TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Sabtu, 6 April 2013

Routine yang meng'give up'kan

Assalamualaikum

Kadang-kadang kita rasa 'routine' yang selalu kita lalui saban-saban hari macam memenatkan, melelahkan dan membosankan.Dalam setiap perkara yang kita lakukan, kita tak rasa rohnya.

Maka, kita rasa nak 'give up' semua yang kita lakukan sebelum-sebelum ini dan hanya tumpu untuk diri kita. Kita nak belajar je, nak siapkan assignment je dan bila mengantuk, kita nak tidur je. Tak nak fikir pasal adik-adik yang Allah dah amanahkan untuk kita. Tak nak fikir masalah kawan-kawan yang sebenarnya perlukan nasihat kita.

Kononnya kita nak 'create' fasa 'recovery'. Nanti kalau ibadah aku dah terjaga, aku dah dapat siapkan assignment yang banyak, baru nak fikir yang lain. Huh.

Dan akhirnya, fasa 'recovery' tu tak de lah menjadi mana sebab setiap kali pegi kuliah, mesti ada assignment baru yang datang. Lepas siap satu, 10 lagi menunggu. So, sampai bila kita nak buat assignment je!

Berfikir, berfikir, berfikir

Allah masih bagi kesedaran melalui orang-orang sekeliling.
Kalau kita tak jaga hak Allah, maka semua benda dunia ni memang takkan habis.

Kalau tak spend masa untuk hafazan dalam sehari, memang sampai bila-bila kita takkan jumpa masa yang lapang untuk kita menghafaz.
Kalau tak spend masa seminggu tu untuk berjumpa dengan adik-adik, memang hari-hari macam sibuk sampai tak cukup masa untuk benda lain melainkan siapkan kerja-kerja kuliah.

Ironinya, kita sempat bukak fb, update pru, update blog, tengok video matlutfi yang baru.
Sempat sembang dengan roomates lama-lama, sempat pegi makan luar, sempat semua benda yang tak berkaitan.

Tiba-tiba, diri ini berfikir, tanpa dakwah dan tarbiyah, tanpa Al-Quran yang Allah amanahkan, siapa je aku ni?

Kita sangat beruntung sebab Allah bagi amanah ini, kerana tatkala iman kita dalam keadaan menurun, kita akan rasa tak sedap hati kerana kelemahan kita bukan saja mempengaruhi diri kita malah diri adik-adik kita. Cuba bayangkan jika kita tak perlu fikir pasal orang lain. Pasti kita lebih mudah hanyut.

Allah aturkan yang terbaik. Bila lemah, bangkit semula. Jangan biarkan syaitan melarutkan kita dalam fasa 'recovery'. Jangan biarkan syaitan mentertawakan kita.

Caranya, dahulukan hak Allah. Jaga hubungan dengan Allah. Itu saja kuncinya.

Specialnya kita ialah, tatkala kita lemah, rasa menyesakkan itu datang. "Bagaimana dengan diri yang lemah iman ini bisa menyentuh hati-hati yang dahaga?" Maka nak tak nak, kita berusaha memulihkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan