TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Sabtu, 21 Ogos 2010

ingin jadi seperti mereka (1)


"Aku bimbang untuk tidur pada siang hari,
takut urusanku dengan manusia tidak selesai

Dan aku bimbang untuk tidur pada malam hari,
takut urusanku dengan Allah tidak selesai."

-Sayidina Umar Al-Khattab-

hari ni kita tidur berapa lama???

PRAY HARD STUDY SMART


:)

Jumaat, 20 Ogos 2010

of course


Cute isn’t it??

This is one of my favourite pictures.
It reminds me to my ‘adek ain kat rumah’ who always being scolded by her ‘kak kimah’.
But at the end, we will laugh together while watching tv and of course in bed when the light off.

Ohh and of course, not just because I love this picture very much means I’m accepting Darwin’s Theory which claims that modern men of today evolved from some kind of ape-like creatures. Huh. The evolution of man is simply a tale, ok!!

And of course, the origin of man has been explained clearly by Allah in our holy book, Al-Quran, in Surah Al Mu'minun verses 12-14 :

We created man from the purest kind of clay; then made him a drop in a secure receptacle; then formed the drop into a clot and formed the clot into a lump and formed the lump into bones and clothed the bones in flesh; and then brought him into being as another creature. Blessed be God, the Best of Creators! (Qur'an, 23: 12-14)

Subhanallah, isn’t that wonderful. Al-Quran told us much more earlier about our origin than the scientific discoveries. Truly, science is under Islam and truly, Al-Quran is for those who want to understand.

They said "Glory be to You!
We have no knowledge except what
You have taught us.
You are the All-Knowing,
the All-Wise."
(Qur'an, 2: 32)


p/s : thanks to Adnan Oktar aka Harun Yahya for making my research easier.
Ok, sangat pelik bila tulis dalam bahasa Inggeris.

selamat datang

alhamdulillah
dah bertambah seorang lagi cucu atok md hassan n nenek eshah

13 ogos 2010
3 ramadhan

semoga kehadirannya dapat menambahkan kebahagiaan keluarga kami
semoga dia dapat menjadi indivudu muslim yang soleh sebaik bulan dia dilahirkan

ohh bang an dan kak nor kata, mereka tak dapat ilham lagi nak bagi nama apa.
mok suruh bagi nama Hamzah
ain suruh bagi nama Hizbur (ceh ain ni mesti ingat hizbur imam muda tuu, dia dah kahwin ok!!)
aku kata, bagi la nama Hakim, nant mesti bijak cam cik kimah (ok perasan di situ)

apa-apa pun semuanya telah ditetapkan
hanya tunggu masa untuk mengetahui keputusannya
apa sahaja nama yang diberi moga nama tersebut dapat dipikul oleh si kecil pabila dia dewasa
insya Allah.

p/s: kat atas tu gambar hadif (abang baby) sebenarnya :P
gambar baby baru tak de sape nak bagi kat saya yang jauh ni.. sedihkan:(
budget jauh kene naik flight :P

Isnin, 16 Ogos 2010

baca sampai habis...tq

Rasulullah telah berucap di hari-hari terakhir bulan Syaaban kepada sahabat-sahabat baginda:

Maksudnya: “ Wahai manusia ! Kamu akan dinaungi satu bulan yang agung, yang penuh keberkatan. Bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah telah jadikan berpuasa di dalamnya satu fardhu dan menghidupkan malamnya sebagai amalan sunnah.

Sesiapa yang menghampirkan dirinya kepada Allah menerusi amalan sunnah, dia seperti melaksanakan satu amalan fardhu selain amalan sunnah tersebut, dan sesiapa yang menunaikan satu amalan fardhu di dalamnya (bulan Ramadhan), dia seperti menunaikan 70 amalan fardhu selain amalan fardhu tersebut. Ia adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya ialah syurga. Ia juga adalah bulan memberi pertolongan dan bantuan.

Ia bulan di mana rezeki orang-orang yang beriman bertambah. Sesiapa yang menyediakan makanan kepada seseorang yang berbuka puasa , tindakan itu akan mengampuni dosa-dosanya dan membebaskan dirinya daripada api neraka, bagi dirinya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa sebarang pengurangan”

Sahabat-sahabat baginda langsung berkata: “Bukan semua kami memiliki sesuatu untuk dijadikan bahan berbuka seorang yang berpuasa”. Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: “Allah akan mengurniakan ganjaran pahala saperti itu kepada seseorang yang menghidangkan untuk seseorang yang berpuasa berbuka walaupun sekadar seulas buah tamar, seteguk air atau seteguk air susu ….

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah pengampunan dan hujungnya adalah pembebasan daripada api neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan daripada hambanya, Allah lagi akan mengampuni dirinya serta membebaskannya daripada api neraka.

Perbanyakkanlah sepanjang (bulan Ramhadan) 4 kegiatan: 2 kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah s.w.t, 2 kegiatan lain pula kamu sendiri amat perlu kepadanya: Adapun 2 kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah, maka ia adalah ucapan syahadah: “ bahawa tiada tuhan melainkan Allah” dan kamu memohon keampunan daripadanya.

Adapun 2 kegiatan yang kamu sendiri amat perlu kepadanya, maka ia adalah: “ kamu memohon ( balasan ) syurga serta kamu meminta perlindungannya daripada api neraka. Sesiapa yang memberi minuman kepada seseorang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minuman daripada kolah airku yang menjadikannya sama sekali tidak akan kehausan sehinggalah dia memasukki syurga” (Riwayat ibnu khuzaimah dalam kitab sahihnya)

Isnin, 9 Ogos 2010

doakan saya ye

pengumuman kepada diri sendiri!

esok mini test anat n physio! dan aku tak baca apa2 lagi
sekejap je nak tulis. sekejap. jangan panjang-panjang

1. usaha + doa = orang mukmin
2. usaha + tanpa doa = orang sombong
3. tiada usaha + doa = orang malas

erk.... malas eh??
taknak2
jom jadi orang mukmin!!

ahlan wa sahlan ya Ramadhan
Ramadhan karim
Allahu akram

Rabu, 28 Julai 2010

IIUM 1

Rabu 28 Julai 2010

Jam 6.06pm

Monyet datang lagi. Kali ini lebih ganas dari kali pertama aku terserempak dengan ‘mereka’. Aku keluar bilik untuk ambil air untuk dimasak, tiba-tiba ada sesuatu jatuh dari atas. Tengok tingkat atas. Monyet rupanya. Cepat-cepat lari masuk bilik. Bising-bising dengan Pikah sebab tengok monyet tu tarik-tarik baju yang disidai sambil gigit-gigit. Jerit-jerit sampai Bib pun bangun dari tidur. Apa lagi meriah la jadinya. Kami jerit-jerit lagi sebab tengok kakak-kakak yang baru balik kelas kene kejar. Kemuncak, Hajar masuk bilik dengan termengah-mengah sebab dia pun kene kejar. Kesian Hajar, mesti penat nak selamatkan diri dan paling penting makanan untuk berbuka. Sabar, sabar ujian untuk kita.

Redho dengan suasana sekeliling. Kita rampas habitat monyet, jadi terimalah akibat yang sedikit itu.

Suasana ini aku akan tempoh dalam masa 4 tahun. Itupun jika aku tak kene pindah duduk luar. Brothers kata, cabaran dengan monyet lagi senang dari cabaran LOS (living off campus). Jarak dengan kulliyyah lagi jauh. Kalau jalan kaki memang dah habis kelas baru sampai. Kesian dengan brothers UIA. Takpe2 cabaran untuk mereka. Menuntut ilmu pun salah satu dari jihad kan?? Tiada yang mudah di dunia ini. Lagipun manusia biasanya ingat Sang Pencipta ketika susah sahaja kan? Sungguh halus teguran yang Allah beri buat hamba yang leka ini.

Jadi lagi sekali dan selama-lamanya kene BERSYUKUR dan terus BERSYUKUR.

Alhamdulillah.

Jom study dan buat report!!

STUDY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Selasa, 13 Julai 2010

syukur

Assalamualaikum.

Ini adalah coretan hidupku untuk aku muhasabah. Aku yang tidak pernah lari dari membuat dosa, aku yang selalu alpa, aku yang selalu merungut dengan kemudahan yang ada.

Bermula hari semalam, aku telah pun mengikuti pengajian sebagai pelajar farmasi. Subhanallah, jadualnya amatlah padat dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Kediaman dan tempat kuliyahnya pula, Subhanallah.

Tapi dalam rungutan yang banyak aku lemparkan, aku sedar yang aku silap kerana mengeluarkan kata-kata tersebut. Mungkin aku terikut rakan-rakan tetapi mana mungkin orang lain pula yang dipersalahkan. Aku perlu sedar yang aku perlu mempunyai jati diri untuk rasa bersyukur. Syukur kerana aku lebih baik daripada orang lain. Syukur kerana nikmat yang aku rungutkan itu sebenarnya tidak semua orang perolehi.

Walaupun jaraknya jauh, aku masih lagi dibekalkan kaki yang sihat untuk berjalan. Tiada apa yang perlu dirungutkan. Walaupun panas membahang tetapi itu lebih baik dari mati kesejukan.

Memang aku patut bersyukur, walaupun laptop aku banyak kekurangan, tiada sound device, virus yang selalu bertandang tetapi itu lebih baik bukan daripada tiada. Masih ada sahabat yang tiada kemudahan ini padahal nota yang yang dibekalkan semuanya dalam bentuk lembut (soft copy). Betullah apa yang Allah wahyukan kepada Nabi tercinta, Muhammad S.A.W. yang disampaikan kepada kita,

"maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?" (Surah Ar-Rahman)

Jadilah orang yang qanaah(berpada-pada) dalam setiap perkara. Orang qanaah itu bersyukur dengan segala nikmat. Orang tamak pula selalu berkata itu dan ini apabila nikmat diberikan. Tidak pernah merasa cukup.

Syukurlah wahai diri. Syukurlah kerana lebih ramai yang menderita kerana ketamakan diri ini. Lebih ramai yang tidak berpeluang tidur di atas katil yang kamu miliki, lebih ramai yang masih menanti untuk belajar di sini, lebih ramai yang masih belum memiliki apa yang telah kamu miliki.

Berhenti merungut walaupun itu bukan kehendak hati. Berhenti berkata itu dan ini kerana takut ia akan jadi tradisi diri.

Syukur. Syukur. Syukur.

Ya Allah, jadikan kami hamba yang bersyukur.