TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~
Memaparkan catatan dengan label peringatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peringatan. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Disember 2011

Fasa Hidup

kita akan belajar seiring dengan masa
mungkin semalam apa yang kita anggap benar adalah salah.
hanya masa dan pengalaman yang dapat memberitahu kita bahawa yang semalam adalah tidak benar, dan ini sebenar caranya.

manusia dihidupkan di dunia dengan 4 fasa
1) fasa kanak-kanak
2) fasa pemuda
3) fasa dewasa
4) fasa tua

Di fasa pertama, apa yang kita tahu hanyalah bermain agar kita dapat kecapi rasa bahagia. Maka jangan dilarang kanak-kanak yang bermain, kerana hanya itu sahaja yang dapat mereka fikirkan pada ketika itu.

Fasa kedua, adalah fasa kemuncak. Ketika ini fikiran, tenaga semuanya berada di tahap maksimum. Kebanyakan pemuda masih sendiri, walau apa yang hendak dilakukan, kita tidak perlu memikirkan bagi pihak lain. Jika datang peluang, ambil dan rasakan kemanisan nikmat kurniaan Allah itu. Belajarlah sebanyak mana ilmu yang boleh kerana percayalah ini adalah waktu yang terlapang kita akan ada sepanjang hidup kita.

Fasa ketiga, apabila manusia telah melangkah ke alam yang lebih berliku. Alam pekerjaan, perkahwinan. Mungkin ketika ini semangat dan tenaga masih seperti pemuda tetapi tanggungjawab telah me'limit'kan kita. Kita dihujani pelbagai tanggungjawab. Kita perlu fikir mengenai suami, isteri, anak dan kerja. Tiada lagi istilah 'bergerak solo' kerana ke mana saja hendak kita tuju, kita perlu melihat orang di belakang yang amat memerlukan kita @ lebih tepat mereka adalah amanah yang perlu kita jaga.

Fasa terakhir, ketika usia ini telah lanjut. Ketika ini, kita adalah orang yang paling berpengalaman di mana pengalaman itu perlu kita kongsikan pada si pemuda. Malangnya, semangat yang kita ada tidak bertepatan dengan tenaga yang ada.

MAKA fasa pemuda adalah yang terbaik dalam hidup kita, kita tidak dibebani tanggungjawab yang banyak, fikiran yang makin matang dan dapat memahami dengan baik keadaan sekeliling serta dibekalkan tenaga yang luar biasa.

MAKA pada waktu inilah kita perlu bekerja sehabis mungkin untuk memahami hakikat dakwah. Waktu ini kita perlu perhabis untuk dakwah fadhiyah, muaiyashah dan membaca sebanyak mungkin untuk memaksimumkan thaqofah. Masa inilah kita boleh berjaulah sejauh yang mampu, mukhayyam selasak mungkin, berdaurah berhari-hari, hadirkan diri dalam qiyam dan iftor atau apa-apa sahaja program yang membentuk ruhi, aqli atau jasadi. Tidak bermakna fasa yang lain kita boleh meng'excuse'kan diri tetapi hakikatnya, keadaan sekeliling dan keadaan diri mungkin saja menghadkan pergerakan kita.

Percayalah bahawa fasa pemuda adalah fasa terbaik yang akan kita perolehi dalam hidup ini. Maksimumkan penggunaannya. Dan YA, sudah pasti, silalah memaksimumkan penggunaannya di jalan yang benar. Di jalan yang lurus. Di jalan yang Allah redhoi. RUGI adalah perkataan terbaik bagi sesiapa yang menggunakan masa mudanya hanya semata-mata untuk memuskan hawa nafsu dengan bersuka-ria. MENYESAL di akhirat nanti sudah pasti akan kita rasai jika kita melalaikan nikmat masa muda. MENYESAL yang membuatkan kita hampa. MENYESAL yang sakit dalamnya. MENYESAL yang tiada kesudahannya sehingga kita meminta-minta untuk kembali ke dunia.

Sedarilah masa lapang yang kita ada sewaktu muda agar kita tidak mengeluarkan ungkapan "kalaulah", "kalaulah", "kalaulah aku melakukan itu ini, begitu begini di waktu mudaku."

Sahabat
YA, engkau yang sedar
engkau yang sedar bahawa engkau seorang muslim,
lihatlah di sekelilingmu betapa ramainya rijal-rijal yang dibentuk melalui usrah dan tarbiyah,
betapa ramainya manusia berubah kerana halaqah-halaqah yang diikuti saban minggu,
betapa ramainya pemuda yang mula mahu ambil tahu mengenai umat setelah dikejutkan sang murobbi.

Mereka mungkin dahulu manusia yang biasa-biasa tetapi Allah yang Maha Adil telah memahamkan mereka mengenai islam.
Mereka menjadi peribadi yang unggul kerana islam. Mereka menjadi profesional yang muslim. Dan mereka lebih hebat dari kita.

Kita yang ada pendidikan agama. Kita yang menghafal AlQuran. Kita yang sentiasa diselesakan dengan biah yang solehah.

Tetapi kita, sering menyempitkan fikiran, tidak mahu menerima pendapat orang lain. Kita terlampau selesa dengan amalan kita, yang kita anggap Allah akan terima. Kita selesa menjadi baik sendiri. Kita kedekut dengan masa dan tenaga kita untuk disumbangkan pada islam. Kita takut untuk mencuba, kita takut untuk merasa, kita takut untuk membuka minda, membuka mata, membuka telinga, untuk dengar, lihat dan faham.

Dan masa muda kita akan berlalu pergi tanpa sumbangan yang hakiki.

MAKA KITA AKAN MENJADI ORANG PALING RUGI...

-------------

Ya Allah bantulah hambaMu ini untuk berlapang dada dengan semua sahabat yang sentiasa hadir dalam hidupku ini.
Tautlah hatiku dengan hatinya.
Jauhilah kami dari bermasam muka kerana fikrah yang berbeza.
Amin Ya Allah...

Selasa, 28 Jun 2011

sembang cuti 3

Assalamualaikum...

Teringin sangat-sangat nak jadi seperti gelas yang penuh, sekali dijentik, melimpah-limpah air keluar...... Bosan sebenarnya jadi gelas yang kosong, tak bagi manfaat pada orang langsung, nama saja gelas, tapi tak dapat bagi apa-apa pada 'si dahaga'...

Pernah tak kawan-kawan korang mintak nasihat kat korang tapi korang tak tahu nak cakap apa? Atau kalau dapat cakap pun, rasa macam nak gosok otak korang tu bagi bersih sebab apa yang korang cakap tu keruhkan lagi perasaan 'si peminta' atau korang buat dia lagi pening?

Sadis betul.......

Best kan tengok orang yang macam blur, tapi bila bagi tazkirah sentap hati baik punya...
Ni tidak, rasa macam berilmu tapi bila cakap, tak ade isi, buat orang pun sakit hati....
Tak salah kalau nak cuba, sebab bagi peringatan tu benda baik tapi kalau merapu-rapu kan elok kita diam...

Dan kadang-kadang, kita yang diam ni pun sebenarnya diam kat mulut je tapi kat hati bising....CONTOH
"eleh, tu je nak cakap, aku pun boleh cakap kalau tu je, ayat lagi power la aku boleh bagi." (monolog)

Hello! Sekurang-kurangnya dia berani untuk ke hadapan dan bercakap, kalau kau setakat cakap ngan diri sendiri, tak yah nak bangga ke apa ye...

Dan kadang-kadang, kita memang banyak benda nak bagitau kat orang tapi disebabkan kita duk pikir apa persepsi orang kat kita, kita pun diam dan diam......maka ilmu tu pun hilang dan hilang.... sama je rugi jugak....

Mungkin cakap tapi takde isi, atau nak cakap tapi malu+takut ni disebabkan dosa-dosa kita.....
Dosa yang mungkin macam tak dosa tapi sebenarnya dosa.....
Maksud aku, kepada manusia-manusia yang dah sedar + jelas dengan tujuan hidup ni, takkan la kita nak sama dengan kita yang dahulukan??
CONTOH
Masa kecik-kecik main kejar-kejar, takkan sekarang nak main lagi kan?
-saya tahu benda kat atas ni takde kaitan tapi maksudnya takkan kita still nak buat benda yang tak membawa kita pada tujuan hidup kita-


Tak salah langsung kalau kau nak jadi macam Al-Razi, Ibn Sina, Al-Khawarizmi
Dan tak salah kalau kau nak jadi macam Mus'ab ibn Umair.......

Tapi setakat ni, dah berapa rumah aku n kau ketuk untuk sampaikan islam???
Hey, rumah jiran sebelah kiri, kanan, depan, belakang yang dah sedia ada islam pun, pernah ke aku n kau ketuk tanya khabar???

Tu dia, banyak sangat pikul jahiliyyah, macam mana nak sampai puncak macam sarjana-sarjana islam.....nak jadi macam sahabat, jauh sekali ye kawan-kawan.... Sebab jahiliyyah tu jugak kita cakap hebat macam mana pun orang tak dapat rasa ruhnya... sebab jahiliyyah tu jugak kita ada ilmu tapi tak pernah nak sampai kat orang lain, sebab kita pun tak dapat nak amal ilmu yang kita ada tu.....semua sebab jahiliyyah tu....

Sampai bila kita nak pikul benda tu, dah la berat, penat plak tu.....
Esok lusa pun Allah boleh tarik nyawa kita, tanpa izin kawan-kawan....

nota kaki : M for malas, zzz for tido