Selamat Menghadapi Peperiksaan.
Study Hard
Tapi Sila
Jaga IBADAH ye :)
Allah Maha Kaya
TRY TO EXPLORE
~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~
Sabtu, 22 Disember 2012
Sabtu, 15 Disember 2012
I vs J
Assalamualaikum
As usual, kalau sibuk, maka saya akan ada masa untuk menaip. Wahaha
Supaya tidak menulis benda yang sia-sia seperti sebelum ini, maka saya akan adakan tema untuk post ini. Tema post ini ialah Jahilyyah vs Islam :)
Pernah baca surah Al-Kafirun? Kalau tak pernah baca, sila menyesal sekarang (dan pergi la baca!)
Orang kafir Quraisy buat tawaran pada Rasulullah supaya bergilir dalam melakukan penyembahan. Hari ini sembah berhala(tuhan mereka), esok sembah Allah. Maka Allah turunkan surah ini.
Kenapa?
Dalam surah ini, Allah nak beritahu kita bahawa tidak akan ada persamaan antara islam dan kafir(jahiliyah). Cara ibadah islam takkan pernah sama dengan jahiliyah. Dan bukan setakat itu sahaja, cara hidup islam dan jahilyah juga takkan pernah sama. Takkan pernah sama, takkan pernah ada titik pertemuan antara keduanya, takkan ada apa-apa yang boleh menyambung antara keduanya.
Jelas. Islam adalah di satu persimpangan yang lain dengan jahiliyah.
Jika, kita memilih untuk ke kanan, maka ke kanan la kita, jika kita ke kiri, maka ke kirilah kita. Kerana badan yang satu ini, tidak akan mampu untuk pergi ke dua tempat yang berbeza dalam satu masa. Nampak tak?
Maksudnya, kalau kita memilih jalan islam, ambillah semuanya. DAN jangan cuba-cuba dicampur-campur mahupun dicuit-cuit walau secubit jahiliyah itu. Kerana, jelas jahilyah dan islam tidak boleh 'bind with each other'. Jahiliyah memang tak compatible dengan islam. Jahiliyah memang tak in dengan islam. Jahiliyah juga hanya menawarkan repulsive effect dengan islam. Apa lagi? Jahiliyah juga akan membentuk dua phase dengan islam walau dah dikacau berjam-jam lamanya di dalam water bath bersuhu 90 degree. Nampak tak separation phase yang berlaku? Nampak?
Dapat bayang tak bagaimana air kalau dicampak ke dalam minyak yang panas? Minyak tu akan meletup-letup marah bukan? Sebab apa? Sebab dua bahan ini mempunyai sifat yang totally berbeza.
Macam itulah analogi antara islam dan jahiliyah.
Tapi kita sekarang sangat suka mencampur adukkan keduanya. Kita selalu kata, apa yang kita buat adalah ISLAMIC padahal ia langsung tidak membawa kepada penambahan iman kita malah hanya mengaratkan hati kita.
Karat yang sangat tebal sehingga sangat susah untuk dikikis. Aduh
Kita couple, kita chatting malam-malam dengan bukan mahram, kita tengok video lama-lama, kita dengar lagu-lagu cinta, kita mengumpat, kita malas nak faham AQ, kita jadi hamba tv, kita makan macam hari esok tiada lagi, kita ................ (sila fikir sendiri)
"It's already become a norm"
Tapi kebiasaan tak semestinya islam, bukan? Sebab semua orang couple, so benda bukan lagi dosa. Macam tu ke? Senang la kalo macam tu. Ajak semua orang supaya tak pakai tudung, pastu esok lusa claim tak pakai tudung tak dosa. Wah mudah sangat!!!
Tarik nafas. Fikir apa lagi jahiliyah dalam diri ini. Tarik nafas.
Cuba kita lihat para sahabat. Contoh Saidina Umar, bagaimana beliau berjaya meninggalkan semua jahiliyah yang ada. Beliau pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup, beliau seorang yang bengis dan amat memusihi islam TAPI tatkala syahadah diucap, beliau meninggalkan jahiliyah itu dan sangat-sangat menyesali dan membenci untuk kembali padanya seperti bencinya untuk dicampak ke dalam api neraka.
Cuba fikir, kita tak la sejahat Umar sewaktu kafirnya. Kita tidak membunuh manusia malah tak pernah pun nak cari gaduh dengan orang. TAPI kenapa, kita boleh menjadi hebat seperti Umar. Kenapa susah sangat kita nak tinggalkan tv tu? Apa bezanya SYAHADAH yang Umar ucap dengan SYAHADAH yang kita ucap?
Tiada beza bukan?
Cuba fikir lagi, jika kita tidak mahu melepaskan jahiliyah tersebut, apa beza kita dengan orang yang tidak faham islam? Kalau orang yang tak beriman tu pakai ala-ala K-Pop, kita pun nak pakai juga? So apa beza kita dengan dia? Kalau orang tak beriman tu pakai ketat, kita pun nak pakai juga ke? Maka, apa beza kita dan dia?
Fikir dan fikir.
Tinggalkan jahiliyah itu walaupun ia sangat lazat. Tinggalkan jahiliyah itu jika kita rasa kita mengucap SYAHADAH yang sama dengan Saidina Umar Al Khattab. Tinggalkan demi redho Allah.
Kerana kita mahu islam itu kembali bukan sahaja dalam diri kita malah pada semua manusia. Jika kita memikul jahiliyah, bagaimana mungkin kita hendak berlari sepantas Mus'ab bin Umair yang meninggalkan kekayaan dunianya. Jika kita membebankan diri dengan jahiliyah bagaimana mungkin kita nak islamkan manusia sekampung macam Abu Dzar al-Ghifari kan.
Walau payah, berusahalah.
Berdoa, agar Allah tunjukkan jalannya.
Keluarlah dari zon jahiliyah dan masuklah ke zon islam.
Insya Allah, Allah sentiasa bersama hambaNya.
~Doakan saya supaya sempat siapkan reports, assignments and berjaya dalam final exam ye. Doa juga supaya kita dapat berjumpa di syurga. Aminn~

Isnin, 3 Disember 2012
RANDOM
· Ok sekarang memang tengah pening nak buat ape. Dekat kepala
tengah pikir nak buat macam-macam tapi tak tahu nak mula mana.
-
baju minggu lepas tak
basuh lagi. (ok ni memalukan)
-
discussion RIP yang
sumpah tak faham macam mana nak buat, atau dalam maksud lain aku rasa yang aku
buat tu macam tak betul tapi Dr Omer tak komen ape2…wahhh positif @_@
-
iadah at least 2 juzuk ½ (sampai habis Yaasin) tapi sekarang 1
juzuk pun tak habis lagi padahal tinggal 3 minggu saje lagi.
· PERHATIAN HAKIMAH !!! ini bukan DQ yang kau
duduk menghafal tak buat benda lain dah.
-
quiz endocrine yang markahnya seperti yang dijangka la
sebab tak study malamnya sibuk buat PBL.
· PADAN MUKA SAPE SURUH BERTANGGUH LAGI. KAN!
· OK lagi 3 minggu je lectures lepas tu EXAM!!!!! Ini memang
BESTTTTTTT
· Selamat menghadapi hari-hari mendatang dengan jayanya Cik Hakimah
· Tadi pegi hospital naik bas. Nak jimat duit la katakan sebab
duit JPA yang ade kat aku nak habis dah. Tapi kat abah ade lagi. Tapi tu kene simpan sebab nak pegi HAJI before 28. Ape yang aku nak cakap kat sini ialah : aku tak buat pun
tugas Shahadatul Haq walaupun aku baru dengar benda tu semalam. Aku boleh
buat bodoh dengan orang yang duduk sebelah kerusi. Habisla
Kimah, habisla. Nanti semua pun nak jadi saksi yang menghentam kau.
· Ok aku nak :
-
Basuh baju dan gosok baju
(basuh guna mesin uia je, jimat duit. Pastu sidai kat luar. Takyah ngade2 nak
bazir rm3 pegi guna dryer. Sila sedar duit dah nak habis. Guna je nikmat
semulajadi yang Allah dah bagi. Gosok baju tu supaya,
esk lusa bangun kalau masih hidup, takde lagi berdiri depan almari
berminit-minit pikir nak pakai baju ape hari ni. Sedihnya la hidup camtu. Gaya macam orang
yang macam tak tahu tujuan hidup. Hari-harinya dimulakan dengan nak pakai baju
ape pegi kelas hari ni. Orang lain pikir hari ni nak pertahankan bumi Palestin
macam mana. Aku dok pikir benda dunia sampai pening. MEMALUKAN SUNGGUH. Berapa
sangat la sebenarnya value iman yang aku ade sebenarnya? facepalm.
-
Siapakan discussion
RIP, imipenem, iadah 3 muka, baca/dengar asas interaksi dengan AlQuran.
-
STUDY PLEASE!!!! Nak study
Endocrine 2 tajuk
·
Jangan lupa baca
bismillah dan renew niat hanya kerana Allah. All d best diri. Nanti update eh
ape yang tercapai (scarynye cakap dengan diri sendiri)
Jumaat, 30 November 2012
Hidup Ini Memang Tempat Untuk Berpenat
Assalamualaikum
Blog ni macam hidup segan mati tak mahu...alahai
Isnin ni, dah masuk minggu ke 13. so lagi 4 minggu before final.
Macam biasa, akhir-akhir makin banyak kerjanya.
Meh nak senarai sikit
1) Hospital visit - 3 reports
2) Research in pharmacy - Slide on discussion
3) Report syrup and suspension - discussion
4)Assignment Pharmacokinetic (Pk)
5) Literature Search - In situ gelling oral liquid
6) Tutorial Pk
7) Report PBL 5 - Treatment Management
Ini baru sikit, tak kira lagi kuiz-kuiz yang suka-suka hati nak datang bila.
Tapi bak kate tajuk di atas, hidup ini memang tempat untuk berpenat. Sebab kita orang islam yang percaya pada akhirat, yang percaya tempat rehat yang paling best adalah di syurga sana...Aminn
Moga walau sibuk macam mana pun, niat tetap dijaga. Belajar hanya kerana Allah.
Bagaimana?
Kalau tengah muntahkan perkataan kat atas papan kekunci (baca : menaip untuk report), tetiba azan kat masjid berkumandang, jangan la buat-buat tak dengar (baca : pekak). Tapi sahutlah seruan tu dengan belari-lari ke tandas untuk membersihkan diri dan berwudhuk dengan sempurnanya.
Haaaaa itulah dinamakan belajar kerana Allah.
Makin susah belajar, makin banyak minta pertolongan dari Allah, makin banyak doa, makin banyak solat sunat, makin banyak baca AlQuran.
Eh, moga aku tak sekadar menulis tapi tak segan silu untuk melaksanakannya.
YANG PALING BEST IALAH :
makin banyak program tarbiyyah di akhir-akhit ni. Dan aku yakin, ini adalah tapisan-tapisan yang nak menentukan kita ini betul serious atau sekadar melepas BATUK di tangga.
(Dupdapdupdap)
Aku juga perlu ingat, walau sesibuk mana, aku masih ada tanggugjawab yang lebih besar dari yang lain-lain, iaitu, memimpin tangan mereka.
(Wah, ini memang susah tak tau nak cakap macam mana)
Dan paling penting, aku kene sedar, yang agama ini bukan agama magik, yang kalau kita banyak beribadah kat tikar sejadah, duit akan datng bergolek-golek masa kita sujud...ohooo... bukan dan bukan. Allah boleh buat macam tu, tapi Allah Maha Adil. Siapa yang berusaha dia la dapat makan. Siapa yang baca buku sungguh-sungguh, dia la dapat jawab kuiz, dan siapa yang tak banyak melanguk dan kurang tido, dia la yang dapat siapkan literature search dalam sem ini.
Ok sekian terima kasih.
-nak pegi dengar Shahadatul Haq jap-pastu sambung buat report yang sikit tu-
Blog ni macam hidup segan mati tak mahu...alahai
Isnin ni, dah masuk minggu ke 13. so lagi 4 minggu before final.
Macam biasa, akhir-akhir makin banyak kerjanya.
Meh nak senarai sikit
1) Hospital visit - 3 reports
2) Research in pharmacy - Slide on discussion
3) Report syrup and suspension - discussion
4)
5) Literature Search - In situ gelling oral liquid
6) Tutorial Pk
7) Report PBL 5 - Treatment Management
Ini baru sikit, tak kira lagi kuiz-kuiz yang suka-suka hati nak datang bila.
Tapi bak kate tajuk di atas, hidup ini memang tempat untuk berpenat. Sebab kita orang islam yang percaya pada akhirat, yang percaya tempat rehat yang paling best adalah di syurga sana...Aminn
Moga walau sibuk macam mana pun, niat tetap dijaga. Belajar hanya kerana Allah.
Bagaimana?
Kalau tengah muntahkan perkataan kat atas papan kekunci (baca : menaip untuk report), tetiba azan kat masjid berkumandang, jangan la buat-buat tak dengar (baca : pekak). Tapi sahutlah seruan tu dengan belari-lari ke tandas untuk membersihkan diri dan berwudhuk dengan sempurnanya.
Haaaaa itulah dinamakan belajar kerana Allah.
Makin susah belajar, makin banyak minta pertolongan dari Allah, makin banyak doa, makin banyak solat sunat, makin banyak baca AlQuran.
Eh, moga aku tak sekadar menulis tapi tak segan silu untuk melaksanakannya.
YANG PALING BEST IALAH :
makin banyak program tarbiyyah di akhir-akhit ni. Dan aku yakin, ini adalah tapisan-tapisan yang nak menentukan kita ini betul serious atau sekadar melepas BATUK di tangga.
(Dupdapdupdap)
Ya Allah, semoga aku dapat melaksanakan semua tanggungjawab yang diamanahkan ke atasku dengan sehabis baik. Hanya Engkau yang dapat mengizinkan semua perkara itu berlaku.
Aku juga perlu ingat, walau sesibuk mana, aku masih ada tanggugjawab yang lebih besar dari yang lain-lain, iaitu, memimpin tangan mereka.
(Wah, ini memang susah tak tau nak cakap macam mana)
Dan paling penting, aku kene sedar, yang agama ini bukan agama magik, yang kalau kita banyak beribadah kat tikar sejadah, duit akan datng bergolek-golek masa kita sujud...ohooo... bukan dan bukan. Allah boleh buat macam tu, tapi Allah Maha Adil. Siapa yang berusaha dia la dapat makan. Siapa yang baca buku sungguh-sungguh, dia la dapat jawab kuiz, dan siapa yang tak banyak melanguk dan kurang tido, dia la yang dapat siapkan literature search dalam sem ini.
Ok sekian terima kasih.
-nak pegi dengar Shahadatul Haq jap-pastu sambung buat report yang sikit tu-
Isnin, 8 Oktober 2012
ISK + Ghulam (1)
Assalamualaikum
Buat revision mengenai tujuan hidup. oyeah. Setiap kali pengisian tujuan hidup, mesti tertembak-tembak di muka. Tahu tapi nak mengamalkan... hanya Allah yang tahu.
Kita terlampau disibukkan dengan dunia.
Bangun tido, nak mandi dulu. Pastu perut lapar, nak makan dulu. Pastu nak siap-siap pergi ke kelas. Maka tak sempatlah nak baca Al Mathurat dan iadah sehelai dua Al Quran.
Pergi kelas, sembang-sembang. Pastu diam dengar lecture. Tahan ngantuk, minum air, pergi tandas. Duduk balik kat tempat tadi. Buka buku, salin nota. Pastu rehat makan lagi, tak pun sembang. Dah terlepas Dhuha dan iadah.
Balik kelas, makan tengah hari. Lepas solat, taknak tido sebab perut penuh maka buka email, baca fb, google sikit, ok ngantuk sangat dah, tido. Bangun solat asar, nak bersenam pulak. Skipping-skipping sampai penat. Mandi la sebab dah busuk. Dah masuk Maghrib. Tak sempat nak buka mulut baca Al Mathurat. Lepas Maghrib, makan malam pulak sebab lapar selepas bersenam. Sembang-sembang dengan roomates, solat isya. Dah terlepas lagi waktu iadah. OK nak belajar. Buka laptop sebab nak google research. Eh, tertengok FB pulak. OK tutup. Pastu dah ngantuk, dengar lagu sambil baca nota. Lagu ni sedap pulak, google lirik la sekejap. Eh dah pukul 11.30pm. Gosok baju untuk esok la. Tengok dalam almari nak pakai baju dan tudung apa esok. Kemas itu penting. Gosok biar lentik. Ok dah malam tido.
Dengar alarm kul 4.30am. Butang Dismiss all ditekan. Bangun. Eh ngantuk lagi pulak. Kira guna jari berapa jam dah tido. Oh baru 4 jam. OK 5 jam baru cukup kot. Tido jap nanti 5.30 baru bangun qiyam. Tido. Roomate datang kejut subuh jam6.30. Terbaek.
Ibadah ke mana, belajar pun ntah ke mana.
Maka jadilah orang yang paling RUGI kat atas muka bumi ini.
Dan selalu berharap, dengan Al Quran yang dibaca kadang-kadang. Al Mathurat yang kalau sempat dan ada keperluan, solat yang banyak lalai, puasa sunat yang lapar sikit nak bukak, istighfar, tasbih, tahmid, takbir yang bila ingat, dapat membawa kita ke syurga yang tak terfikir di kepala keindahan dan keseronokkannya.
Layakkah soalannya?
Hidup para sahabat bukan bersenang-senang seperti itu. Hidup Rasulullah SAW lagi jauh bezanya.
Padahal Rasulullah dan para sahabat dijanjikan syurga!
(@@)
Masjid paling besar di Spain ditukar menjadi gereja. Menara tempat dilaungkan azan diganti dengan bunyi loceng yang berdeting kebingitan. Kami tidak dibenarkan masuk ke dalamnya kerana ada keramaian orang-orang bukan islam di dalamnya. Hati memberontak kerana bangunan itu dahulu kami punya. Apakan daya, ia bukan lagi hak kami masa ini.Ia hak mereka, dan mereka berhak mensyaratkan apa sahaja.
Hanya mampu duduk bersama teman-teman sambil mendengar si murobbi bercerita. Bagaimana umat dahulu menakluk mereka. Bagaimana hebatnya umat dahulu hingga dapat membina masjid sebesar dan seindah itu. Masjid yang bukan sahaja kaya dengan hasil seninya malah seni binanya begitu teliti agar setiap pelusuk dapat mendengar laungan Allahu Akbar ketika solat jemaah ditunaikan. Muazzin akan menunggang kuda untuk berada di puncak menara. Melaungkan azan memberitahu penduduk bandar supaya menyembah Tuhan Yang Esa. Sedang mendengar kisah kejatuhan umat, tiba-tiba, loceng itu berbunyi. Seolah-olah sedang mentertawakan kami yang sedang menangisi kisah ini.
Suara itu sebak menahan kesedihan. Bercerita pengalamannya berada di negeri orang. Yang membuatkan dia lebih kenal apakah itu islam.
Dan hari ini, dia ceritakan pada aku. Dan aku ceritakan pada kamu.
Dengan linangan air mata yang begitu murah untuk dijatuhkan.
Wahai air mata, adakah kau penyelamatku di neraka?
Wahai si pemilik air mata, adakah kau sudah sedar?
--------------------------------------------------------------
Aku memerlukan tarbiyyah. Kamu?

Ahad, 16 September 2012
testing
quick post setelah lama tidak menge'post'
haibat la c:
sensitiviti kita terhadap islam hanya apabila ada manusia-manusia yang tidak faham islam melontarkan kata-kata atau apa sahaja bentuk yang menghina islam.
ketika itu kita bangkit dengan segala tenaga yang kita ada.
tetapi,
saban hari kita mengingkari perintah Allah, dan lupa pada ajaran Rasulullah.
kita tinggalkan solat atau melewatkannya. kita tidak cuba untuk memahami malah membaca Al Quran.
kita tidak tutup aurat dengan sempurna, malah bangga dengan penampilan kita.
tanpa sedar,
kita menghina agama ini.
tanpa sedar,
kita yang merosakkan agama ini sesuai dengan acuan yang kita kehendaki.
--------------------------------------------------------------------------
ok buat cermin mata baru setelah cermin mata lama selamat ditelan ombak.
money money!

Selasa, 8 Mei 2012
WSH yang warnanya oren
"Dakwah maksudnya panggil. Bila dipanggil perlu ada pergerakan.
Jika tiada pergerakan, makanya Dakwah tadi gagal. Jadi usaha lagi dan lagi :)"
Tarik nafas dalam-dalam kerana masih tidak dapat mempraktikkan apa yang dibaca.
Gambar dilihat. Ada lelaki! Adakah keretaku dinaiki oleh kaum itu? Marah membuak-buak, rasa nak pi serang sekarang jugak. Tapi sampai sekarang aku masih belum betanyakan hal yang sebenar. Jadi marah dipendam. Dan, di satu sudut, ini adalah kesalahanku kerana tidak bertanya panjang.
Aku kurang arif kenapa setiap kali kereta diperlukan, kereta aku menjadi sasaran. Jika untuk tujuan Tarbiyyah, takyah kau tanya, aku pasti volunteer untuk pinjamkan. Aku mahu kereta itu dan pemilik asalnya mendapat pahala kerana Tarbiyyah ialah perbuatan yang dilakukan untuk mendapat redho Allah. Lagipun aku sudah berjanji kepada si pemilik bahawa setiap perjalanan keretanya hanya akan dilakukan untuk mengumpul bekalan-bekalan pahala. Jika hendak menunaikan hak peribadi juga, aku akan izinkan. Bukankah memudahakan urusan suadara adalah satu kebajikan? Senyum lebar terkenangkan pahala. Eh salahke nak kumpul pahala? Tapi, bukankah lebih cantek jika didasari hanya dengan keikhlasan. Hee.
Setiap kali mesej datang, pasti soalanku, nak ke mana sahabatku?
Kalau rasa macam bukan tarbiyyah aku jadi ragu. Bukannya kedekut tahi hidung masin (ok saya tak penah rasa ye. harap maklum.) atau nak jadi makcik2 yang suka nak tau, apa la kita buat (bagus apa makcik nak tau sebab dia takut kita buat maksiat la tu sebab tu dia tanya. paham?) tapi jika dibawanya keretaku untuk menonton wayang, dibawanya keretaku untuk pergi jumpa lelaki yang bukan mahram, eh sahamnya bukan ke aku juga yang dapat. Saham dosa maksudku. Cukup dosaku yang banyak, aku tak mahu memikul dosa kau. Faham?
Eh, dear me,
Apasal nak emo sangat,
Jika orang sekeliling buat benda yang kita anggap dosa, itu maknanya kita belum menyampaikan. Mereka buat kerana mereka anggap itu perkara biasa. Menonton wayang dan keluar dengan lelaki bukan mahram itu dosakah? Terduduk dan perlu berfikir sebentar.
Jelas, aku belum cukup serious dalam berdakwah. Ketuk kepala kuat2.
Aku juga belum cukup bersuara bila melihat kesalahan. Sampai bila mahu mempunyai selemah-lemah iman wahai diri. Membenci dalam hati takkan membawa apa-apa perubahan. Belum cukup yakin ke bahawa di akhirat kelak kita akan menjadi hujah jika kita tidak menyampaikan? Waaa, sedihnya dengan diri sendiri.
Dan akhirnya, memaafkan itu lebih baik. Senyum lebar. Dan kesimpulannya, sampaikan apa yang patut. Jika tak berani guna mulut, gunala tangan untuk menaip kat blog ni ha!
p/s :
1) bagiku menonton wayang itu dosa tetapi bergantung kepada cerita apa yang ditonton. Tetapi masalahnya sekarang ialah, cerita kat Malaysia ni semuanya memang tak boleh nak bawa berunding, semua pun nak tunjuk. Dan bagiku, cukuplah tv di rumah, tak payah nak up to date sangat tengok movie baru keluar, membazir duit tahu! Tapi jika anda rasa, dengan menonton itu dapat mendekatkan diri anda pada Sang Pencipta, silakan ditonton :) Jika bab keluar dengan bukan mahram. Aku berpegang bahawa ia adalah dosa jika tanpa sebab yang kukuh. Sekadar bersuka ria, merapatkah hubungan persahabatan, maaf aku tak boleh nak terima sangat alasan itu. Alasan yang terlampau purba. Bukankah kita hidup di zaman wawasan 2020? Ingat walau apa niat kita, syaitan itu sentiasa bersedia untuk membisikkan agar kita jatuh ke lembah dosa.
2) lepas ni nak pinjam kereta boleh je, tapi sila nyatakan tujuannya. lagi detail lagi diriku suka :) weee sukanya jadi mak nenek!!!
3) eh, saya tak marah la, tapi sekadar teguran sebab saya sayang kamu, kamu n kamu. Maaf eh kalau terasa. Biasala sy memang suka buat ayat panas telinga sebab tak kan berani nya cakap depan2, boleh menggelatar satu badan tahu! weee, serius ni uhibbu ki fillah :)
Sedikit pencerahan. (takut apa yang cuba disampaikan tidak difahami dengan baik). Mengikut kefahamanku, percampuran antara lelaki dan perempuan selain atas urusan belajar, perniagaan dan kerja yang dibenarkan syarak adalah dilarang sama sekali dalam islam. Larangan ini adalah untuk menjaga maruah dan hak kita sebagai manusia baik lelaki mahupun perempuan. Larangan ini dapat menghindar fitnah. Larangan ini untuk menjaga hati2 kita daripada tertipu dengan godaan syaitan yang tidak pernah putus asa menyesatkan umat manusia.
Sedarlah, bahawa seorang wanita itu sangat mudah untuk menjadi punca fitnah pada lelaki. Mungkin kerana perbuatannya, percakapannya hatta mungkin kerana dirinya sendiri. Tetapi jangan pula kita menjaga diri kerana takut menjadi fitnah bagi si lelaki, tetapi peliharalah diri kerana Allah. Kerana islam telah mengangkat darjat wanita ke tempat yang mulia. Kenapa kita mahu mencemarkannya pula? Sungguh islam itu sudah cukup chantek :) Sentiasa memelihara hak manusia dengan sebaiknya.
Yakinlah dengan diri sendiri. Kita mampu jika kita kata kita mampu. Positive make ur life safe. Unbelievable? Believe it :) hee.
Langgan:
Catatan (Atom)