TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Sabtu, 23 Oktober 2010

sila pandang belakang

Assalamualaikum
Perkongsian daripada seorang sister dalam satu pertemuan yang i.Allah diberkati Allah.

Beliau bercerita mengenai seorang sahabat Rasulullah.
Namanya Abu Zhar Al Ghifari.

Abu Zhar antara sahabat yang terawal masuk islam tapi beliau bukan berasal dari Mekah. Jadi apabila beliau tahu mengenai agama islam yang dibawa Rasulullah, beliau terus pergi berjumpa baginda kerana ingin tahu apakah sebenarnya yang baginda sebarkan.

Dan ketika itu Rasulullah cuma menerangkan mengenai kalimah syahadah sahaja yakni bersaksi bahawa Allah itu satu dan Rasulullah adalah rasul Allah. Cuma itu sahaja yang diterangkan Rasulullah kepada Abu Zhar, Rasulullah tidak bercerita mengenai solat, puasa, zakat, haji atau hukum hudud sebab masa itu berapa sangat la ayat Al-Quran yang telah diwahyukan kepada baginda.

Tapi, tahu tak apa reaksi Abu Zhar??

Beliau berkata, "Rasululla,h aku perlu sampaikan kebenaran mengenai agama ini"
Tapi Rasulullah larang sebab ketika itu dakwah Rasulullah masih dalam keadaan sulit, tapi malang, Abu Zhar degil, beliau tidak mahu dengar nasihat Rasulullah. Maka, dengan beraninya beliau pergi bercerita mengenai keEsaan Allah di kota Makah.

Disebabkan Abu Zhar ini bukan orang Makah, dan bercerita pula mengenai perkara yang bertentangan dengan kepercayaan orang Makah ketika itu, jadi beliau dibelasah, dipukul, ditumbuk dan macam-macam lagi cara beliau disakitkan oleh kaum kafir Quraisy.

tapi Abu Zhar putus asa ke???

Abu Zhar masih degil, beliau tetap teruskan dakwah kerana keyakinan yang tinggi terhadap kalimah syahadah yang didengarnya dari Rasulullah. Dan perkara sama tetap berlaku, beliau tetap disakitkan.

Kerana kejadian itu, Rasulullah pun memberi strategi yang lebih mantap kepada beliau. Rasulullah tahu yang Abu Zhar tetap akan menyampaikan kebenaran walau apa yang terjadi maka Rasulullah memerintahkan beliau supaya menyampaikan islam di kampungnya sendiri. Abu Zhar akur kerana ketaatan kepada Rasulnya.

-----------------------------------------------

Masa pun berlalu dan berlalu dan pada suatu hari, Abu Zhar berjumpa lagi dengan Rasulullah
kenapa ya???
beliau dibelasah juga ke di kampung halaman??

Mengikut cerita sister itu, sekadar mengambarkan apa yang berlaku kepada Abu Zhar,
Abu Zhar berkata : Rasulullah lihat di belakangku, aku telah mengislam satu kampungku.
Subhanallah.

Ketika ini kita bukan sahaja tahu kalimah syahadah malah kita ada satu Al-Quran. Lengkap dengan segala-segalanya dan malah kita yakin bahawa Al-Quran itu benar, jika kita mengikuti segala apa yang ada di dalamnya pasti hidup kita ini selamat. Selamat dunia dan akhirat.

Tapi, andaikata di akhirat kelak, tatkala kita berjumpa Rasulullah, dan berkata-kata dengan baginda,
" Rasulullah, lihat la di belakangku, ....................................."

Oh, apa yang ada di belakang kita?
kalau Abu Zhar ada sependuduk kampung yang telah islam di belakangnya,
di belakang kita ada apa??
ada apa ya??

padahal kita ada Al-Quran
dan Abu Zhar hanya ada kalimah syahadah.
tapi apa yang mahu kita tunjukkan kepada Rasulullah??

Kesimpulannya, selalu-selalulah pandang belakang.
walaupun cerita melayu kata "jangan pandang belakang"
ohh, jika betullah di belakang kita ada hantu, itu lebih bagus bukan,
kerana tugas kita adalah untuk memanusiakan hantu itu.
sekurang-kurangnya, kita ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada Rasul kita, I.Allah.

~shahadatul haq~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan