TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Jumaat, 13 Januari 2012

Exam dah habis!

Assalamualaikum :)
Diumumkan exam final dah habis!!! Ok tak gembira pun sebenarnya sebab result tak kuar lagi. Tunggu result lagi terasa berat macam angkat gunung (eleh macam pernah buat) dari jawab exam.

Anyway, nak kongsi satu post yang sangat best :D Tadi masa memandu pada kelajuan 20km/j (berhemahnya lah bawak perlahan-lahan, tipu giler) kat Jalan Internet terserempak plak dengan Blog Orang yang Dagang. Tapi barang-barang yang dijual takde harga pun, free of charge la gamaknya kan. (pufff mengarut ni)

Yang penting post die best dan bermanfaat lagi bermutu. :)
sebelum anda baca (if ada orang baca, haha statement orang sedih) saya just nak bagitau satu perkara :
UKHUWAH KERANA ALLAH ITU SERIOUS BEST LAZAT BERKRIM
DISUKAI ORANG BERIMAN
Jangan pernah jemu menyayangi (^_^)


Sila Jawab Soalan Ini Sekiranya Anda Seorang Yang Ohyeah Lagi Osem

Assalaamualaikum warahmatullah muslimin muslimat yang dirindui lagi dikasihi kerana Allah.

Saya pernah bercerita sebelum ini bahawa saya pernah ziarah ke bumi Aceh

Satu perkara menarik terjadi disana, tatkala saya menonton salah sebuah rancangan tv.
Ada seorang bertanya, "Kau rasa apa beza kau dengan air.
Dan jawapannya.. wahh, sungguh osem ^^

Maka dengan itu, saya terasa ingin berkongsi perkara ini supaya dapat dimanfaatkan oleh semua orang.

[Amaran: Jawapan2 kepada soalan sebentar lagi bisa membuatkan anda
muntah hijau dua hari dua malam.
Takpon anda akan 'perasan' dan terawang awang di langit selama beberapa bulan.
Muahaha]

Sebelum anda melihat jawapan, saya mencadangkan anda berfikir sejenak jawapan yang sesuai.
Selamat mencuba

----------------------------------------

Soalan 1: Awak rasa apa beza awak dengan air?

(sila fikirkan apa apa jawapan dulu)



Jawapan: Air mengalir di sungai, tapi awak mengalir di hati saya.

Amacam, ada nak termuntah hijau tak? Hoho. Eh, ape senyum sorang2 tu ^_^
Okeh, mari tengok soalan seterusnya.



Soalan 2: Awak rasa apa beza awak dengan raja?



Jawapan: Raja bertakhta di singgahsana, tetapi awak bertakhta di hatiku



Soalan 3: Awak rasa apa beza awak dengan biskut?



Jawapan: Biskut jika dibiarkan lama akan lemau (masuk angin), tetapi awak tidak akan lemau di hati saya



Soalan 4: Awak rasa apa beza awak dengan bunga?



Jawapan: Mana-mana bunga hatta bunga ros sekalipun pasti akan layu, tetapi awak akan tetap segar di hati saya.



Soalan 5: Awak rasa apa beza awak dengan gula gula?




Jawapan: Gula gula hanya manis di mulut, tapi awak manis di hati saya. ^_^
____________________________________________________________________________

Wahaha, amacam? Ada rasa macam nak termuntah hijau tak? Eh, jangan menitis air mata terharu pulak. ^_^

Apa apa pun, soalan ini saya amat galakkan untuk anda tujukan kepada kawan kawan anda yang anda amat cintai dan kasihi. Lebih lebih lagi kepada orang orang yang sama berjuang di jalan ini.

Saya pernah mencuba dengan beberapa orang rakan, dan saya dapati hanya ada 2 reaksi iaitu ketawa dan senyap. Yang ketawa tu mungkin cover sebab terharu, huhu dan yang senyap tu mungkin terharu jugak. >.<

Konklusinya, soalan ini amat baik untuk merapatkan ukhuwwah. Yang penting sekali jangan mengeksploaitasi soalan jiwang ini untuk kegunaan maksiat, seperti untuk kapel2 anda *koff kofff* Saya tidak bertanggungjawab dan tak mahu menambahkan saham neraka.

Jadi, silalah share jika anda rasa soalan ini amat berguna dan mampu membuatkan lebih ramai orang muntah hijau.

okthanksbye, jzkk.

Isnin, 26 Disember 2011

Sahabat, inginku pimpin tanganmu

Sahabat,
ingin sekali aku memimpin tanganmu agar kau ikut bersamaku.
pasti kau dan aku lebih bahagia tatkala bersama.
agar mudah aku meluahkan padamu kesusahan yang aku alami saban hari.

Aku mahu sekali kau memahami,
yang aku hanya mahu menyintaimu kerana Allah yang SATU.
agar persahabatan ini lebih diberkati,
agar persahabatan ini lebih manis,
tanpa kata-kata yang indah,
cukup sekadar dengan perbuatan kita,
yang saling sentiasa memerlukan.

Dan aku mula belajar,
untuk redho,
bahawa manusia itu cara berfikirnya berbeza-beza,
cara ia menerima sesuatu perkara tidak pernah sama,
dan aku yakin,
inilah yang mengindahkan kehidupan di dunia.

Sahabat,
ingin sekali aku memimpin tanganmu agar kau ikut bersamaku.










gambar ini sangat comel, dah lama cari gambar kotak ni, ntah ape namanya ye???

p/s : ini bukan sajak, just kata-kata deep from inside tatkala study di suatu tempat, berjumpa sahabat yang dulunya bersama tetapi sekarang hanya bertukar senyuman dan salam. wah, sedih tahu!!! sangat...

Sabtu, 24 Disember 2011

Fasa Hidup

kita akan belajar seiring dengan masa
mungkin semalam apa yang kita anggap benar adalah salah.
hanya masa dan pengalaman yang dapat memberitahu kita bahawa yang semalam adalah tidak benar, dan ini sebenar caranya.

manusia dihidupkan di dunia dengan 4 fasa
1) fasa kanak-kanak
2) fasa pemuda
3) fasa dewasa
4) fasa tua

Di fasa pertama, apa yang kita tahu hanyalah bermain agar kita dapat kecapi rasa bahagia. Maka jangan dilarang kanak-kanak yang bermain, kerana hanya itu sahaja yang dapat mereka fikirkan pada ketika itu.

Fasa kedua, adalah fasa kemuncak. Ketika ini fikiran, tenaga semuanya berada di tahap maksimum. Kebanyakan pemuda masih sendiri, walau apa yang hendak dilakukan, kita tidak perlu memikirkan bagi pihak lain. Jika datang peluang, ambil dan rasakan kemanisan nikmat kurniaan Allah itu. Belajarlah sebanyak mana ilmu yang boleh kerana percayalah ini adalah waktu yang terlapang kita akan ada sepanjang hidup kita.

Fasa ketiga, apabila manusia telah melangkah ke alam yang lebih berliku. Alam pekerjaan, perkahwinan. Mungkin ketika ini semangat dan tenaga masih seperti pemuda tetapi tanggungjawab telah me'limit'kan kita. Kita dihujani pelbagai tanggungjawab. Kita perlu fikir mengenai suami, isteri, anak dan kerja. Tiada lagi istilah 'bergerak solo' kerana ke mana saja hendak kita tuju, kita perlu melihat orang di belakang yang amat memerlukan kita @ lebih tepat mereka adalah amanah yang perlu kita jaga.

Fasa terakhir, ketika usia ini telah lanjut. Ketika ini, kita adalah orang yang paling berpengalaman di mana pengalaman itu perlu kita kongsikan pada si pemuda. Malangnya, semangat yang kita ada tidak bertepatan dengan tenaga yang ada.

MAKA fasa pemuda adalah yang terbaik dalam hidup kita, kita tidak dibebani tanggungjawab yang banyak, fikiran yang makin matang dan dapat memahami dengan baik keadaan sekeliling serta dibekalkan tenaga yang luar biasa.

MAKA pada waktu inilah kita perlu bekerja sehabis mungkin untuk memahami hakikat dakwah. Waktu ini kita perlu perhabis untuk dakwah fadhiyah, muaiyashah dan membaca sebanyak mungkin untuk memaksimumkan thaqofah. Masa inilah kita boleh berjaulah sejauh yang mampu, mukhayyam selasak mungkin, berdaurah berhari-hari, hadirkan diri dalam qiyam dan iftor atau apa-apa sahaja program yang membentuk ruhi, aqli atau jasadi. Tidak bermakna fasa yang lain kita boleh meng'excuse'kan diri tetapi hakikatnya, keadaan sekeliling dan keadaan diri mungkin saja menghadkan pergerakan kita.

Percayalah bahawa fasa pemuda adalah fasa terbaik yang akan kita perolehi dalam hidup ini. Maksimumkan penggunaannya. Dan YA, sudah pasti, silalah memaksimumkan penggunaannya di jalan yang benar. Di jalan yang lurus. Di jalan yang Allah redhoi. RUGI adalah perkataan terbaik bagi sesiapa yang menggunakan masa mudanya hanya semata-mata untuk memuskan hawa nafsu dengan bersuka-ria. MENYESAL di akhirat nanti sudah pasti akan kita rasai jika kita melalaikan nikmat masa muda. MENYESAL yang membuatkan kita hampa. MENYESAL yang sakit dalamnya. MENYESAL yang tiada kesudahannya sehingga kita meminta-minta untuk kembali ke dunia.

Sedarilah masa lapang yang kita ada sewaktu muda agar kita tidak mengeluarkan ungkapan "kalaulah", "kalaulah", "kalaulah aku melakukan itu ini, begitu begini di waktu mudaku."

Sahabat
YA, engkau yang sedar
engkau yang sedar bahawa engkau seorang muslim,
lihatlah di sekelilingmu betapa ramainya rijal-rijal yang dibentuk melalui usrah dan tarbiyah,
betapa ramainya manusia berubah kerana halaqah-halaqah yang diikuti saban minggu,
betapa ramainya pemuda yang mula mahu ambil tahu mengenai umat setelah dikejutkan sang murobbi.

Mereka mungkin dahulu manusia yang biasa-biasa tetapi Allah yang Maha Adil telah memahamkan mereka mengenai islam.
Mereka menjadi peribadi yang unggul kerana islam. Mereka menjadi profesional yang muslim. Dan mereka lebih hebat dari kita.

Kita yang ada pendidikan agama. Kita yang menghafal AlQuran. Kita yang sentiasa diselesakan dengan biah yang solehah.

Tetapi kita, sering menyempitkan fikiran, tidak mahu menerima pendapat orang lain. Kita terlampau selesa dengan amalan kita, yang kita anggap Allah akan terima. Kita selesa menjadi baik sendiri. Kita kedekut dengan masa dan tenaga kita untuk disumbangkan pada islam. Kita takut untuk mencuba, kita takut untuk merasa, kita takut untuk membuka minda, membuka mata, membuka telinga, untuk dengar, lihat dan faham.

Dan masa muda kita akan berlalu pergi tanpa sumbangan yang hakiki.

MAKA KITA AKAN MENJADI ORANG PALING RUGI...

-------------

Ya Allah bantulah hambaMu ini untuk berlapang dada dengan semua sahabat yang sentiasa hadir dalam hidupku ini.
Tautlah hatiku dengan hatinya.
Jauhilah kami dari bermasam muka kerana fikrah yang berbeza.
Amin Ya Allah...

Jumaat, 16 Disember 2011

Super Busy

Subhanallah.

Minggu ini adalah minggu yang paling super sibuk sepanjang semester 1 tahun 2 pharmacy…

Ade kos yang lebih sibuk dari kami tak? For sure takde walaupun ade, aku akan kata kau tipu, kami lagi super amat busy minggu ni dari korang…dah, takyah nak tegakkan benang yang basah (fullstop).

Tapi sesungguhnya sibuk itu bagiku satu nikmat yang boleh tahan jugak hikmahnya kat dunia ni…

Pertama, waktu aku sibuk, aku akan bangun super awal, n tido super lambat. Dan aku dapat meneruskan hidup seperti hari-hari biasa di siang harinya.(oh, Cuma sesekali kepala rasa perlu dihentak-hentak di dinding untuk memastikan wayar berfungsi).

Kedua, aku akan berusaha mencari masa untuk melunaskan mutabaah amal aku. Asal rasa kalo baca buku tak masuk, terus capai AQ dan ngaji, tadabbur. Walaupun ketika itu badan dan otak menjerit-jerit minta di’shut down’kan sekejap. Tapi, aku tegar untuk terus menyiapkan mutabaah amal yang telah dipersetujui.

Ketiga, aku mampu je bermujahadah melawan hawa nafsu untuk tidak membuat benda-benda yang sia-sia. Contoh, kurang sembang, tak bukak fb n etc.

Tapi

Bila lapang sekejap, aku tak capai lagi AQ, aku malah pegi berjalan-jalan beli jajan n biskut seakan-seakan tiada hari esok(sobsob). Paling tak best, lepas subuh boleh plak panjat katil ngan telekung-telekung pi sambung tido (wuhaaaa). Pastu sambung bacaan kat fb yang kalo baca tak dapat apa kecuali gelak sorang-sorang(ishish).

Phewwww… sakit kepala dengan perangai diri sendiri yang tidak tahu bile nak berubah ):

Bak kata sahabat dalam satu taalim, kadang-kadang kita tahu yang kita kene buat itu dan ini, tapi kefahaman itu tak dapat diterjemahkan dalam amal kerana ketidakberjayaan kita untuk melawan hawa nafsu yang memang bergaya dalam tugas melalaikan sang hamba kerdil di muka bumi ini.

Memang betul waktu lapang itu satu ujian dan kita jangan berasa gembira bila kita dapat tidur 12 jam (12am-12pm) dan cakap “yes, hari ni aku dah qado’ tido la, terBAEK”. Ketahuilah diri bahawa dunia ini tempat untuk berpenat bukan bersenang. Dan yang pasti, kita perlu berpenat pada jalan yang Allah redho, bukan berpenat sebab semalam tengok back to back movie or movie marathon or etc.

Bila rasa super sibuk, jangan lupa betulkan niat kenapa aku perlu bersusah-susah sebegini rupa. Jadilah seperti para sahabat yang dikenali sebagai saudagar niat. Perbanyakkan niat, agar sekiranya tak dapat capai yang satu, mungkin capai yang lain. Dan diingatkan, niat itu perlu yang baik-baik, jangan mengarut ikut suka nafsu.

Dan bila super sibuk, berbanggalah kerana mungkin kita sebenarnya sedang merasa susah payah para sahabat yang di siang hari seperti sang singa mencari mangsa (maksudnya amat bersungguh dalam mencari rezeki dan menjalankan dakwah) dan malamnya, mereka tidur hanya sejenak kerana memperuntukkan malam untuk bersama Allah. Subhanallah, sahabat adalah manusia dan kita juga manusia, maka sudah tentu kita juga mampu untuk jadi seperti mereka. Sekurang-kurangnya berusaha untuk menjadi seperti mereka.

p/s : aku pasti akan merinduimu, masa sibuk…dan terima kasih kerana sanggup menjadi bahan untuk aku mentarbiyah diri agar dapat jadi hamba yang lebih baik…amin (:

~kimah nak berubah~

Isnin, 5 Disember 2011

Pada suatu hari

Assalamualaikum...

Memang suka buat kerja gila-gila iaitu apabila rasa nak balik rumah akan buat apa sahaja supaya sampai ke destinasi (:

Mak kata biasalah, kalau dah nak jumpa keluarga tu, semua pun boleh (:

Memandu seorang diri sambil dengar ceramah+nasyid memang seronok tetapi ketahuilah bahawa berteman itu lagi super seronok + lagi super rasa selamat terutama bagi seorang KANAK-KANAK PEREMPUAN macam saya :p


p/s : macam mana nak cek yang kita kene saman??? saya tak suka speed track

~maka entri ini tidak mendatangkan faedah bagi sesiapa sahaja yang membacanya...sekian~

Selasa, 29 November 2011

Pemurah Itu Menggembirakan Orang Lain

Ada orang 'mengidam' nak makan lasagne, dah seminggu.
Jadi hari ni dia main pas-pas note dengan org sebelah (haha tak fokus la tu :p)

Alhamdulillah, org sebelah terima pelawaan, maka mereka berdua pun menaiki kereta oren (eh tak de nama lagi ke?) menuju Resepi Rahsia...

Tempah, tunggu sambil gigit keropok percuma, minuman sampai, hirup-hirup air sendiri n air org depan, tunggu lagi, makanan sampai, makan sambil curi org depan punya menu sikit dan Alhamdulillah :)





Dan semua itu adalah percuma!!!

Ada peminat rahsia ke???

Boleh plak terpikir macam dalam drama-drama tu…oh sgt perasan…mereka berdua mana ade peminat rahsia walaupun makan di resepi rahsia…


Terima kasih pakcik a.k.a ayah sahabat yang duduk meja sebelah :) Mereka berdua doakan agar Pakcik dimurahkan rezeki :) mereka berdua sebenarnya sampai sekarang tak percaya Pakcik tolong bayarkan:) Ada orang tu makanan dia lagi mahal dari apa yang Pakcik makan...malu!!!



p/s : terima kasih orang sebelah a.k.a orang depan
~kimah dah boleh belajar dengan tenang ke?~



Sabtu, 26 November 2011

Tengkujuh

Kuantan dah mula menangis tapi aku yakin di sebalik tangisan yang mencurah-curah itu sudah pasti ada pelangi yang akan menyinar di hujungnya nanti (:

Cuma kadang-kadang ada manusia yang suka berkata-kata seolah-olah tidak meredhoi tangisan 'langit illahi' (eh blog sape la tu).

Dan aku dan telinga jadi bengkak bernanah sebab panas hati dengan kata-kata tak puas hati itu, tapi diri diam tidak pernah cuba untuk berkata "hey, sila berhenti complaint dan tolong jadi bersyukur!" hemmm...

Itulah manusia, bila panas, tanya, "bila nak hujan ni?", bila hujan, tanya, "bila nak panas ni?"
dan ditokok tambah dengan perkataan seolah-olah kau ada kuasa nak mentadbir cuaca alam ini...aha silakan kalau berani dan berasa hebat!

Tidak tahukah, jika tanpa hujan, tiada air untuk kita minum, tiada air untuk kita mandi, tiada air untuk tumbuhan hidup?

Firman Allah :

"Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah menurunkan hujan
dari langit lalu dialirkan-Nya menjadi mata air di bumi, kemudian Dia
menumbuhkan dengan air itu tanam-tanaman yang pelbagai jenis dan warnanya..."
(Az-Zumar : 21)

"Tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya? Kalau Kami kehendaki,
Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur."
(Al-Waaqi'ah : 68-70)

Maka, nikmat Allah mana lagi yang hendak kita dustakan???



Tangisan langit adalah rahmat untuk kita syukuri dan ujian untuk kita sabar dengannya.
Mungkin Sang Manusia di Malaysia ini perlu diterbangkan ke Somalia atau negara-negara yang airnya dicatu untuk menjadi Sang Manusia yang bersyukur... Tapi kau ada duit ke nak hantar Sang Manusia ke sana? aku tak de...haha...


Jadi, gunalah segala apa yang Allah beri untuk kejutkan Sang Manusia yang lena dan cakap, "hey, nak mandi dengan pasir tak? kalo taknak, tolong jangan merungut bila awan nangis. Lagi satu, awak tak pernah ke dengar lagu Sudirman? Dia kan kate 'hujan yang turun bagaikan mutiara', so tadahlah air hujan tu kalau nak jadi kaya." (erk apa ni?)

Kesimpulannya, jadi hamba Allah yang positif dengan segala benda yang berlaku lebih manis+sweet+cantik bergaya daripada jadi hamba yang selalu rasa apa yang berlaku dalam hidup ini adalah sentiasa menyusahkan dirinya... Dan untuk meredhoi sesuatu apabila kita tak suka dengannya adalah amat susah, tapi tidak salah jika kita mencuba dan terus mencuba, sebab kita kan hamba (:

~hey kimah nak jadi baik tau, mau bantu enggak?~