TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Ahad, 27 Mac 2011

realiti dan ilusi

~exam mood~

Al Quran memberitahu kita bahawa :

Yahudi itu sifatnya takabbur, dendam dengan orang beriman dan penakut kerana hanya mampu menyerang di sebalik tembok..

Dan kita lihat bahawa apa yang diceritakan pada kita tentang mereka adalah realiti yang berlaku pada masa kini...

Dan apabila ditadabbur kandungan Al Quran, Nasrani (Kristian) juga adalah bangsa yang realiti.

Bagaimana pula kita, UMAT ISLAM???

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Persoalan untuk diri....adakah kita seperti yang digambarkan???

Maka, tidak heran jika kita melihat saban hari umat islam diinjak-injak seperti binatang oleh si realiti..

Kerana sunnatullah telah menunujukkan realiti itu sentiasa mengalahkan ilusi

Aduh diri, bagaimana mungkin kamu mengharapkan islam tertegak di bumi ini, Palestin menjadi milik kamu kembali jika akhlakmu itu tidak kamu perbaiki.
Selagi diri ini tidak diubah seperti acuan yang sebenar, maka bukalah mata dan lihat satu demi satu kejatuhan, kehinaan yang akan menimpa kita....

Tidak cukup lagikah diperkotak-katik oleh si realiti wahai diri??
Tidak sedarkah kamu bahawa dengan sifatmu itu, saudaramu pula yang menerima tempiasnya....

-iraq-

-peristiwa tak bai, selatan thai-


~tanahku, palestin~



Isnin, 7 Mac 2011

semut

Sekarang aku sepatutnya sedang menelaah benzene dan biomelecules, tapi tangan ini begitu ringan untuk menaip, maka aku biarkan sahaja ia begitu.
Haha tak patut tul salahkan tangan, otak juga yang kawal..dush2x

Seronok juga jadi berani macam sang semut. Walaupun di hadapannya ada makhluk besar bernama manusia, dia tetap tekap dan berani merentasi pelbagai halangan untuk sampai ke destinasi yang dituju. Bahaya letak saja di tepi.

Contoh paling ketara ialah semut di bilik aku ni. Ada dia kisah aku wujud ke tak dalam bilik? Dia memang tak kisah. Buktinya, sedang aku membaca notes di atas meja, dia dengan selamba bersiar-siar di atas tulisan-tulisan itu. Ala-ala makan angin gitu.

Memang aku tak berminat pun nak belajar pasal semut ni walaupun dia rela menyerah diri padaku. Lain la kalo mycoplasma ke, polioviruses ke, mycobacterium tuberculosis ke, haaa yang itu aku memang minat la nak kaji (leh caya ke ni ecah..haha tetiba je kuar nama kawan ni kan).

Dia tak tahu ke aku punya tangan ni amat ringan untuk 'memenyeknya' (ada ke perkataan ni?). Aah, dia memang tak kisah la. Walaupun kawan-kawannya telah ku tamatkan riwayat, masih ada sang semut yang tak ambil pengajaran. Masih mahu guna 'short cut'.

Berani kan mereka ni. Kitorong (aku dan roomates) membuat kesimpulan yang semut ni suka buat adegan berani mati. Dekat dalam kettle pun dia nak masuk jugak, tak sedar diri tu kecil, kalo masuk air kan lemas. Senang cakap, semut zaman sekarang memang kuat la. Tak main la, jalan-jalan kat gula je, itu zaman tok nenek je, sekarang zaman menuju wawasan 2020, kene la jalan-jalan kat icing, jem, kordial sarsi, baru ada class. (kimah sedang merepek).

__________________________________________________________

cuba kita baca Surah An-Naml ayat 18-19.

(18) Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut : Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedang mereka tidak menyedari.

(19) Maka dia (Nabi Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa, " Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhoi; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.

________________________________________________

1st time baca ayat ni, aku pun tersenyum. Rasa ayat ni sangat menarik atau perkataan budak-budak, 'comel'nya.

Seorang nabi yang tugasnya jauh lebih berat dari kita manusia biasa pun ambil berat mengenai semut. Kelebihan yang Allah bagi pada baginda tidak disia-siakan malah di ambil sebagai amanah yang perlu dijaga. Walaupun semut itu hanya serangga kecil yang pada kita hanya merimaskan, tapi Nabi Sulaiman tetap jaga haknya. Bila di dengar rintihan sang semut, Nabi Sulaiman menyuruh angkatan tenteranya untuk tidak melalui kawasan itu. Maka selamatlah sang semut dan kawan-kawannya.

Subhanallah, sabarnya Nabi Allah Sulaiman. Kita ni (aku la) pantang nampak semut, ada je la cara nak buat biar semut tu mati. Rimas la, apa la. Baca Al Quran tapi tak ambil pengajaran. Bangga sangat jadi manusia, sang semut tu, namanya ada dalam Al Quran, dia tak sombong pun, Kimah!

Aduh, tolong la berlaku comel pada semut........

Selasa, 15 Februari 2011

Ikan Salmon

Pernahkah kita bersusah-susah untuk islam?

Seorang muallaf sanggup dibuang keluarga, berlapar, dihina, dicaci semata-mata untuk kembali kepada fitrah tapi kita tak pernah pula lapar untuk islam. Lebih tragis, jika pergi ceramah-ceramah agama, kita makin kenyang sebab banyaknya kudapan yang urusetia hidangkan!

Nak solat, tiada siapa pun boleh larang, malah tiada pun yang nak pukul. Masjid dan surau pun merata-rata ada tapi masih ramai yang sambil lewa dalam mengerjakannya.

Nak pakai tudung, bila-bila pun boleh, kat mana-mana pun tak de sapa nak larang, bukannya ada tempat kat Malaysia ni yang larang kita pakai tudung kan? Muslimat di negara-negara lain siap kene tarik tudung la, kene simbah air la dan ada yang siap mati sebab bertudung! Tapi 'muslimat' di Malaysia tak mahu ambil pengajaran, makin bukak dan bukak, fesyen kan?

Tahu tak, ikan salmon pun bersusah-susah dalam meneruskan hidupnya. Ikan ini sanggup melawan arus,berhadapan dengan beruang-beruang semata-mata untuk melunaskan tanggungjawab yang telah Allah tetapkan untuk mereka iaitu, membiak.



ikan ni siap sanggup lintas jalan kawan-kawan. Kita?? Ditimpa susah sikit sudah merungut-rungut.



Aduh, malu sungguh dengan ikan. Dia yang tak punya akal pun masih tak mahu ingkar dengan arahan Allah, kita yang diberi akal pula cepat-cepat patuh larangan, ingkari arahan. Malulah kita kalau tak tahu apa tujuan hidup sebab ikan pun tahu. Siapa sebenarnya manusia, siapa sebenarnya haiwan?

Kalau rasa malu nak buat baik, buang je jauh-jauh perasan TAK PATUT LANGSUNG TU, sebab sebenarnya majoriti makhluk yang ada kat alam ni semuanya ikut sunnah yang Allah dah tetapkan. Matahari, bulan, bintang, semuanya ikut cakap Allah. Pokok padi, pokok kelapa, pokok cili, senang kata semua pokok pun bertasbih-tasbih puji Allah. Haiwan, takyah cakap, semua lagi taat dari manusia. Jadi orang yang buat baik tu sebenarnya ada dalam kalangan majoriti, orang yang buat dosa tu yang minoriti, itupun mereka sempat lagi berlagak bagus! Dah rasa cukup kuat untuk menghadapi seksaan-seksaan yang Allah sediakan ke?

fikirlah diri, sebab kamu orang yang pertama akan diuji...

Isnin, 14 Februari 2011

uniknya cinta



Adakah kita perasan yang cinta umat islam itu unik?
Cinta pada orang yang tak pernah kita ketemu dan cinta itu hanya timbul apabila kita mendengar kisahnya.

Lebih hebat, orang yang kita cintai itu lebih dahulu mencintai kita walaupun ketika itu kita lambat lagi untuk wujud di muka bumi ini.

Dan cinta itu bertambah hebat apabila ketika ajal datang menjemput orang yang kita cintai, nama kita disebut-sebut.

Ummati, ummati,ummati

Masih tidak cukupkah bukti cinta Nabi pada kita.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Nabi kita tidak sabar-sabar hendak memberi syafaat pada kita di akhirat kelak, tapi kenapa kita di sini tak sabar-sabar nak buat dosa?

~Ya Allah, tambahkan rasa cintaku pada Rasul Mu~

Khamis, 3 Februari 2011

kepada yang berkenaan

sila baca dari kita
jzkk kepada si penulis yang amat dirindui
mohon menembak doa dari malaysia kepada sahabat2 di mesir terutama sahabat2 malaysia yang belajar di sana dan khusus buat muslimin yang memperjuangkan hak mereka.

di bawah hanya kepada yang berkenaan, tiada kaitan dengan orang yang tidak berkenaan :

report
1) staining (microbiology)
2) route of administration (pharmacology)
3) bmi (biochemistry)

buku
1) maza yakni
2) kitab tauhid

hafazan
1) hadis 1-20
2) juzu' 30

task
1) petunjuk sepanjang jalan
2) juzu' 6,7,8

quiz
1) microbiology
2) organic chem
3) pharm anal
4) biochem
5) pharmaco

masa kita tidak banyak saudari

Ahad, 30 Januari 2011

how?

'hello, saya ada hantar itu laptop untuk baiki, bila mau siap, dah 3 minggu ooo'

'ooo, itu laptop apa rosak'

'tak leh display la' (erkkk, nampak sgt si pekedai ni tak amik cara kat aku punye laptop, ntah brape lama dia nak simpan)

'lepas raya cina baru leh angkat' (laptop aku tak nak raya la)

isk2... abah kata laptop tu murah sbb tu cepat rosak.
tapi aku rasa sehinggit tu pun dah cukup mahal apatah lagi laptop yang mencecah ribuan ni kan, mana de murah, mahal je.

alhamdulillah ade lebihan laptop kat umah, jadi boleh la aku pinjam sekejap sebelum laptop aku keluar bengkel. terima kasih kepada yang memberi pinjam, rasa laptop pinjam ni dah macam aku punye....bagaimana???

-----------------------------------------------

cuti seminggu dah mula, tapi aku masih dalam bilik kat uia, konon taknak balik nak siapkan report bagai tapi setakat ni no progress.....bagaimana???

-----------------------------------------------

tetiba kereta tak leh stat....alhamdulillah tak mati time aku tgh drive, kalo tak..... bagaimana???

-----------------------------------------------

nak turunkan berat badan agar dapat mengelakkan dari penyakit-penyakit yang kronik di hari tua mahupun hari muda tapi masih makan dan makan dan terus makan.....bagaimana???

----------------------------------------------

nak maju dalam hidup tapi terus tidur, jadi...bagaimana???

---------------------------------------------

nak balik tapi baju masih basah....bagaimana???

-----------------------------------------------

tolong jawab tuk saya......bagaimana???

Sabtu, 29 Januari 2011

result vs process

Abah pesan,

"Kimah, sem depan naikkan pointer ye"

Aku hanya mampu tersenyum. Tapi aku tahu itulah harapan besar abah terhadapku. Masakan seorang ayah tidak mahu melihat anaknya berjaya. Maka untuk menggalakkan aku supaya berusaha, abah sambung lagi ayatnya,

"Nanti kalau kimah capai target, abah belikan yang baru untuk kimah."

Bila aku bersendirian mengenangkan kata-kata abah, aku terfikir, adakah aku ini terlalu manja sehinggakan abah terpaksa menjanjikan macam-macam untukku? Padahal, belajar itu memang sudah menjadi kewajipanku. Dan kewajipan itu tidak berhenti setakat 'belajar' sahaja tapi perlu disertai dengan 'usaha sehabis baik'.

--------------------------------------

Umat kita telah dijajah pemikirannya dalam segenap aspek hatta dalam kerja-kerja dakwah juga kita telah disuntik dengan jarum-jarum halus agar kita lari dalam ketika kita sedang mengejar redhoNya.

Kita diperkenalkan dengan sistem 'RESULT Oriented', maka apabila mad'u-mad'u kita menjauhi kita, kita jadi berang, bengang, dan yang paling parah kita berputus asa. Maka kerana hasil yang kita tidak nampak-nampak kita lari lebih jauh dari mad'u yang sebelum ini kita cuba hampiri. Maka syaitan pun meloncat-lancat gembira melihat 'kejayaan' kita yang berjaya mengikut telunjuk mereka.


Wahai diri, kenapa habuan dunia yang kau kejar, dan sebenarnya, habuan dunia yang macam mana engkau hendakkan? Tidakkah engkau perasan, jika engkau sabar dengan kerenah dunia ini, ganjaran yang lebih hebat Allah berikan. Biarlah habuan itu engkau tidak perolehi di dunia ini, tapi yakinlah ada benda yang maha hebat menantimu dan tidak sabar-sabar untuk menemui di sana nanti.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٣)
وَلَا تَقُولُواْ لِمَن يُقۡتَلُ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٲتُۢ‌ۚ بَلۡ أَحۡيَآءٌ۬ وَلَـٰكِن لَّا تَشۡعُرُونَ (١٥٤)
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٥) ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ (١٥٦)
أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ (١٥٧

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (153)
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (154)
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155)
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156)
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (157)


Oh diri, sematkanlah dalam fikiranmu bahawa 'PROCESS Oriented' jauuuuhhh lebih baik dari 'RESULT Oriented. Biarlah pada pandangan manusia kita kelihatan 'kalah' atau 'gagal' kerana Allah sebenarnya lebih melihat cara kita untuk mencapai sesuatu benda itu. Oh, bukan lebih melihat tapi Allah memang melihat itu sebenarnya kerana keputusan yang kita perolehi sesudah berusaha itu adalah kerja mutlak Allah, yang Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

Tukar, tukar, tukar. Tukar 'RESULT Oriented' menjadi 'PROCESS Oriented'
Dan lihatlah HASILNYA nanti.

------------------------------------------

Manfaatkan diri kita dengan menggunakan masa lapang ini sehabis baik.
Dan aku sudah mula jatuh cinta dengan bandar KUANTAN sehingga tidak pulang tatkala cuti mid semester sudah bermula.

\(^_^)/

~menulis dari kaki bukit~