TRY TO EXPLORE
Selasa, 26 April 2011
sembang cuti 1
tapi nak tak nak kita mesti laksanakan sebab sampai bila kita nak hidup senang-senang???
video ni tampar aku banyak kali,
aku tengah tangok tv, kawan-kawan kat negara bergolak sedang bertaruh nyawa...
dan semalam aku terpikir......
kenapa kita buat maksiat macam hari esok tak ada???
maksiat itu dosa, dosa itu maksiat...
tengok movie banyak2, dosa....
tengok korea, dosa....
tengok sinetron, dosa...
tido sampai siang pun dosa...
makan 24/7 sampai buncit pun dosa...
..........
--------------------------------------------------------
tak faham dengan isu politik negara
tak faham dengan isu umat islam di lain negara
tak faham.....
dan sampai bila pun takkan faham.....
kalo tak cuba nak faham
tak nak bukak mata untuk faham, sebab tak nak faham pun sebenarnya,
atau buat-buat nak faham, tapi malas sebenarnya nak faham.....
jadi katak (dalam rumah) mungkin menyebabkan kita lebih bangga dari jadi helang yang terbang tinggi untuk lihat apa yang jadi dekat bahagian bawahnya.....
Rabu, 13 April 2011
nak balik
Jauhnya 45 minit je dari rumah, tapi disebabkan asrama penuh maka tak boleh la nak balik sesuka hati. Seminggu dua, ok lagi, bila dah start belajar, ada exam, aku dah mula 'hujan'. Alhamdulillah aku dapat bertahan itupun lepas abah cakap :
"Kimah, nanti tiap-tiap minggu abah n emok akan datang."
Maka setiap minggu aku akan telepon abah, "Abah, minggu ni abah nak datang hari apa???"
Tapi aku selalu je balik, balik wajib atau pun balik atas alasan yang macam-macam sambil buat muka sedih kat warden.. Itu macam kerja sampingan aku kat sana.
kira-kira, mungkin 3 minggu sekali mesti aku akan balik rumah......
tutup cerita.
--------------------------------------------------
di Kuala Kubu Baru,
Walaupun perjalanan ambil masa 1 jam setengah dengan menaiki kereta dan jika naik komuter mmg 3-4 jam ++, aku menganggap Kajang - KKB adalah DEKAT. Alasan, sebab KKB masih di Selangor. DEKAT maksudnya kalau boleh balik minggu ni, aku akan balik.
Penyakit ni bertambah-tambah bila abang aku kat Ipoh tepon :
"Kimah nak balik tak?? Nanti Bang Min amik ko ye"
huuuu macam orang mengantuk disorongkan bantal le kan......maka balik dan balik walaupun abang datang amik kul 1 pagi hari sabtu.
Maka dengan rasminya, bila dikira-kira, 2 minggu mesti ziarah rumah.
tutup cerita
-------------------------------------------------------------
CFS Petaling Jaya...
Nama pun kat Petaling Jaya, naik kereta bawak 120km/sejam mmg setengah jam pun boleh sampai. Naik komuter...... takyah2 buang masa je, naik kereta lagi best.
Penyakit yang tadi tahap acute dah jadi chronic. Bila datang hari jumaat, aku hilang dari bilik. Kalau tetiba ada kat bilik minggu tu, lebih kurang macam rezeki untuk roomate la sebab boleh tengok aku kat bilik.
"Hari minggu bukan untuk berada di bilik tapi hari untuk ada di rumah.."
-ntah sape bagi slogon ni, jangan tanya.-
ohh lupa nak bagitau yang kakak aku kerje kat PJ, maka, telepon je dia kalau nak pulang. MUDAH.
tutup cerita
-------------------------------------------------------------------
"Kimah nak duduk sana berapa lama pun abah tak kisah. Abah tak boleh duduk lama2 sebab ada banyak kerja kat sini."
"Kimah nak duduk sebulan boleh???"
"Ok"
Wah, macam kera dapat bunga, abah macam tau-tau je apa yang aku pikir bila dah cuti lama sebelum masuk UIA Kuantan. Maka, itulah masa yang paling lama aku tak balik rumah, SEBULAN.
Tapi sebulan tu sangat2 best. - Travel sorang-sorang-rasa macam dewasa sangat-rasa macam dah diberi kepercayaan oleh emok n abah 100%-rasa berdikari-rasa yakin dengan diri walaupun sebenarnya takut-takut-rasa subhanallah best betul nikmat yang Allah bagi ni.
Dan sebulan tu bertambah best bila tiba-tiba emok call n cakap :
"Emok tak boleh tidur tadi, asyik ingatkan Kimah. Berbakul-bakul emok doa biar Kimah selamat"
~aku senyum sampai telinga bila ingat ayat ni, rupa-rupanya walaupun dah diberi pelepasan, hari-hari yang aku lalui tu sebenarnya diiringi doa dan rasa rindu~
(ok-ni-perasan-tahap-tak-tau-nak-kata-sebab-emak-mestila-doa-untuk-semua-anak-anak-lagi-lagi-kalau-anak-perempuan-yang-jalan-sorang-sorang-kat-tempat-baru-ok-sila-berenti-perasan)
SEBULAN
tutup cerita
--------------------------------------------------------
Tulisan ini sebenarnya nak bagitau yang aku ni memang kaki balik, jadi tak heran la nape aku belajar kat malaysia je, tak terbang jauh-jauh (ok-macam-la-layak-kan).
Tapi sebenarnya rekod sebulan kat atas tuh macam sudah dipecah semenjak duduk kat UIA Kuantan ni. Lagi-lagi bila minggu exam ni, aku telah diharamkan balik!!!
Aku cuma perlukan perkataan "boleh balik" dari emok tapi emok kata "tak payah la balik, belajar kat sana elok-elok"
Akibatnya, semalam orang sibuk baca microb yang banyak tahap tak hingat (padahal-baca-last-minit) aku sibuk berangan ada kat umah tengah duduk2, sembang2 ngan emok, kak nurul n ain.
~balik la~
---------------------------------------------------------------------
Tapi aku tak 'hujan' walaupun dah lebih SEBULAN. Dewasa kan, mana boleh 'ribut-ribut' nanti tak cool.
Dan yang lebih penting nak berjaya mana boleh MANJA!!!
....................................................
4subjek1paper-silajangangunam16-
Ahad, 3 April 2011
~_~
Palestina Memanggil by Shoutul Harakah
Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsa tercinta
Kami akan berjuang
Demi kebangkitan islam
Kami rela berkorban
Demi islam yang mulia
Untukmu Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu Al-Aqsa yang mulia
Kamikan terus bersamamu
Ya Rabbi izinkanlah kami
Berjihad di PalestinaMu
Ya Allah masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhada’Mu
Written by Hakimah in Musolla KOP on Sunday, 4/3/11 at 11.09pm while reading Biochemistry..
My jihad only with pen and papers… is that enough???
-------------------------------------------------------
Mengharapkan orang lain yang akan menegur si pembuat maksiat memang betul-betul perbuatan yang sia-sia. Ini kerana kita yang melihat dahulu maksiat itu berlaku, kenapa kita tak mahu mengutip pahala yang Allah nak beri pada si pemberi nasihat a.k.a. orang yang mencegah kemungkaran?? Takut pada manusia mungkin lebih besar dalam diri kita dari takut pada Allah. Mulut berbuih-buih kata ‘Aku takut pada Allah’ padahal tak takut pun sebenarnya. Rupa-rupanya kita belum cukup yakin dengan azab Allah dalam keyakinan yang ada.
Siapa lagi yang hendak meniupkan roh islam jika bukan si sedar yang telah disedarkan. Nak harapkan orang yang tidur bangunkan orang lain yang juga sedang tidurkah???
Amanah yang besar itu takkan dianggap terlaksana selagi kita sekadar menulis dan terus menulis tanpa cuba mendekati orang di sekeliling kita. Walau payah untuk mengeluarkan perkataan pertama tapi itu jauh lebih nikmat daripada menulis dengan perkataan yang sedap dibaca padahal hakikatnya tiada siapa pun yang baca!
“AKU MEMANG BETUL-BETUL TELAH DI’KIJANG’KAN OLEH SUASANA DI SEKELILINGKU.”
“AKU ANAK SINGA YANG KETAKUTAN YANG BETUL-BETUL BERLAWANAN DENGAN FITRAHNYA YANG BERANI.”
--------------------------------------------------------------------------
Bagusnyalah kalau aku dapat bersengkang mata untuk qiam seperti aku bersengkang mata nak habiskan baca nota-nota nih………….
Bagusnyalah kalau aku takut mati yang boleh datang bila-bila masa macam aku takut nak exam nih……..
p/s : hai kawan yang telah bertekad bersama ku untuk ‘ber______’ akhir 2nd year, saya ada perancangan baik punya untuk aktiviti df kita.. saya rindu giler kat awak.. Kejam lah exam ni kan??? Kalaulah awak baca benda ni, mesej la saya tau! (kenapa saya tak terus mesej awak je kan?? Ni namanya mengada-ngada tahap tak hingat)… pastikan awak sedar yang saya sedang bercakap dengan awak, kalau tak penatlah saya tulis nih :(
~_~ = tak tahu nak tulis tajuk apa
Ahad, 27 Mac 2011
realiti dan ilusi
Yahudi itu sifatnya takabbur, dendam dengan orang beriman dan penakut kerana hanya mampu menyerang di sebalik tembok..
Dan kita lihat bahawa apa yang diceritakan pada kita tentang mereka adalah realiti yang berlaku pada masa kini...
Dan apabila ditadabbur kandungan Al Quran, Nasrani (Kristian) juga adalah bangsa yang realiti.
Bagaimana pula kita, UMAT ISLAM???
Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.
Persoalan untuk diri....adakah kita seperti yang digambarkan???
Maka, tidak heran jika kita melihat saban hari umat islam diinjak-injak seperti binatang oleh si realiti..
Kerana sunnatullah telah menunujukkan realiti itu sentiasa mengalahkan ilusi
Aduh diri, bagaimana mungkin kamu mengharapkan islam tertegak di bumi ini, Palestin menjadi milik kamu kembali jika akhlakmu itu tidak kamu perbaiki.
Selagi diri ini tidak diubah seperti acuan yang sebenar, maka bukalah mata dan lihat satu demi satu kejatuhan, kehinaan yang akan menimpa kita....
Tidak cukup lagikah diperkotak-katik oleh si realiti wahai diri??
Tidak sedarkah kamu bahawa dengan sifatmu itu, saudaramu pula yang menerima tempiasnya....


Isnin, 7 Mac 2011
semut
Haha tak patut tul salahkan tangan, otak juga yang kawal..dush2x
Seronok juga jadi berani macam sang semut. Walaupun di hadapannya ada makhluk besar bernama manusia, dia tetap tekap dan berani merentasi pelbagai halangan untuk sampai ke destinasi yang dituju. Bahaya letak saja di tepi.
Contoh paling ketara ialah semut di bilik aku ni. Ada dia kisah aku wujud ke tak dalam bilik? Dia memang tak kisah. Buktinya, sedang aku membaca notes di atas meja, dia dengan selamba bersiar-siar di atas tulisan-tulisan itu. Ala-ala makan angin gitu.
Memang aku tak berminat pun nak belajar pasal semut ni walaupun dia rela menyerah diri padaku. Lain la kalo mycoplasma ke, polioviruses ke, mycobacterium tuberculosis ke, haaa yang itu aku memang minat la nak kaji (leh caya ke ni ecah..haha tetiba je kuar nama kawan ni kan).
Dia tak tahu ke aku punya tangan ni amat ringan untuk 'memenyeknya' (ada ke perkataan ni?). Aah, dia memang tak kisah la. Walaupun kawan-kawannya telah ku tamatkan riwayat, masih ada sang semut yang tak ambil pengajaran. Masih mahu guna 'short cut'.
Berani kan mereka ni. Kitorong (aku dan roomates) membuat kesimpulan yang semut ni suka buat adegan berani mati. Dekat dalam kettle pun dia nak masuk jugak, tak sedar diri tu kecil, kalo masuk air kan lemas. Senang cakap, semut zaman sekarang memang kuat la. Tak main la, jalan-jalan kat gula je, itu zaman tok nenek je, sekarang zaman menuju wawasan 2020, kene la jalan-jalan kat icing, jem, kordial sarsi, baru ada class. (kimah sedang merepek).
__________________________________________________________
cuba kita baca Surah An-Naml ayat 18-19.
(18) Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut : Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedang mereka tidak menyedari.
(19) Maka dia (Nabi Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa, " Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhoi; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.
________________________________________________
1st time baca ayat ni, aku pun tersenyum. Rasa ayat ni sangat menarik atau perkataan budak-budak, 'comel'nya.
Seorang nabi yang tugasnya jauh lebih berat dari kita manusia biasa pun ambil berat mengenai semut. Kelebihan yang Allah bagi pada baginda tidak disia-siakan malah di ambil sebagai amanah yang perlu dijaga. Walaupun semut itu hanya serangga kecil yang pada kita hanya merimaskan, tapi Nabi Sulaiman tetap jaga haknya. Bila di dengar rintihan sang semut, Nabi Sulaiman menyuruh angkatan tenteranya untuk tidak melalui kawasan itu. Maka selamatlah sang semut dan kawan-kawannya.
Subhanallah, sabarnya Nabi Allah Sulaiman. Kita ni (aku la) pantang nampak semut, ada je la cara nak buat biar semut tu mati. Rimas la, apa la. Baca Al Quran tapi tak ambil pengajaran. Bangga sangat jadi manusia, sang semut tu, namanya ada dalam Al Quran, dia tak sombong pun, Kimah!
Aduh, tolong la berlaku comel pada semut........
Selasa, 15 Februari 2011
Ikan Salmon
Seorang muallaf sanggup dibuang keluarga, berlapar, dihina, dicaci semata-mata untuk kembali kepada fitrah tapi kita tak pernah pula lapar untuk islam. Lebih tragis, jika pergi ceramah-ceramah agama, kita makin kenyang sebab banyaknya kudapan yang urusetia hidangkan!
Nak solat, tiada siapa pun boleh larang, malah tiada pun yang nak pukul. Masjid dan surau pun merata-rata ada tapi masih ramai yang sambil lewa dalam mengerjakannya.
Nak pakai tudung, bila-bila pun boleh, kat mana-mana pun tak de sapa nak larang, bukannya ada tempat kat Malaysia ni yang larang kita pakai tudung kan? Muslimat di negara-negara lain siap kene tarik tudung la, kene simbah air la dan ada yang siap mati sebab bertudung! Tapi 'muslimat' di Malaysia tak mahu ambil pengajaran, makin bukak dan bukak, fesyen kan?
Tahu tak, ikan salmon pun bersusah-susah dalam meneruskan hidupnya. Ikan ini sanggup melawan arus,berhadapan dengan beruang-beruang semata-mata untuk melunaskan tanggungjawab yang telah Allah tetapkan untuk mereka iaitu, membiak.
ikan ni siap sanggup lintas jalan kawan-kawan. Kita?? Ditimpa susah sikit sudah merungut-rungut.
Aduh, malu sungguh dengan ikan. Dia yang tak punya akal pun masih tak mahu ingkar dengan arahan Allah, kita yang diberi akal pula cepat-cepat patuh larangan, ingkari arahan. Malulah kita kalau tak tahu apa tujuan hidup sebab ikan pun tahu. Siapa sebenarnya manusia, siapa sebenarnya haiwan?
Kalau rasa malu nak buat baik, buang je jauh-jauh perasan TAK PATUT LANGSUNG TU, sebab sebenarnya majoriti makhluk yang ada kat alam ni semuanya ikut sunnah yang Allah dah tetapkan. Matahari, bulan, bintang, semuanya ikut cakap Allah. Pokok padi, pokok kelapa, pokok cili, senang kata semua pokok pun bertasbih-tasbih puji Allah. Haiwan, takyah cakap, semua lagi taat dari manusia. Jadi orang yang buat baik tu sebenarnya ada dalam kalangan majoriti, orang yang buat dosa tu yang minoriti, itupun mereka sempat lagi berlagak bagus! Dah rasa cukup kuat untuk menghadapi seksaan-seksaan yang Allah sediakan ke?
fikirlah diri, sebab kamu orang yang pertama akan diuji...
Isnin, 14 Februari 2011
uniknya cinta
Adakah kita perasan yang cinta umat islam itu unik?
Cinta pada orang yang tak pernah kita ketemu dan cinta itu hanya timbul apabila kita mendengar kisahnya.
Lebih hebat, orang yang kita cintai itu lebih dahulu mencintai kita walaupun ketika itu kita lambat lagi untuk wujud di muka bumi ini.
Dan cinta itu bertambah hebat apabila ketika ajal datang menjemput orang yang kita cintai, nama kita disebut-sebut.
Ummati, ummati,ummati
Masih tidak cukupkah bukti cinta Nabi pada kita.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Nabi kita tidak sabar-sabar hendak memberi syafaat pada kita di akhirat kelak, tapi kenapa kita di sini tak sabar-sabar nak buat dosa?
~Ya Allah, tambahkan rasa cintaku pada Rasul Mu~
