TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Rabu, 25 April 2012

Nota 1

Cinta Allah lah yang kita mesti dambakan (: 

Apabila melihat seseorang yang kurang menyenangkan hati kita, lalu terdetik di hati bahawa teruknya dia, maka secara tidak langsung kita telah menganggap diri kita jauh lebih baik daripadanya.

Kita sepatutnya merasakan banyaknya hak yang belum kita tunaikan. Hak orang itu adalah mendapat nasihat dari kita yang tahu. Hak dia adalah mendapat bimbingan dari kita. Bukan cemuhan. Walaupun ia hanya terdetik di hati.

Rupa-rupanya dakwah kita yang kita selalu claim kita sedang melakukannya, hanya seperti batu-batu besar yang dapat menyentuh permukaan sahaja. Padahal ia harus seperti air yang menyerap masuk ke dalam jiwa-jiwa manusia. Agar semua dapat merasakan keberadaan Allah di dalam hidupnya.

Subhanallah.

"...Ya Tuhanku, lapangkan dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku..." (Taha : 25-28)

 Tatkala Allah s.w.t. mengarahkan Nabi Musa a.s. supaya mengatakan kebenaran kepada Firaun, Nabi Musa a.s. juga memohon pertolongan dari Rabbnya. Seorang Nabi yang hebat juga perlu pertolongan Tuhannya ketika disuruh menegur si pelaku dosa. Kita apatah lagi. Mestilah lebih membutuhkan pertolongan. Dan pertolongan itu sudah semestinya hanya kita pinta pada yang berhak dipinta yakni Tuhan kita Allah Azza Wa Jalla. Basahkan bibir dan lidah kita dengan doa Nabi Musa. Mungkin apabila berdepan dengan sahabat yang berbuat salah pertama kalinya, kita tidak mampu menegurnya. Doa kembali. Lagi dan lagi. Mungkin kata-kata nasihat itu hanya mampu kita ucapkan setelah berpuluh kali kita duduk bersamanya. Yakin, bahawa pasti satu hari nanti kita akan dapat melafazkan kata-kata nasihat itu di hadapannya. Fokusnya, kita perlu berdoa memohon kekuatan dari Rabb kita. Allah sudah pasti tidak melihat hasil tetapi melihat usaha kita.

-------------------------------

Baru berfikir nak berkurung dalam bilik menyiapkan assignment dan report + baca nota yang berlambak dan menolak jauh-jauh pertemuan dengan akhawat-akhawat penyejuk jiwa. Fokus hanya untuk menyiapkan kerja. Siapkan kerja. Siapkan kerja. Tak de sape boleh kacau.

Tapi peraturan Allah lebih hebat.

Program ditangguhkan. Tarikh submission dilanjutkan.

Allah tegur dalam keadaan yang penuh rasa kasih dan sayang pada hambaNya yang penuh noda ini. Allah masih beri hamba ini waktu untuk memperbaiki diri. Dalam masa yang sama Allah mahu uji sama ada hamba ini akan menggunakan nikmat itu untuk kebaikan atau kelalaian. Dan pilihan masih dilberikan. Perlu pilih yang tepat untuk masa depan yang hebat. (cewahh)

Alhamdulillah. Aturan Allah memang Maha Hebat. Dan Allah betul-betul Mendengar keluhan hati hambaNya.






Isnin, 27 Februari 2012

Waktu mudaku hampir tiada

Ketahuilah apabila umur kita meningkat, kita telah meninggalkan dunia yang lama dan melangkah ke alam yang baru yang jauh lebih mencabar.

Meningkatnya usia, menunjukkan dekatnya kita dengan kematian. Jika dulu kita baru berumur 20 tahun, tapi bukan sekarang. Malah waktu yang sudah lalu sudah pasti tidak dapat kita cari kembali. Hatta kita belanjakan seluruh harta di muka bumi dan seisinya sekalipun, percayalah satu saat yang baru sekejap tadi datang tidak mungkin kembali.

Teringat hadis Rasulullah S.A.W. Baginda bersabda :

Kedua telapak kaki seorang hamba tidak akan tergelincir pada hari Kiamat sehingga mereka ditanya tentang empat hal, iaitu tentang umurnya untuk apa dihabiskan, tentang masa muda untuk apa digunakan, tentang hartanya dari mana ia mendapatkan dan menginfakkannya, dan tentang ilmu apakah telah ia amalkan. (HR Tarmidzi)

Subhanallah, ketahuilah bahawa kita telah mula meninggalkan masa muda dan apakah yang kita telah lakukan supaya kita tidak dihumban ke neraka yang amat azab siksaannya?

Masa mudaku aku habiskan dengan berangan-angan hendak menikah dengan jejaka tampan, kaya malah bijak dan berbudi pekerti. Masa mudaku aku habiskan di kaca tv menonton sinetron, drama-drama sehingga mengalir air mata kesedihan. Aku malah menjadikan ia topik hangat di siang hari tatkala bersembang dengan rakan-rakan. Masa mudaku aku habiskan dengan tidur kerana kepenatan mengulang kaji pelajaran. Masa mudaku adalah masa untuk aku mencuba benda baru yang memuaskan nafsuku, tunggulah dahulu wahai diri dan hati, masa tuaku akan tiba untuk aku memohon ampunan sebanyak-banyaknya pada Allah Maha Esa.

Pantas.

Pantas kita berfikir dan yakin bahawa kita akan hidup dalam masa 20 tahun akan datang. Kita malah percaya yang kita tidak mungkin mati pada usia muda. Allah tidak kejam untuk mengambil nyawa kita bukan? Itulah yang kita fikirkan.

Apa yang membuatkan kita begitu yakin?

Tutup cerita.

Buat sahabat-sahabat. Terima kasih atas sambutan yang diberikan. Doa dari kalianlah yang paling ku dambakan. Kasih sayang kita moga ia didasari kerana iman. Agar di akhirat kita tidak saling menyalahkan. Segala khilaf harap dimaafkan. Aku manusia biasa yang kadang-kadang tidak mampu untuk menunaikan hak kalian. Mintalah bila kau perlukan, akan ku cuba memberi selagi Allah izinkan. Walau perjalanan kita berbeza, harap di akhirnya adalah bertemu di syurga.

Love from NuHa xoxoxoxo (:

Special thanks to : roommates (Bib, Hajar, Piqah) and lovely girls from rx9 (Ecah, Wa, Alia, Tiqah Hasman, Dibah, Che’, Rumaisa’, Zimah, Jay, Munie Paris, Mun, Munie, Nadiah, Mirah Khan, Tiqah Samat, Farah, Ewa n Aina)

sia-sia

Assalamualaikum

Dah lama tak menulis (baca : menaip), nampaknya otak tidak dapat di ‘trigger’ dengan baik apabila jari diletakkan di atas papan kekunci (eh betul ke?)

Ok, hari ini secara masanya, aku sudah mencecah 23 tahun, Alhamdulillah (:

Emak kate, Alhamdulillah sebab masih hidup, dan ketika itu jam masih belum pukul 12.00am 27 February 2012. Haha. Aku kate, “emok, tunggu la kul 12 ni macam mana.” Ha, dan Alhamdulillah masih hidup. :D

Kepada yang membaca, tanpa malu, aku mohon agar kamu semua mendoakan aku agar sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Tanpa segan, aku meminta agar kamu mendoakan aku supaya tetap teguh dengan iman dan islam. Dapat berbakti kepada agama, ummah, mahupun diri sendiri.

Amin.

Tutup cerita.

Tujuan kita dihidupkan bukanlah sekadar untuk menjalani hari-hari biasa. Tujuan kita dihidupkan bukanlah sekadar untuk memuaskan hati-hati kita dengan wang, harta benda, pakaian cantik, suami handsome, isteri cantik, anak bijak dan macam-macam lagi.

Tapi

Itulah yang selalu kita kejarkan. Dalam konteks pelajar, aku belajar kerana mahu maintain dapat scholarship, aku belajar kerana mahu dapat DL, aku belajar kerana mahu dapat kerja. Aku belajar kerana ini dan itu. SUSAH untuk kita katakan, aku belajar kerana Allah. Atau dalam erti kata lain, senang dikata di bibir tapi sukar dihadirkan dalam hati.

ITU HAKIKAT kepada kita yang masih letakkan dunia dalam hati yang paling dalam.

KERANA kita tidak pernah faham, kenapa sebenarnya kita diciptakan. Malah mungkin tahu tapi tidak mahu tahu dengan jelas apa perkara yang sebenarnya perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat hidup itu.

AKIBATNYA, kita hidup seperti kita tiada agama, kita hidup bertuhankan dunia.

AKIBATNYA, kita berbicara hanya pada benda-benda yang remeh. Berusaha bersusah payah pada benda yang belum tentu dapat memuaskan hati kita.

Setelah dapat A, kita mahu B, lepas itu C, D hingga Z. Tidak cukup. Second round. A1, kemudian B1 hingga Z10. Mungkin tidak puas lagi. (muntah kalo terus menulis).

SIA-SIA

TERUSKAN MENSIA-SIAKAN USIA KITA DENGAN USAHA SEDEMIKIAN. USAHA yang tidak meletakkan Allah di dalam hati.

Tutup cerita.

Alangkah indah hidup ini apabila meletakkan redha ALLAH sebagai matlamat.

Seorang pemain bola sepak telah ditanya wartawan, “apakah cita-citamu?” jawabnya, “masuk syurga.” Wartawan malah pelik dengan jawapan sedemikian bertanya lagi, “maksudku, apa cita-citamu dalam hidup?” jawabnya lagi, “masuk syurga.” Aduh, mana mungkin wartawan itu akan menulis seorang pemain bola sepak bercita-cita masuk syurga di ruangan sukan akhbar. Kedengaran pelik. Bertanya lagi, “tapi kenapa engkau bermain bola?” jawapannya, “kerana aku mahu dapatkan wang dan menjadi contoh kepada penyokong. Jika mereka menganggap aku seorang pemain yang berbudi bahasa, sopan, berjaya dalam karier, dan dengannya membuatkan mereka meniruku, aku akan menperoleh pahala pada setiap perbuatan yang mereka lakukan kerana meniruku.”

JELAS

Tujuan hidupnya amat jelas.

Matlamat hidupnya kerana Allah.

Jika, kita yang meng’claim’ kita adalah professional, maka adakah matlamat hidup kita sejelas si pemain bola?

Ambillah pena dan kertas, tuliskan tujuan hidup anda yang jelas. Dan berusaha untuk menggapainya. Moga, agar kali ini, usaha kita TIDAK sia-sia.

Kerana, percayalah, kebahagiaan seorang hamba adalah apabila dia dekat dengan PENCIPTANYA.

-sumber : Dari Hati ke Hati by Amr Khalid-

Tutup cerita.

Sabtu, 14 Januari 2012

Tarbiyah

assalamualaikum (:

Di saat sahabat-sahabat berbondong-bondong pulang ke rumah, aku masih di dalam compartment kecilku menunggu waktu. Waktu untuk aku duduk mengecas iman. Waktu untuk aku jumpa sahabat-sahabat yang faham. Waktu yang akan sekali lagi menggoncang aku bahawa hidup kita bukan lama tapi betapa baaaaaanyaaaaaakkkkk nya kerja yang perlu kita laksanakan.

Memang kalau diikutkan hati, aku mahu terus memandu pada kelajuan 130km/j sebaik sahaja tamat peperiksaan menghitamkan bulat-bulat kecil. Tapi apa yang menghalangku dari berbuat demikian?

Kerana tarbiyah.

Tarbiyah yang mengajar aku untuk menjadi yang lebih baik setiap hari.
Tarbiyah yang menjadikan aku tetap dengan pakaian yang menunjukkan imej islami.
Tarbiyah yang menyebabkan aku membaca Al-Mathurat saban hari.
Tarbiyah yang memberitahu aku bahawa bukan keluarga sahaja yang perlu kita sayangi tetapi seluruh susuk tubuh yang mahukan kebaikan perlu disantuni.
Tarbiyah yang membuatku mempunyai persepsi berbeza tatkala melihat jahiliyyah berleluasa.

Hidup aku bermakna. Hidup aku tenang. Hidup aku gembira.

Kerana tarbiyah.

Sahabat-sahabat yang solehah, naqibah-naqibah yang sabar sudah cukup membuatku untuk terus hidup dan bekerja.

Aku yakin ini adalah jalan terbaik untuk agama ini.
Membentuk manusia berperibadi unggul.

Tapi aku masih bertatih...maaf jika diri ini khilaf...

Aku masih belum pasti apakah reaksiku jika tiba-tiba ada manusia datang membawa senapang dan berteriak "hey manusia, jika kau solat, akan ku tamatkan riwayatmu."

Adakah aku akan seperti Sumaiyah???

Allahu Allah.


Jumaat, 13 Januari 2012

Exam dah habis!

Assalamualaikum :)
Diumumkan exam final dah habis!!! Ok tak gembira pun sebenarnya sebab result tak kuar lagi. Tunggu result lagi terasa berat macam angkat gunung (eleh macam pernah buat) dari jawab exam.

Anyway, nak kongsi satu post yang sangat best :D Tadi masa memandu pada kelajuan 20km/j (berhemahnya lah bawak perlahan-lahan, tipu giler) kat Jalan Internet terserempak plak dengan Blog Orang yang Dagang. Tapi barang-barang yang dijual takde harga pun, free of charge la gamaknya kan. (pufff mengarut ni)

Yang penting post die best dan bermanfaat lagi bermutu. :)
sebelum anda baca (if ada orang baca, haha statement orang sedih) saya just nak bagitau satu perkara :
UKHUWAH KERANA ALLAH ITU SERIOUS BEST LAZAT BERKRIM
DISUKAI ORANG BERIMAN
Jangan pernah jemu menyayangi (^_^)


Sila Jawab Soalan Ini Sekiranya Anda Seorang Yang Ohyeah Lagi Osem

Assalaamualaikum warahmatullah muslimin muslimat yang dirindui lagi dikasihi kerana Allah.

Saya pernah bercerita sebelum ini bahawa saya pernah ziarah ke bumi Aceh

Satu perkara menarik terjadi disana, tatkala saya menonton salah sebuah rancangan tv.
Ada seorang bertanya, "Kau rasa apa beza kau dengan air.
Dan jawapannya.. wahh, sungguh osem ^^

Maka dengan itu, saya terasa ingin berkongsi perkara ini supaya dapat dimanfaatkan oleh semua orang.

[Amaran: Jawapan2 kepada soalan sebentar lagi bisa membuatkan anda
muntah hijau dua hari dua malam.
Takpon anda akan 'perasan' dan terawang awang di langit selama beberapa bulan.
Muahaha]

Sebelum anda melihat jawapan, saya mencadangkan anda berfikir sejenak jawapan yang sesuai.
Selamat mencuba

----------------------------------------

Soalan 1: Awak rasa apa beza awak dengan air?

(sila fikirkan apa apa jawapan dulu)



Jawapan: Air mengalir di sungai, tapi awak mengalir di hati saya.

Amacam, ada nak termuntah hijau tak? Hoho. Eh, ape senyum sorang2 tu ^_^
Okeh, mari tengok soalan seterusnya.



Soalan 2: Awak rasa apa beza awak dengan raja?



Jawapan: Raja bertakhta di singgahsana, tetapi awak bertakhta di hatiku



Soalan 3: Awak rasa apa beza awak dengan biskut?



Jawapan: Biskut jika dibiarkan lama akan lemau (masuk angin), tetapi awak tidak akan lemau di hati saya



Soalan 4: Awak rasa apa beza awak dengan bunga?



Jawapan: Mana-mana bunga hatta bunga ros sekalipun pasti akan layu, tetapi awak akan tetap segar di hati saya.



Soalan 5: Awak rasa apa beza awak dengan gula gula?




Jawapan: Gula gula hanya manis di mulut, tapi awak manis di hati saya. ^_^
____________________________________________________________________________

Wahaha, amacam? Ada rasa macam nak termuntah hijau tak? Eh, jangan menitis air mata terharu pulak. ^_^

Apa apa pun, soalan ini saya amat galakkan untuk anda tujukan kepada kawan kawan anda yang anda amat cintai dan kasihi. Lebih lebih lagi kepada orang orang yang sama berjuang di jalan ini.

Saya pernah mencuba dengan beberapa orang rakan, dan saya dapati hanya ada 2 reaksi iaitu ketawa dan senyap. Yang ketawa tu mungkin cover sebab terharu, huhu dan yang senyap tu mungkin terharu jugak. >.<

Konklusinya, soalan ini amat baik untuk merapatkan ukhuwwah. Yang penting sekali jangan mengeksploaitasi soalan jiwang ini untuk kegunaan maksiat, seperti untuk kapel2 anda *koff kofff* Saya tidak bertanggungjawab dan tak mahu menambahkan saham neraka.

Jadi, silalah share jika anda rasa soalan ini amat berguna dan mampu membuatkan lebih ramai orang muntah hijau.

okthanksbye, jzkk.

Isnin, 26 Disember 2011

Sahabat, inginku pimpin tanganmu

Sahabat,
ingin sekali aku memimpin tanganmu agar kau ikut bersamaku.
pasti kau dan aku lebih bahagia tatkala bersama.
agar mudah aku meluahkan padamu kesusahan yang aku alami saban hari.

Aku mahu sekali kau memahami,
yang aku hanya mahu menyintaimu kerana Allah yang SATU.
agar persahabatan ini lebih diberkati,
agar persahabatan ini lebih manis,
tanpa kata-kata yang indah,
cukup sekadar dengan perbuatan kita,
yang saling sentiasa memerlukan.

Dan aku mula belajar,
untuk redho,
bahawa manusia itu cara berfikirnya berbeza-beza,
cara ia menerima sesuatu perkara tidak pernah sama,
dan aku yakin,
inilah yang mengindahkan kehidupan di dunia.

Sahabat,
ingin sekali aku memimpin tanganmu agar kau ikut bersamaku.










gambar ini sangat comel, dah lama cari gambar kotak ni, ntah ape namanya ye???

p/s : ini bukan sajak, just kata-kata deep from inside tatkala study di suatu tempat, berjumpa sahabat yang dulunya bersama tetapi sekarang hanya bertukar senyuman dan salam. wah, sedih tahu!!! sangat...

Sabtu, 24 Disember 2011

Fasa Hidup

kita akan belajar seiring dengan masa
mungkin semalam apa yang kita anggap benar adalah salah.
hanya masa dan pengalaman yang dapat memberitahu kita bahawa yang semalam adalah tidak benar, dan ini sebenar caranya.

manusia dihidupkan di dunia dengan 4 fasa
1) fasa kanak-kanak
2) fasa pemuda
3) fasa dewasa
4) fasa tua

Di fasa pertama, apa yang kita tahu hanyalah bermain agar kita dapat kecapi rasa bahagia. Maka jangan dilarang kanak-kanak yang bermain, kerana hanya itu sahaja yang dapat mereka fikirkan pada ketika itu.

Fasa kedua, adalah fasa kemuncak. Ketika ini fikiran, tenaga semuanya berada di tahap maksimum. Kebanyakan pemuda masih sendiri, walau apa yang hendak dilakukan, kita tidak perlu memikirkan bagi pihak lain. Jika datang peluang, ambil dan rasakan kemanisan nikmat kurniaan Allah itu. Belajarlah sebanyak mana ilmu yang boleh kerana percayalah ini adalah waktu yang terlapang kita akan ada sepanjang hidup kita.

Fasa ketiga, apabila manusia telah melangkah ke alam yang lebih berliku. Alam pekerjaan, perkahwinan. Mungkin ketika ini semangat dan tenaga masih seperti pemuda tetapi tanggungjawab telah me'limit'kan kita. Kita dihujani pelbagai tanggungjawab. Kita perlu fikir mengenai suami, isteri, anak dan kerja. Tiada lagi istilah 'bergerak solo' kerana ke mana saja hendak kita tuju, kita perlu melihat orang di belakang yang amat memerlukan kita @ lebih tepat mereka adalah amanah yang perlu kita jaga.

Fasa terakhir, ketika usia ini telah lanjut. Ketika ini, kita adalah orang yang paling berpengalaman di mana pengalaman itu perlu kita kongsikan pada si pemuda. Malangnya, semangat yang kita ada tidak bertepatan dengan tenaga yang ada.

MAKA fasa pemuda adalah yang terbaik dalam hidup kita, kita tidak dibebani tanggungjawab yang banyak, fikiran yang makin matang dan dapat memahami dengan baik keadaan sekeliling serta dibekalkan tenaga yang luar biasa.

MAKA pada waktu inilah kita perlu bekerja sehabis mungkin untuk memahami hakikat dakwah. Waktu ini kita perlu perhabis untuk dakwah fadhiyah, muaiyashah dan membaca sebanyak mungkin untuk memaksimumkan thaqofah. Masa inilah kita boleh berjaulah sejauh yang mampu, mukhayyam selasak mungkin, berdaurah berhari-hari, hadirkan diri dalam qiyam dan iftor atau apa-apa sahaja program yang membentuk ruhi, aqli atau jasadi. Tidak bermakna fasa yang lain kita boleh meng'excuse'kan diri tetapi hakikatnya, keadaan sekeliling dan keadaan diri mungkin saja menghadkan pergerakan kita.

Percayalah bahawa fasa pemuda adalah fasa terbaik yang akan kita perolehi dalam hidup ini. Maksimumkan penggunaannya. Dan YA, sudah pasti, silalah memaksimumkan penggunaannya di jalan yang benar. Di jalan yang lurus. Di jalan yang Allah redhoi. RUGI adalah perkataan terbaik bagi sesiapa yang menggunakan masa mudanya hanya semata-mata untuk memuskan hawa nafsu dengan bersuka-ria. MENYESAL di akhirat nanti sudah pasti akan kita rasai jika kita melalaikan nikmat masa muda. MENYESAL yang membuatkan kita hampa. MENYESAL yang sakit dalamnya. MENYESAL yang tiada kesudahannya sehingga kita meminta-minta untuk kembali ke dunia.

Sedarilah masa lapang yang kita ada sewaktu muda agar kita tidak mengeluarkan ungkapan "kalaulah", "kalaulah", "kalaulah aku melakukan itu ini, begitu begini di waktu mudaku."

Sahabat
YA, engkau yang sedar
engkau yang sedar bahawa engkau seorang muslim,
lihatlah di sekelilingmu betapa ramainya rijal-rijal yang dibentuk melalui usrah dan tarbiyah,
betapa ramainya manusia berubah kerana halaqah-halaqah yang diikuti saban minggu,
betapa ramainya pemuda yang mula mahu ambil tahu mengenai umat setelah dikejutkan sang murobbi.

Mereka mungkin dahulu manusia yang biasa-biasa tetapi Allah yang Maha Adil telah memahamkan mereka mengenai islam.
Mereka menjadi peribadi yang unggul kerana islam. Mereka menjadi profesional yang muslim. Dan mereka lebih hebat dari kita.

Kita yang ada pendidikan agama. Kita yang menghafal AlQuran. Kita yang sentiasa diselesakan dengan biah yang solehah.

Tetapi kita, sering menyempitkan fikiran, tidak mahu menerima pendapat orang lain. Kita terlampau selesa dengan amalan kita, yang kita anggap Allah akan terima. Kita selesa menjadi baik sendiri. Kita kedekut dengan masa dan tenaga kita untuk disumbangkan pada islam. Kita takut untuk mencuba, kita takut untuk merasa, kita takut untuk membuka minda, membuka mata, membuka telinga, untuk dengar, lihat dan faham.

Dan masa muda kita akan berlalu pergi tanpa sumbangan yang hakiki.

MAKA KITA AKAN MENJADI ORANG PALING RUGI...

-------------

Ya Allah bantulah hambaMu ini untuk berlapang dada dengan semua sahabat yang sentiasa hadir dalam hidupku ini.
Tautlah hatiku dengan hatinya.
Jauhilah kami dari bermasam muka kerana fikrah yang berbeza.
Amin Ya Allah...