TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Selasa, 15 Februari 2011

Ikan Salmon

Pernahkah kita bersusah-susah untuk islam?

Seorang muallaf sanggup dibuang keluarga, berlapar, dihina, dicaci semata-mata untuk kembali kepada fitrah tapi kita tak pernah pula lapar untuk islam. Lebih tragis, jika pergi ceramah-ceramah agama, kita makin kenyang sebab banyaknya kudapan yang urusetia hidangkan!

Nak solat, tiada siapa pun boleh larang, malah tiada pun yang nak pukul. Masjid dan surau pun merata-rata ada tapi masih ramai yang sambil lewa dalam mengerjakannya.

Nak pakai tudung, bila-bila pun boleh, kat mana-mana pun tak de sapa nak larang, bukannya ada tempat kat Malaysia ni yang larang kita pakai tudung kan? Muslimat di negara-negara lain siap kene tarik tudung la, kene simbah air la dan ada yang siap mati sebab bertudung! Tapi 'muslimat' di Malaysia tak mahu ambil pengajaran, makin bukak dan bukak, fesyen kan?

Tahu tak, ikan salmon pun bersusah-susah dalam meneruskan hidupnya. Ikan ini sanggup melawan arus,berhadapan dengan beruang-beruang semata-mata untuk melunaskan tanggungjawab yang telah Allah tetapkan untuk mereka iaitu, membiak.



ikan ni siap sanggup lintas jalan kawan-kawan. Kita?? Ditimpa susah sikit sudah merungut-rungut.



Aduh, malu sungguh dengan ikan. Dia yang tak punya akal pun masih tak mahu ingkar dengan arahan Allah, kita yang diberi akal pula cepat-cepat patuh larangan, ingkari arahan. Malulah kita kalau tak tahu apa tujuan hidup sebab ikan pun tahu. Siapa sebenarnya manusia, siapa sebenarnya haiwan?

Kalau rasa malu nak buat baik, buang je jauh-jauh perasan TAK PATUT LANGSUNG TU, sebab sebenarnya majoriti makhluk yang ada kat alam ni semuanya ikut sunnah yang Allah dah tetapkan. Matahari, bulan, bintang, semuanya ikut cakap Allah. Pokok padi, pokok kelapa, pokok cili, senang kata semua pokok pun bertasbih-tasbih puji Allah. Haiwan, takyah cakap, semua lagi taat dari manusia. Jadi orang yang buat baik tu sebenarnya ada dalam kalangan majoriti, orang yang buat dosa tu yang minoriti, itupun mereka sempat lagi berlagak bagus! Dah rasa cukup kuat untuk menghadapi seksaan-seksaan yang Allah sediakan ke?

fikirlah diri, sebab kamu orang yang pertama akan diuji...

1 ulasan:

  1. Betul tu Kimah. Kita ni tak pernah bersyukur dengan nikmat kesenagan yang Allah bagi. Dah duduk dalam comfort zone pun tak banyak kerja2 untuk Islam yang kita buat. Tak pernah rasa nak bersusah2 untuk Islam. (cakap kat diri sendiri yang tak start2 lagi DF. macam mana ni? huhu~)

    BalasPadam