TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Sabtu, 20 November 2010

Emat's Engagement Day

semoga cepat kahwin n sila kerje kuat2 supaya boleh sponsor kimah plak
[ ok dia takkan baca statement ni :( ]


walaupun ada darah kelantan skit, ktorg baru tau kalo tunang dgn org kelantan, lelaki pun dapat cincin, jadi terpaksa la pakcik emat pakai baju lawa2,abang2 sebelum ni mana dapat cincin :D (klaka ye sebenarnya).

sweet kan... nak tempah?? boleh tgk blog ni guladanmentega, kakak ni mmg hebat bab men'deco' cakes or cupcakes.


plum


ni original dari kelantan (gomo kelate gomo, uih tiada motif), sebab emok je orang kelantan pure, jadi emok je makan :)
namanya.....ohh jala emas kot (dah lupa)
n agak manis ye

p/s : kerje rumah dari cik ijat belum diselesaikan, huhu (cuti kali ni sy kerje tau, jd sibuk la skit :D )




Rabu, 10 November 2010

MASA

Ada dua nikmat yang ramai orang tertipu oleh keduanya; iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.” [Hadis riwayat Bukhari]

Musim exam memang memenatkan bagi pelajar yang tidak konsisten dalam mengulang kaji pelajaran. Lagi-lagi jika jadual exam itu diklasifikasikan sebagai 'kejam' yakni tiada jarak hari antara satu subjek dengan subjek yang lain dan lebih 'zalim' pabila ada 2 exam dalam masa sehari. Tidak tidur malam, minum nescafe bercawan-cawan sudah menjadi kebiasaan bila exam menjengah dan bermula episod merungut-rungut seperti :

aku rasa tak de life la, asyik belajar je, otak tepu ni.

tak sempat nak baca buku teks, sempat baca notes je, membazir je beli.


macam ni ke kehidupan sebagai seorang pelajar, macam mana nak tahu dunia luar kalau examnya jadual 'kejam' macam ni

tak sempat tau nak mengaji sebab asyik baca buku je, solat pun buat yang fardhu je.

kesian otak kita kan, tak leh nak berehat pun, asyik kene kerja je, pensyarah ingat kita apa? robot?

Ironinya, bila exam tiada, sempat pula kita untuk bersembang-sembang, tengok cerita kat laptop, tidur sampai 8-10 jam, dan lebih hebat bila kita cakap "eee, bosan la hidup kat u ni, tak de aktiviti langsung". huh. Manusia. Dan aku lah manusia itu.

Persoalannya siapa yang zalim sebenarnya kita atau pembuat jadual exam?

Situasi di atas telah mengalami proses normalisasi dalam kehidupan kita. Bahaya? Tanya diri kita sendiri, apa sebenarnya tujuan kita belajar, sama ada untuk mengikut manusia lain yang telah diprogramkan dengan seribu satu objektif untuk hidup senang di dunia atau untuk menjadi hamba bagi mencapai satu objektif luar dari dunia.

Masa itu ibarat emas bak kata pepatah Melayu, manakala si Arab pula berkata masa itu ibarat pedang. Masa. Masa. Masa.

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)
(Surah Al-Asr (103), 1-3)

"Time can't be managed, time is uncontrollable. We can only manage ourselves and our use of time. Time management is actually self management."
-Mdm Rohani, Islamic Input in Pharmacy-

Dan satu rumus yang perlu kita ambil berat, lebih-lebih lagi sebagai pemuda dan sebagai muslim ialah :

Pemuda + Waktu Lapang = Awal Maksiat

Disebabkan aku juga antara yang tergolong dalam golongan di atas, dan aku tersedar dan mungkin akan lupa kembali, maka nasihat dari sahabat pabila diri ini lalai amat-amat diharapkan. Perlu diingat bahawa manusia yang memberi nasihat itu lebih awal diuji dari yang lain dan perlu diingat bahawa Allah sangat murka pada siapa yang berkata-kata tapi tidak bergerak untuk melakukannya.

Ambil waktu sejenak untuk merancang cuti yang akan datang. Moga bermanfaat pada kita dan orang lain. Hidup ini bukan sorang-sorang tapi ramai-ramai. Bersiap sedia untuk berubah. Moga dipermudah Allah.

Jangan lupa doa.


~Rehat minda~
Bila kita suka jadi orang malas maka
dan akibatnya, ni la


~harithun 'ala waqtihi~

tepon dan doa


saya anak manja, awak tak ke? kesian..

Boleh kate setiap kali nak pergi exam hall or sebelum keluar bilik, aku akan tepon mok dulu (sedih kalo ter'miss' tepon)

"kimah exam kejap lagi, mok doakan ye, kimah tak habis baca lagi ni."

"i.Allah mok doakan, pukul brapa exam? biasa la tak habis baca."

(erkkk tak biasa kalo tak habis baca, tapi emok akan cakap camtu sebab nak senangkan hati aku)


pernah satu hari lepas exam :

"mok, susah sangat exam tadi, jawab ntah ape-ape, pastu kimah boleh plak ingat exam 2 jam, tetiba cikgu cakap lagi 15 minit je, mulalah kelam kabut jawab."

"emm, kurang doa tu."
(erk tergigit aku dibuatnya, memang makan dalam ni)

"emm, mok doakan kimah ye, kirim salam kat semua."

huhu sedihnya tulis entri ni sebab rasa nak pegi peluk mok sekarang jugak tapi tak boleh la kan.

p/s :
1) dalam kita sibuk2 minta orang doakan kita, kita rupanya yang kurang berdoa...haishh...istighfar please

2) walau tengah gelabah macam mana pun, bile tepon ibu or ayah kita, dada akan jadi lapang tetiba. Subhanallah. ni la dinamakan rahmat Allah kan

3) emok tu panggilan aku dan adik beradik kepada emak/ummi/ibu kitorang.
walaupun korang rasa bunyi tu pelik, tapi kitorang suka tau,
itu panggilan manja kitorang, so jangan nak pertikai plak (cam marah je bunyinya....memang)

emok, kimah sayang emok sangat-sangat (~_~) sob2

Sabtu, 23 Oktober 2010

sila pandang belakang

Assalamualaikum
Perkongsian daripada seorang sister dalam satu pertemuan yang i.Allah diberkati Allah.

Beliau bercerita mengenai seorang sahabat Rasulullah.
Namanya Abu Zhar Al Ghifari.

Abu Zhar antara sahabat yang terawal masuk islam tapi beliau bukan berasal dari Mekah. Jadi apabila beliau tahu mengenai agama islam yang dibawa Rasulullah, beliau terus pergi berjumpa baginda kerana ingin tahu apakah sebenarnya yang baginda sebarkan.

Dan ketika itu Rasulullah cuma menerangkan mengenai kalimah syahadah sahaja yakni bersaksi bahawa Allah itu satu dan Rasulullah adalah rasul Allah. Cuma itu sahaja yang diterangkan Rasulullah kepada Abu Zhar, Rasulullah tidak bercerita mengenai solat, puasa, zakat, haji atau hukum hudud sebab masa itu berapa sangat la ayat Al-Quran yang telah diwahyukan kepada baginda.

Tapi, tahu tak apa reaksi Abu Zhar??

Beliau berkata, "Rasululla,h aku perlu sampaikan kebenaran mengenai agama ini"
Tapi Rasulullah larang sebab ketika itu dakwah Rasulullah masih dalam keadaan sulit, tapi malang, Abu Zhar degil, beliau tidak mahu dengar nasihat Rasulullah. Maka, dengan beraninya beliau pergi bercerita mengenai keEsaan Allah di kota Makah.

Disebabkan Abu Zhar ini bukan orang Makah, dan bercerita pula mengenai perkara yang bertentangan dengan kepercayaan orang Makah ketika itu, jadi beliau dibelasah, dipukul, ditumbuk dan macam-macam lagi cara beliau disakitkan oleh kaum kafir Quraisy.

tapi Abu Zhar putus asa ke???

Abu Zhar masih degil, beliau tetap teruskan dakwah kerana keyakinan yang tinggi terhadap kalimah syahadah yang didengarnya dari Rasulullah. Dan perkara sama tetap berlaku, beliau tetap disakitkan.

Kerana kejadian itu, Rasulullah pun memberi strategi yang lebih mantap kepada beliau. Rasulullah tahu yang Abu Zhar tetap akan menyampaikan kebenaran walau apa yang terjadi maka Rasulullah memerintahkan beliau supaya menyampaikan islam di kampungnya sendiri. Abu Zhar akur kerana ketaatan kepada Rasulnya.

-----------------------------------------------

Masa pun berlalu dan berlalu dan pada suatu hari, Abu Zhar berjumpa lagi dengan Rasulullah
kenapa ya???
beliau dibelasah juga ke di kampung halaman??

Mengikut cerita sister itu, sekadar mengambarkan apa yang berlaku kepada Abu Zhar,
Abu Zhar berkata : Rasulullah lihat di belakangku, aku telah mengislam satu kampungku.
Subhanallah.

Ketika ini kita bukan sahaja tahu kalimah syahadah malah kita ada satu Al-Quran. Lengkap dengan segala-segalanya dan malah kita yakin bahawa Al-Quran itu benar, jika kita mengikuti segala apa yang ada di dalamnya pasti hidup kita ini selamat. Selamat dunia dan akhirat.

Tapi, andaikata di akhirat kelak, tatkala kita berjumpa Rasulullah, dan berkata-kata dengan baginda,
" Rasulullah, lihat la di belakangku, ....................................."

Oh, apa yang ada di belakang kita?
kalau Abu Zhar ada sependuduk kampung yang telah islam di belakangnya,
di belakang kita ada apa??
ada apa ya??

padahal kita ada Al-Quran
dan Abu Zhar hanya ada kalimah syahadah.
tapi apa yang mahu kita tunjukkan kepada Rasulullah??

Kesimpulannya, selalu-selalulah pandang belakang.
walaupun cerita melayu kata "jangan pandang belakang"
ohh, jika betullah di belakang kita ada hantu, itu lebih bagus bukan,
kerana tugas kita adalah untuk memanusiakan hantu itu.
sekurang-kurangnya, kita ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada Rasul kita, I.Allah.

~shahadatul haq~

Isnin, 18 Oktober 2010

tetamu istimewa

Di kala semua sahabat pharmacy sedang membaca pharmacy practice untuk kuiz esok, aku didatangi tetamu yang paling aku sayangi. Emok dan Abah :) :) :) :) :) :) :) :) :) :). Hurmmm rasa macam nak letak gambar smiley ni satu page kot. Memang sangat suka + gembira yang tak terkata walaupun minggu lepas baru je balik rumah. Itulah antara salah satu nikmat yang terbesar Allah kurniakan pada hambanya, yakni nikmat kasih sayang antara sang anak dengan ibu dan ayahnya.

Oh, lagi gembira sebab aku je ade bersama emok n abah. No Adik Ain.kuikuikui (kalo dia baca ni, mesti dia jelous habis la, mana tak nye, ktorg memang selalu bertanding siapakah anak kesayangan. Hahahaha. Takde keje). Oh, Ain sebenarnya dapat menghidu keseronokan aku walaupun dia jauh di Kajang sebab tetiba je, lepas aku habis makan, dia telefon Abah. Ish, memang nak kene budak ni ~__~

Oh, seronok jugak sebab Abah ajak makan ikan bakar di Tanjung Lumpur. Memang terbaik la. Alhamdulillah, nikmat Allah itu kan sangat banyak dan luas.

“Emok, doakan Kimah ya, esok, hari Jumaat, minggu depan, Kimah ada kuiz n exam.”

“Insya Allah, tiap2 hari mok doa, pagi petang siang malam.”

“Kimah target lulus je, tak dapat A pun takpe, carry mark sikit sgt.”

“Eh, kenapa pulak? Orang kene target A.”

Dan aku …………………

“Allah kan ada. Kene berbaik sangka dengan Allah. Husnu zhon. Kalau markah penuh ialah 100% maka kita kene letakkan harapan untuk dapat 100%, barulah adil, kalau letak target bawah dari itu, kita bersikap tidak adil pada diri kita.”

Dan aku ………………..

“Insya Allah”

Memang sifat ibu itu menyenangkan hati anaknya ketika gembira, sedih, gelisah, putus harap dan kecewa. Subhanallah, memang patut ibu itu diberi tempat yang tinggi di mata Allah kerana ibu, memang menyejukkan dan mententeramkan. Subhanallah. Subhanallah.

Dan aku, PERLU BERLAKU ADIL PADA DIRI. Lupa pulak yang memberi kejayaan itu Allah bukan usaha kita. Tapi sunnatullah, jika orang itu berusaha mesti kejayaan jadi miliknya. Jika malas, tido, asyik update blog je, memang la markah sikit kan. Allah Maha Adil. Jadi kita pun kene adil dengan diri, boleh mengharap tapi biar selaras dengan usaha.

“Imam Mailk kata, hidup akan bahagia kalau kita ada 4 perkara. Rumah yang besar. Kenderaan yang laju. Pakaian yang cantik. Lampu yang terang.”

“Eh, pelik je bunyinya. Imam Malik ke yang cakap camtu, Mok?”

“Ya. Imam Malik.”

Terpinga-pinga aku dibuatnya.

Oh, ada sambungan rupanya,

Rumah yang besar = sifat sabar atas segala yang terjadi.

Kenderaan yang laju = akal yang cergas dan sentisa berfikir.

Pakaian yang cantik = akhlak yang baik semasa bergaul dengan manusia seluruhnya.

Lampu yang terang = aqidah kita terhadap Allah dan rasulnya.

“Kalau orang yang fikir dunia saja, pasti dia ambil kata-kata Imam Malik yang asal tanpa tahu yang tersirat.”

“Rugilah dia kalau tak fikir di sebaliknya.”

Best sangat kalau dapat tazkirah dari emok. :)

Bila kita besar, ibulah sahabat yang paling best.

~Pharmacy Practice menyeru-nyeru namaku. “Tolong tunaikan hak saya dan hak awak juga,” katanya.

Ohh ok Pharm Prec, I’m on my way.

Khamis, 7 Oktober 2010

iium 2


makin BESAR diri ini, makin banyak tanggungjawab yang terpikul
tapi mana mungkin kita boleh bercakap "aku tak nak la"
dan mana mungkin kita boleh lari darinya,
sebab tanggungjawab itulah yang melengkapkan diri kita.....

tanpa tanggungjawab, kita akan leka,
tanpa tanggungjawab, hidup ini hambar, tak berperisa,
senang kata "tak adventurous la".....

tapi kadang2 kita tak nak pikul tanggungjawab itu kerana takut dimusuhi orang,
takut kesenangan hilang, takut itu, takut ini, takut, takut, takut.....

maka jadilah kita orang yang pengecut,
kecut pada cabaran dan mehnah,
padahal kita pernah bersumpah,
yang "aku nak jadi khalifah"!!!!!

_________________________

~memang betul cakap orang, kalau kita nak jadi baik,
kenalah berkawan dengan sahabat yang baik~

"sepatutnya jalan untuk pejalan kaki ini lebih besar dari jalan orang yang bawak kereta."

"kimah, jangan kufur nikmat la"

Aku tersentak, dah lama tak jalan dengan kawan ku itu. Selalu kalo aku mengadu kene berjalan dari KOP (kulliyyah of pharmacy) ke mahallah, ada je orang yang menambah-nambah, menjadikan aku lebih rancak menyenaraikan segala kekurangan yang ada di uia kuantan.

Perkataan 'kufur nikmat' itu cukup terkesan di hati. Sudah lama rupanya diri ini dihanyutkan dengan lambakan nikmat sampai tak tahu nak beza mana manfaat mana mudarat.

Dan memang benar dalam proses tazkiyatun nafs (penyucian jiwa), selain banyaknya kita berdoa dan bersungguh dalam melakukan ibadat, sahabat yang soleh jangan ditinggaL. Jika rasa tak nak jadi budak baik lagi sekalipun, jangan ditinggal kawan yang baik ini. Sekurang-kurangnya, dengan melihat kebaikannya, ingatan kita pada Allah akan datang menjengah atau paling minima, kita jadi malu dengan diri kita sendiri.

_________________________

Menggantikan 'mid semester exam' dengan kuiz memang sesuatu yang bagus. Paling kurang, wujudnya budaya "belajar berterusan" dalam kamus pelajar farmasi uia. Tiadalah lagi istilah belajar bila nak exam sahaja, walaupun hakikatnya, aku masih belajar bila nak kuiz je, haha.
Tapi kuiz n exam lain kan?? Dan untuk mengukuhkan alasan ini, kuiz jaraknya dekat2!! Jadi betullah aku selalu belajar!! :p

Pelajar tahun 1 (yup, aku baru 1st year), selalu sebut
"kitorang sibuk giler."

Dan senior selalu kata
"baru 1st year 1st sem, nanti dah masuk 2nd, 3rd, 4th year, lagi sibuk, visit tiap2 minggu, dengan lab report yang berlambak, kuiz yang sentiasa ada n bla, bla, bla."

Wah, ada aku kisah! (hahaha). Memang aku kisah sebenarnya. Tahu, tahun2 mendatang akan jadi lebih, super, superb sibuk tapi lumrah la kan. Kata nak jadi '7 STAR PHARMACIST'. Kene la kuat n bersemangat waja selalu. Kalau malas2, boleh terjebak dengan 'medication errors' masa bagi ubat kat pesakit tau! Zalim namanya, tak gitu cik kimah!! Dalam nada pasrah, aku terpaksa akur bahawa ada benarnya apa yang dikatakan oleh para senior tentang kesibukan mereka. Terima kasih atas nasihat tak langsung itu. Tolong bagi nasihat lagi ye....

__________________

Di waktu pagi yang indah, aku dan Bib berjalan keluar dengan riang dan girangnya dari lift KOP. Level 2 KOP adalah level kami berdua, sebab ramai kawan2 masuk auditorium dari pintu di level 1. Pagi itu, suasana sedikit berbeza, ada seorang lelaki(tak tahulah student or staff), dan 2 ekor beruk bersama kami berdua di level 2. Bagus la semua dua-dua, lelaki tu je sorang.

Aku kagum sebab lelaki tu siap bawak kamera yang mahal tu (ntah apa namanya). Macam dia tahu2 je beruk tu nak datang visit KOP hari tu. Ohh, hebat2, sentiasa nak merakamkan gambar2 yang menarik yang terjadi di sekeliling dia, agaknya.

Tapi, pengalaman dia tak sehebat kami. Walaupun kami buat2 tak pandang kat beruk tu, tapi beruk tu tetap terpikat ngan kami. Maka apabila Bib cakap "Kimah, beruk tu macam ikut kita je." Aku kata "tak lah, mana ada." sambil mata pandang kat belakang. Alhamdulillah, beruk itu memang sedang mengorak langkah untuk mendekati kami. Maka bermulalah acara marathon antara Kimah, Bib, dan 2 beruk. Dan, Alhamdulillah, Allah Maha Besar, masih sayang pada kami berdua. Kami menang dalam acara larian itu. :D

Maka, tanggungjawab kita adalah menguatkan stamina (Qawiyul jism) agar masalah yang kecil itu, gampang sekali diselesaikan.....

~_~

iium (2) :- tanggungjawab, sahabat, farmasi dan monkey :D

Ahad, 3 Oktober 2010

tahukah anda?


assalamualaikum

tahukah anda bahawa islam itu agama yang syumul??
ya, ya, sudah pasti ramai di antara kita sudah mentelaah sifat2 islam di sekolah.

maka, tahukah anda bahawa pemakanan juga turut disentuh secara terperinci dalam islam kerana sifatnya yang menyeluruh itu??
ya, ya, sudah pasti kita tahu kerana masyarakat kita sering digegarkan dengan isu halal dan haram.

tetapi tahukah anda bahawa ubat yang anda makan ketika sakit juga perlu daripada sumber yang halal??
ya, ya, sudah pasti kita tahu bahawa ubat juga perlu dari sumber yang halal.

tetapi pernahkah anda bertanya kepada doktor bahawa ubat yang diberi adalah ubat yang halal??
atau anda meletakkan kepercayaan kepada doktor 110% sehingga apa sahaja yang diberinya anda telan dan hadam??

atau anda tahu ubat itu diperbuat daripada sumber yang haram tapi anda tetap mengambilnya
dengan alasan "saya berada dalam keadaan darurat" ??
darurat?? adakah anda akan mati ketika itu juga kalau anda tidak mengambil ubat tersebut??
atau darurat itu maksudnya anda malas nak cari alternatif yang lain??

tapi, tapi dan tapi
tahukah anda bahawa 70% daripada pharmaceutical produk yakni ubat adalah tidak diketahui status halal atau haramnya??
tahu kenapa peratusannya begitu banyak??
kerana malaysia lebih banyak mengimport ubat dari menghasilkannya sendiri.
dan import pula dari negara barat.

jadi, tahukah anda bahawa negara barat kebanyakkannya bukan islam??
maka bolehkah anda yakin bahawa ubat yang diproses itu dari sumber yang halal??

jika bukan dari babi sekali pun, adakah binatang itu disembelih mengikut apa yang syariat tetapkan atau adakah mesin pembuat ubat itu tidak pernah bercampur dengan mana2 benda yang haram??
jadi, jika anda adalah pembeli setia vitamin atau supplement yang diimport dari luar negara, adakah anda masih mengklasifikasikan diri anda sebagai 'darurat'??

jadi, jika anda tidak tahu, ambillah tahu,

bahawa anda boleh bertanya kepada doktor atau pegawai farmasi sama ada ubat yang diberikan halal atau tidak,
dikhususkan, sama ada ubat itu diperbuat dari babi atau tidak.

anda juga kene tahu bahawa
anda boleh meminta kepada pihak hospital supaya membekalkan kepada anda ubat yang halal sahaja,
dikhusukan, ubat yang bukan diperbuat daripada "porcine"(yakni sumbernya babi)

anda juga kene tahu bahawa
banyaknya ubat alternatif yang ada pada masa kini,
apa salahnya jika mahal sedikit daripada ingkar perintah Allah bukan??

ya, memang banyak yang anda perlu tahu
bahawa,
istilah 'darurat' itu hanya akan terjadi pabila anda betul2 akan mati,
ya mati,
ketika itu juga,
ya ketika itu juga,
jika anda tidak mengambil yang haram itu.
faham??
maksudnya jika tidak mati dengan tidak mengambil ubat itu,
maka istilah darurat tidak boleh digunakan di situ,
walaupun ubat itu mempunyai keberkesanan yang melampau hebatnya,
seperti dapat melawan segala jenis penyakit yang menziarahi badan kita.

ya, ya, anda yang perlu tahu,
kerana anda yang akan memasukkan benda itu ke dalam badan anda,
dan benda itu akan jadi sebahagian daripada anda.

adakah anda mahu babi berlegar2 di dalam badan anda tanpa sebab yang munasabah??
huh, tepuk dada tanya iman.

yakinlah bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya
dan yakinlah bahawa penawarnya adalah daripada yang halal lagi suci(toyyiban)

mungkin sahaja kita belum menemui sesetengah penawar yang halal,
tetapi yakinlah bahawa satu hari nanti pasti Allah akan rahmatkan kita dengan pengetahuan itu,
cuma kita perlu sentiasa berusaha ke arahnya.

~kenalilah ubat anda~