TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Jumaat, 9 Julai 2010

DRUGGIST

assalamualaikum
currently in iium kuantan, kulliyyah of pharmacy (KOP)

________________________________________

Top 7 Reasons To Become A Pharmacist

1) flexible working

To tell the truth, there are not many other jobs, which offers attractive working conditions, schedules. As a pharmacist, you will control the planning of your work. You can choose from a variety of working hours. For most of the pharmacist with a family, they tend to opt for the regular 9AM to 5PM jobs in food chains and retail stores. For others, can a 7 on and 7 more behind schedule suits them. This works by the pharmacist is usually 7 days just for a12-hour shift. After 7 days of work, replaced by the pharmacist, either resting for the next 7 days or if he or she can choose to work more hours working for other companies. This type of planning is to control, pharmacists who earn more in interest income are.

2) Salary Great Working

Depending on the circumstances and needs of pharmacists in the region, as a rule they can anywhere from $ 75,000 to $ 150,000 per year. That's a lot of money, given the fact that you do not need to go,through all of the training to become a pharmacist compared to a medical doctor’s journey.

3) You will always have a job

As of this writing, the demand for pharmacist is much more than the supply. There is a current pharmacist shortage in most areas of the U.S. So therefore, pharmacists are currently enjoying a period of mobility, stability and flexibility as they practice their profession.

4) You will have great benefits

In order to attract new graduating pharmacist, Most companies offer lucrative and attractive retirement and health benefits. These include attractive packages 401k plan, medical insurance and even paid vacation to places like Hawaii and Alaska.

5) You can still involve, to help health and the people

Many students are interested in health care, but the feeling that they are either limited to a doctor or a nurse. Well, as a pharmacist, you are still in the life of a patient are involved. Pharmacists are not just people with a bright white lab coat-jacket, who was just "count, pour, lick and stick" all day. Rather than this, the pharmacist as an intermediary between the doctor and patient. They advise patients on their medications, contact doctors if drugs or drug-food interactions, contact your insurance to ensure proper billing and to do many things to save people's lives all day long. Of course, these measures are usually unnoticed by the stereotypical views of the common people of most Pharmacist.

6) You do not have to deal with body fluids

Pharmacist is aware that in a nice clean environment to work. As a rule, do not deal with blood or other body fluids nasty coming out of the system of the patient.

7) Enjoy the dynamics of this profession

Pharmacists can work everywhere from the corner drugstore to the research in collaboration with doctors and nurses at the hospital. There are many career opportunities for pharmacists to pursue. These include(but not limited to) career in community pharmacy, clinical pharmacy, research, managed care, drug utilization review, academic professor, pharmaceutical representatives, and even CEO of a major Fortune 500 companies.

this info is taken from iPha

good luck kim!!

hopefully, you will become an Islamic Pharmacist in the name and character
as what you have pledged




INSYA ALLAH



Khamis, 1 Julai 2010

bulat

Assalamualaikum

Pertama, sila baca tulisan kat sebelah gambar pensil yang banyak-banyak tu.

Kedua, apa yang aku cerita memang sudah lapuk ditelan masa (malu dong.....ahhh).

Ketiga, jom aku nak mula cerita.

Masa mula-mula aku tonton iklan FIFA World Cup tahun ni, aku tanya abang aku :
" kenapa la kecoh sangat pasal World Cup ni? "
" mestilah 4 tahun sekali ni "

Ohh baru aku tahu, sebelum ni aku tak pernah kisah pun. Ada ke, tak ada ke, hidup aku tetap sama, tapi kali ni, hidup aku jadi berbeza,
sebab,
aku ada di rumah, jadi access untuk menonton tv itu amat BESAR dan MUDAH.

Maka, setiap malam, mahu atau tidak aku akan menonton bola (highlight je sebenarnya) dengan abang aku (selamat abang aku yang ade kat umah ni sorang je, kalau semua ade, ROBOH dan RANAPlah dibuatnya) dan setiap kali itu jugalah abang aku akan menjadi pengulas setia (kan aku dah tulis tadi, selamat sorang je, kalo semua ada, pekak la telinga ni).

Mula-mula, ulas pasal Messi Si Pendek, kemudian mengenai negara yang masuk perlawanan ni. The best part is abang aku siap kaitkan dengan sains, geografi dan politik. (ok. aku tadah je, takkan nak cakap, "berenti cakap boleh tak? kimah dah la nak termuntah tengok bola setiap malam." :D )

" Kimah, kebanyakan negara yang masuk ni ada team untuk rugby jugak, maknanya apa? Maknanya negara diorang ni sangat hebat dalam food technology. Rugby kan pemainnya lagi hebat, jadi untuk menghasilkan pemain bola sepak, amat mudah la untuk diorang."

" orang kata,player England macam terkena sumpahan. Padahal ni semua sebab graviti. England dan Africa kan berada pada aras laut yang bla, bla, bla." (hello saya tak faham!!)

" Emm, kalau England kalah, payah la nak tayang bola kat sini, ye la kita kan negara jajahan diorang. " (what?????? bagus la kalah, tak yah la kau sakit hati tengok aksi penjaga gol yang macam .......... tu)

Ok, itulah ayat abang aku yang aku rasa
"Ohhh tolonglah, apa yang engkau sedang berusaha untuk beritahu aku ni???"

--------------------------------

Bercakap pasal England,
Ada satu iklan FIFA World Cup yang aku tonton di BBC berbunyi :
"millions of World Cup babies are being produce"
Jadi, sudah terang lagi bersuluh bila ada je benda ni, penzinaan meningkat mendadak-dadak. Masalahnya bukan di negara tu sahaja, tapi di negara kita pun tak kurang 'hebatnya'.

Dan di sana, perjudian memang kaw-kaw la orang kata.
Kalau kita beli tv sebelum World Cup, then England menang, syarikat tu akan bayar balik harga tv tu kat kita, maknanya free la tv tu.
Dan patutla bila England kalah diorang dapat kritikan hebat dari penyokong,
ye lah, mana tak bengang, kalah judi la katakan.

---------------------

Ingin aku ingatkan bahawa bahawa aku dah nak masuk Kuantan.

FIFA : Fight Israel Free Al-Aqsa
(bagaimana ya??)

pernah

pernah tak kita buat sesuatu bersungguh-sungguh dengan
berbelanja besar,
bersengkang mata,
dan yang paling utama kehabisan masa semata-mata untuk benda tu sahaja

tapi tiba-tiba, orang tu kata

'buat ape la engkau buat benda ni, aku tak suruh buat pun"

dan waktu itu, kita rasa

"ishhhh !@#$%/@$!"
"habis duit aku, buang masa pulak tu"

emmmmm

macam-macam dah kita buat

kat dunia ni

kadang-kadang samapai kita rasa 'BAIKNYA AKU'

tapi

bila dihitung

kosong

dan masa tu
yang pasti
kita tak akan menyumpah-nyumpah lagi

Jumaat, 25 Jun 2010

Hampir


Assalamualaikum

Lagi beberapa jam je,
Dan selepas itu bermulalah episod makan, jalan, main dan pelbagai aktiviti yang telah dirancang.
Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.
Dan semoga mereka selamat sampai. Insya Allah
Dan nampaknya malam ni kene berjaga sebab kerja yang abah bagi belum dilangsaikan.
Macam mana la nak siap kalo asyik main Internat je..hishhh.
Dan kepada Cik Ain, esok engkau kene jugak pergi training
No excuse. Full stop.
Oh dan esok, ada amanah daripada Cik Yun,
Yang bujang kene beli aiskrim.
OHHHHHHH
Antara Emat, Kim n Ain sape la yang akan keluarkan duit ye??
Semua macam tangkai jering je..haha
Wait n See


Selasa, 22 Jun 2010

AIN

pernah ke darul tuba
sekolah tahfiz untuk banat sahaja
umur pelajarnya dalam lingkungan 9-18 tahun

teringat pada seorang pelajar paling muda, nama die Ain, umur 9 tahun
kagum sangat dengan die
akhlaknya, subhanallah

kat sana, kalo nak mandi ade giliran sebab ade 3 tandas je
dan orang yang pertama, kene bangun dalam jam 3.30am
dan ain la orang yang paling senang dikejut walaupun die paling muda
lepas mandi boleh tido balik tapi kene solat tahajjud dulu
aku rasa masa umur aku 9 tahun, aku tak penah bangun solat malam

kebetulan aku datang sana time syawal
so ramai la puasa ganti dan sunat
dan ain tak ketinggalan, dan alhamdulillah seingat aku die berjaya habiskan puasa 6
pernah die bersembang dengan seorang senior
"kenapa anti tak puasa, anti kat dah baligh, kene ganti puasa."

semasa mengaji, ain tak banyak main2 macam sahabat-sahabat yang lain
cuma kadang-kadang sikap keanak-anakan die muncul juga
main2 dengan tudung labuhnya, cukup membuatkan aku sedar bawaha ain masih seorang budak kecil

"ain, pertama kali khatam AQ, umur brape?"

"masa ana tujuh tahun"

ohhh masa aku umur tujuh tahun aku rasa aku baru berjaya khatam iqra' yang 6 tu..

"siapa yang ajar?"

"emak"

"emak mula ajar baca AQ masa umur brapa?"

"2 tahun"

subhanallah, aku tak ingat apa yang aku buat masa umurku seawal itu

sistem menghafaz di sana memerlukan setiap pelajar untuk mengkhatamkan AQ sebnyak 10x sebelum boleh beralih ke proses hafazan
maksudnya ain dah khatam 11 kali ketika umurnya 9 tahun, subhanallah

----------------------------

sungguh, aku berasa kerdil dihadapannya walaupun hakikat menyaksikan aku tinggi daripadanya

sungguh, hebat ibu dan ayahnya kerana begitu yakin untuk menyekolahkan dia di sana di saat semua ibu bapa yang lain berlumba2 'mendidik' anak2 mereka dengan timbunan kelas tambahan

----------------------------

sedih pabaila menonton rancangan tom tom bak,
adik2 sebaya ain menari tanpa segan
adik2 sebaya ain menyanyi melunakkan

padahal jika diberi peluang pasti mereka juga dapat jadi sepertinya
mungkin lebih hebat, mungkin lebih mengkagumkan

potensi orang muda memang tidak boleh dinafikan
lihat sahaja bagaimana sultan muhammad al-fateh menawan kata constantinople pada usia muda
tapi lihat juga bagaimana ajaran yang diperolehinya
al-fateh didampingi ulama' sejak lahirnya
maka tidak hairan kalau dia boleh menakluk kota rebutan
tapi jika dia didampingi hiburan dan kemewahan, bukan setakat tidak dapat menakluk di usia muda malah seumur hidup mungkin Allah tidak izinkan

maka
nak salahkan anakkah ??
yang mendidik kan mak dan ayah

------------------------------------------

dan kita
yang dah besar
yang boleh beza baik dan buruk
jangan pula menuding jari pada sesiapa

berubah selagi mampu
berubah selagi ada masa

moga kita jadi ain dalam versi besar..

p/s : kenapa aku rasa ayat aku macam tak sedap dibaca nih.. mohon maaf awal2

Jumaat, 18 Jun 2010

aku ingat cuti lama lagi


kene ingat

lapang sebelum sempit

lagi 16 hari je duk umah,
16 hari je lagi..
sebelum ke main cmps kuantan


muda sebelum tua
sihat sebelum sakit

tanye anak :
"ibu, ape yang membuatkan ibu resah?
kami tidur, ibu masih berjaga, kami bangun, ibu sudah terjaga."

ibu jawab :
"ibu sudah tua, ibu mahu banyakkan amalan, tapi ibu sudah tidak larat lagi
mahu solat malam, kaki ibu tak mengizinkan
mahu membaca Al-quran, mata ibu sudah tidak nampak."


kaya sebelum miskin

kate ustaz :
"duit alaun kamu tu bukan semua duit kamu,
kalau alaun rm1000, keluarkan la sekurang-kurannya rm5 tuk diinfaq,
ingat!! bile dapat terus buat, itu bukan duit kamu."

ade kakak tu pesan :
"sehari 20sen tuk palestin
letak terus dalam tabung yang dah dikhaskan
lagipun brape sangatlah 20sen tu dengan ape yang kita makan setiap hari
dan ingat, takkan sama jika kita derma rm10 yang dikumpul dengan rm10 yang terus diambil dari beg"


hidup sebelum mati

"bile awak tidur, awak kene bersedia
bersedia untuk mati bukan bersedia tu bangun esoknya
jika masih bernyawa esoknya, bersedia la untuk tidur yang seterusnya"

kebanyakkan orang mati ketika umur tua
sebab tu emak ayah kita slalu cakap
"bapak ni dah nak mati"
"ibu ni dah tak lama lagi"
dan kita anak-anak akan cakap
"ish, mak abah cakap ape nie?"

jarangkan kita cakap
"esok, mungkin saya yang mati"

emmm




kene ingat

Rabu, 16 Jun 2010

dia

-our beloved hilmi n hadif- -ngan kawan2 mereka-

-emok kate abah senyum sorang sebab ingat hadif-


-jadi anak n cucu yang soleh ye-
minngu depan orang yang paling disayangi dalam famili aku akan pulang ke rumah
moga Allah lancarkan perjalanan mereka

kami semua memag tak sabar2 nak jumpa mereka
semua dalam keadaan kritikal punya rindu
buktinya,
bile tido mimpi die
bile nampak budak, muka mesti macam die

padahal tak sampai setahun pun berpisah
emok kate, itulah cinta namanya...wah sukenya
cinta yang memang tak yah dibuat2... wah syoknya

emok n abah la aku rasa yang paling parah kene penangan cinta ni
'mok kalau tgk gambar diorang mesti mok kuar air mata' (kalau tgk gmbr saya, emok kuar air mata tak?? :)
'abah nak bawak diorang round satu malaysia naik kete' (tak tau dah brape kali abah cakap camtu kat aku)

memang cinta tu mesti ade rindu2.. haha(geli lak rasanya)

ape2 pun mak bapak diorang aka abang n kak ipar aku dah pening tak tau nak balik rumah sape bile sampai Malysia nanti
sebenarnya kitorang pun pikir bende yang same
'bang an nak duk umah mak ayah kak nor ke umah kite nanti?'
'bang an n kak nor duk umah pak cik mustapha(parents kak nor), hilmi hadif duk umah kite. kan adil tu 2 sane, 2 sini' kata abah kepada kami

tapi kak nor kate die ngan bang an dah bertiga..
camne ye??

hari ni nak cite pasal die je.. tadah je ye

die dah tak pandai kire satu dua tiga
die pandai kire one two three je (bush!!!)
hari tu umi die kate, die tanye, "umi, what is 'bunga'?" (pang!!!)
minggu lps die potong rambut then die cakap kat kite, "my hair long sikit je" sambil pegang rambut die (ish3 rojak pun ade)

pastu umi die cite lagi
die kate " miss cecilia said if hilmi 'burppp' at school, hilmi must say 'pardon me', alhamdulillah at home je" (parah2)

lagi,
yang ni kurang enak skit je (tak nak bace pun tak pe)
"lepas wee-wee kat school, hilmi lap ngan tisu tak?" umi die tanye
hilmi jawab, "no, miss cecilia said tak yah lap ngan tisu, tisu is for crying" (wahhh, camtu ke)
ade lagi ke?
setiap kali aku teringat mereka, aku teringat ayat ini, Allah berfirman :
"Dihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
(A-li' Imraan, 3 : 14)
-sungguh kami merasa bahagia bile bersama mereka, jauhilah mereka dari menjadi fitnah kepada kami-
-semoga Allah rahmati pertemuan kami-
dan ini pengajaran pada kami