TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Isnin, 24 Januari 2011

-------------

tanpa mengenal rasa takut
bergerak berjalan tanpa ragu
dengan menyebut asma Allah
bersama berjuang tuk berubah
membuat perubahan di alam kezaliman
tuk menuju tegaknya izzah islam

dan dengarlah hai mujahid muda
angkat pena, pedang dan al-quran
dan dengarlah hai pejuang Allah
kuatkan hati tuk tujuan
tegakkan panji-panji islam
untuk hancurkan kezaliman
bersama capai kemenangan
bebaskan dari penindasan
satukan langkah rapatkan barisan
menyonsong kejayaan islam
berbekal iman yang utama
dan semangat jihad yang membara
hancurkan kezaliman tuk wujudkan tujuan
menjadi syuhada di jalanNya.

-lirik lagu yang aku tidak tahu siapa yang menasyidkannya-

-------------------------------------

Bila semua sahabat2 dengan semangat melaungkan nasyid itu sebagai penaik semangat, aku tersentak. Rasa macam ada sebutir peluru sedang menembusi hati dan merobek-robek daging yang hitam lagi keras itu.

Andai kawan sebelah buat salah pun aku diamkan, bagaimana aku hendak buat perubahan di tempat yang penuh zalim ini. Anak singa yang masih dalam ketakutan yang tidak bertempat.

Jika iman menjadi bekalan, aduhh,
Jika disuruh angkat pena,
penaku masih tidak lancar dalam kertas-kertas jawapan, masih ada lopong yang perlu diisi.

Sampai mati pun aku akan rasa tidak layak, rasa tidak sanggup untuk pikul tugas yang berat ini,
Sungguh diri ini masih lemah jika hendak dibandingkan dengan sahabat yang lain.
tapi itu bukan bermaksud untuk aku terus merendah diri dan lari dari tanggungjawab yang sudah aku fahami.
mereka, mereka, mereka, dan mereka masih belum faham,
mereka, mereka, mereka, dan mereka masih dahaga.

Sahabat,
Ya pada engkau yang sudah faham,
Kita nak simpan air itu untuk diri kita sahajakah??
Tidak mahukah kita berkongsi kenikmatan yang kita ada??

-------------------------------------

" Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan
atau merasa berat "
(Surah At-Taubah, 9 : 41)

-------------------------------------
ya kepada ecah,
betul kita tak boleh nak bergaul dengan budak2 pharmacy je
nanti balik2 cerita report kene hantar minggu depan n bla bla bla
tapi serious nih, report memang kene hantar sebelum 'kongsifacai'.

dan msih kepada sahabat di atas,
jom kita teruskan momentum untuk men'..' manusia
i love ur spirit!!

-------------------------------------

study df study df study df

Isnin, 17 Januari 2011

AnAk SiNgA ke aku?

Kita sebenarnya anak singa yang telah di'kijang'kan oleh manusia sekeliling.
Sampaikan kita takut kepada kijang yang sebenar sebab kita menyangka mereka adalah anak singa, padahal kitalah anak singa itu.
Arghhh, berhentilah jadi penakut.

Lihatlah mukamu di cermin-ccermin, sesungguhnya engkau adalah anak singa.
Yang punya potensi besar untuk menguasai dunia ini.
Anak singa yang hebat dan digeruni semua.

Buanglah topeng kijangmu itu,
tak payah nak bangga jika hidup yang kau rasa indah tu sebenarnya 'kijang' belaka,
mungkin kau rasa hebat, tapi hebat dalam kalangan kijang itu tak ke mana,
anak singa yang lapar boleh membahammu pada bila-bila masa.



Anak singa semua, sila bangkit, dunia ini makin sakit, lihat orang disebelahmu, mereka tidak sihat bukan?
Hanya ubat dari bahan-bahan agama dapat sembuhkan mereka.
Jika ubat 'oral' tak dapat kebahkan mereka, kita bagi IV je.
Biar 'drug' tu terus masuk dalam 'central circulation'
maka 'therapeutic effect' boleh berlaku dalam 'rate' yang lebih laju
Jika, kesan ubat itu agak cepat menghilang disebabkan 'elimination proses' oleh kijang-kijang yang berlagak raja rimba,
jangan risau, kita lebihkan sahaja dose n bagi je IV tu qid.


*hati ni rasa macam dihempap batu besar bila tengok orang sekeliling yang macam-macam ragam. oh uia, saya simpati dengan kamu, kamu telah dinodai oleh manusia-manusia yang tidak sedar bahawa pada namamu bukan sahaja tertulis 'international' tetapi yang lebih utama adalah perkataan 'ISLAMIC' itu.

*sila ubati kami, kami amat parah, sudah masuk ke final stage.

Rabu, 12 Januari 2011

kuiz

ok dengan bangganya minggu ni ada kuiz 3 hari berturut-turut
macam final exam kan?
tapi Alhamdulillah yang tidak terhingga kerana para doktor masih bermurah hati untuk memaklumkan adanya kuiz itu sehari sebelum, jika tak diberitahu, maka aku akan mengeluarkan istilah-istilah menarik untuk bakteria-bakteria yang sangat moden namanya,
cubala bagi nama yang islamic skit kan, barulah ada semangat nak baca, ni nama nya sampai tergigit-gigit lidah. walaupun di'inform', aku masih menggunakan pistol air untuk menjawab mcq yang suka menolak-nolak markah tu. pistol m16 masih disimpan rapi untuk final exam ye, harap maklum.

selepas itu ada kelas tasmi
ohh aku punya modal pun masih tak cukup walaupun dah lama kelas tak de, maknanya apa?
maknanya aku sangat suka bertangguh. bagus ke?

maka minggu ni, jadilah burung hantu yang terjatuh di atas katil pabila mata terlalu berat untuk dipikul.
ayat apakah ini.
maaf bagi sesiapa yang membaca kerana aku hanya meluahkan apa yang ada di dalam kepala.

ohh aku amat ingin memiliki peribadi muslim yang unggul...
kawan-kawan, bantu saya ye

Isnin, 10 Januari 2011

PeRaNg

Peperangan dalam islam bukanlah peperangan individu atau peperangan orang ramai,
tetapi ia adalah peperangan antara kebenaran dan kebatilan,
antara iman dan kufur
dan pertarungan melawan badai syirik untuk menjadi abdi kepada Allah s.w.t..

(Hari-hari dalam hidupku - Zainab al-Ghazali al-Jubaili)


Rabu, 29 Disember 2010

Kenali Diri. ROBOT

Jom kenali diri kita dengan ayat-ayat suci Al Quran.

1) Dari mana kita datang ?
(خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢
Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2)

2) Kenapa kita diciptakan ?

(عَبۡدًا إِذَا صَلَّىٰٓ (١٠
Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang? (10)


(أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ (١٢
Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)? (12)

3) Apa kesudahan kita ?
(إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَىٰٓ (٨
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan). (8)

Allah hanya menjawab semua persoalan dalam satu Surah sahaja yakni Surah Al 'Alaq. Hebat bukan??
Subhanallah.

--------------------------------------------

Hari ni ada kuliah Maghrib anjuran I-Care Pharmacy 4th Year. Tajuk : ROBOT
Aku diberi amanah oleh senior untuk uar-uarkan kuliah pada semua classmate 1st year.

"ROBOT? Nak ajar cara-cara buat ROBOT ke?"
"Kenapa kuliah Maghrib tajuknya ROBOT?"

eh2x, banyak tanya pulak diorang ni kan. Nak tau kenapa, apa lagi, jom la pegi. Baru dapat jawapan. Kalo aku bagi jawapan, baik aku je yang buat lecture pasal ROBOT kat kelas kan. Betul tak?? Tajuk kene gempak sikit baru orang rasa nak dengar. Jadi tahniah la kepada kakak-kakak yang telah berjaya membuat kawan-kawanku banyak tanya walaupun baru dengar tajuk. TAHNIAH!!

Alhamdulillah, walaupun hujan lebat, sampaikan kami (aku n roomates) semua jadi 'kambing' (perumpamaan orang takut air sebab sejuk), kami berjaya juga merentas curahan-curahan rahmat (hujan) untuk ke lecture hall. Dan Alhamdulillah kehadiran memberangsangkan.

Setiap kejadian pasti ada yang mencipta. Jika ROBOT dicipta untuk memberi khidmat kepada Sang Manusia, kita pula dicipta untuk berkhidmat pada siapa? Jika ROBOT hanya melakukan perkara yang sama saban hari, kita pun sentiasa ulang perkara yang sama setiap hari bukan?
Bangun tidur, mandi, makan, pergi kelas, main bola, sembang-sembang. Ulang dan ulang dan ulang.

MANUSIA = ROBOT

Persamaan ini mungkin hanya dapat disangkal jika kita 'Kenali Diri Kita' dengan sebenar-benar kenal.
-----------------

"Semalam, saya tidur pukul 1, hari ni nak kene tidur pukul 2 plak"
"Kenapa?"
" Sebab taknak jadi ROBOT. Buat benda sama je."
-----------------

"Hari ni kita buat benda lain sikit, kita pergi pantai tau"


erkkkk, aku....... aku gelak je la bila dengar. Semua taknak jadi ROBOT yang mengulang benda yang sama, jadi semua pun memberitahu kelainan yang dilakukan hari ini dari hari sebelumnya :)

Ok, korang sangat comel cakap camni. Moga kelainan itu kelainan yang Allah redhoi.

Rabu, 22 Disember 2010

Terima KASIH Abah

Sikap seorang lelaki memang sukar difahami lebih-lebih lagi oleh seorang perempuan.

Jika ibu selalu menunjukkan kasih sayangnya dengan membelai lembut si anak, memeluknya tika bersedih, jarang ayah dapat melakukan perkara yang sama. Ya, itu mungkin berlaku disebabkan budaya kita. Dan aku, lebih selesa begitu.

Ibu menyediakan makanan yang sedap-sedap apabila anak-anak pulang ke rumah. Mungkin rahmat Allah terletak dalam setiap suapan. Bila makan masakan ibu, hati anak jadi berbunga-bunga. Jadi bahagia. Tapi, ayah masih jarang dapat melakukannya.

Bagaimana ayah menunjukkan kasih sayangnya. Sukar ditafsirkan. Terlalu halus untuk kita nampak. Tanpa kita sedari makanan itu sebenarnya hasil titik peluh ayah. Ayah menyumbang dari sudut material rupanya. Jarang rupanya berterima kasih pada ayah yang menyediakan wang untuk membeli bahan mentah, yang menyediakan tempat makan iaitu rumah, yang menyediakan kenderaan untuk membeli iaitu kereta. Ayah rupanya yang membuat kerja belakang tabir tanpa kita sedari.

Begitulah rupanya ayah menunujukkan rasa kasihnya.



Terima KASIH Abah kerana sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menghantar 'benda' itu pada si degil ini. Terima KASIH Abah kerana sanggup membeli 'benda' itu sehingga Abah kehilangan benda yang paling berguna. Terima KASIH Abah.

Syukur itu lebih layak diberikan kepada yang MENCIPTA.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Selasa, 14 Disember 2010

Memikul Buku Yang Berat

Setiap kali ke kedai buku pasti pelbagai buku ilmiah telah bertukar milik dari hak pekedai kepada hak aku. Dalam hati ada bisikan mengatakan tidak mengapa jika berhabis duit untuk buku-buku yang memberi manfaat. Pembaziran membeli buku terjadi pada hematku hanya apabila pelaburan dibuat dengan membeli novel cinta, komik ataupun majalah hiburan yang padaku hanya memberi kepuasan pada nafsu tanpa memberi pengisian pada jiwa. Lainlah jika novel yang dibaca tiada kaitan dengan dunia percintaan yang selalunya menjadi daya penarik muda mudi. Contohnya, Detektif Indigo karangan Faisal Tehrani dan hakikatnya sudah ramai penulis melahirkan bahan bacaan fiksyen yang menjana minda tetapi semuanya masih terpulang pada diri kita sama ada hendak memilih genre yang memberi hiburan pada sang hawa nafsu atau sang rohani.

Penukaran hak milik buku bukan suatu kepelikan tetapi yang menjadi kepelikan apabila buku yang digendong dari kedai dalam beg plastik dikeluarkan pabila sampai di rumah dan disimpan elok-elok di atas rak. Disusun cantik-cantik mengikut ketinggian, dan melihat dari jauh sambil memikirkan masa yang sesuai untuk dibaca. Maka jadilah buku ilmiah yang sarat dengan ilmu itu sebagai hiasan di bilik supaya ia memenuhi rak lantas menghasilkan pemandangan yang indah dengan rona warna yang pelbagai sebagai penenang jiwa.

Buku yang dibeli kemudian disimpan ibarat seseorang menggendong sebakul air di belakang badan di tengah padang pasir yang terik. Kerana kepanasan yang dasyat si pembawa air mati kehausan. Sesungguhnya, dibelakang si mati ada sebakul air yang masih banyak kuantitinya. Begitulah buku, sudah tercatat 1001 nasihat, pengajaran, hikmah dan ilmu tetapi disebabkan kita tangguh pembacaannya, maka rugilah kita selama mana buku tersebut tidak dibaca. Jika buku tersebut menceritakan kebaikan sedekah, kerana kita baca 10 tahun selepas membelinya dan mempraktikkan amalan tersebut setelah menelaahnya, maka rugilah kita kerana tidak bersedekah selama 10 tahun yang lalu itu. Samalah kita seperti keldai yang membawa kitab yang berat.

مَثَلُ ٱلَّذِينَ حُمِّلُواْ ٱلتَّوۡرَٮٰةَ ثُمَّ لَمۡ يَحۡمِلُوهَا كَمَثَلِ ٱلۡحِمَارِ يَحۡمِلُ أَسۡفَارَۢا‌ۚ بِئۡسَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۚ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ

" (Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telah pun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang- orang (Yahudi) yang ditanggungkan dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungan dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab yang besar (sedang ia tidak menegtahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
(Surah Al-Jumu'ah, 62 : 5)


------------------

Lebih dasyat apabila semester baru bermula, aku berlumba-lumba mendapatkan buku rujukan, tidak kisahlah dari perpustakaan, kedai buku ataupun sahabat-sahabat, tetapi nasib buku tersebut sama sahaja dengan buku-buku lain, mungkin sedikit beruntung kerana akan dibuka pabila nota tidak memberikan kefahaman yang jelas pada si pembaca. Maka, adakah pelaburan yang dibuat pelaburan yang menguntungkan? Rugikah pula jika tidak membelinya? Tepuk dada tanya iman.


Rehat Minda :

Pada suatu hari seorang pelajar membeli buku daripada ustaznya.

Pelajar : Ustaz, saya beli buku banyak-banyak ni kadang-kadang tak terbaca.

Ustaz : Lepas dapat buku ni, sebelum simpan dalam rak, tulis kat muka surat pertama buku tu macam ni :

" Buku ini aku wasiatkan kepada anak dan cucuku, bacalah ia kerana ia pasti memberi banyak manfaat kepada kamu semua. Emak/ Nenek tak sempat nak baca sebab buku ni tebal sangat dan waktu singkat."

Moral : Ketebalan dan masa bukan penghalang untuk kita membaca, yang menjadi penghalang ialah MALAS