TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Rabu, 22 Disember 2010

Terima KASIH Abah

Sikap seorang lelaki memang sukar difahami lebih-lebih lagi oleh seorang perempuan.

Jika ibu selalu menunjukkan kasih sayangnya dengan membelai lembut si anak, memeluknya tika bersedih, jarang ayah dapat melakukan perkara yang sama. Ya, itu mungkin berlaku disebabkan budaya kita. Dan aku, lebih selesa begitu.

Ibu menyediakan makanan yang sedap-sedap apabila anak-anak pulang ke rumah. Mungkin rahmat Allah terletak dalam setiap suapan. Bila makan masakan ibu, hati anak jadi berbunga-bunga. Jadi bahagia. Tapi, ayah masih jarang dapat melakukannya.

Bagaimana ayah menunjukkan kasih sayangnya. Sukar ditafsirkan. Terlalu halus untuk kita nampak. Tanpa kita sedari makanan itu sebenarnya hasil titik peluh ayah. Ayah menyumbang dari sudut material rupanya. Jarang rupanya berterima kasih pada ayah yang menyediakan wang untuk membeli bahan mentah, yang menyediakan tempat makan iaitu rumah, yang menyediakan kenderaan untuk membeli iaitu kereta. Ayah rupanya yang membuat kerja belakang tabir tanpa kita sedari.

Begitulah rupanya ayah menunujukkan rasa kasihnya.



Terima KASIH Abah kerana sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menghantar 'benda' itu pada si degil ini. Terima KASIH Abah kerana sanggup membeli 'benda' itu sehingga Abah kehilangan benda yang paling berguna. Terima KASIH Abah.

Syukur itu lebih layak diberikan kepada yang MENCIPTA.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan