TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Rabu, 10 November 2010

MASA

Ada dua nikmat yang ramai orang tertipu oleh keduanya; iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.” [Hadis riwayat Bukhari]

Musim exam memang memenatkan bagi pelajar yang tidak konsisten dalam mengulang kaji pelajaran. Lagi-lagi jika jadual exam itu diklasifikasikan sebagai 'kejam' yakni tiada jarak hari antara satu subjek dengan subjek yang lain dan lebih 'zalim' pabila ada 2 exam dalam masa sehari. Tidak tidur malam, minum nescafe bercawan-cawan sudah menjadi kebiasaan bila exam menjengah dan bermula episod merungut-rungut seperti :

aku rasa tak de life la, asyik belajar je, otak tepu ni.

tak sempat nak baca buku teks, sempat baca notes je, membazir je beli.


macam ni ke kehidupan sebagai seorang pelajar, macam mana nak tahu dunia luar kalau examnya jadual 'kejam' macam ni

tak sempat tau nak mengaji sebab asyik baca buku je, solat pun buat yang fardhu je.

kesian otak kita kan, tak leh nak berehat pun, asyik kene kerja je, pensyarah ingat kita apa? robot?

Ironinya, bila exam tiada, sempat pula kita untuk bersembang-sembang, tengok cerita kat laptop, tidur sampai 8-10 jam, dan lebih hebat bila kita cakap "eee, bosan la hidup kat u ni, tak de aktiviti langsung". huh. Manusia. Dan aku lah manusia itu.

Persoalannya siapa yang zalim sebenarnya kita atau pembuat jadual exam?

Situasi di atas telah mengalami proses normalisasi dalam kehidupan kita. Bahaya? Tanya diri kita sendiri, apa sebenarnya tujuan kita belajar, sama ada untuk mengikut manusia lain yang telah diprogramkan dengan seribu satu objektif untuk hidup senang di dunia atau untuk menjadi hamba bagi mencapai satu objektif luar dari dunia.

Masa itu ibarat emas bak kata pepatah Melayu, manakala si Arab pula berkata masa itu ibarat pedang. Masa. Masa. Masa.

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)
(Surah Al-Asr (103), 1-3)

"Time can't be managed, time is uncontrollable. We can only manage ourselves and our use of time. Time management is actually self management."
-Mdm Rohani, Islamic Input in Pharmacy-

Dan satu rumus yang perlu kita ambil berat, lebih-lebih lagi sebagai pemuda dan sebagai muslim ialah :

Pemuda + Waktu Lapang = Awal Maksiat

Disebabkan aku juga antara yang tergolong dalam golongan di atas, dan aku tersedar dan mungkin akan lupa kembali, maka nasihat dari sahabat pabila diri ini lalai amat-amat diharapkan. Perlu diingat bahawa manusia yang memberi nasihat itu lebih awal diuji dari yang lain dan perlu diingat bahawa Allah sangat murka pada siapa yang berkata-kata tapi tidak bergerak untuk melakukannya.

Ambil waktu sejenak untuk merancang cuti yang akan datang. Moga bermanfaat pada kita dan orang lain. Hidup ini bukan sorang-sorang tapi ramai-ramai. Bersiap sedia untuk berubah. Moga dipermudah Allah.

Jangan lupa doa.


~Rehat minda~
Bila kita suka jadi orang malas maka
dan akibatnya, ni la


~harithun 'ala waqtihi~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan