TRY TO EXPLORE

~mencuba itu sesuatu yang menyeronokkan~

Isnin, 26 Disember 2011

Sahabat, inginku pimpin tanganmu

Sahabat,
ingin sekali aku memimpin tanganmu agar kau ikut bersamaku.
pasti kau dan aku lebih bahagia tatkala bersama.
agar mudah aku meluahkan padamu kesusahan yang aku alami saban hari.

Aku mahu sekali kau memahami,
yang aku hanya mahu menyintaimu kerana Allah yang SATU.
agar persahabatan ini lebih diberkati,
agar persahabatan ini lebih manis,
tanpa kata-kata yang indah,
cukup sekadar dengan perbuatan kita,
yang saling sentiasa memerlukan.

Dan aku mula belajar,
untuk redho,
bahawa manusia itu cara berfikirnya berbeza-beza,
cara ia menerima sesuatu perkara tidak pernah sama,
dan aku yakin,
inilah yang mengindahkan kehidupan di dunia.

Sahabat,
ingin sekali aku memimpin tanganmu agar kau ikut bersamaku.










gambar ini sangat comel, dah lama cari gambar kotak ni, ntah ape namanya ye???

p/s : ini bukan sajak, just kata-kata deep from inside tatkala study di suatu tempat, berjumpa sahabat yang dulunya bersama tetapi sekarang hanya bertukar senyuman dan salam. wah, sedih tahu!!! sangat...

Sabtu, 24 Disember 2011

Fasa Hidup

kita akan belajar seiring dengan masa
mungkin semalam apa yang kita anggap benar adalah salah.
hanya masa dan pengalaman yang dapat memberitahu kita bahawa yang semalam adalah tidak benar, dan ini sebenar caranya.

manusia dihidupkan di dunia dengan 4 fasa
1) fasa kanak-kanak
2) fasa pemuda
3) fasa dewasa
4) fasa tua

Di fasa pertama, apa yang kita tahu hanyalah bermain agar kita dapat kecapi rasa bahagia. Maka jangan dilarang kanak-kanak yang bermain, kerana hanya itu sahaja yang dapat mereka fikirkan pada ketika itu.

Fasa kedua, adalah fasa kemuncak. Ketika ini fikiran, tenaga semuanya berada di tahap maksimum. Kebanyakan pemuda masih sendiri, walau apa yang hendak dilakukan, kita tidak perlu memikirkan bagi pihak lain. Jika datang peluang, ambil dan rasakan kemanisan nikmat kurniaan Allah itu. Belajarlah sebanyak mana ilmu yang boleh kerana percayalah ini adalah waktu yang terlapang kita akan ada sepanjang hidup kita.

Fasa ketiga, apabila manusia telah melangkah ke alam yang lebih berliku. Alam pekerjaan, perkahwinan. Mungkin ketika ini semangat dan tenaga masih seperti pemuda tetapi tanggungjawab telah me'limit'kan kita. Kita dihujani pelbagai tanggungjawab. Kita perlu fikir mengenai suami, isteri, anak dan kerja. Tiada lagi istilah 'bergerak solo' kerana ke mana saja hendak kita tuju, kita perlu melihat orang di belakang yang amat memerlukan kita @ lebih tepat mereka adalah amanah yang perlu kita jaga.

Fasa terakhir, ketika usia ini telah lanjut. Ketika ini, kita adalah orang yang paling berpengalaman di mana pengalaman itu perlu kita kongsikan pada si pemuda. Malangnya, semangat yang kita ada tidak bertepatan dengan tenaga yang ada.

MAKA fasa pemuda adalah yang terbaik dalam hidup kita, kita tidak dibebani tanggungjawab yang banyak, fikiran yang makin matang dan dapat memahami dengan baik keadaan sekeliling serta dibekalkan tenaga yang luar biasa.

MAKA pada waktu inilah kita perlu bekerja sehabis mungkin untuk memahami hakikat dakwah. Waktu ini kita perlu perhabis untuk dakwah fadhiyah, muaiyashah dan membaca sebanyak mungkin untuk memaksimumkan thaqofah. Masa inilah kita boleh berjaulah sejauh yang mampu, mukhayyam selasak mungkin, berdaurah berhari-hari, hadirkan diri dalam qiyam dan iftor atau apa-apa sahaja program yang membentuk ruhi, aqli atau jasadi. Tidak bermakna fasa yang lain kita boleh meng'excuse'kan diri tetapi hakikatnya, keadaan sekeliling dan keadaan diri mungkin saja menghadkan pergerakan kita.

Percayalah bahawa fasa pemuda adalah fasa terbaik yang akan kita perolehi dalam hidup ini. Maksimumkan penggunaannya. Dan YA, sudah pasti, silalah memaksimumkan penggunaannya di jalan yang benar. Di jalan yang lurus. Di jalan yang Allah redhoi. RUGI adalah perkataan terbaik bagi sesiapa yang menggunakan masa mudanya hanya semata-mata untuk memuskan hawa nafsu dengan bersuka-ria. MENYESAL di akhirat nanti sudah pasti akan kita rasai jika kita melalaikan nikmat masa muda. MENYESAL yang membuatkan kita hampa. MENYESAL yang sakit dalamnya. MENYESAL yang tiada kesudahannya sehingga kita meminta-minta untuk kembali ke dunia.

Sedarilah masa lapang yang kita ada sewaktu muda agar kita tidak mengeluarkan ungkapan "kalaulah", "kalaulah", "kalaulah aku melakukan itu ini, begitu begini di waktu mudaku."

Sahabat
YA, engkau yang sedar
engkau yang sedar bahawa engkau seorang muslim,
lihatlah di sekelilingmu betapa ramainya rijal-rijal yang dibentuk melalui usrah dan tarbiyah,
betapa ramainya manusia berubah kerana halaqah-halaqah yang diikuti saban minggu,
betapa ramainya pemuda yang mula mahu ambil tahu mengenai umat setelah dikejutkan sang murobbi.

Mereka mungkin dahulu manusia yang biasa-biasa tetapi Allah yang Maha Adil telah memahamkan mereka mengenai islam.
Mereka menjadi peribadi yang unggul kerana islam. Mereka menjadi profesional yang muslim. Dan mereka lebih hebat dari kita.

Kita yang ada pendidikan agama. Kita yang menghafal AlQuran. Kita yang sentiasa diselesakan dengan biah yang solehah.

Tetapi kita, sering menyempitkan fikiran, tidak mahu menerima pendapat orang lain. Kita terlampau selesa dengan amalan kita, yang kita anggap Allah akan terima. Kita selesa menjadi baik sendiri. Kita kedekut dengan masa dan tenaga kita untuk disumbangkan pada islam. Kita takut untuk mencuba, kita takut untuk merasa, kita takut untuk membuka minda, membuka mata, membuka telinga, untuk dengar, lihat dan faham.

Dan masa muda kita akan berlalu pergi tanpa sumbangan yang hakiki.

MAKA KITA AKAN MENJADI ORANG PALING RUGI...

-------------

Ya Allah bantulah hambaMu ini untuk berlapang dada dengan semua sahabat yang sentiasa hadir dalam hidupku ini.
Tautlah hatiku dengan hatinya.
Jauhilah kami dari bermasam muka kerana fikrah yang berbeza.
Amin Ya Allah...

Jumaat, 16 Disember 2011

Super Busy

Subhanallah.

Minggu ini adalah minggu yang paling super sibuk sepanjang semester 1 tahun 2 pharmacy…

Ade kos yang lebih sibuk dari kami tak? For sure takde walaupun ade, aku akan kata kau tipu, kami lagi super amat busy minggu ni dari korang…dah, takyah nak tegakkan benang yang basah (fullstop).

Tapi sesungguhnya sibuk itu bagiku satu nikmat yang boleh tahan jugak hikmahnya kat dunia ni…

Pertama, waktu aku sibuk, aku akan bangun super awal, n tido super lambat. Dan aku dapat meneruskan hidup seperti hari-hari biasa di siang harinya.(oh, Cuma sesekali kepala rasa perlu dihentak-hentak di dinding untuk memastikan wayar berfungsi).

Kedua, aku akan berusaha mencari masa untuk melunaskan mutabaah amal aku. Asal rasa kalo baca buku tak masuk, terus capai AQ dan ngaji, tadabbur. Walaupun ketika itu badan dan otak menjerit-jerit minta di’shut down’kan sekejap. Tapi, aku tegar untuk terus menyiapkan mutabaah amal yang telah dipersetujui.

Ketiga, aku mampu je bermujahadah melawan hawa nafsu untuk tidak membuat benda-benda yang sia-sia. Contoh, kurang sembang, tak bukak fb n etc.

Tapi

Bila lapang sekejap, aku tak capai lagi AQ, aku malah pegi berjalan-jalan beli jajan n biskut seakan-seakan tiada hari esok(sobsob). Paling tak best, lepas subuh boleh plak panjat katil ngan telekung-telekung pi sambung tido (wuhaaaa). Pastu sambung bacaan kat fb yang kalo baca tak dapat apa kecuali gelak sorang-sorang(ishish).

Phewwww… sakit kepala dengan perangai diri sendiri yang tidak tahu bile nak berubah ):

Bak kata sahabat dalam satu taalim, kadang-kadang kita tahu yang kita kene buat itu dan ini, tapi kefahaman itu tak dapat diterjemahkan dalam amal kerana ketidakberjayaan kita untuk melawan hawa nafsu yang memang bergaya dalam tugas melalaikan sang hamba kerdil di muka bumi ini.

Memang betul waktu lapang itu satu ujian dan kita jangan berasa gembira bila kita dapat tidur 12 jam (12am-12pm) dan cakap “yes, hari ni aku dah qado’ tido la, terBAEK”. Ketahuilah diri bahawa dunia ini tempat untuk berpenat bukan bersenang. Dan yang pasti, kita perlu berpenat pada jalan yang Allah redho, bukan berpenat sebab semalam tengok back to back movie or movie marathon or etc.

Bila rasa super sibuk, jangan lupa betulkan niat kenapa aku perlu bersusah-susah sebegini rupa. Jadilah seperti para sahabat yang dikenali sebagai saudagar niat. Perbanyakkan niat, agar sekiranya tak dapat capai yang satu, mungkin capai yang lain. Dan diingatkan, niat itu perlu yang baik-baik, jangan mengarut ikut suka nafsu.

Dan bila super sibuk, berbanggalah kerana mungkin kita sebenarnya sedang merasa susah payah para sahabat yang di siang hari seperti sang singa mencari mangsa (maksudnya amat bersungguh dalam mencari rezeki dan menjalankan dakwah) dan malamnya, mereka tidur hanya sejenak kerana memperuntukkan malam untuk bersama Allah. Subhanallah, sahabat adalah manusia dan kita juga manusia, maka sudah tentu kita juga mampu untuk jadi seperti mereka. Sekurang-kurangnya berusaha untuk menjadi seperti mereka.

p/s : aku pasti akan merinduimu, masa sibuk…dan terima kasih kerana sanggup menjadi bahan untuk aku mentarbiyah diri agar dapat jadi hamba yang lebih baik…amin (:

~kimah nak berubah~

Isnin, 5 Disember 2011

Pada suatu hari

Assalamualaikum...

Memang suka buat kerja gila-gila iaitu apabila rasa nak balik rumah akan buat apa sahaja supaya sampai ke destinasi (:

Mak kata biasalah, kalau dah nak jumpa keluarga tu, semua pun boleh (:

Memandu seorang diri sambil dengar ceramah+nasyid memang seronok tetapi ketahuilah bahawa berteman itu lagi super seronok + lagi super rasa selamat terutama bagi seorang KANAK-KANAK PEREMPUAN macam saya :p


p/s : macam mana nak cek yang kita kene saman??? saya tak suka speed track

~maka entri ini tidak mendatangkan faedah bagi sesiapa sahaja yang membacanya...sekian~

Selasa, 29 November 2011

Pemurah Itu Menggembirakan Orang Lain

Ada orang 'mengidam' nak makan lasagne, dah seminggu.
Jadi hari ni dia main pas-pas note dengan org sebelah (haha tak fokus la tu :p)

Alhamdulillah, org sebelah terima pelawaan, maka mereka berdua pun menaiki kereta oren (eh tak de nama lagi ke?) menuju Resepi Rahsia...

Tempah, tunggu sambil gigit keropok percuma, minuman sampai, hirup-hirup air sendiri n air org depan, tunggu lagi, makanan sampai, makan sambil curi org depan punya menu sikit dan Alhamdulillah :)





Dan semua itu adalah percuma!!!

Ada peminat rahsia ke???

Boleh plak terpikir macam dalam drama-drama tu…oh sgt perasan…mereka berdua mana ade peminat rahsia walaupun makan di resepi rahsia…


Terima kasih pakcik a.k.a ayah sahabat yang duduk meja sebelah :) Mereka berdua doakan agar Pakcik dimurahkan rezeki :) mereka berdua sebenarnya sampai sekarang tak percaya Pakcik tolong bayarkan:) Ada orang tu makanan dia lagi mahal dari apa yang Pakcik makan...malu!!!



p/s : terima kasih orang sebelah a.k.a orang depan
~kimah dah boleh belajar dengan tenang ke?~



Sabtu, 26 November 2011

Tengkujuh

Kuantan dah mula menangis tapi aku yakin di sebalik tangisan yang mencurah-curah itu sudah pasti ada pelangi yang akan menyinar di hujungnya nanti (:

Cuma kadang-kadang ada manusia yang suka berkata-kata seolah-olah tidak meredhoi tangisan 'langit illahi' (eh blog sape la tu).

Dan aku dan telinga jadi bengkak bernanah sebab panas hati dengan kata-kata tak puas hati itu, tapi diri diam tidak pernah cuba untuk berkata "hey, sila berhenti complaint dan tolong jadi bersyukur!" hemmm...

Itulah manusia, bila panas, tanya, "bila nak hujan ni?", bila hujan, tanya, "bila nak panas ni?"
dan ditokok tambah dengan perkataan seolah-olah kau ada kuasa nak mentadbir cuaca alam ini...aha silakan kalau berani dan berasa hebat!

Tidak tahukah, jika tanpa hujan, tiada air untuk kita minum, tiada air untuk kita mandi, tiada air untuk tumbuhan hidup?

Firman Allah :

"Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah menurunkan hujan
dari langit lalu dialirkan-Nya menjadi mata air di bumi, kemudian Dia
menumbuhkan dengan air itu tanam-tanaman yang pelbagai jenis dan warnanya..."
(Az-Zumar : 21)

"Tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya? Kalau Kami kehendaki,
Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur."
(Al-Waaqi'ah : 68-70)

Maka, nikmat Allah mana lagi yang hendak kita dustakan???



Tangisan langit adalah rahmat untuk kita syukuri dan ujian untuk kita sabar dengannya.
Mungkin Sang Manusia di Malaysia ini perlu diterbangkan ke Somalia atau negara-negara yang airnya dicatu untuk menjadi Sang Manusia yang bersyukur... Tapi kau ada duit ke nak hantar Sang Manusia ke sana? aku tak de...haha...


Jadi, gunalah segala apa yang Allah beri untuk kejutkan Sang Manusia yang lena dan cakap, "hey, nak mandi dengan pasir tak? kalo taknak, tolong jangan merungut bila awan nangis. Lagi satu, awak tak pernah ke dengar lagu Sudirman? Dia kan kate 'hujan yang turun bagaikan mutiara', so tadahlah air hujan tu kalau nak jadi kaya." (erk apa ni?)

Kesimpulannya, jadi hamba Allah yang positif dengan segala benda yang berlaku lebih manis+sweet+cantik bergaya daripada jadi hamba yang selalu rasa apa yang berlaku dalam hidup ini adalah sentiasa menyusahkan dirinya... Dan untuk meredhoi sesuatu apabila kita tak suka dengannya adalah amat susah, tapi tidak salah jika kita mencuba dan terus mencuba, sebab kita kan hamba (:

~hey kimah nak jadi baik tau, mau bantu enggak?~

Jumaat, 11 November 2011

SeLaGi AdA

Selagi ada waktu, kita tak pernah terlambat untuk berubah...
Selagi masih ada kesedaran, maknanya kita masih disayangi Allah...

Kadang-kadang diri rasa pelik, walaupun dah bertahun-tahun duduk kat takuk lama dengan dosa yang sama tapi Allah masih pilih kita, yang claim diri adalah manusia untuk mentadbir alam ini...

Mungkin ujian, mungkin nikmat...

Ujian atau nikmat, bukan kita untuk menilai. Yang lebih penting untuk difikirkan, bagaimana kita gunakan kedua-dua kondisi agar kita lebih rapat dengan Tuhan.

Nikmat bisa buat kita alpa...Nikmat bisa saja buat kita teringat kebesaranNya
Ujian, boleh jadi makin menginsafi diri, boleh jadi makin lupa diri!

---------------------------------------

aha!
ni cabaran untuk diri sendiri yang perasan hebat sampai seminggu buang masa membuta dalam bilik...
(jangan jadikan diri ini sebagai contoh...amaran keras)

assignment
1. UNGS-democracy in islam
2. AIA - antiparasitic
3. Pharm Anal - LC Fluorescence

buku
1. hazadeen
2. let us be muslims
3. bagaimana menyentuh hati
4. OTC drugs

update
1. PNS
2. Pharm Prec
3. Phy Pharm
4. Med Chem
5. AIA
-haha...asal aku tak tulis sume subjek yang diambil sem ni je, kan lebih senang...sangat sengal rasanya di situ-

aha!
as usual, kene pergi PMU naik cuti ni (phew... amanah ni giler kentang susahnya)
pastu kene 'follow me' adik-adik manis kat surrounding (ni kalau putus asa dari buat amal kebajikan yang langsung tak pernah dibayar ni, memang sampai grade pun aku akan makan hati dengan perangai diorang, maksudnya kalau aku tak pernah mencuba untuk menanamkan benih-benih indahnya bulatan riang dalam diri diorang la)
-huh... dah tahu ni tanggungjawab berat sape suruh menternak tahi mata di rumah!-

oh...rupanya karat jahiliyyah masih bertahkta di sanubariku...cis di situ.

masa untuk bertindak diri!

sayonara

Khamis, 3 November 2011

beku

Library UIA Kuantan, nape awak sejuk macam dalam peti ni?

report Phar Anal, minit mesyuarat, modal untuk hantar kat ustaz, sume blum selesai lagi, tapi masih boleh taip kat sini...yeay... kimah mmg mantap...

-------------------------------------

ada orang ajak saya duduk luar...
macam best, tapi di sebaliknya ada tanggungjawab yang sangat besar...
moga Allah akan beri keputusan yang terbaik...

~reforming ukhuwah~

Isnin, 31 Oktober 2011

luaskan hatimu, sahabat

Salamatus sadr

Tingkatan ukhuwah yang paling rendah.

Tapi bukan senang untuk dilaksanakan.

Bila mana pendapatku diterima olehmu, aku kasih padamu. Tetapi jika engkau ingkari pendapatku, adakah ku masih menyintaimu sabagai sahabat yang paling dekat denganku?

Adakah kerana berlainan fikrah menyebabkan kita kian renggang sahabat? Tidakkah engkau tahu yang kita semua seaqidah. Aqidahku dan aqdahmu ialah mengesakan Allah yang satu.

Tidakkah engkau mengetahui yang aku kasih kepadamu kerana keislamanmu. Tetapi kenapa engkau membenciku kerana aku tidak berfikir sepertimu.

Berlapang dadalah dengan sahabatmu!

Jangan biarkan perbezaan antara kita menjadi jalan kegersangan dalam berukhuwah. Hayati perbezaan mazhab antara para imam yang telah mencetuskan keindahan dalam agama ini. Mereka tidak menyalahkan pendapat yang lain tapi menerimanya sebagai satu ujian Allah dalam menguji hambanya yang mahu berukhuwah.


dan lebih dari itu

~aku sayang sahabatku kerana Allah~

Khamis, 27 Oktober 2011

\(0.o)/

saya akan cuba tulis (baca : taip) dalam masa 15 minit....woahhhh!!

kenapa kita umat islam zaman sekarang tidak sehebat umat dahulu (baca : para salafus soleh)? kenapa kita umat islam lebih mundur dari yang menyekutukan Allah?

nak jawab angkat tangan please!!

sedih...sob2.... takde sape nak respon soalan saya. saya ni siapa nak suruh orang angkat-angkat tangan kan? sob2...

biar saya jawab sendiri la (nada marah)

islam ke kalau kita setakat lahir dalam kalangan keluarga yang sudah sedia ada muslim?
islam ke kita kalau nama kita nurul, suraya, khadijah, borhan, haris?

kalau itu yang menjadi kayu ukurnya, sama la umat islam dengan orang cina agama buddha, orang india agama hindu dan orang yang agamanya kristian!
sebab kebanyakan dari mereka claim mereka beragama itu ini sebab mereka lahir-lahir, mak yah cakap, "anakku, kau ni baragama itu @ ini"

erk...

sama ke kita dan mereka?
tapi kalau sama kenapa kita dijanjikan syurga, mereka (baca : non muslim) dijanjikan neraka?

adakah syurga itu begitu murah untuk didiami?

ting tong
saya jawab tak soklan? (kepala rasa nak pecah sebab rasa macam tak menjawab n lebih memeningkan...perghhh dah 15 minit dah pun)

\('',)/ yeahhhhhh minggu depan depan raya haji!! (baca : cuti tuuuu)


Isnin, 24 Oktober 2011

tak pernah ambil pengajaran

cuti 5 bulan berlalu dengan 'jayanya'

dan aku cuba kembali untuk cuti 5 hari yang sedang berlari(baca : berjalan)

nampaknya aku masih 'berjaya' mengekalkan prestasi. this is awesome!!!

aku patut dapat award sebab 'berjaya' kekalkan prestasi tinggi... ade sape-sape nak bagi?

------------------------------------

locked up abroad by national geographic
awesome!!!

di Mexico, pharmacist jual steroid macam jual PCM. Memang kaya la aku kalo bukak community pharmacy kat sana. Bile aku cakap PCM maksudnya without prescription. Over the counter tu!

So sape-sape nak cepat kaya, sila hijrah ke Mexico please! Pastu rasakan azab api neraka esok lusa. (neraka = penjara kat Mexico tu super scary, lain la kalo masuk penjara kat Mesir masa zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasir, itu memang best bagi orang-orang yang kuat imannya walaupun mereka diseksa super hebat oleh manusia bertopengkan binatang)

---------------------------------------

Alhamdulillah
Sebagai orang islam, kita tak buat sesuatu bukan sebab government kate benda tu salah di sisi undang-undang tapi kita tak buat sebab kita tahu benda tu salah di sisi Allah.

Kalau manusia yang mengaturkan perundangan, orang akan sentiasa pertikaikan, atau lebih senang, orang langgar je peraturan tu dan orang akan cakap 'this is my right'. awesome! Bercakap pasal hak memang best!

Tapi kalau Allah yang atur, sekurang-kurangnya orang beriman akan akur dan lebih tepat, patuhi peraturan itu sebab Allah yang cipta kita, makanya, Dia lebih tahu apa yang baik dan apa yang buruk bagi kita. Cuma orang yang buta dan tuli sahaja dengan rasa innocent akan melakukan dosa tanpa segan silu.

------------------------------------

Susahnya melawan hawa nafsu sesusah nak salin main point dalam lecture PNS. (kalo tak sempat salin memang buat muka pasrah je kat Dr) Malah lebih susah lagi, kalau aku tak jaga solat. Lebih susah sebab rupa-rupanya, solat lima waktu tu adalah tangga untuk kita tidak terus tenggelam dalam nafsu yang super duniawi. Sebab tu, solat ade waktunya, jangan sesuka suki nak solat ikut waktu kepala sendiri, memang aku akan tenggelam dalam bah nafsu la jawabnya.



Allah Pencipta kita, maka setiap apa yang diperintahkan pada kita ada hikmahnya.
Mungkin aku belum jumpa sebab kurang membaca atau hikmah tu hanya Allah yang Maha Tahu.

-------------------------------------

Please stop blamming others. Kalau kita tak berhenti salahkan orang, sampai bila-bila pun kita takkan rasa senang, dan lebih tepat, kita sebenarnya kufur dengan nikmat Allah.

Makanan mahal pun nak complaint, hujan sepanjang hari pun nak complaint, panas terik pun nak complaint, ada curfew pun nak complaint, pagar kene buang pun complaint, nanti bila dah ade pagar aku sure, mesti ade orang kate "ingat kitorang ni kanak-kanak ke nak berpagar-pagar".

Huh, sila buat universiti sendiri la kalau rasa korang nye ciptaan tu ideal sangat. Pastu jangan lupa kawal cuaca kalau rasa diri tu lebih hebat dari Sang Pencipta. Hari ni basuh baju, jadi cuaca sila panas. Hari ni aku nak tido, jadi cuaca sila hujan.

~tolong jangan merungut~

Isnin, 17 Oktober 2011

jco memang sedap dari big apple..haha

alam ini memang Allah ciptakan untuk kita berfikir tentangnya.

jika sungai sentiasa mengalirkan air, tumbuh-tumbuhan sentiasa membekalkan oksigen, kita pula bagaimana???

tugas yang luar biasa..

selama ni, aku dibentuk tapi sekarang aku cuba untuk membentuk. bukan mudah. bukan boleh serkap jarang je. tapi perlu kepada penelitian dan strategi yang terancang.

baru tahu perasaan sahabat-sahabat yang selama ni pegang tangan aku supaya aku tak tersasar dari landasan. dan sekarang Allah bagi aku peluang untuk pegang tangan orang lain pulak. seronok tapi dalam masa yang sama rasa macam ada benda besar terhempap atas kepala. (selamat la ni analogi aku je, kalau betul ade benda atas kepala dah lama dah aku kembali ke tanah)

dan masa nak pegang tangan orang lain la baru aku dan kau(sahabat-sahabat yang paling aku sayang) tahu yang kita semua ni banyak kelemahan. nak bagi donat kat orang tapi buat donat pun tak reti. rasakan.


memang takde kaitan pun entri ni dgn donut....tapi ni memang sedap kan?
kalo bagi orang mesti orang gembira

padan muka! sape suruh bertangguh dari amalkan apa yang dah didengar, diajar, ditunjuk dan disuruh.

baru la terkial-kial nak tanya itu dan ini...maka bila diberitahu, mula lah buat mulut ooooooo pastu oooooooooooooooo yang lebih panjang pastu ooooooooooooooooooooooooooooooooooo yang super panjang. ketuk kepala sikit supaya sedar.

korang faham ke ape yang cuba saya sampaikan ni? (bajet ade org baca)

aku diminta jadi pemegang tangan orang lain bukan sebab aku dah lama dalam bidang pemegangan tangan, bukan sebab aku lebih banyak ilmu dari orang yang aku pegang, dan paling penting bukan sebab aku lebih baik dari si dipegang tapi sebab TANGGUNGJAWAB.

TANGGUNGJAWAB yang Allah beri dan 'kebetulan' pula, aku sedar dulu dari mereka.

kan aku dah kate, tugas ni memeng luar biasa... buat donat sambil bagi donat dan pegang tangan dalam satu masa... luar biasa kan? (tangan kita ada dua je mana boleh buat tiga benda)

p/s : analogi yang ntah pape tu, abaikan saje, yg penting kalo faham tolong tinggal jejak boleh? :)
(ish, tak malu betul, bajet lagi)


Isnin, 10 Oktober 2011

conteng

Assalamualaikum

Wah, lama betul tak menulis, rasa macam dah takde hati je kat blog ni…hihi

Mungkin masa mula-mula blog ini ditubuhkan, aku tidak mempunyai objektif yang tepat kenapa ianya perlu ada dalam kehidupanku..(haha ayat tak nak kalah)

Anggap je la bulan-bulan yang lepas itu sebagai kenangan pahit yang perlu aku telan dalam hidup yang sangat istimewa yang Allah dah sediakan untuk aku. Walau sepahit peria, di sebaliknya pasti ada hikmah yang amat luas. Dan benar, orang yang beriman itu adalah orang yang sabar. Ya, sabar dalam semua hal, dan sabar dalam menghadapi masalah dalam kehidupan yang seciput je jika nak dibandingkan dengan kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Aku perlu sedar yang dunia ini tak selamanya indah. Aku perlu sedar yang dunia ini sudah teramatlah sakit dengan perkara syubhah dan haram. Dan aku baru saja berada di muka pintu kehidupan yang sebenar. Aku belum pun masuk rumah kehidupan tu tapi peningnya sudah macam mahu duduk rumah buat ibadat je supaya takde dosa tapi kalo buat ibadat je tanpa usaha untuk cari makan macam mana nak hidup? Ok. Faham tak?

Maksudnya, sekarang, hidup sebagai pelajar masih meletakkan diri kita di zon selesa. Selesa la sebab tak yah cari duit untuk makan, takyah nak sara keluarga, takyah nak pikir nak bayar hutang kereta, rumah. Mungkin ini untuk aku la, mungkin ada ramai je yang dah advance yang terpaksa menyara keluarga (oh, bukan terpaksa tapi lebih kepada tanggungjawab yang Allah amanahkan pada dia).

Korang tau tak yang hidup yang sebenar adalah pabila kita tak bergantung harap pada orang lain. Nak makan, cari duit sendiri, nak pergi jalan, cari kereta sendiri, nak tidur, kene cari rumah sendiri. Dan masa itu adalah ketika kita telah menjejakkan kaki ke alam pekerjaan di mana bukan setakat pikir untuk diri sendiri je tapi terpaksa+kene pikir pasal orang di bawah jagaan kita (mak ayah sekali ye, jangan dok asyik pikir bini dan anak je).

Kalau macam aku, kau dan orang yang ambil critical subject mungkin akan rasa ‘selamat’ sebab mungkin, masa dah graduate nanti peluang kerja ‘masih banyak’. Tapi kalau orang biasa-biasa, subhanallah, nak cari kerja yang sesuai yang betul-betul takde syubhah, bagi aku la, amat la susah. Ini pendapat aku yang kurang pengalaman+malas nak cari kerja ok.

Contoh, kerja kat kedai runcit, gaji yang cukup-cukup makan tu tapi kene jual barang-barang yang kita boikot(nestle, coke, dll)+haram (rokok haram kan? Malaysia je tak nak claim haram secara meluas sebab nanti jatuhlah ekonomi Malaysia….cis aku kalau cakap pasal rokok ni memang emo sikit, rasa nak pi bakar kedai rokok tu+amik rokok tu pastu tonyoh2 kat muka orang yang bajet macho tapi mulut bau busuk…wekkk busuk tau tak rasa nak muntah je depan orang yang suka bakar duit tu..isyhhh geram!!!!!).. ermm faham tak?

Sebenarnya yang aku nak cakap ialah, kita ni sentiasa berusaha nak jadi baik tapi bila tiba bab pekerjaan, kita tak dapat nak lari dari perkara syubhah tu. Kerja yang ada di sekeliling kita ni sangat banyak dengan benda-benda yang lari dari landasan islam. Tapi orang akan cakap, “takkan aku nak duduk kat rumah je, sape nak bagi aku makan kalau aku tak kerje, Allah takkan bagi rezeki kalau aku tak usaha”. Dan kerja yang aku sedang bincang ni bukan kerja-kerja terkutuk seperti pelacuran dan menjual arak tu, sebab tu memang super haram+batil tapi kerja yang aku maksudkan ialah orang yang jual baju kat supermarket, orang yang kerja kat kedai runcit yang rasa macam ok tapi bagi ok sangat la mencabar tahap keimanan sebagai seorang muslim yang faham apa itu islam dalam hidup dia.

Tapi, boleh ke kita sewenang-wenangnya nak salahkan mereka? Orang akan cakap, “cari la kerja lain yang takde perkara-perkara syubhah ni” tapi kalau aku ada spm je, pastu aku nak meniaga tapi modal takde, pastu mak ayah aku gaji sikit je, aku kene tolong mereka sebab adik-adik aku ramai lagi tak habis belajar, takkan aku tak boleh kerja kat kedai runcit yang jual rokok tu?

Ha, kalau orang cakap macam ni kat kau, kau nak jawab ape??

Disebabkan hal ni, aku sangat bercita-cita nak jadi orang kaya. Bila kaya boleh bukak kedai runcit banyak-banyak pastu boleh suruh orang islam kerja ngan aku…wah bestnya! kedai aku tu takkan ade jual rokok n bende-bende yang aku boikot. Bila ade orang masuk kedai pastu tanya “nak dunhill menthol light satu”, aku akan cakap kat orang tu “tak tau ke rokok tu haram, haram tu sama la macam minum arak” pastu aku tambah lagi “saya ade buat quit smoking program kat kedai farmasi saya kat sebelah ni, kalau encik rasa encik nak berenti merokok yang sudah banyak membakar duit encik, silalah join program ni”. (BEST TAHAP TINGGI KALAU DAPAT CAKAP MACAM NI)

JANGAN BERHENTI BERMIMPI

“kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok”

~kimah nak jadi baik~

Selasa, 28 Jun 2011

sembang cuti 3

Assalamualaikum...

Teringin sangat-sangat nak jadi seperti gelas yang penuh, sekali dijentik, melimpah-limpah air keluar...... Bosan sebenarnya jadi gelas yang kosong, tak bagi manfaat pada orang langsung, nama saja gelas, tapi tak dapat bagi apa-apa pada 'si dahaga'...

Pernah tak kawan-kawan korang mintak nasihat kat korang tapi korang tak tahu nak cakap apa? Atau kalau dapat cakap pun, rasa macam nak gosok otak korang tu bagi bersih sebab apa yang korang cakap tu keruhkan lagi perasaan 'si peminta' atau korang buat dia lagi pening?

Sadis betul.......

Best kan tengok orang yang macam blur, tapi bila bagi tazkirah sentap hati baik punya...
Ni tidak, rasa macam berilmu tapi bila cakap, tak ade isi, buat orang pun sakit hati....
Tak salah kalau nak cuba, sebab bagi peringatan tu benda baik tapi kalau merapu-rapu kan elok kita diam...

Dan kadang-kadang, kita yang diam ni pun sebenarnya diam kat mulut je tapi kat hati bising....CONTOH
"eleh, tu je nak cakap, aku pun boleh cakap kalau tu je, ayat lagi power la aku boleh bagi." (monolog)

Hello! Sekurang-kurangnya dia berani untuk ke hadapan dan bercakap, kalau kau setakat cakap ngan diri sendiri, tak yah nak bangga ke apa ye...

Dan kadang-kadang, kita memang banyak benda nak bagitau kat orang tapi disebabkan kita duk pikir apa persepsi orang kat kita, kita pun diam dan diam......maka ilmu tu pun hilang dan hilang.... sama je rugi jugak....

Mungkin cakap tapi takde isi, atau nak cakap tapi malu+takut ni disebabkan dosa-dosa kita.....
Dosa yang mungkin macam tak dosa tapi sebenarnya dosa.....
Maksud aku, kepada manusia-manusia yang dah sedar + jelas dengan tujuan hidup ni, takkan la kita nak sama dengan kita yang dahulukan??
CONTOH
Masa kecik-kecik main kejar-kejar, takkan sekarang nak main lagi kan?
-saya tahu benda kat atas ni takde kaitan tapi maksudnya takkan kita still nak buat benda yang tak membawa kita pada tujuan hidup kita-


Tak salah langsung kalau kau nak jadi macam Al-Razi, Ibn Sina, Al-Khawarizmi
Dan tak salah kalau kau nak jadi macam Mus'ab ibn Umair.......

Tapi setakat ni, dah berapa rumah aku n kau ketuk untuk sampaikan islam???
Hey, rumah jiran sebelah kiri, kanan, depan, belakang yang dah sedia ada islam pun, pernah ke aku n kau ketuk tanya khabar???

Tu dia, banyak sangat pikul jahiliyyah, macam mana nak sampai puncak macam sarjana-sarjana islam.....nak jadi macam sahabat, jauh sekali ye kawan-kawan.... Sebab jahiliyyah tu jugak kita cakap hebat macam mana pun orang tak dapat rasa ruhnya... sebab jahiliyyah tu jugak kita ada ilmu tapi tak pernah nak sampai kat orang lain, sebab kita pun tak dapat nak amal ilmu yang kita ada tu.....semua sebab jahiliyyah tu....

Sampai bila kita nak pikul benda tu, dah la berat, penat plak tu.....
Esok lusa pun Allah boleh tarik nyawa kita, tanpa izin kawan-kawan....

nota kaki : M for malas, zzz for tido

Khamis, 23 Jun 2011

lama

lamanya tak update...

boleh tak tulis tu je

jumpa lagi

Selasa, 24 Mei 2011

sembang cuti 2

Memandu sebenarnya menguji kesabaran seseorang. Boleh kau maintain 110km/jam kat lebuhraya?? Boleh kau ‘gembira je’ bila berbuah-buah kereta potong kereta yang kau tengah bawa??

Aduhh…

Dulu, kakak pernah ajak teman dia pergi Dungun naik Sang Kancil. Ala-ala co-pilot la aku time tu, tapi Alhamdulillah, arakian kekandaku memulakan perjalanannya, mataku terasa berat untuk dibuka, maka memandulah kekandaku di sisi diiringi perasaan marah meruap-ruap kerana eloknya aku membutakan mata tidur di sebelahnya.. ceh, memang aku tak boleh harap.

Kalau balik kampung, akulah juara tido kat dalam kereta. Elok-elok je masuk simpang ke kampung halaman, terus bangun betulkan tudung yang dah senget+selekeh. Konon-konon macam teman abah memandulah, padahal tipu belaka.

Alhamdulillah, abah pemandu professional. Semua tido pun abah still boleh memandu dengan berhemat. Tapi kalo dah mengantuk sangat, tu tugas kitorang kat belakang la picit-picit, cari air, makanan supaya abah boleh survive tuk pemanduan yang berkadar terus. Tapi nama pun abah kan, nanti abah cakap, ”ok, dah dah, takyah picit dah, abah dah ok.” Padahal, mata merah tahan ngantuk.

Tapi tu dulu la. Sekarang, aku dah mula belajar tak mahu tido bila orang lain memandu kecuali naik bas dan kapal terbang, itu harus la tido, dah nak buat macam mane, tempat duduknya empuk selesa berdengkur di atasnya.

Sekarang, kalau abah mengantuk je, aku terus cakap, “abah, kimah bawak ye.” Kalau tak mengantuk pun memang aku akan volunteer nak jadi driver.

Rasa gembira dapat bawa mak dan ayah naik kereta yang kita bawa sebab rasa cam dah besar je, rasa cam berguna betul kita untuk orang lain. Lagi gembira bila kita memandu, ayah dan mak kita yang sangat penat dapat berehat, tidur, sembang-sembang. Patutlah abah tak pernah jemu bawak kitorang adik beradik balik kampung naik kereta sebab bila kita dah sampai satu-satu destinasi tu, sume pun rasa lega. Dah dapat rasa apa yang abah rasa. Memang betul memberi sesuatu buat kita rasa lebih bahagia daripada kita menerima.

p/s : Bang Min penah pesan, kalau jalan jauh, kimah la bawak kereta, mok abah kan dah tua..

Selasa, 26 April 2011

sembang cuti 1

bukan senang untuk mendisiplinkan diri bila kita berada di zon selesa (a.k.a rumah)
tapi nak tak nak kita mesti laksanakan sebab sampai bila kita nak hidup senang-senang???











video ni tampar aku banyak kali,
aku tengah tangok tv, kawan-kawan kat negara bergolak sedang bertaruh nyawa...
dan semalam aku terpikir......
kenapa kita buat maksiat macam hari esok tak ada???

maksiat itu dosa, dosa itu maksiat...
tengok movie banyak2, dosa....
tengok korea, dosa....
tengok sinetron, dosa...
tido sampai siang pun dosa...
makan 24/7 sampai buncit pun dosa...









..........










--------------------------------------------------------

tak faham dengan isu politik negara
tak faham dengan isu umat islam di lain negara
tak faham.....


dan sampai bila pun takkan faham.....


kalo tak cuba nak faham


tak nak bukak mata untuk faham, sebab tak nak faham pun sebenarnya,
atau buat-buat nak faham, tapi malas sebenarnya nak faham.....


jadi katak (dalam rumah) mungkin menyebabkan kita lebih bangga dari jadi helang yang terbang tinggi untuk lihat apa yang jadi dekat bahagian bawahnya.....

Rabu, 13 April 2011

nak balik

1st time duduk asrama masa form 4
Jauhnya 45 minit je dari rumah, tapi disebabkan asrama penuh maka tak boleh la nak balik sesuka hati. Seminggu dua, ok lagi, bila dah start belajar, ada exam, aku dah mula 'hujan'. Alhamdulillah aku dapat bertahan itupun lepas abah cakap :

"Kimah, nanti tiap-tiap minggu abah n emok akan datang."

Maka setiap minggu aku akan telepon abah, "Abah, minggu ni abah nak datang hari apa???"

Tapi aku selalu je balik, balik wajib atau pun balik atas alasan yang macam-macam sambil buat muka sedih kat warden.. Itu macam kerja sampingan aku kat sana.

kira-kira, mungkin 3 minggu sekali mesti aku akan balik rumah......
tutup cerita.

--------------------------------------------------

di Kuala Kubu Baru,

Walaupun perjalanan ambil masa 1 jam setengah dengan menaiki kereta dan jika naik komuter mmg 3-4 jam ++, aku menganggap Kajang - KKB adalah DEKAT. Alasan, sebab KKB masih di Selangor. DEKAT maksudnya kalau boleh balik minggu ni, aku akan balik.

Penyakit ni bertambah-tambah bila abang aku kat Ipoh tepon :
"Kimah nak balik tak?? Nanti Bang Min amik ko ye"
huuuu macam orang mengantuk disorongkan bantal le kan......maka balik dan balik walaupun abang datang amik kul 1 pagi hari sabtu.

Maka dengan rasminya, bila dikira-kira, 2 minggu mesti ziarah rumah.
tutup cerita
-------------------------------------------------------------

CFS Petaling Jaya...

Nama pun kat Petaling Jaya, naik kereta bawak 120km/sejam mmg setengah jam pun boleh sampai. Naik komuter...... takyah2 buang masa je, naik kereta lagi best.

Penyakit yang tadi tahap acute dah jadi chronic. Bila datang hari jumaat, aku hilang dari bilik. Kalau tetiba ada kat bilik minggu tu, lebih kurang macam rezeki untuk roomate la sebab boleh tengok aku kat bilik.

"Hari minggu bukan untuk berada di bilik tapi hari untuk ada di rumah.."
-ntah sape bagi slogon ni, jangan tanya.-

ohh lupa nak bagitau yang kakak aku kerje kat PJ, maka, telepon je dia kalau nak pulang. MUDAH.
tutup cerita
-------------------------------------------------------------------

"Kimah nak duduk sana berapa lama pun abah tak kisah. Abah tak boleh duduk lama2 sebab ada banyak kerja kat sini."

"Kimah nak duduk sebulan boleh???"

"Ok"

Wah, macam kera dapat bunga, abah macam tau-tau je apa yang aku pikir bila dah cuti lama sebelum masuk UIA Kuantan. Maka, itulah masa yang paling lama aku tak balik rumah, SEBULAN.

Tapi sebulan tu sangat2 best. - Travel sorang-sorang-rasa macam dewasa sangat-rasa macam dah diberi kepercayaan oleh emok n abah 100%-rasa berdikari-rasa yakin dengan diri walaupun sebenarnya takut-takut-rasa subhanallah best betul nikmat yang Allah bagi ni.

Dan sebulan tu bertambah best bila tiba-tiba emok call n cakap :

"Emok tak boleh tidur tadi, asyik ingatkan Kimah. Berbakul-bakul emok doa biar Kimah selamat"

~aku senyum sampai telinga bila ingat ayat ni, rupa-rupanya walaupun dah diberi pelepasan, hari-hari yang aku lalui tu sebenarnya diiringi doa dan rasa rindu~

(ok-ni-perasan-tahap-tak-tau-nak-kata-sebab-emak-mestila-doa-untuk-semua-anak-anak-lagi-lagi-kalau-anak-perempuan-yang-jalan-sorang-sorang-kat-tempat-baru-ok-sila-berenti-perasan)

SEBULAN
tutup cerita
--------------------------------------------------------

Tulisan ini sebenarnya nak bagitau yang aku ni memang kaki balik, jadi tak heran la nape aku belajar kat malaysia je, tak terbang jauh-jauh (ok-macam-la-layak-kan).

Tapi sebenarnya rekod sebulan kat atas tuh macam sudah dipecah semenjak duduk kat UIA Kuantan ni. Lagi-lagi bila minggu exam ni, aku telah diharamkan balik!!!

Aku cuma perlukan perkataan "boleh balik" dari emok tapi emok kata "tak payah la balik, belajar kat sana elok-elok"

Akibatnya, semalam orang sibuk baca microb yang banyak tahap tak hingat (padahal-baca-last-minit) aku sibuk berangan ada kat umah tengah duduk2, sembang2 ngan emok, kak nurul n ain.

~balik la~
---------------------------------------------------------------------

Tapi aku tak 'hujan' walaupun dah lebih SEBULAN. Dewasa kan, mana boleh 'ribut-ribut' nanti tak cool.

Dan yang lebih penting nak berjaya mana boleh MANJA!!!

....................................................

4subjek1paper-silajangangunam16-

Ahad, 3 April 2011

~_~

Palestina Memanggil by Shoutul Harakah

Untukmu jiwa-jiwa kami

Untukmu darah kami

Untukmu jiwa dan darah kami

Wahai Al-Aqsa tercinta

Kami akan berjuang

Demi kebangkitan islam

Kami rela berkorban

Demi islam yang mulia

Untukmu Palestina tercinta

Kami penuhi panggilanmu

Untukmu Al-Aqsa yang mulia

Kamikan terus bersamamu

Ya Rabbi izinkanlah kami

Berjihad di PalestinaMu

Ya Allah masukkanlah kami

Tercatat sebagai syuhada’Mu

Written by Hakimah in Musolla KOP on Sunday, 4/3/11 at 11.09pm while reading Biochemistry..

My jihad only with pen and papers… is that enough???

-------------------------------------------------------

Mengharapkan orang lain yang akan menegur si pembuat maksiat memang betul-betul perbuatan yang sia-sia. Ini kerana kita yang melihat dahulu maksiat itu berlaku, kenapa kita tak mahu mengutip pahala yang Allah nak beri pada si pemberi nasihat a.k.a. orang yang mencegah kemungkaran?? Takut pada manusia mungkin lebih besar dalam diri kita dari takut pada Allah. Mulut berbuih-buih kata ‘Aku takut pada Allah’ padahal tak takut pun sebenarnya. Rupa-rupanya kita belum cukup yakin dengan azab Allah dalam keyakinan yang ada.

Siapa lagi yang hendak meniupkan roh islam jika bukan si sedar yang telah disedarkan. Nak harapkan orang yang tidur bangunkan orang lain yang juga sedang tidurkah???

Amanah yang besar itu takkan dianggap terlaksana selagi kita sekadar menulis dan terus menulis tanpa cuba mendekati orang di sekeliling kita. Walau payah untuk mengeluarkan perkataan pertama tapi itu jauh lebih nikmat daripada menulis dengan perkataan yang sedap dibaca padahal hakikatnya tiada siapa pun yang baca!

“AKU MEMANG BETUL-BETUL TELAH DI’KIJANG’KAN OLEH SUASANA DI SEKELILINGKU.”

“AKU ANAK SINGA YANG KETAKUTAN YANG BETUL-BETUL BERLAWANAN DENGAN FITRAHNYA YANG BERANI.”

--------------------------------------------------------------------------

Bagusnyalah kalau aku dapat bersengkang mata untuk qiam seperti aku bersengkang mata nak habiskan baca nota-nota nih………….

Bagusnyalah kalau aku takut mati yang boleh datang bila-bila masa macam aku takut nak exam nih……..

p/s : hai kawan yang telah bertekad bersama ku untuk ‘ber______’ akhir 2nd year, saya ada perancangan baik punya untuk aktiviti df kita.. saya rindu giler kat awak.. Kejam lah exam ni kan??? Kalaulah awak baca benda ni, mesej la saya tau! (kenapa saya tak terus mesej awak je kan?? Ni namanya mengada-ngada tahap tak hingat)… pastikan awak sedar yang saya sedang bercakap dengan awak, kalau tak penatlah saya tulis nih :(

~_~ = tak tahu nak tulis tajuk apa

Ahad, 27 Mac 2011

realiti dan ilusi

~exam mood~

Al Quran memberitahu kita bahawa :

Yahudi itu sifatnya takabbur, dendam dengan orang beriman dan penakut kerana hanya mampu menyerang di sebalik tembok..

Dan kita lihat bahawa apa yang diceritakan pada kita tentang mereka adalah realiti yang berlaku pada masa kini...

Dan apabila ditadabbur kandungan Al Quran, Nasrani (Kristian) juga adalah bangsa yang realiti.

Bagaimana pula kita, UMAT ISLAM???

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Persoalan untuk diri....adakah kita seperti yang digambarkan???

Maka, tidak heran jika kita melihat saban hari umat islam diinjak-injak seperti binatang oleh si realiti..

Kerana sunnatullah telah menunujukkan realiti itu sentiasa mengalahkan ilusi

Aduh diri, bagaimana mungkin kamu mengharapkan islam tertegak di bumi ini, Palestin menjadi milik kamu kembali jika akhlakmu itu tidak kamu perbaiki.
Selagi diri ini tidak diubah seperti acuan yang sebenar, maka bukalah mata dan lihat satu demi satu kejatuhan, kehinaan yang akan menimpa kita....

Tidak cukup lagikah diperkotak-katik oleh si realiti wahai diri??
Tidak sedarkah kamu bahawa dengan sifatmu itu, saudaramu pula yang menerima tempiasnya....

-iraq-

-peristiwa tak bai, selatan thai-


~tanahku, palestin~



Isnin, 7 Mac 2011

semut

Sekarang aku sepatutnya sedang menelaah benzene dan biomelecules, tapi tangan ini begitu ringan untuk menaip, maka aku biarkan sahaja ia begitu.
Haha tak patut tul salahkan tangan, otak juga yang kawal..dush2x

Seronok juga jadi berani macam sang semut. Walaupun di hadapannya ada makhluk besar bernama manusia, dia tetap tekap dan berani merentasi pelbagai halangan untuk sampai ke destinasi yang dituju. Bahaya letak saja di tepi.

Contoh paling ketara ialah semut di bilik aku ni. Ada dia kisah aku wujud ke tak dalam bilik? Dia memang tak kisah. Buktinya, sedang aku membaca notes di atas meja, dia dengan selamba bersiar-siar di atas tulisan-tulisan itu. Ala-ala makan angin gitu.

Memang aku tak berminat pun nak belajar pasal semut ni walaupun dia rela menyerah diri padaku. Lain la kalo mycoplasma ke, polioviruses ke, mycobacterium tuberculosis ke, haaa yang itu aku memang minat la nak kaji (leh caya ke ni ecah..haha tetiba je kuar nama kawan ni kan).

Dia tak tahu ke aku punya tangan ni amat ringan untuk 'memenyeknya' (ada ke perkataan ni?). Aah, dia memang tak kisah la. Walaupun kawan-kawannya telah ku tamatkan riwayat, masih ada sang semut yang tak ambil pengajaran. Masih mahu guna 'short cut'.

Berani kan mereka ni. Kitorong (aku dan roomates) membuat kesimpulan yang semut ni suka buat adegan berani mati. Dekat dalam kettle pun dia nak masuk jugak, tak sedar diri tu kecil, kalo masuk air kan lemas. Senang cakap, semut zaman sekarang memang kuat la. Tak main la, jalan-jalan kat gula je, itu zaman tok nenek je, sekarang zaman menuju wawasan 2020, kene la jalan-jalan kat icing, jem, kordial sarsi, baru ada class. (kimah sedang merepek).

__________________________________________________________

cuba kita baca Surah An-Naml ayat 18-19.

(18) Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut : Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedang mereka tidak menyedari.

(19) Maka dia (Nabi Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa, " Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhoi; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.

________________________________________________

1st time baca ayat ni, aku pun tersenyum. Rasa ayat ni sangat menarik atau perkataan budak-budak, 'comel'nya.

Seorang nabi yang tugasnya jauh lebih berat dari kita manusia biasa pun ambil berat mengenai semut. Kelebihan yang Allah bagi pada baginda tidak disia-siakan malah di ambil sebagai amanah yang perlu dijaga. Walaupun semut itu hanya serangga kecil yang pada kita hanya merimaskan, tapi Nabi Sulaiman tetap jaga haknya. Bila di dengar rintihan sang semut, Nabi Sulaiman menyuruh angkatan tenteranya untuk tidak melalui kawasan itu. Maka selamatlah sang semut dan kawan-kawannya.

Subhanallah, sabarnya Nabi Allah Sulaiman. Kita ni (aku la) pantang nampak semut, ada je la cara nak buat biar semut tu mati. Rimas la, apa la. Baca Al Quran tapi tak ambil pengajaran. Bangga sangat jadi manusia, sang semut tu, namanya ada dalam Al Quran, dia tak sombong pun, Kimah!

Aduh, tolong la berlaku comel pada semut........

Selasa, 15 Februari 2011

Ikan Salmon

Pernahkah kita bersusah-susah untuk islam?

Seorang muallaf sanggup dibuang keluarga, berlapar, dihina, dicaci semata-mata untuk kembali kepada fitrah tapi kita tak pernah pula lapar untuk islam. Lebih tragis, jika pergi ceramah-ceramah agama, kita makin kenyang sebab banyaknya kudapan yang urusetia hidangkan!

Nak solat, tiada siapa pun boleh larang, malah tiada pun yang nak pukul. Masjid dan surau pun merata-rata ada tapi masih ramai yang sambil lewa dalam mengerjakannya.

Nak pakai tudung, bila-bila pun boleh, kat mana-mana pun tak de sapa nak larang, bukannya ada tempat kat Malaysia ni yang larang kita pakai tudung kan? Muslimat di negara-negara lain siap kene tarik tudung la, kene simbah air la dan ada yang siap mati sebab bertudung! Tapi 'muslimat' di Malaysia tak mahu ambil pengajaran, makin bukak dan bukak, fesyen kan?

Tahu tak, ikan salmon pun bersusah-susah dalam meneruskan hidupnya. Ikan ini sanggup melawan arus,berhadapan dengan beruang-beruang semata-mata untuk melunaskan tanggungjawab yang telah Allah tetapkan untuk mereka iaitu, membiak.



ikan ni siap sanggup lintas jalan kawan-kawan. Kita?? Ditimpa susah sikit sudah merungut-rungut.



Aduh, malu sungguh dengan ikan. Dia yang tak punya akal pun masih tak mahu ingkar dengan arahan Allah, kita yang diberi akal pula cepat-cepat patuh larangan, ingkari arahan. Malulah kita kalau tak tahu apa tujuan hidup sebab ikan pun tahu. Siapa sebenarnya manusia, siapa sebenarnya haiwan?

Kalau rasa malu nak buat baik, buang je jauh-jauh perasan TAK PATUT LANGSUNG TU, sebab sebenarnya majoriti makhluk yang ada kat alam ni semuanya ikut sunnah yang Allah dah tetapkan. Matahari, bulan, bintang, semuanya ikut cakap Allah. Pokok padi, pokok kelapa, pokok cili, senang kata semua pokok pun bertasbih-tasbih puji Allah. Haiwan, takyah cakap, semua lagi taat dari manusia. Jadi orang yang buat baik tu sebenarnya ada dalam kalangan majoriti, orang yang buat dosa tu yang minoriti, itupun mereka sempat lagi berlagak bagus! Dah rasa cukup kuat untuk menghadapi seksaan-seksaan yang Allah sediakan ke?

fikirlah diri, sebab kamu orang yang pertama akan diuji...

Isnin, 14 Februari 2011

uniknya cinta



Adakah kita perasan yang cinta umat islam itu unik?
Cinta pada orang yang tak pernah kita ketemu dan cinta itu hanya timbul apabila kita mendengar kisahnya.

Lebih hebat, orang yang kita cintai itu lebih dahulu mencintai kita walaupun ketika itu kita lambat lagi untuk wujud di muka bumi ini.

Dan cinta itu bertambah hebat apabila ketika ajal datang menjemput orang yang kita cintai, nama kita disebut-sebut.

Ummati, ummati,ummati

Masih tidak cukupkah bukti cinta Nabi pada kita.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, Nabi kita tidak sabar-sabar hendak memberi syafaat pada kita di akhirat kelak, tapi kenapa kita di sini tak sabar-sabar nak buat dosa?

~Ya Allah, tambahkan rasa cintaku pada Rasul Mu~

Khamis, 3 Februari 2011

kepada yang berkenaan

sila baca dari kita
jzkk kepada si penulis yang amat dirindui
mohon menembak doa dari malaysia kepada sahabat2 di mesir terutama sahabat2 malaysia yang belajar di sana dan khusus buat muslimin yang memperjuangkan hak mereka.

di bawah hanya kepada yang berkenaan, tiada kaitan dengan orang yang tidak berkenaan :

report
1) staining (microbiology)
2) route of administration (pharmacology)
3) bmi (biochemistry)

buku
1) maza yakni
2) kitab tauhid

hafazan
1) hadis 1-20
2) juzu' 30

task
1) petunjuk sepanjang jalan
2) juzu' 6,7,8

quiz
1) microbiology
2) organic chem
3) pharm anal
4) biochem
5) pharmaco

masa kita tidak banyak saudari

Ahad, 30 Januari 2011

how?

'hello, saya ada hantar itu laptop untuk baiki, bila mau siap, dah 3 minggu ooo'

'ooo, itu laptop apa rosak'

'tak leh display la' (erkkk, nampak sgt si pekedai ni tak amik cara kat aku punye laptop, ntah brape lama dia nak simpan)

'lepas raya cina baru leh angkat' (laptop aku tak nak raya la)

isk2... abah kata laptop tu murah sbb tu cepat rosak.
tapi aku rasa sehinggit tu pun dah cukup mahal apatah lagi laptop yang mencecah ribuan ni kan, mana de murah, mahal je.

alhamdulillah ade lebihan laptop kat umah, jadi boleh la aku pinjam sekejap sebelum laptop aku keluar bengkel. terima kasih kepada yang memberi pinjam, rasa laptop pinjam ni dah macam aku punye....bagaimana???

-----------------------------------------------

cuti seminggu dah mula, tapi aku masih dalam bilik kat uia, konon taknak balik nak siapkan report bagai tapi setakat ni no progress.....bagaimana???

-----------------------------------------------

tetiba kereta tak leh stat....alhamdulillah tak mati time aku tgh drive, kalo tak..... bagaimana???

-----------------------------------------------

nak turunkan berat badan agar dapat mengelakkan dari penyakit-penyakit yang kronik di hari tua mahupun hari muda tapi masih makan dan makan dan terus makan.....bagaimana???

----------------------------------------------

nak maju dalam hidup tapi terus tidur, jadi...bagaimana???

---------------------------------------------

nak balik tapi baju masih basah....bagaimana???

-----------------------------------------------

tolong jawab tuk saya......bagaimana???

Sabtu, 29 Januari 2011

result vs process

Abah pesan,

"Kimah, sem depan naikkan pointer ye"

Aku hanya mampu tersenyum. Tapi aku tahu itulah harapan besar abah terhadapku. Masakan seorang ayah tidak mahu melihat anaknya berjaya. Maka untuk menggalakkan aku supaya berusaha, abah sambung lagi ayatnya,

"Nanti kalau kimah capai target, abah belikan yang baru untuk kimah."

Bila aku bersendirian mengenangkan kata-kata abah, aku terfikir, adakah aku ini terlalu manja sehinggakan abah terpaksa menjanjikan macam-macam untukku? Padahal, belajar itu memang sudah menjadi kewajipanku. Dan kewajipan itu tidak berhenti setakat 'belajar' sahaja tapi perlu disertai dengan 'usaha sehabis baik'.

--------------------------------------

Umat kita telah dijajah pemikirannya dalam segenap aspek hatta dalam kerja-kerja dakwah juga kita telah disuntik dengan jarum-jarum halus agar kita lari dalam ketika kita sedang mengejar redhoNya.

Kita diperkenalkan dengan sistem 'RESULT Oriented', maka apabila mad'u-mad'u kita menjauhi kita, kita jadi berang, bengang, dan yang paling parah kita berputus asa. Maka kerana hasil yang kita tidak nampak-nampak kita lari lebih jauh dari mad'u yang sebelum ini kita cuba hampiri. Maka syaitan pun meloncat-lancat gembira melihat 'kejayaan' kita yang berjaya mengikut telunjuk mereka.


Wahai diri, kenapa habuan dunia yang kau kejar, dan sebenarnya, habuan dunia yang macam mana engkau hendakkan? Tidakkah engkau perasan, jika engkau sabar dengan kerenah dunia ini, ganjaran yang lebih hebat Allah berikan. Biarlah habuan itu engkau tidak perolehi di dunia ini, tapi yakinlah ada benda yang maha hebat menantimu dan tidak sabar-sabar untuk menemui di sana nanti.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٣)
وَلَا تَقُولُواْ لِمَن يُقۡتَلُ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٲتُۢ‌ۚ بَلۡ أَحۡيَآءٌ۬ وَلَـٰكِن لَّا تَشۡعُرُونَ (١٥٤)
وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٥) ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ (١٥٦)
أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ (١٥٧

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (153)
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (154)
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155)
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156)
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (157)


Oh diri, sematkanlah dalam fikiranmu bahawa 'PROCESS Oriented' jauuuuhhh lebih baik dari 'RESULT Oriented. Biarlah pada pandangan manusia kita kelihatan 'kalah' atau 'gagal' kerana Allah sebenarnya lebih melihat cara kita untuk mencapai sesuatu benda itu. Oh, bukan lebih melihat tapi Allah memang melihat itu sebenarnya kerana keputusan yang kita perolehi sesudah berusaha itu adalah kerja mutlak Allah, yang Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

Tukar, tukar, tukar. Tukar 'RESULT Oriented' menjadi 'PROCESS Oriented'
Dan lihatlah HASILNYA nanti.

------------------------------------------

Manfaatkan diri kita dengan menggunakan masa lapang ini sehabis baik.
Dan aku sudah mula jatuh cinta dengan bandar KUANTAN sehingga tidak pulang tatkala cuti mid semester sudah bermula.

\(^_^)/

~menulis dari kaki bukit~

Selasa, 25 Januari 2011

mus musculus

Alhamdulillah, hari ini selesai satu experiment pharmacology (experiment sahaja, report tak buat lagi, jadi jangan gembira sangat).

10 ekor mus musculus yang sangat comel telah di'belasah' oleh aku dan rakan-rakan. Tapi percayalah wahai mus musculus yang dalam hati kami yang paling dalam, kami sangat sedih memperlakukan kamu seperti itu.


leh caya ke korang ni baik, korang sedap2 je cucuk-cucuk kawan-kawan aku..

Semata-mata hendak mengkaji manakah 'route of administration' yang paling cepat bertindak balas dengan pentobarbital sodium (Nembutal), kamu semua terpaksa aku cucuk-cucuk di paha, kulit, abdomen, ekor dan memaksamu meminum Nembutal tanpa meminta izin darimu terlebih dahulu. Maaf, kami memang terpaksa, tapi kenapa aku rasa nak ulang experiment tu, macam best plak main-main dengan cik-cik mus musculus. :)

Waktu melangkah masuk ke dalam lab :

" asal bau nasi lemak ni"


Dan apabila mendekati meja, tiba-tiba ternampak sangkar


ni bukan la sangkarnya, tapi kecik diorang camni le, pastu ade 10 ekor tgh buat aksi akrobatik kat sangkar tu. boleh jadi wakil olympic malaysi la aku rasa.

yang di dalamnya tikus-tikus putih yang kecil. Arrrghhh, kenapa kami tak tahu yang hari ini kami perlu bermain dengan mereka?
Dan yang paling best, nape bau macam nasi lemak!, Hilang selera gue.

Sewaktu briefing :

"eee die berak"

"itu maknanya dia nervous, jadi kita perlu bermain-main dulu dengan dia supaya dia selesa dengan kita."

Haa, time tu aku teringat kalau nak exam, aku mesti sakit perut, makannya adala hajat yang perlu ditunaikan. Sakit perut sebab apa? Sebab takut la, sama macam cik-cik mus musculus tu. Korang kene bayang yang tikus-tikus ni once kita pegang je dia, dia akan mengeluarkan tahi-tahi tu tanpa henti, ada yang siap berantai. Ok geli kan, tapi itulah natural process yang berlaku kalau dia rasa terancam.

Ingat tak masa kat sekolah dulu kita ada belajar pasal digestive system untuk rodents(arnab, tikus). Ingat tak yang rodents ni akan makan balik tahi yang diorang keluarkan, sebab nak dapatkan balik nutrient yang dah keluar tu. Haa, ingat tak? Itulah adegan yang aku nampak, cik mus musculus tu berak, pastu dia makan tahi tu. Geli kan, tapi itulah natural process untuk sistem pencernaan dia. Rasa dulu, bila baca buku, macam tengah baca mitos-mitos saintis tapi bila tengok depan mata, memang nak tak nak kene percaya. Haha.

Semasa experiment :

"aihh, mintak-mintak la tak dapat anak macam ni, active betul" (cik mus musculus ni tak reti duk diam, asyik nak lari je dari kitorang, tak tahu ke kitorang ni orang baik-baik, :p )

"erk. jangan la samakan anak dengan tikus"


"anak la jugak, anak tikus."
---------------------------
"dia terjeluak la"

Haa, time ni teringat la diri sendiri yang sangat susah makan ubat. Dulu sampai sekarang. Cuma bezanya sekarang, kalau tak nak makan ubat, emak dah tak marah dan tak de la adegan kene pegang tangan oleh abang, dan ayah cengkam dagu supaya mulut ni terbuka untuk masukkan ubat sirap tu. Haha, sakit tau, tapi sapa suruh aku degil tak nak makan ubat. Padan muka.
Dulu siap bajet macam kene dera kalau ayah n abang buat camtu, padahal kalau ayah tak buat camtu, tak sihat la aku. Ubat tu kan satu usaha kita. Sori abah :)


woi kimah, makan ubat la, nanti aku cucuk kau macam kau cucuk aku baru tahu. ceh, tak yah nak bangga sangat la jadi pharmacist kalo ubat pun takut nak telan.

ok itu je..
i love mus musculus sehingga rasa tak sabar nak makan nasi lemak esok!