TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Jumaat, 25 Jun 2010

Hampir


Assalamualaikum

Lagi beberapa jam je,
Dan selepas itu bermulalah episod makan, jalan, main dan pelbagai aktiviti yang telah dirancang.
Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.
Dan semoga mereka selamat sampai. Insya Allah
Dan nampaknya malam ni kene berjaga sebab kerja yang abah bagi belum dilangsaikan.
Macam mana la nak siap kalo asyik main Internat je..hishhh.
Dan kepada Cik Ain, esok engkau kene jugak pergi training
No excuse. Full stop.
Oh dan esok, ada amanah daripada Cik Yun,
Yang bujang kene beli aiskrim.
OHHHHHHH
Antara Emat, Kim n Ain sape la yang akan keluarkan duit ye??
Semua macam tangkai jering je..haha
Wait n See


Selasa, 22 Jun 2010

AIN

pernah ke darul tuba
sekolah tahfiz untuk banat sahaja
umur pelajarnya dalam lingkungan 9-18 tahun

teringat pada seorang pelajar paling muda, nama die Ain, umur 9 tahun
kagum sangat dengan die
akhlaknya, subhanallah

kat sana, kalo nak mandi ade giliran sebab ade 3 tandas je
dan orang yang pertama, kene bangun dalam jam 3.30am
dan ain la orang yang paling senang dikejut walaupun die paling muda
lepas mandi boleh tido balik tapi kene solat tahajjud dulu
aku rasa masa umur aku 9 tahun, aku tak penah bangun solat malam

kebetulan aku datang sana time syawal
so ramai la puasa ganti dan sunat
dan ain tak ketinggalan, dan alhamdulillah seingat aku die berjaya habiskan puasa 6
pernah die bersembang dengan seorang senior
"kenapa anti tak puasa, anti kat dah baligh, kene ganti puasa."

semasa mengaji, ain tak banyak main2 macam sahabat-sahabat yang lain
cuma kadang-kadang sikap keanak-anakan die muncul juga
main2 dengan tudung labuhnya, cukup membuatkan aku sedar bawaha ain masih seorang budak kecil

"ain, pertama kali khatam AQ, umur brape?"

"masa ana tujuh tahun"

ohhh masa aku umur tujuh tahun aku rasa aku baru berjaya khatam iqra' yang 6 tu..

"siapa yang ajar?"

"emak"

"emak mula ajar baca AQ masa umur brapa?"

"2 tahun"

subhanallah, aku tak ingat apa yang aku buat masa umurku seawal itu

sistem menghafaz di sana memerlukan setiap pelajar untuk mengkhatamkan AQ sebnyak 10x sebelum boleh beralih ke proses hafazan
maksudnya ain dah khatam 11 kali ketika umurnya 9 tahun, subhanallah

----------------------------

sungguh, aku berasa kerdil dihadapannya walaupun hakikat menyaksikan aku tinggi daripadanya

sungguh, hebat ibu dan ayahnya kerana begitu yakin untuk menyekolahkan dia di sana di saat semua ibu bapa yang lain berlumba2 'mendidik' anak2 mereka dengan timbunan kelas tambahan

----------------------------

sedih pabaila menonton rancangan tom tom bak,
adik2 sebaya ain menari tanpa segan
adik2 sebaya ain menyanyi melunakkan

padahal jika diberi peluang pasti mereka juga dapat jadi sepertinya
mungkin lebih hebat, mungkin lebih mengkagumkan

potensi orang muda memang tidak boleh dinafikan
lihat sahaja bagaimana sultan muhammad al-fateh menawan kata constantinople pada usia muda
tapi lihat juga bagaimana ajaran yang diperolehinya
al-fateh didampingi ulama' sejak lahirnya
maka tidak hairan kalau dia boleh menakluk kota rebutan
tapi jika dia didampingi hiburan dan kemewahan, bukan setakat tidak dapat menakluk di usia muda malah seumur hidup mungkin Allah tidak izinkan

maka
nak salahkan anakkah ??
yang mendidik kan mak dan ayah

------------------------------------------

dan kita
yang dah besar
yang boleh beza baik dan buruk
jangan pula menuding jari pada sesiapa

berubah selagi mampu
berubah selagi ada masa

moga kita jadi ain dalam versi besar..

p/s : kenapa aku rasa ayat aku macam tak sedap dibaca nih.. mohon maaf awal2

Jumaat, 18 Jun 2010

aku ingat cuti lama lagi


kene ingat

lapang sebelum sempit

lagi 16 hari je duk umah,
16 hari je lagi..
sebelum ke main cmps kuantan


muda sebelum tua
sihat sebelum sakit

tanye anak :
"ibu, ape yang membuatkan ibu resah?
kami tidur, ibu masih berjaga, kami bangun, ibu sudah terjaga."

ibu jawab :
"ibu sudah tua, ibu mahu banyakkan amalan, tapi ibu sudah tidak larat lagi
mahu solat malam, kaki ibu tak mengizinkan
mahu membaca Al-quran, mata ibu sudah tidak nampak."


kaya sebelum miskin

kate ustaz :
"duit alaun kamu tu bukan semua duit kamu,
kalau alaun rm1000, keluarkan la sekurang-kurannya rm5 tuk diinfaq,
ingat!! bile dapat terus buat, itu bukan duit kamu."

ade kakak tu pesan :
"sehari 20sen tuk palestin
letak terus dalam tabung yang dah dikhaskan
lagipun brape sangatlah 20sen tu dengan ape yang kita makan setiap hari
dan ingat, takkan sama jika kita derma rm10 yang dikumpul dengan rm10 yang terus diambil dari beg"


hidup sebelum mati

"bile awak tidur, awak kene bersedia
bersedia untuk mati bukan bersedia tu bangun esoknya
jika masih bernyawa esoknya, bersedia la untuk tidur yang seterusnya"

kebanyakkan orang mati ketika umur tua
sebab tu emak ayah kita slalu cakap
"bapak ni dah nak mati"
"ibu ni dah tak lama lagi"
dan kita anak-anak akan cakap
"ish, mak abah cakap ape nie?"

jarangkan kita cakap
"esok, mungkin saya yang mati"

emmm




kene ingat

Rabu, 16 Jun 2010

dia

-our beloved hilmi n hadif- -ngan kawan2 mereka-

-emok kate abah senyum sorang sebab ingat hadif-


-jadi anak n cucu yang soleh ye-
minngu depan orang yang paling disayangi dalam famili aku akan pulang ke rumah
moga Allah lancarkan perjalanan mereka

kami semua memag tak sabar2 nak jumpa mereka
semua dalam keadaan kritikal punya rindu
buktinya,
bile tido mimpi die
bile nampak budak, muka mesti macam die

padahal tak sampai setahun pun berpisah
emok kate, itulah cinta namanya...wah sukenya
cinta yang memang tak yah dibuat2... wah syoknya

emok n abah la aku rasa yang paling parah kene penangan cinta ni
'mok kalau tgk gambar diorang mesti mok kuar air mata' (kalau tgk gmbr saya, emok kuar air mata tak?? :)
'abah nak bawak diorang round satu malaysia naik kete' (tak tau dah brape kali abah cakap camtu kat aku)

memang cinta tu mesti ade rindu2.. haha(geli lak rasanya)

ape2 pun mak bapak diorang aka abang n kak ipar aku dah pening tak tau nak balik rumah sape bile sampai Malysia nanti
sebenarnya kitorang pun pikir bende yang same
'bang an nak duk umah mak ayah kak nor ke umah kite nanti?'
'bang an n kak nor duk umah pak cik mustapha(parents kak nor), hilmi hadif duk umah kite. kan adil tu 2 sane, 2 sini' kata abah kepada kami

tapi kak nor kate die ngan bang an dah bertiga..
camne ye??

hari ni nak cite pasal die je.. tadah je ye

die dah tak pandai kire satu dua tiga
die pandai kire one two three je (bush!!!)
hari tu umi die kate, die tanye, "umi, what is 'bunga'?" (pang!!!)
minggu lps die potong rambut then die cakap kat kite, "my hair long sikit je" sambil pegang rambut die (ish3 rojak pun ade)

pastu umi die cite lagi
die kate " miss cecilia said if hilmi 'burppp' at school, hilmi must say 'pardon me', alhamdulillah at home je" (parah2)

lagi,
yang ni kurang enak skit je (tak nak bace pun tak pe)
"lepas wee-wee kat school, hilmi lap ngan tisu tak?" umi die tanye
hilmi jawab, "no, miss cecilia said tak yah lap ngan tisu, tisu is for crying" (wahhh, camtu ke)
ade lagi ke?
setiap kali aku teringat mereka, aku teringat ayat ini, Allah berfirman :
"Dihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
(A-li' Imraan, 3 : 14)
-sungguh kami merasa bahagia bile bersama mereka, jauhilah mereka dari menjadi fitnah kepada kami-
-semoga Allah rahmati pertemuan kami-
dan ini pengajaran pada kami

Isnin, 14 Jun 2010

really

-ni adalah lakaran pertama bumi kita yg direka oleh sarjana islam
-jasa mereka amat besar, kalo tak de 0 tak de la no.10



-siapa sangka chess pun dari dunia islam




-teringat cikgu fizik cakap, cahaya bukan datang dari mata kita tapi dari objek, kalo dari mata namanya puntianak la ye





-kalo kita pegi museum lain, mat salleh akan cakap jam ni bangsa diorang yang cipta, tp realitinya kita yang reka

really...
aku tak tau nak tulis ape,,
saje nak mengisi mase sblm zohor menjelma.

seperti biasa, sebelum meng'explore' museum,
akan ade manusia yang menggeladah beg kite.

aku dengan bangga pegi la pak guard tu
dan die bagi salam kat aku :)
beruntung la die sbb pahala die bg salam lg byk dr aku yg menjawabnya.

pastu pak cik tu cakap :
'i know where you want to go,go to 1st floor' (lbh kurang camtu la smbl pndg lift kat hujung bangunan)
aku senyum je sambil jalan ke lift tu tapi naik atas ikut tangga memandangkan aku teringin nak kurus...ohh tak de kaitan di situ

sbnrnya aku penah je gi situ, tp aku pegi mase pak guard n mak guard dah nak tutup pintuso feeling tu tak de, jadi aku pegi la lagi skali

mmg tak rugi la, sbb kali ni aku dapat baca byk bende
n of course aku rasa sedikit bangga di situ sbb ade islamic exhibition
ohh,, patut la pak cik td suruh pegi 1st floor..

korang baca2 la gambar kat atas tu ye

emm itulah sejarah kita
golden age kite dah berlalu tp sejarah mungkin berulang kan??

kite cume kene pilih samada :
a. berada bersama mereka yang nak mengulang sejarah itu
b. buat tak tau je ape nak jadi, aku ikut je

pilih la ye, moga tak tersalah pilih :)

trima kasih taqwa sbb bg cdgn supaya aku ke sini

p/s : setelah bangun duduk, turun naik tangga, jalan ke sana sini, usik ain, tolong mok masak, pegi kedai, tunggu mamak hantar gas depan umah, barulah aku sudah menyiapkan entri kali ni; dah masuk hari lain dah pun ahah:)

Selasa, 8 Jun 2010

chapel

-ni dpt kat google-
-masjid di whitechapel, terbesar di london-
-kat science museum-

abg : ko tau chapel tu ape?

ak : ntah, manelah ak tau, ap tu?

abg : hee, ak pun tak tau :p


pang!!


alhamdulillah ade juga tempat tuk solat.

kalo di stansted airport, namenya chapel (ade simbol seolah2 orang tgh duduk)

kalo di museum2, die tulis faith room (gambar lilin)


berbesar hati yang amat dengan kemudahan yang diberikan walaupun chapel tu sbnrnya tempat ibadat tuk semua agama.

Al-Quran ade, bible ade, n kitab yang tak penah ak tau pun ad.

pelik jugak sebab tak tau la ape penganut agama lain buat dalam bilik tu??


ini sekadar perkongsian kepada sesiapa yang bakal berkelana ke sana.

anda ade 2 pilihan samada :

solat di mana2 shj di atas bumi yang terhampar luas ini ATAU

solat di tempat yang aku nyatakan di atas


nasihat ku, pakailah pakaian yang membolehkan kita tuk segera bersolat.


Bangunlah segera untuk menunaikan solat apabila mendengara azan walau bagaimanapun keadaannya -10 wasiat Hassan Al-Banna-



Isnin, 7 Jun 2010

hantu

saje nak share video ni
sbnrny nak masukkan pd entri sblm ni tp dsbbkan lptp ku buat hal maka ak letak la kat sini..hee



dan pabila dah stat mengupload video dr youtube, teringat kate2 seseorang yg menyedarkan ak dan shbt2ku

most of the flims, videos and tv shows are RUBBISH!!
but they still making money from it
and of course people still watching it (and i among of them)


tapi, still ad yang boleh diambil pengajaran kan? setuju??
angguk je la.

ak, gile crita dr negara seberang walaupun kawan2 gile korea.
taste org masing2, ape yang penting ape yg kita tengok memberi manfaat.
kalau rs macam buang masa walaupun criteny best, aku sarankan tutup je sblm tv tu jadi hantu.
sebab hantu tu akan menyebabkan kita tidak berganjak walaupun azan dah berkumandang.
sebab hantu tu akan menyebabkan kita tido lewat walaupun mata dah tak larat.
sebab hantu tu akan mempengaruhi pemikiran kita walaupun kau dan aku ni mahasiswi.
dan macam2 la hantu ni boleh buat.

ingat!!
hantu tv langsung tidak menakutkan,
malah ia menyeronokkan, menggembirakan dan ia amat pandai bermain perasaan..

kalo rasa nak jgk tgk movie, meh sini aku sarankan bbrp movie yg pada kiraan ku membawa banyak manfaat.


laskar pelangi ni filem favourite gue dong!!
gue kasik 10 bintang nih..


gue suka bangat dengan sang murabbi
gue kasi 100 bintang, hebat kan?

tapi, tapi, tapi
jgn tonton sbb nak kan hiburan, tapi tonton sbb nak ambil pengajarannya
dan sebaik2 hiburan adalah membaca AL-QURAN

dan aku, di tempat ku, masih melawan nafsu dari menjadi mangsa hantu itu

aku bangga

masih dalam mengemaskini blog
agak2 brape org yg tahu kewujudan blog ni??
ape2 pun aku ttp akn menulis bile ad idea, masa n connection tnet

teringat crita murobbi ku :
'ramai ikhwanul muslimin dipenjara atau dibuang negara dan mereka berhijrah ke negara barat'
dan ak boleh bagi contoh negara tersebut salah satunya mungkin uk.

ak mengambil masa yang agak berhari2 tuk mengemas baju.
bukan untuk sehari dua tapi hampir sebulan ak di sana.
bukan tuk berjalan ke merata eropah, tapi untuk bertukar suasana,
suasana melangok di rumah msia ke suasana melangok di rumah uk.
jika ditanya apa yang engkau lakukan ketika masa muda mu, aku mungkin antara jutaan manusia yang terpaku, kerana suka mensia-siakan masaku.

ketika mengemas bj, bj kurung sudah pasti ditolak tepi, jubah bawa la sehelai sambil terlintas dalam fikiran, ntah bile nak pakai. dan sudah pasti bagasi ku dipenuhi baju tshirt + seluar.
nyata aku adalah antara ribuan muslim yang tipis imannya, baru sebulan ke negara 'mat salleh' mula berangan menukar gaya. tak malu ke kita pada yang Maha Mencipta segalanya. Dia kan selalu memerhatikan kita walaupun di situ tiada yang kenal kita!

apa kaitan kate2 murobbi ku dgn pakaian yg ku bawa?? sahaja nak memanjangkan crita??

peristiwa 1 :
tempat tinggal abangku adalah di leyton, alhamdulillah komuniti islam agak ramai.
kerana wanita muslim itu mudah dikenali dengan imej jilbabnya maka setiap kali terjumpa wanita muslim mereka akan mengucapkan salam. dan aku tidak terkecuali untuk menjawabnya.

dan sekali lagi, ak di msia hanya memberi salam pada yang ak dikenali, itu pun tak semua padahal :

"Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) said: 'You will not enter Paradise until you have faith, and you will not have faith until you love each other. Shall I direct you to something which if you fulfill you will love one another? Spread peace among yourselves.' (It was reported by Muslim)

peace = salam (assalamualaikum)



peristiwa 2 :

ketika menaiki bas, ak terserempak dengan bbrp kanak2 comel yang melompat masuk ke dalam bas sambil ketawa keriangan (diorg naik pintu blkg, sbb bdk2 tak perlu byr tambang)
dan lbh menyentuh perasaan bila di tangan mereka adalah kitab yang pada kiraan ak mungkin juzu' amma

peristiwa 3 :
walaupun di negara non muslim, pak2 arab masih pakai jubah putih, ad yang siap berserban dlm tube dan bg wanita, ad yg labuh tudungnya (masya-Allah), dan sudah pasti ad juga yg berpurdah

-------------------------------------------------------------------------------------------------

padaku ini pandangan yg luar biasa
walaupun bukan semua muslim begitu, sekurang2nya, yang sedikit ini menyedarkan ak
mereka benar2 mahu tunjukkan pada org uk bahawa 'AKU MUSLIM, AKU iSLAM'
berserban, berpurdah, itu hak kami! dan kamu tak boleh ganggu hak kami!

di msia kita berlumba2 mengikut mereka, mereka = non muslim, dari segi pakaiannya, hiburannya dll.
dan bile antara kita cuba membawa imej islam, mulalah dipandang sinis, dan yang lebih parah bile ad yang beranggapan org yg berjubah berserban ini fikirannya kolot, kotor dan bodoh??
hebat sgt ke kita nak fikir camtu??
tak malu kah kita pada shbt kita di sana n paling penting pd Yang Maha Pencipta??

-------------------------------------------------------------------------------------------------

sambungan crita murobbi ku :
kebykkan mereka yg dibuang negara tak brenti begitu shj, dakwah masih diteruskan.
mereka ni kerja sebagai penjual daging dll, bile jumpa plajar msia mereka berbaik2 dan peringkat seterusnya ialah dengan menyampaikan dakwah menerusi usrah dan halaqah.

sebab itu pada zaman 90-an kita dapat lihat ustazah2 yg blk dr mesir tudungnya sekadar menutup kepala tp doktor2 dr uk bertudung labuh pula.

walau agama yang di pelajari tinggi tak tercapai dek tangan, tapi jika tarbiyah mengenai aqidah yakni 'mengesakan Allah' belum sampai, inilah situasi yang bakal terjadi.

dan aku, aku berasa bangga kerana aku dapat rasakan
mereka=muslim yg aku jumpa di sana adalah anggota ikhwanul muslimin (kurang yakin)
ok, mereka=muslim yang aku jumpa di sana adalah manusia yang telah mendapat terbiyah yang dipelopori oleh hassan al-banna (50% yakin)
emm, mereka=muslim yang aku jumpa di sana adalah muslim yang hebat aqidahnya kerana tidak takut untuk menunjukkan agamanya (yakin)

moga kita semua seperti mereka yang teguh imanya..amin..