TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Selasa, 17 September 2013

Final Year

Alhamdulillah. 

Pejam celik dah hampir 5 tahun (campur foundation skali la) bertungkus lumus nak habiskan pengajian dalam bidang Farmasi ni.

Semoga masa yang kita habiskan untuk menuntut ilmu itu Allah kira sebagai pahala.

Kadang-kadang, tanpa kita sedar, kita telah mengasingkan agama dengan belajar. Atau perkataan yang lebih sedap, kita ni SEKULAR! Kita letak dakwah dan tarbiyah kita di satu tempat yang lain dan belajar di satu tempat yang lain. Maka, kita akan lihat, kita yang membawa islam ini adalah orang yang paling bermasalah dalam kalangan kawan-kawan satu batch kita.

Orang yang hantar assignment paling lambat, KITA. Orang yang paling banyak fail paper, KITA. Orang yang selalu datang lewat, KITA. Orang yang suka copy paste, KITA. Orang yang suka tanya kat kawan sebelah time kuiz pun KITA!

Maka, kita mengharapkan orang lain thiqah pada KITA ke? Terutama kawan-kawan sekelas KITA?

Tanpa kita sedar, dalam diam, KITA telah membawa fitnah pada agama kita.

Tanpa rasa malu, KITA kadang-kadang menjadikan DnT sebagai alasan mengapa KITA berkelakuan seperti di atas. Padahal, jika diteliti, DnT kita juga ke laut. Buat bila rasa nak buat. Buat bila rasa ada masa. Buat bila rasa semangat. Buat supaya rasa kita ni bertuah kerana dipilih untuk menjadi lain dari yang lain, walhal, kita tak ikhlas pun.

Dan tanpa kita sedar, kadang-kadang kita selalu mengharapkan DnT ini akan memberikan keajaibannya bila kita meluangkan masa dan harta untuknya. KITA! Sedarlah bahawa, agama ini bukan dijadikan Allah untuk menghasilkan sesuatu yang ajaib. Setiap yang berlaku itu pasti mengikut Sunnatullah. KITA usaha, kita dapat hasilnya. KITA malas, belajar sambil lewa, belajar di saat akhir, kita dapat natijahnya.

Perbetulkan NIAT dalam setiap yang KITA lakukan. Berusaha sehabis baik dalam perkara yang kita ceburkan. Itu yang agama ini sarankan.

Maka, wahai KITA, daripada asyik cakap pemerintah tu adalah SEKULAR, jom KITA tengok cermin lama-lama, siapa yang lebih SEKULAR? KITA atau dia? Siapa yang sebenarnya lebih mengasingkan agama dalam kehidupan sehariannya?

p/s: Siapa yang tak rasa KITA tu adalah dirinya mungkin dia adalah antara kategori yang di bawah:
       a) Dia tak rasa dia ni orang yang perlu sampaikan ajaran islam, atau dia asik fikir kerja-kerja   
           DnT ini hanya sesuai untuk orang yg belajar agama je. NASIHATKU : Oi, bangunla tidur!
           Kau tu KHALIFAH la.

       b) Dia adalah seorang daie tegar. Tapi dalam masa yang sama dia adalah role model untuk
           kawan-kawannya, pelajar favourite lecturer dan hot stuff dalam kalangan junior malah senior.
           KOMENKU : Tahniah, Moga kau terus thabat dan terus 'amaze'kan manusia di sekelilingmu. 
           Kau, juga adalah role modelku. Uhuks.

#allthebest#finalyearstudent

Tiada ulasan:

Catat Ulasan