakit hati dengan statement dia yang time cakap tu muka manis tak bersalah. 

Ok syaitan sekarang tengah mengapi-apikan aku!

Istighfar.

Istighfar.

Istighfar.

Moga Allah ampun dosa aku dan dia. Mungkin ini bukan kebiasaan yang dia lakukan. Mungkin itu adalah kali pertama dia tak perasan surat penting itu. Hakimah, manusia, pernah ke tak buat silap?

Hakimah, rupanya hati kau tu yang kotor sangat sampai perkara sekecil itu engkau boleh nak berdendam. Sampai engkau tak buat report pun bila kunci hilang dengan alasan taknak tengok muka dia. Sampai engkau tak daftar electrical item pun sem ni dengan alasan taknak bertentang mata dengan dia. Sungguh ‘kecil’ hati kau itu.

Allah.

Aku yang selalu bersusah payah nak membetulkan orang, rupa-rupanya lupa untuk membetulkan diri sendiri. Aku yang selalu suruh orang bersyukur dan redho dengan nikmat dan ujian rupanya tersungkur lebih dahulu bila datang ujian. Padahal kecil je ujian aku tu. Kecil sangat. Sangat kecil.

Allah.

Aku rupanya masih diberi Allah tempat untuk tidur. Aku rupanya masih diberi oleh Allah nikmat untuk berjalan.

Allah.

Kenapa benda kecil yang dibesarkan. Bukankah saudara seislam kau lebih dasyat ujiannya? Rumah dibom, ahli keluarga dibunuh di depan mata.  Kenapa tidak menganggapnya sebagai nikmat? Bilik dekat dengan ahli usrah ke, dapat berkenalan dengan student kos lain ke, dapat elak suka menyibuk buat bising kat bilik ‘sahabatduniaakhirat’ ke? Kenapa tak begitu wahai diri? ‘Kecil’ sungguh hati ini.

Jom kita telusuri Hadith 6 Dari Hadith 40 Imam Nawawi

 "Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '  
Allah.

Bagaimanakah keadaan engkau wahai hati? Maaf kerana aku buat kau lupa pada nikmat Tuhan yang banyak. Maaf kerana aku membawa kau menelusuri perasaan para ahli neraka. Maaf kan aku.

Allah.

Rasulullah yang dibaling batu juga sanggup memaafkan. Aku hanya dikecilkan hati dengan kata-kata sudah melatah-latah. Mana nilai iman yang engkau kata engkau kuat berpegang padanya?

Allah.

Maka, hari ini aku akan cuba berlapang dada. Dan untuk hari yang seterusnya. Satu cara yang padaku paling mudah untuk kita memaafkan orang lain ialah mendoakan agar Allah mengampunkan dosanya. Walau sakit pasti kelegaan itu sebagai gantinya. Allah Maha Lembut akan memberi kelembutan kepada hambaNya yang berusaha. Mencuba untuk melembutkan hati yang keras untuk syurga pasti berbaloi bukan?

Moga Allah merahmati kamu. Moga Allah merahmati kamu.

 Moga Allah merahmati kamu kerana menjadi sebab untuk aku mengenali diriku yang sebenar. Moga Allah merahmati kamu kerana menjadi sebab untuk aku mengetahui kondisi hatiku lantas membersihkannya. Moga Allah memudahkan urusan kamu.

~Final exam~